Monday, May 21, 2012

Awas, Suami Pun Boleh Menopause Sehingga Malas Berhubungan Seks!

Penurunan libido tidak hanya dialami oleh wanita saja. Lelaki pun boleh mengalami penurunan libido atau disebut andropause.

Apabila seorang wanita akan mengalami menopause, iaitu turunnya kadar estrogen yang menyebabkan seorang wanita tidak subur lagi, maka pada lelaki juga terjadi hal yang sama. Penurunan libido tersebut dapat disebut andropause.

Menurut dr. Vanda Mustika, perunding seks wolipop, andropause adalah turunnya kadar androgen yang menyebabkan seorang lelaki mengalami penurunan kesuburan seiring dengan berjalannya waktu. Pada lelaki yang usianya diatas 50 tahun akan mengalami penurunan volume testis iaitu, penurunan kadar testosteron yang juga menyebabkan penurunan jumlah sperma.

Namun, andropause tidak sepenuhnya sama dengan menopause. Ketika menopause, sel telur tidak akan dihasilkan lagi. Berbeza dengan andropause, sperma masih tetap akan dihasilkan, hanya saja kualiti dan kuantiti mengalami penurunan.

Dr. Michael A. Werner, seorang ahli urologi memaparkan Dalam websitenya apa saja gejala dari andropause ini:

1. Kehilangan ghairah seksual dan kemampuan untuk ereksi.
2. Lelaki yang mengalami andropause juga akan mudah lelah, kemampuan intelektual menurun, kemurungan dan marah.
3. Indeks massa tubuhnya menurun. Jisim dan kekuatan otot lelaki tersebut juga menurun.
4. Rambut di tubuh mengalami keguguran.
5. Osteoporosis, sehingga mudah patah tulangnya.
6. Jumlah lemak di organ dalam bertambah.

Doktor Vanda Mustika menyarankan, jika anda masih menginginkan keturunan di usia pertengahan, tidak ada salahnya untuk meminta suami memeriksa kualiti dan kuantiti spermanya. Jangan lupa untuk menanyakan kesediaan suami terlebih dahulu sebelum melakukan pemeriksaan ini.

Pemeriksaan ini boleh dilakukan di makmal klinik tempatan atau doktor andrologi. Bila ternyata hasilnya terdapat penurunan kualiti dan kuantiti sperma, jangan bimbang, ada beberapa jenis ubat-ubatan dan suplemen dari doktor andrologi yang boleh membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma si suami. – Wolipop

Suami Terlalu ‘Sopan’, Buat Isteri Bosan Berhubungan Seks




Ada beberapa perkara yang boleh membuat wanita tak lagi ghairah untuk berhubungan seks. Meskipun merupakan aktiviti yang menyenangkan untuk dilakukan, ada kalanya seks hanya menjadi rutin dan akhirnya membuat bosan. Ini beberapa penyebab rasa bosan dalam bercinta pada wanita yang dikutip dari Fox News. Welcome to sparkle project…

1. Suami yang ‘sopan’
Suami yang selalu bertanya atau meminta izin saat ingin menyentuh atau bermesraan, akan membuat wanita bosan. Secara tidak sedar, hal itu menghilangkan cabaran dalam bercinta dan membuat sesi bercinta jadi kurang menarik lagi. Ada kalanya wanita ingin diberi kejutan dengan menciumnya atau memeluknya tiba-tiba dari belakang, dan menggendongnya ke tempat tidur.

2. Permainan seks yang membosankan
Apakah permainan seks anda dan suami selalu sama dari hari ke hari? Ini juga boleh menjadi sebab hasrat bercinta anda semakin lama semakin hilang. Anda tak lagi merasakan getaran-getaran saat bercinta dengan suami.

3. To the point sex
Anda dan suami tak lagi mengalami masa-masa saling merayu dan foreplay yang menyeronokkan. Bercinta seolah kegiatan rutin yang harus dilakukan, tanpa ada hasrat yang menggebu. Hasilnya, seks pun terasa hambar. Saat ingin mengajak pasangan bercinta, lakukan dengan rayuan-rayuan nakal seperti menghantar SMS, mengenakan lingerie seksi atau menghiasi bilik jadi bernuansa super romantis.

4. Lokasi yang sama
Anda selalu melakukan seks di tempat yang itu-itu saja. Tak ada suasana baru yang membuat detak jantung berdegup kencang. Rasa bosan pun mulai datang. Untuk menghindarinya, jangan selalu bercinta di bilik tidur. Cubalah tempat baru seperti bilik mandi, koridor, bawah tangga atau dapur.

