Bai Fang Li berbeza. Ia menjalani hidup sebagai tukang beca. Hidupnya sederhana kerana berapalah sangat pendapatan daripada tukan beca. Namun semangatnya tinggi. Seharian mengayuh becak mencari penumpang yang bersedia menggunakan jasanya. Ia tinggal di rumah sederhana di Tianjin, China.
Dia hampir tak pernah beli makanan kerana dia mengutip makanan daripa sisa yang di buang. Begitupun pakaiannya. Apakah hasil membecanya tak cukup untuk membeli makanan dan pakaian? Pendapatannya cukup dan mampu membeli makanan serta pakaian. Namun ia lebih memilih menggunakan wang hasil penat lelahnya untuk menyumbang yayasan yatim piatu yang mengasuh 300 anak yang kurang mampu.
Bai Fang Li mulai tersentuh untuk menyumbang yayasan itu ketika usianya 74 tahun. Ketika itu dia tak sengaja melihat seorang anak usia 6 tahun yang sedang menawarkan perkhidmatan untuk membantu wanita mengangkat barang di pasar demi untuk mendapat upah.
Namun yang membuat Bai Fang Li hairann, si anak memungut makanan di tempat sampah untuk makannya. Padahal dia membeli makanan untuk mengisi perutnya. Ketika ia tanya, ternyata si anak tak mahu menggunakan wang itu untuk membeli makan kerana wang itu akan digunakan untuk membeli makan kedua adiknya yang berusia 3 dan 4 tahun .Mereka hidup bertiga bersendirian kerana orang tua mereka entah di mana.
Bai Fang Li yang berkesempatan menghantar anak itu ke tempat tinggalnya tersentuh. Setelah itu ia membawa ketiga anak itu ke yayasan yatim piatu di mana di sana ada ratusan anak yang diasuh. Sejak itu Bai Fang Li mengikuti cara si anak, tak menggunakan uang hasil mengayuh becanya untuk kehidupan sehari-hari melainkan disumbangkan untuk yayasan yatim piatu tersebut.
Bai Fang Li mula menyumbang kepada yayasan itu sejak tahun 1986. Ia tak pernah menuntut apa-apa dari yayasan tersebut. Pada tahun 2001 usianya mencapai 91 tahun dan datang ke yayasan .Dia mengatakan kepada pengurus yayasan kalau dia sudah tak sanggup lagi mengayuh beca kerana kesihatannya yang semakin buruk.Sumbangan terakhirnya sebanyak 500 yuan.
Dengan wang sumbangan terakhir itu, jumlah keseluruhan sumbangya ialah sebanyak 350.000 yuan . Anaknya, Bai Jin Feng, baru tahu kalau selama ini ayahnya menyumbang ke yayasan tersebut. Tahun 2005, Bai Fang Li meninggal setelah terserang sakit kanser paru-paru.
Melihat semangatnya untuk menyumbang, Bai Fang Li memang orang yang luar biasa. Dia hidup tanpa kenal penat lelah untuk menolong anak-anak yang tak beruntung. Meskipun hidup dari mengayuh beca (jika diukur jarak mengayuh becanya sama dengan 18 kali keliling bumi),dia mempunyai jiwa yang murni untuk melihat orang lain bahagia.
No comments:
Post a Comment