Wim Hof tak pernah memerlukan jaket tebal ketika memasuki kawasan
bersalji. Lelaki yang berusia 50 tahun berasal daripada Belanda ini
tiadak akan merasakan sejuk, walaupun berada di lkawasan bersuhu beku
ekstrem.
Hof menjadi bulan setelah menunjukkan kemampuannya berjalan sejauh 100
km di Kutub Utara hanya mengenakan seluar pendek, pada tahun 1999.
Tiga tahun setelah itu, dia mencatatkan diri di Guinness World Record
setelah berhasil melepasi waktu terlama berenang di bawah balok ais di
Kutub Utara sejauh 80 meter. Dua kali lebih panjang kolam renang kelas
olimpiade.
Hof tidak pernah mengalami serangan dingin atau hipotermia. Selain dua
pengalaman 'gila' di atas, dia juga pernah mendaki Mount Everest hanya
berseluar pendek. Aksi ini jelas membuat banyak orang ternganga kerana
ramai orang meninggal akibat tak tahan melawan suhu dingin di gunung
ais itu.
Doktor tak mampu mendiagnosis keadaan Hof. Normalnya, ketika seseorang
terpapar suhu beku, tubuh akan memasuki fasa 'berjuang hidup'.
Pengaliran darah ke jari, kaki, telinga, dan hidung biasanya terhenti
demi mempertahankan aliran darah ke organ-organ inti.
Keadaan itu umumnya tak boleh dibiarkan terlalu lama. Jika suhu tubuh
tak normal, seseorang jelas akan mengalami hipotermia. Dan ketika itu
dia akan meninggal dalam bebrapa minit. Namun nyatanya, Hof mampu
melampaui keadaan itu.
Hof tak pernah mengalami gangguan kesihatanketika menjalani berbagai
aksi 'gila' itu. Semua organ tubuhnya tetap berfungsi normal. "Semua ini
masih menjadi misteri di dunia perubatan. Beberapa doktor masih bekerja
keras untuk menjelaskan diagnosisnya," kata Dr Ken Kamler, yang
memeriksa kesihatan Hof ketika beraksi bertahan hidup lebih satu jam di
dalam timbunan ais.