5. jarang dipuji
Wanita juga memerlukan pujian saat di ranjang. Namun ketika suami tak pernah berkomentar tentang ‘prestasi ranjang’ anda, rasa kecewa pun datang. Anda merasa tak dihargai oleh suami. Hasrat bercinta pun turun drastik.

6. Malu untuk Mencuba Hal Baru
Seringkali para wanita ingin memberi ‘sentuhan’ yang berbeza dalam kehidupan seksualnya. Sayang mereka tak cukup berani untuk melakukan atau mengomunikasikannya dengan pasangan. Hasilnya, para wanita itu hanya menjalani kegiatan seksual yang mendatar dari hari ke hari.

Jika memang alasan-alasan di atas ada pada kehidupan seks anda, jangan berdiam diri. Kumpulkan keberanian untuk membicarakannya dengan suami. Suami pun pasti akan sangat menghargai pendapat anda. Hasilnya, kehangatan kehidupan seksual anda boleh kembali lagi. – Wolipop

Tidur terus dalam kereta

SHAH ALAM: Seorang pekerja kedai alat ganti kereta baru selesai bersarapan pagi terkejut sejurus menemui mayat seorang lelaki dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang pada mula disangkakan sedang tidur di hadapan kedainya, di Seksyen 15, di sini, semalam.

Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Khairul, 30-an berkata, selepas menikmati sarapan pagi kira-kira jam 9 pagi di gerai berhampiran dia ingin membuka kedai majikannya namun hairan selepas melihat kelibat seorang lelaki ‘tidur’ di dalam kenderaan depan kedai itu.
SIASAT...anggota polis memeriksa mayat Tan dijumpai mati akibat serangan jantung dalam sebuah kereta di Seksyen 15, di sini, semalam
Katanya, selepas selesai membuka kedai majikannya, dia tertanya-tanya kerana lelaki berkenaan masih tidur di dalam kenderaan berkenaan sebelum dia menghampiri kenderaan mangsa.

“Saya kemudian mengetuk pintu kenderaan dan memanggil mangsa beberapa kali namun tiada sebarang tindak balas daripada mangsa.

“Selepas saya perhatikan beberapa ketika, jelas kelihatan mangsa tidak bernafas selain mukanya kelihatan kekuningan,” katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Sumber : Hmetro

Gadis menangis terjun sungai

Osman Abdullah, Sungai Johor, Lee Man Ling, Liew Yoon Seng,

OPERASI...usaha mencari remaja terbabit di Sungai Johor berhampiran Kompleks Pasar Awam Kota Tinggi
KOTA TINGGI: “Saya terkejut melihat gadis itu terjun dan saya menjerit memintanya kembali ke tebing sungai.

“Namun, tidak lama kemudian, saya dan beberapa penduduk melihatnya terkapai-kapai dan tenggelam timbul sebelum hilang dari pemandangan,” kata pekerja pasar raya, Osman Abdullah, 54, semalam.

Osman berkata, kejadian itu berlaku jam 2.35 petang di Sungai Johor apabila dia yang berehat di sebuah astaka di situ terlihat seorang gadis berkulit cerah berjalan di air cetek sungai berkenaan seorang diri.

Menurutnya, pada awalnya dia dan beberapa penduduk menyangka gadis itu mahu mandi sungai, namun terkejut melihatnya terus berjalan di air cetek.

“Saya difahamkan beberapa penduduk melihat gadis itu menangis berlari ke sungai sebelum terjun di situ.

“Namun, air surut ketika itu, gadis yang berbaju berwarna putih dan berseluar pendek berjalan di air cetek sebelum hilang,” katanya yang menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.

Sementara itu, seorang lelaki mengesyaki mangsa yang hilang di sungai itu anak perempuannya berusia 16 tahun tampil ke tempat kejadian bersama isterinya.

Lelaki itu, Liew Yoon Seng, 40, berkata anak perempuannya, Lee Man Ling yang belajar di tingkatan tiga didapati menghilangkan diri dari rumah.

Menurutnya, anak perempuannya itu juga gagal hadir ke sekolah, semalam.

“Saya bimbang dengan keselamatan anak sekiranya mangsa yang dikatakan terjun itu Man Ling.

“Kami berdoa supaya dia selamat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Mahazan Che Aik mengesahkan kejadian terbabit.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan gerakan mengesan mangsa dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat petang semalam.

Menurutnya, bagaimanapun siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada mangsa terjun ke sungai terbabit mahu pun terdapat apa-apa unsur jenayah.

“Kami akan terus menjalankan usaha mengesan mangsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kaki buli cucuk mata

Kaki buli cucuk mata, Irma Ashikin Adris,
Gambar sebagai hiasan

MIRI: Seorang pelajar perempuan tingkatan lima sebuah sekolah menengah, di sini, nyaris hilang penglihatan selepas mata kanannya cedera dipercayai dicucuk objek tajam rakan sekelasnya yang juga seorang kaki buli dalam kejadian pada Isnin lalu.

Sebelum kejadian, Irma Ashikin Adris, 17, sedang berbual dengan rakan sebelum pelajar lelaki terbabit menghampiri dan mencucuk matanya dengan objek tajam pada jam 11.30 pagi.

Katanya, dia tidak sempat mengelak kerana kejadian berlaku terlalu pantas menyebabkan kelopak mata kanannya luka selain hampir mengenakan anak matanya.

“Saya tidak tahu apa salah saya dan mengapa dia bertindak begitu, tetapi saya memang sering dibuli oleh pelajar terbabit bersama dua lagi rakannya hampir setiap hari sejak awal tahun lalu.

“Sebelum ini, mereka pernah menampar dan memukul bahkan meletakkan paku tekan di kerusi saya. Malah, hampir setiap hari pasti ada saja perbuatan buli mereka menyebabkan saya trauma untuk ke sekolah,” katanya ketika ditemui selepas bersama ibu bapanya membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada hari samaa.

Sumber : Hmetro

Meraung anak tenggelam

Meraung anak tenggelam, Kia Chew Shie, Ting Hock Seng, Ting Chin Chik,
Gambar sebagai hiasan
TELUK INTAN: Seorang ibu yang terselamat daripada mati lemas hanya mampu meraung selepas menyedari anak kecilnya yang baru mencecah usia dua tahun masih terperangkap di dalam kereta dinaiki mereka yang tenggelam di dasar sungai.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi semalam, Proton Waja dinaiki Kia Chew Shie, 34, dan suaminya, Ting Hock Seng, 45, terbabas lalu merempuh penghadang kiri jambatan Ulu Kayan berhampiran Kampung Parit Jerman, Seberang Perak, di sini.

Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta dinaiki pasangan suami isteri bersama anak mereka, Ting Chin Chik, ‘terbang’ sebelum terjunam ke dalam sungai sedalam lebih 10 meter.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohammad Fakri Che Sulaiman berkata, ketika kejadian keluarga berkenaan dalam perjalanan dari rumah mereka di Taman Sentosa, Sitiawan menuju ke rumah saudara mereka di Bidor.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sebelum mengerahkan 20 anggota dari Balai Polis Kampung Gajah dan Balai Polis Sungai Jejawi ke lokasi kejadian.

Sumber : Hmetro

'Bayi' 14 tahun

bayi 14 tahun, Farah Sauffiah Rahmat, Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Sikamat,
Gambar sebagai hiasan
SEREMBAN: “Rasa susu yang sedap menyebabkan saya menjadi ketagih dan kurang berminat dengan minuman lain hingga kadangkala tidak perlu makan sehari suntuk,” kata Farah Sauffiah Rahmat, yang masih ‘setia’ menghisap susu botol walaupun usianya kini sudah mencecah 14 tahun.

Pelik tetapi itulah hakikatnya apabila Farah yang juga pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Sikamat, di sini, sanggup membeli susu tepung menggunakan wang poket sendiri demi memenuhi tabiat peliknya itu.

Anak ketiga daripada empat beradik itu kebiasaannya minum hampir 15 botol sehari dan dia juga gemar meratah susu yang dianggapnya terlalu enak berbanding minuman lain.

Menurut Farah, ketagihannya sejak kecil itu menyebabkan dia perlu ‘menyusu’ hampir setiap jam termasuk ketika melakukan kerja rumah atau sekolah.

“Bagaimanapun, saya hanya minum susu botol ketika berada di rumah yang dianggap sebagai keperluan walaupun ada menjamu makanan lain sama ada masakan ibu atau kantin sekolah.

Sumber : Hmetro

Ketam gergasi terselamat daripada dimasak

Ketam gergasi terselamat daripada dimasak

WEYMOUTH: Ketam gergasi ini terselamat daripada dijadikan bahan makanan.

Sebaliknya, ia akan menjadi bahan pameran dalam sebuah akuarium.
Raja Ketam Tasmania ini dibeli bersama-sama dua ketam lain dengan harga RM15,000 oleh pekerja SeaLife yang melancong ke Australia baru-baru ini.

Yang berada dalam gambar ialah Claude yang selebar 38 sentimeter dan berat tujuh kilogram.

Ia boleh membesar sehingga 14 kilogram dan boleh menghasilkan daging sebanyak sembilan kilogram atau 325 batang isi ketam.

Seekor akan dihantar ke Weymouth dan satu lagi ke Birmingham, sementara yang ketiga akan dihantar ke Berlin, Jerman.

Ketua Biologis Marin SeaLife, Rob Hicks berkata: “Ia haiwan yang menakjubkan dan kami berpendapat kos membeli dan menghantarnya ke negara lain adalah berbaloi supaya mereka boleh membesar dalam akuarium.

“Mereka singgah di Hong Kong sebelum tiba di sini kira-kira seminggu lalu.

“Mereka mengambil masa beberapa hari untuk berehat tetapi kini mereka boleh makan seperti biasa dan tidak kelihatan terjejas dengan perjalanan yang begitu jauh.”

Jemma Battrick, dari SeaLife Weymouth berkata: “Ketika mengetahui kami akan memperoleh ketam itu, saya begitu teruja.

“Kami sudah pun mempunyai akuarium untuk mereka di sini. Dengan itu, adalah mudah untuk memindahkan mereka dan mempamerkannya terus.

“Ketam itu tidak banyak makan walaupun besar. Bahan yang dimakan ialah udang dan sotong.” - The Sun

Upah samseng halau cikgu

Upah samseng halau cikgu
PETALING JAYA: Seorang guru wanita yang mengajar di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di Damansara di sini, mendakwa hidup dalam trauma dan ketakutan selepas diganggu serta diugut sekumpulan samseng yang dipercayai diupah ibu bapa pelajar yang tidak berpuas hati mangsa mengajar di sekolah berkenaan.

Menurut sumber, guru berkenaan yang berusia 40 tahun menerima lima ugutan sejak 10 April lalu dan ugutan terbaru diterima ketika berada di tempat letak kereta rumahnya, jam 10 pagi, Sabtu lalu.

“Ketika kejadian itu, mangsa yang menuju keretanya dihampiri seorang lelaki tidak dikenali dan memarahinya kerana masih mengajar di sekolah itu walaupun beberapa kali diberi amaran supaya berpindah.

“Lelaki terbabit yang juga orang sama mengganggunya sebelum ini mengugut dengan mengeluarkan perkataan ‘esok akan mati jika kau berdegil’ dan berpindah dari sekolah berkenaan,” katanya, semalam.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Damansara. Sumber berkata, sekumpulan samseng terbabit turut mengekori guru berkenaan ke mana saja mangsa pergi termasuk membuat gangguan di rumah pada waktu malam apabila pintu rumah diketuk berulang kali.

“Siri gangguan terhadap mangsa bermula selepas isu penggunaan bahasa Melayu di sekolah berkenaan ditimbulkan segelintir ibu bapa pelajar yang tidak sependapat dengan pentadbiran sekolah pada hujung tahun lalu.

“Mangsa yang mengajar subjek Bahasa Melayu menyediakan kertas ujian pelajar dalam bahasa itu dan tindakan itu menyebabkan ibu bapa pelajar terbabit tidak berpuas hati. “Mangsa yang tidak tahan dengan gangguan itu membuat laporan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Petaling Utama dan memohon untuk ditukarkan sekolah lain kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini terhadapnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Sumber : Hmetro

Penyamun berlakon minta kerja

Penyamun berlakon minta kerja
Gambar sebagai hiasan

KUALA LUMPUR: Kurang ajar apabila tiga penyamun yang menyamar untuk memohon pekerjaan kemudian menyamun mangsa hingga kerugian lebih RM100,000 dalam kejadian di Taman Dagang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa turut diugut akan dibunuh sekiranya membuat laporan polis.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 50, berkata ketika mahu pulang ke rumah, dia didatangi tiga lelaki warga India berusia 30-an yang memohon pekerjaan.

Katanya, berikutan lewat malam, dia meminta tiga lelaki itu pulang dan datang keesokannya untuk memohon pekerjaan.

“Sebaik berkata demikian, tiga lelaki itu menendang dan menghentak kepala saya sebelum mencekik leher hingga tidak boleh bernafas.

Sumber : Hmetro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN