Tuesday, April 24, 2012

Saman Hospital Kerana Dikhatankan


Dean Cochrun (28) ialah seorang banduan dari South Dakota USA. Beliau kini meringkuk didalam penjara atas kesalahan menculik.Mungkin sudah bosan lepak dalam penjara Dean ingin menyaman Sioux Valley Hospital sebanyak USD 1000. Beliau juga mahu kulup beliau dikembalikan semula menggunakan pembedahan plastik. Menurut Dean saman beliau adalah justified kerana ibunya ditipu oleh doktor yang mengatakan bersunat itu bagus. Dean percaya sebab mengapa prestasi dan nafus seksnya lemah sekarang adalah kerana beliau disunatkan tanpa kebenaran. Orang macam ini pun wujud dimuka bumi? Dayyum!

Aku tak percaya bahawa bersunat akan melemahkan nafsu syahwat. Berapa juta MELEIS didunia ini yang mempunyai ramai anak? Semuanya bertenaga sahaja.

in b4 "Ini satu lagi konspirasi MASON untuk membuatkan umat Islam takut untuk bersunat!"



Laporan asal FoxNews
dipetik serius blog

Gambar-Gambar Design Plastic Bag Yang Menarik

Setiap kali kita beli barang di kedai mesti kita dapat plastic bag kecuali hari sabtu sebabnya hari sabtu hari tanpa plastik bag di Malaysia kan? Pernah tak korang dapat plastic bag yang gempak cam kat bawah ni?

sumber lepak.my

a202 s10 Gambar Gambar Design Plastic Bag Yang Menarik

a202 s9 Gambar Gambar Design Plastic Bag Yang Menarik

a202 s7 Gambar Gambar Design Plastic Bag Yang Menarik

a202 s6 Gambar Gambar Design Plastic Bag Yang Menarik

a202 s5 Gambar Gambar Design Plastic Bag Yang Menarik

a202 s4 Gambar Gambar Design Plastic Bag Yang Menarik

a202 s3 Gambar Gambar Design Plastic Bag Yang Menarik

a202 s2 Gambar Gambar Design Plastic Bag Yang Menarik

Gambar Ikan Emas Yang Betul-Betul Emas

Semua orang mesti kenal dan pernah tengok ikan emas kan? Ikan emas tu warnanya lebih kepada oren kan? Ni gambar ikan yang betul-betul emas. Katanya sebahagian badan ikan ini ada emas 24 karat. Tak pasti sama ada ini adalah real atau pun fake.. Apa korang rasa? Real ke fake?
3 Gambar Ikan Emas Yang Betul Betul Emas

1 Gambar Ikan Emas Yang Betul Betul Emas

2 Gambar Ikan Emas Yang Betul Betul Emas

4 Gambar Ikan Emas Yang Betul Betul Emas

sumber lepak.my

Seekor Jenahak Emas Dijual Dengan Harga RM 114,000 Di India

Hanya empat ekor ikan jenahak emas ditangkap di Teluk Bengal setiap tahun. Tahun ini, seekor yang ditangkap di Chittagong menjadi bahan sensasi dalam masa semalam saja. Seorang ahli perniagaan dari Hong Kong yang tidak mahu dikenali telah membeli Jenahak emas itu yang mempunyai berat 37 kg dengan harga USD$38,000 (MYR 114,000) untuk makan dagingnya yang lazat, kata Jahangir Saudagar, yang menjual ikan itu, kepada AFP.

Encik Saudagar, yang bekerja di sebuat pasar ikan berdekatan Chittagong, membeli ikan itu secara bidaan dari seorang penangkap ikan yang menangkapnya di Teluk Bengal, sebelum menjual ikan itu kepada ahli perniagaan tersebut. Kata Saudagar:-

Saya terus membida sehingga orang lain putus asa kerana saya tahu saya boleh menjual semula ikan ini dengan harga yang tinggi.

Beliau mengalahkan sekurang-kurangnya 500 pedagang yang lain.

Profesor zoologi, Norman Siddiqui dari Akedemi Perikanan Marin di Chittagong berkata, warna Jenahak tersebut yang keemasan menyebabkan harganya meningkat sebegitu tinggi.


Seronok bukan jika ada orang kaya mahu membeli ikan dari kita dengan harga yang mampu untuk membeli sebuah kereta import. Pakcik kayo! -AmazingNara

Soldier, Hampir Mati Kebuluran Disiksa Tuannya, Kini Kembali Ceria

Sejenis anjing Alsatian telah ditemui hampir mati kebuluran kerana tuannya tidak memberinya makan. Pandangan dari atas menunjukkan anjing tersebut, yang diberi nama Soldier, hanya tinggal rangka ketika dia ditemui oleh inspektor-inspektor RSPCA. Untung dia diselamatkan tepat pada masanya dan bekas tuannya telah didakwa kerana menyiksa binatang.

Soldier kini mempunyai berat 42kg dan sedang menunggu untuk diambil oleh tuan yang baru selepas kesihatannya dipulihkan di pusat RSPCA di Ashley Health, berdekatan Ringwood, Hampshire.

Apa pun, binatang ialah makhluk tuhan. Kadang-kadang tidak faham, kalau tidak mahu beri makan, mengapa pula tuan yang tidak bertanggungjawab tersebut membela binatang peliharaan?

Soldier, kini ceria, bersama inspektor yang menyelamatkannya, Patrick Bailey.

Mujur tidak tahu siapa tuannya, kalau tidak boleh ’dipadankan muka’. – Dailymail UK.

Lelaki cari adik maut dirempuh komuter

Lelaki cari adik maut dirempuh komuter
Gambar sebagai hiasan
SHAH ALAM: Hasrat seorang lelaki yang mahu mencari adik kandungnya tidak kesampaian apabila dia maut dirempuh komuter dalam kejadian di Seksyen 15, di sini, semalam.

Difahamkan, mangsa mencari adiknya sejak dua minggu lalu berdasarkan maklumat yang diperoleh dari seorang pemandu teksi sekitar Shah Alam yang memaklumkan kepada polis sejurus selepas mayat mangsa ditemui.

Dalam kejadian 9.20 pagi itu, mangsa yang berusia 50-an dipercayai berasal dari Ladang Raja Musa, Kuala Selangor.

Setakat ini, identiti mangsa belum dikenal pasti berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui polis di tempat kejadian.

Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, kejadian berlaku di Kilometer 22.5 membabitkan komuter dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Pelabuhan Klang.

Katanya, pemandu menghentikan komuter secara mengejut selepas menyedari seorang lelaki melintasi landasan berkenaan walaupun hon kecemasan sudah dibunyikan beberapa kali, namun tidak diendahkan.

“Sejurus selepas kejadian, pemandu komuter berkenaan memaklumkan kejadian kepada pihak KTMB sebelum kami menghubungi polis dan bergegas ke tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Saksi kejadian, Mohd Zul Hazlin Sameon, 19, berkata ketika kejadian dia mengawal di pintu belakang kilang apabila dia nampak komuter berhenti secara tiba-tiba.

Katanya, apabila komuter perlahan, pemandu terbabit menunjukkan sesuatu ke arah belakang komuter.

“Saya pergi dekat pagar untuk periksa apa yang ditunjukkan pemandu berkenaan, tapi saya tidak nampak apa-apa.

“Saya hanya sedar ada orang dilanggar komuter sebaik nampak kereta peronda polis datang dan beberapa anggota polis memasuki kawasan landasan,” katanya yang juga pengawal keselamatan di kilang berhampiran. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, mangsa disahkan mati di tempat kejadian kerana parah di kepala, pinggang dan kaki. Kes kemalangan berkenaan disiasat sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk bedah siasat.

Zahedi berkata, sesiapa yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi balai polis berdekatan untuk memberi maklumat.

Sumber : Hmetro

Nasib isteri tua, suami ugut tikam ketika dua madu bergomol

Nasib isteri tua, suami ugut tikam ketika dua madu bergomol
PETALING JAYA: Malang nasib si isteri tua kerana suami yang membuat kejutan dengan membawa pulang isteri muda, mengugut untuk menikamnya dengan pisau selepas dia bergaduh dengan madunya itu.

Dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Desaria, di sini, jam 12.30 tengah hari kelmarin, isteri pertama yang berusia 52 tahun sebelum itu marah apabila suaminya yang sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah muncul bersama isteri muda yang juga warga Indonesia berusia 20-an.

Menurut sumber, isteri pertama yang juga tukang cuci itu marah dengan tindakan suaminya dan berlaku perang mulut dengan lelaki berusia 53 tahun terbabit.

“Dalam perang mulut itu, isteri tua mempersoalkan tindakan suaminya membawa pulang isteri muda dan memarahi suaminya supaya jangan balik ke rumah mereka.

“Tindakan isteri tua itu menyebabkan madunya berang dan menerkamnya sebelum kedua-duanya bergomol di ruang tamu rumah,” katanya.

Sumber itu berkata, apabila melihat kedua-dua isterinya bergaduh persis ahli gusti, si suami menjerit supaya kedua-dua isterinya menghentikan pergaduhan itu.

Saintis China hasilkan biri-biri daripada gen cacing

Saintis China hasilkan biri-biri daripada gen cacing
SEEKOR biri-biri yang bernama Peng Peng cuba berdiri di sebuah ladang di Urumqi, Xinjiang pada 26 Mac lalu
HONG KONG - Sekumpulan saintis China mengklonkan seekor biri-biri modifikasi genetik bercirikan lemak 'baik' yang ditemui secara semula jadi dalam kacang, biji benih, ikan dan sayur-sayuran hijau.

Biri-biri berkenaan, Peng Peng yang mempunyai gen cacing bulat dilahirkan dengan berat 5.74 kilogram di sebuah makmal dalam wilayah Xinjiang, barat China pada 26 Mac lalu.

"Ia membesar dengan baik dan sihat seperti seekor biri-biri biasa," kata Ketua Saintis Institut Genom Beijing, Du Yutao di Shenzhen, selatan China.

Yutao dan beberapa saintis lain memasukkan gen yang memiliki ciri pengeluaran asid lemak politaktepu ke dalam sel penderma yang diambil daripada telinga seekor biri-biri Merino China.

Sel tersebut kemudian dimasukkan ke dalam sebiji telur yang belum disenyawakan dan dipindahkan ke dalam rahim seekor biri-biri tumpang.

"Gen berkenaan berasal daripada C. elegans (cacing bulat) yang didapati dapat meningkatkan kandungan asid lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan manusia," kata Yutao.

China perlu membekalkan makanan kepada rakyatnya.

Namun, hanya tujuh peratus daripada tanah subur di dunia terdapat di China.

Bagi membantu menyelesaikan masalah berkenaan, Beijing giat meningkatkan pengeluaran gandum, daging dan produk makanan lain untuk bekalan domestik sejak beberapa tahun lalu. - Reuters

Sumber : Kosmo

Ini, Ratu Pondan Negara Islam Malaysia

Ini, ratu pondan negara Islam Malaysia yang menjadi wakil ke Pertandingan Ratu Pondan Dunia.. Hebat?

TAHUKAH anda, bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekututuan (Pasal 3 dalam Perlembagaan). Sesuaikah apabila Malaysia menghantar wakil dan mengambil bahagian dalam Pertandingan Ratu Pondan Dunia, Miss International Quen yang diadakan di Pattaya Thailand, pada setiap tahun?

Ertinya Malaysia mengiktirafnya.. Bagi UMNO atau BN hal ini tentu amat sesuai sekali, bahkan mereka mengakui bahawa Malaysia adalah negara Islam contoh lebih maju dari negara-negara Islam lain. Kononnya, inilah kebijaksanaan kemajuan pemimpin UMNO di negara ini. Kebijaksanaan yang membawa umatnya ke neraka?

Banyak blog-blog atau akhbar menyiarakan gambar-gambar Ratu Pondan dari serata dunia yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Ratu Pondan Dunia, Miss International Quen yang diadakan di Pattaya Thailand, pada setiap tahun. Pertandingan ini turut disertai oleh peserta daripada Malaysia seperti gambar di atas, iaitu seorang pondan berbangsa Cina.

Waris Samsung berebut harta

SEOUL: Abang pengerusi syarikat Samsung Electronics, Lee Kun- Hee, berkata semalam, dia tidak akan menarik diri daripada menuntut harta warisan keluarga dan menuduh adiknya, orang paling kaya di Korea Selatan, tamak.
“Kun Hee mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan adik beradik kami. Dia hanya mementingkan diri,” kata Lee Maeng Hee, 80, dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi peguamnya.
Menurut anak sulong pengasas Samsung, Lee Byung-Chull itu, dia akan meneruskan kes berkenaan.

Februari lalu, Kun-Hee, 70, dituduh oleh abang dan kakaknya bahawa dia mengambil alih sebahagian saham yang ditinggalkan bapa mereka.

Maeng-Hee berkata, selepas kematian bapanya pada 1987, Kun-Hee mengambil alih saham yang dipegang bapanya atas nama beberapa orang lain.

Dia menuntut adiknya mengembalikan sebahagian saham dalam Samsung bersama-sama wang tunai yang jumlahnya bernilai 710 billion won (RM1.4 juta)
Adik perempuan mereka, Lee Sook-Hee juga memfailkan tuntutan berasingan.

Minggu lalu, Kun-Hee, anak kedua keluarga itu berkata, dia tidak akan menyerahkan walau sesen kepada abang dan adiknya, sebaliknya akan menentang mereka di mahkamah.

Menurutnya, soal pewarisan harta sudah diselesaikan sejak lama dulu, ketika bapa mereka masih hidup dan menuduh abang dan adiknya tamak.

Sook-Hee dalam kenyataan berasingan berkata, dia marah dengan kenyataan Kun-Hee dan menuduhnya cuba menyembunyikan kebenaran.


Lee Byung-Chull, yang mengasaskan syarikat itu pada 1938, mempunyai tiga anak lelaki dan lima perempuan.

Kun-Hee bertanggungjawab menjadikan Samsung Electronics pembuat cip terulung di dunia dan pembuat telefon bimbit kedua terbesar selepas Nokia. - Agensi

‘Berkorban demi abang’

PILU…Asma di sisi jenazah anaknya, Muhammad Muaz, semalam.
PILU…Asma di sisi jenazah anaknya, Muhammad Muaz, semalam.
DUNGUN: “Adik sanggup dermakan apa saja asalkan abang selamat,” kata Muhammad Muaz Yusof, 13, kepada ibunya sebelum dia meninggal dunia di rumahnya di Kampung Molek, di sini, semalam, akibat paru-paru berair selepas dua hari mendermakan darah dan sum-sum tulang belakang kepada abangnya yang menghidap leukemia.
Muaz yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sultan Omar, di sini, berkata demikian kepada ibunya, Asma Ismail, 51, beberapa minit sebelum memasuki bilik rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, Sabtu lalu, untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakangnya.
Asma berkata, anak kelimanya, Mohd Munawar, 21, disahkan menghidap leukemia sejak empat bulan lalu dan sering mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, sebelum diarah doktor menemui pakar di HUKM.

“Pakar mengesahkan Munawar memerlukan darah jenis A- termasuk sum-sum tulang belakang dan arwah mempunyai darah jenis sama dengan abangnya sebelum kami sekeluarga ke HUKM untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakang,” katanya.

Katanya, sebelum memasuki bilik rawatan itu Sabtu lalu, dia bertanya arwah sama ada takut atau tidak, namun arwah berkata, dia sanggup dermakan apa saja demi menyelamatkan nyawa abangnya itu.

Kerja khianat

HANGUS...deretan motosikal yang musnah dalam kebakaran awal pagi semalam.
HANGUS...deretan motosikal yang musnah dalam kebakaran awal pagi semalam.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 21 motosikal hangus dijilat api dipercayai angkara perbuatan khianat di Flat Seri Selangor, Jalan San Peng di sini, awal pagi semalam.
Kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu yang ketiga berlaku sekitar ibu negara selepas Ahad lalu, enam motosikal milik penduduk dilaporkan terbakar kira-kira jam 8.30 pagi di Bandar Baru Sentul, dua jam selepas kejadian sama membabitkan dua motosikal di Flat Seri Tioman 2, Wangsa Maju.

Suri rumah, Zaleha, 46, berkata, tiga motosikal milik suami dan dua anaknya gagal diselamatkan di tempat letak motosikal perumahan itu meskipun mereka meluru ke lokasi kejadian sebaik terdengar jeritan jiran.
“Saya terkejut dan sedih kerana baru saja melangsaikan ansuran satu daripada motosikal berkenaan, malah ia adalah kenderaan keluarga untuk berulang-alik ke tempat kerja dan menghantar anak ke sekolah,” katanya.

Dia yang kerugian kira-kira RM15,000 mendakwa ada penduduk melihat kelibat sekumpulan lelaki mencurigakan yang mundar-mandir di kawasan berkenaan sebelum deretan motosikal itu terbakar.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman @ Hussaini, pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan kebakaran motosikal jam 1.32 pagi di Blok 1, flat berkenaan.
“Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pusat dan Pudu diarahkan ke lokasi kejadian dan tiba lima minit kemudian.

“Api yang marak menyebabkan 21 motosikal hangus dan menjulang setinggi tingkat tiga blok berkenaan, namun berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya jam 1.43 pagi,” katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung motif sebenar kejadian yang membabitkan keseluruhan 29 motosikal terbakar.
“Kami masih siasat sama ada ketiga-tiga kejadian yang berlaku dalam tempoh 24 jam itu dilakukan kumpulan sama atau berasingan,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kebakaran atau bahan letupan dengan niat menyebabkan kerosakan.

Akaun Pinterest Hebat

Dari Tumblr, kami beralih kepada satu lagi fenomena digital, iaitu Pinterest. Seperti platform-platform blog lain, kandungannya sangat bergantung kepada elemen visual. Laman web 'social bookmarking' ini adalah paling baik dijelaskan sebagai sebuah papan digital yang membenarkan pengguna-pengguna berkongsi imej dan pengalaman. Laman web ini juga popular dengan perniagaan-perniagaan komersil. Di sini kami melihat lima akaun Pinterest peribadi dan komersil.

Mashable – 'Infographics'
Akaun Pinterest Mashable membentangkan satu alternatif visual bagi blog asal mereka yang penuh dengan teks. Senarai 'Infographics' mereka adalah sebuah kompilasi teratur yang merangkumi carta infographic dari seluruh web. Saya menjumpai beberapa infographics unik seperti ‘What Women Want: The Sexes Have More in Common Online Than You Think’ dan ‘Love Visualised: Proof That We Are Soul Mates.’

Studie Two – 'Art Journal and Crafting Supplies'
Untuk sesiapa yang meminati seni DIY dan kraf, anda tentu akan menggemari papan cemat Pat Ferguson. Bersama dengan gambaran visual, papan ini mempunyai pautan kepada sumber-sumber seni dalam talian dan maklumat mengenai bekalan alat-alat lukisan. Sudah tentu, seperti sebuah papan cemat yang berkaitan dengan seni, tapak ini benar-benar menarik dari segi visual. Beberapa papan yang lainnya termasuk satu berkenaan dengan seni kanak-kanak, perkebunan dan jahitan.

Gadis hilang 20 hari dijumpai dalam keadaan rentung di ladang sawit

myMetro | Gadis hilang 20 hari dijumpai dalam keadaan rentung di ladang sawit: "KOTA BHARU: Seorang gadis yang dilapor hilang dari rumahnya sejak 20 hari lepas, dijumpai mati dalam keadaan rentung di ladang kelapa sawit di Kampung Baru, Rancangan Kemajuan Tanah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Jeram Tekoh, dekat sini, semalam.

Mayat Nor Aini Shafnie Mohd Azizi, 15, dijumpai di tepi motosikal yang dinaikinya oleh seorang pemandu lori kelapa sawit yang dikenali sebagai Yusuf Mohd, yang kebetulan lalu di kawasan itu, kira-kira pukul 6 petang.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata mangsa anak bongsu dari 10 beradik dilihat kali terakhir keluar rumah seorang diri dengan menunggang motosikal jenis Kriss pada 3 April lepas.

Beliau berkata selepas mangsa tidak pulang ke rumah hari itu, kakaknya, Norhayati Mohd Azizi, membuat laporan di Balai Polis Gua Musang pada pukul 4 pagi keesokan harinya.


Jalaluddin berkata berikutan kejadian itu, polis menahan enam lelaki dan dua wanita berumur antara 17 hingga 30 tahun yang boleh membantu polis dalam siasatan kes itu.


Enam daripada mereka, termasuk seorang wanita positif dadah dan mereka adalah penduduk sekitar kawasan itu, katanya. - BERNAMA"

New York oh New York


Oleh Anis Ibrahim

Saya memang bukan seorang gadis bandar, jauh sekali. Saya lebih gemar berada di kawasan luar bandar, terutama sekali di bukit atau gunung yang diliputi dengan hutan sambil mendengar bunyi-bunyi haiwan yang pelik. Oleh itu, bayangkan betapa terkejutnya saya apabila saya mendapati diri saya benar-benar menikmati New York City.

Apabila saya tiba di New York, pandangan saya yang pertama adalah hanya, "Okay, ini agak menarik." Apabila saya keluar makan pada malam itu dan memakan sarapan pada keesokkan hari, saya sedar bahawa bandaraya ini benar-benar menarik. Menjelang akhir lima hari saya di sana, saya telah jatuh cinta.

Bagi seseorang yang kurang meminati bandar-bandar besar, saya berpendapat bahawa New York adalah salah satu tempat yang paling hebat saya pernah lawati. Bagi saya, ia adalah sebuah bandaraya yang penuh tenaga dan daya tarikannya yang tersendiri, sebuah tempat yang tidak mungkin menimbulkan rasa bosan. New York juga telah menjalani transformasi yang ketara- jumlah jenayah telah menurun, jalan-jalan dan lorong telah dipasang dengan lampu-lampu yang terang dan terdapat ratusan kamera keselamatan di seluruh bandar, menjadikan ia lebih selamat berbanding dengan satu dekad atau lebih yang lalu.

New York adalah bandar yang semua orang 'mengenali', walaupun mereka tidak pernah melawatinya. Kami semua mengetahui sedikit sebanyak mengenai bandaraya ini dalam pelbagai filem dan siri televisyen, video muzik, komik dan juga lagu-lagu.

Berikut adalah mercu tanda New York kegemaran saya, dan filem dan siri TV yang menampilkan mereka.

Times Square

Times Square adalah kawasan komersil utama di Manhattan yang terbentang dari West 42 Street ke West 47 Street. Ini adalah di mana Broadway, daerah teater New York terletak, bersama-sama dengan Hard Rock Café, Planet Hollywood dan One Times Square, tapak turunnya bola berlampu pada malam sebelum Tahun Baru yang terkenal seperti yang dilihat dalam filem 'New Year's Eve'. Filem lain yang telah memaparkan Times Square adalah 'Transformers: Revenge of the Fallen', 'I Am Legend' di mana Will Smith berjalan melalui New York dan 'Godzilla', dalam adegan yang mana Matthew Broderick cuba untuk menarik perhatian itu makhluk tersebut dengan longgokkan ikan yang besar. Jangan lupa untuk melawat Times Square pada waktu malam kerana lampu di sana benar-benar indah.


Empire State Building


Siap pada tahun 1931 dan dilengkapi 102 tingkat, Bangunan Empire State menjadi bangunan tertinggi di New York selepas runtuhnya World Trade Centre pada 9/11. Bangunan ini juga terkenal kerana Larian Empire State dari tingkat bawah ke dek pemerhatian di tingkat 86, satu larian yang telah diadakan sejak tahun 1978. Platform pemerhatian di sini - ada sebuah lagi pada tingkat 102, adalah antara dek pemerhatian terbuka yang paling popular di dunia. Empire State Building terkenal melalui filem-filem seperti 'An Affair to Remember' dan lebih baru-baru ini, 'Sleepless di Seattle', di mana Annie Reed (Meg Ryan) berjumpa dengan Sam Baldwin (Tom Hanks) di dek pemerhatian di tingkat 86. Satu lagi adegan filem ikonik adalah 'King Kong' apabila monyet gergasi bertempur dengan pesawat yang cuba untuk menembak dia.

Jika anda melawat New York City, pastikan anda membeli tiket ke tingkat 86 untuk permandangan yang menakjubkan di sekeliling. Tiupan angin apabila berada terlalu tinggi ada kalanya amat kuat- saya berada di sana pada bulan November apabila cuaca sememangnya sudah sejuk jadi jika anda melawat sekitar masa itu, pastikan anda memakai pakaian tebal.


Central Park


Sebelum saya melawat New York, saya selalu diandaikan bahawa Central Park adalah kawasan lapang yang telah ditinggalkan dengan sendirinya untuk kekal hijau. Saya begitu salah - Central Park adalah sebahagian dari rancangan untuk menyediakan taman awam untuk penduduk bandar. Apabila idea itu tercetus pada tahun 1844, New York City telah mula berkembang dan ia telah menjadi perlu bagi penduduk di sana mempunyai sebuah taman untuk bermain dan menjalankan aktiviti santai. Banyak kerja terlibat dalam taman ini-tanah asal di kawasan yang ditetapkan tidak cukup subur untuk pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan pelbagai yang perancang mahu menanam, jadi sejumlah besar tanah perlu diangkut dari New Jersey khusus untuk taman ini. Sehingga hari ini, saya mempunyai kenangan manis Central Park dan pemandangan tasiknya yang indah.

Central Park telah dipaparkan dalam filem-filem yang tidak terkira banyaknya, di antara mereka 'You've Got Mail', di mana pemilik kedai buku Kathleen Kelly bertemu dengan Joe (Meg Ryan dan Tom Hanks, sekali lagi) pada akhir filem, 'Home Alone 2' dan 'Stuart Little '. Dalam filem animasi 'Madagascar', keempat-empat haiwan tersebut semua datang dari zoo Central Park. Ada juga rujukan dalam siri popular TV 'Friends' di dalam nama kafe Central Perk, iaitu tempat di mana watak-watak utama suka melepak dan di mana Rachel Green (Jennifer Aniston) bekerja sebagai seorang pelayan.

American Museum of Natural History


Ditubuhkan pada tahun 1869, Museum of Natural History terletak di seberang jalan dari Central Park. Saya amat berminat untuk melawat muzium ini semata-mata kerana saya ingin memberitahu anak-anak buah saya yang saya pernah ke tempat dalam filem 'Night at the Museum'. Terdapat pelbagai pameran indah di sini menyatakan sejarah dunia dari masa penciptaan hingga ke hari ini. Saya paling menggemari Dewan Fosil, Dewan Diorama dan Dewan Milstein Kehidupan Ocean, yang mempunyai model ikan paus biru sepanjang 29 meter yang digantung dari siling.

Dalam siri 'Friends', Museum of Natural History adalah di mana Ross Geller (David Schwimmer) bekerja sebagai ahli paleontologi. Dan Rexy, iaitu Tyrannosaurus Rex yang menjadi hidup dalam 'Night at the Museum' juga boleh dilihat di sini.


Statue of Liberty


Statue of Liberty adalah patung setinggi 93-meter yang terletak di Liberty Island di Pelabuhan New York. Patung ini, yang merupakan hadiah dari kerajaan Perancis kepada Amerika Syarikat, menggambarkan Libertas, dewi Roman kebebasan. Seperti Empire State Building, Statue of Liberty adalah salah satu mercu tanda New York yang terkenal.

Sebagai simbol kebebasan dan kekuatan, Statue of Liberty telah digunakan untuk kesan ironik dalam banyak filem untuk menunjukkan kejatuhan kemanusiaan. Ia membuat penampilan yang paling terkenal dalam filem 1968 'Planet of the Apes', apabila Charlton Heston menemui kepala patung ini dan obornya yang separuh kambus di pantai dalam Zon Larangan. Ini berlaku pada saat-saat akhir dan merupakan adegan yang paling ikonik dalam filem ini. Di dalam kisah bencana yang lain iaitu 'Deep Impact', gelombang besar yang terhasil dari impak asteroid menghentam Statue of Liberty dan menghantar kepalanya terhempas ke Wall Street.

Tentera Yahudi pintas kapal kargo

myMetro | Tentera Yahudi pintas kapal kargo: "BAITULMAQDIS: Tentera Laut Israel memintas sebuah kapal kargo di Laut Mediterranean semalam, sebelum menaikinya kerana disyaki menyembunyikan senjata.

Israel berkata, kapal HMS Beethoven yang mengibarkan bendera Liberia ditahan kira-kira 260 kilometer di luar pantai mereka.


Sumber pula berkata, tentera Zionis terbabit menjalankan pemeriksaan rapi ke atas kapal berkenaan. Israel sering meronda perairannya untuk mengesan kapal yang disyaki membawa senjata untuk Palestin.

Tahun lalu, Israel merampas sebuah kapal kargo yang didakwa Tel Aviv membawa senjata untuk pejuang Hamas di Gaza. Menurut sumber, HMS Beethoven itu akan dilepaskan jika tiada sebarang unsur mencurigakan ditemui. - Reuters"

Menang, kalah atau lukis

​“Apa! Ini bukan Dracula”.

Anda mungkin sudah biasa dengan situasi seperti ini jika anda seorang pemain Draw Something. Sama ada ia sebuah lukisan seorang artis terkenal seperti Bon Jovi atau sebuah benda mudah seperti CD, saya pasti ramai telah berdepan dengan banyak tafsiran ganjil perkataan yang diberikan dalam permainan ini.

Sejak ia membuat penampilan pertama kira-kira enam minggu lepas, Draw Something telah mendapat populariti yang luas di antara komuniti permainan mudah alih. Ini dicerminkan oleh 35 juta muat turun Draw Something seluruh dunia. Kejayaan ini telah menarik perhatian pembangun permainan rangkaian sosial Zynga. Minggu lepas, Zynga mengumumkan bahawa mereka telah memperoleh OMGPop, syarikat yang membangunkan permainan Draw Something untuk satu bayaran yang dilaporkan sebanyak US$200 juta.

Flurry, sebuah syarikat yang membantu pemaju-pemaju menghasilkan aplikasi yang lebih baik, memperkembangkan aplikasi mereka dan menghasilkan keuntungan dalam perniagaan mereka, telah juga mengiktiraf usaha-usaha OMGPop dengan Flurry 2012 App Spotlight Awards untuk Draw Something. Flurry menggambarkan Draw Something sebagai “sebuah permainan moden dengan gaya Pictionary klasik, menawarkan permainan kerjasama mengikut giliran. Permainan ini telah menjadi satu pemangkin kepada kreativiti dan komunikasi, menjana apa paling baik boleh digambarkan sebagai satu ‘meme’ sebenar”.

Jadi apa yang membuatkan Draw Something begitu popular?

Nyata sekali, lukisan-lukisan menjadi tarikan utama untuk Draw Something. Jika anda bermain dengan seorang doodler kerap yang dilengkapi dengan sebuah tablet dan stilus, bersedia untuk lukisan-lukisan yang hebat. OMGPops telah memasukkan beberapa lukisan terbaik di antara pusingan permainan. Tetapi kegembiraan sebenar atau sepatutnya saya mengatakan cabaran ialah bukan semua orang merupakan pelukis. Saya terutamanya mempunyai bakat seekor monyet dengan sebatang krayon apabila melukis. Tambahan pula, kebanyakan masa, permainan ini dimainkan di telefon pintar dengan skrin 3.5 inci dan jari gemuk anda sebagai pen. Di sinilah anda mendapat lakaran-lakaran pelik dan lucu Vader dan Lady Gaga.

Fakta yang OMGPop telah membuat permainan ini untuk alat-alat iOS dan Android menyumbang kepada penerimaan luas yang diperolehi setakat ini. Orang ramai bermain permainan ini pada alat-alat mereka, semua bentuk dan saiz, di mana saja mereka berada. Selagi anda memiliki satu sambungan data, anda boleh bermain. Tambahan juga, anda memiliki pilihan untuk bermain dengan sesiapa sahaja termasuk sahabat anda di Facebook, Twitter, e-mel atau orang rawak merentasi dunia. Dan unsur sosial ini menambah kepada pengalaman yang mengasyikkan. Saya tidak boleh lupa masa tidak terhingga saya bertengkar dengan rakan saya untuk mengetahui apa yang mereka telah conteng pada skrin.

Saya terutama sekali suka gameplay ikut giliran. Ini memberi kebebasan kepada pemain untuk bermain pada rentak mereka sendiri. Jadi, sebaik sahaja anda balik ke rumah selepas satu hari yang panjang di pejabat, anda boleh menikmati permainan ini di atas kerusi panjang selesa anda. Untuk membuat anda teruja, permainan memberi ganjaran kepada pemain dengan barang-barang yang boleh dibuka dalam bentuk duit syiling dan pek warna. Duit syiling diberi kepada kedua-dua pemain yang meneka dan melukis apabila teka-teki selesai. Jumlah duit syiling yang dimenangi bergantung kepada kesukaran perkataan yang diberi. Anda boleh gunakan duit syiling yang terkumpul untuk menambah kepada empat warna yang diberi.

OMGPop yang telah ditubuhkan dalam 2006 merancang untuk meningkatkan pengalaman sosial permainan dengan ciri-ciri baru pada masa akan datang. CEO Dan Porter yang akan menyertai Zynga berkata pemain akan mendapat lebih pengalaman sosial dengan ciri-ciri baru seperti berbual (membuatkannya lebih mudah untuk berbalah dengan rakan-rakan anda). Terdapat juga cara lebih baik untuk menympan gambar-gambar yang sekarang memerlukan ‘screen shot’.

Remaja perempuan dibunuh sebelum dibakar

Remaja perempuan dibunuh sebelum dibakar
GUA MUSANG - Kejam. Itulah luahan marah berulang kali seorang ibu apabila mengetahui anak gadisnya yang hilang sejak 3 April lalu ditemui mati dengan rangka tulang bersepah dalam kawasan belukar berhampiran ladang sawit di tepi jalan ke Kampung Limau Kasturi, dekat sini, petang kelmarin.
Che Esah Yusoff, 60, tinggal di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, sebelum itu pengsan sebaik mengetahui mayat anaknya ditemui dan terpaksa dia dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk menerima rawatan.
Rangka tulang bersama tengkorak dipercayai Nor Ain Shafnie, 16, ditemui dalam kawasan belukar tersebut tidak jauh dari rumahnya itu oleh seorang pekerja kontrak mengangkut buah sawit kira-kira jam 6 petang.
Nor Ain dilaporkan keluar dari rumahnya di RKT Kesedar Jeram Tekoh itu jam 9 pagi sebelum didapati hilang kerana tidak pulang ke rumah bersama motosikal yang ditungganginya sehingga lewat malam pada hari sama.
Akhbar ini pernah menyiarkan berita mengenai kehilangan Nor Ain itu pada 12 April lalu ia itu seminggu selepas dibuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang dan melancarkan gerakan mencarinya.
Turut menemui berhampiran rangka tulang itu sebuah motosikal yang dibakar, seutas jam tangan dan dompet berisi kad pengenalan mangsa bersama seluar jeans yang sudah ditanggalkan.
Che Esah ketika ditemui sebaik pulang dari HGM berkata, dia amat terkejut dan kesal dengan kejadian yang amat memilukan itu serta mahu pihak berkuasa mengesan penjenayah terbabit untuk dibawa ke muka pengadilan.
“Orang macam itu tak patut hidup lebih lama dan hukum dia sepadan dengan perbuatan yang dilakukan itu hingga saya kehilangan seorang anak gadis tersayang,” katanya yang juga ibu tunggal.
Beliau berkata, sejak hari kehilangan lagi dia merasa tidak sedap hati kerana kebiasaan anaknya pulang walaupun lewat malam hingga terpaksa mengerah penduduk dan anggota Rela melancarkan gerakan mencarinya.
Katanya, sebagai seorang ibu tidak pernah berdiam diri untuk mengesan anak bongsu daripada 10 adik beradik itu dengan menemui beberapa bomoh sama ada bomoh tempatan atau luar daerah.
“Saya tidak pernah berputus asa untuk mencari anak saya itu dengan mengunjungi ke semua rumah rakan-rakan dia dan waris terdekat, namun gagal ditemui dan tidak sangka akhirnya menemui rangka tulang.
“Setahu saya dia tidak ada musuh hanya malas sekolah sahaja apabila mengambil keputusan untuk belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Asap hanya setakat tingkatan dua,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika mengesahkan penemuan rangka tulang seorang manusia itu berkata, rangka tulang itu dipercayai gadis yang dilaporkan hilang dari rumahnya di RKT Jeram Tekoh.
Beliau mengesyaki rangka tulang yang ditemui itu dipercayai mangsa bunuh dan ditinggal di dalam kawasan belukar tersebut bersama sebuah motosikal sebelum ditemui seorang lelaki pekerja ladang sawit berkenaan.
Katanya, serentak itu, pihaknya menahan lapan orang termasuk enam lelaki dan dua wanita untuk membantu siasatan dan hasil ujian air kencing mendapati lima daripada mereka positif dadah.

Mesir tamat perjanjian gas dengan Israel

Mesir dan Israel menandatangani perjanjian damai pada 1979, tetapi hubungan itu menjadi rapuh
KAHERAH - Ketua Syarikat Gas Asli Mesir Holding, menamatkan kontrak menghantar bekalan gas ke Israel disebabkan adanya pencabulan terhadap kontrak yang dipertanggungjawabkan, namun Israel menafikan dan berkata, ia membelakangi perjanjian damai dua buah negara itu.

Pegawai tertinggi syarikat gas, Mohamed Shoeb berkata, keputusan berkenaan bukan bersifat politik dan tidak berkaitan dengan perhubungan perdagangan luar.

Katanya, dalam tempoh empat bulan, negara iitu gagal membayar khidmat gas berkenaan sebaliknya jurucakap kementerian luar Israel, Yigal Palmor menafikan tuntutan berkenaan.

Perjanjian gas Mesir-Israel pada 2005 turut mendapat kritikan lantang daripada pemimpin pemberontakan popular yang menjatuhkan Presiden Mesir, Hosni Mubarak, tahun lalu.

Para pengkritik menuduh Israel mendapat harga di bawah tawaran termasuk beberapa kroni Mubarak yang menggelap berjuta-juta ringgit daripada hasil dagangan sumber itu.

Letupan kuat meteor cetus panik

Foto meteor yang dirakam seorang penduduk tempatan di Nevada
CALIFORNIA - Beberapa kawasan di Nevada dan California, Amerika Syarikat (AS) mengalami keadaan agak cemas selepas satu letupan kuat berlaku disebabkan batu meteor yang jatuh, semalam.
Letupan yang turut menggegarkan kediaman di kawasan kejiranan Reno ke Winnemucca, Nevada dan Sacramento ke Bakersfield wilayah California, mencetuskan panik sehingga penduduk bertindak menghubungi agensi pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan mereka.
Sebahagian penduduk di kedua-dua negeri terlibat, mendakwa terlihat objek bola api menjunam merentasi ruang udara sebelum letupan berlaku, selain laporan polis menyatakan kelihatan sebuah komet berwarna-warni pelik meluru ke arah Bumi.
Menurut pakar Fleischmann Planetarium, Universiti Nevada Reno, Dan Ruby, laporan menunjukkan meteor itu telah jatuh ke bumi di sekitar kawasan Sierra, barat daya Reno.
Katanya apabila meteor itu memasuki atmosfera bumi, ia akan mencipta letupan sonik pantas seperti sebuah pesawat yang turut mengesahkan waktu itu merupakan tempoh aktif hujan meteor Lyrid yang dapat dilihat daripada bumi.

Sri Lanka arah masjid kontroversi dipindah lokasi

Masjid Talawa Jumaah di Dambulla yang menjadi tumpuan kontroversi sejak minggu lalu.
COLOMBO - Kerajaan Sri Lanka telah mengeluarkan satu perintah agar sebuah masjid, yang didakwa berusia 50 tahun, dipindah lokasi ekoran protes kalangan penganut Buddha yang mendakwa ia berada di tapak suci agama mereka, selain didirikan secara tidak sah.
Majoriti penduduk Sri Lanka beragama Buddha.
Arahan itu dikeluarkan dua hari selepas pengikut-pengikut dan sami Buddha di bandar Dambulla menyerbu masjid Talawa Jumaah.
Laporan media sebelum ini menyebut protes itu diadakan Jumaat lalu dan telah menjejaskan solat Jumaat.
Mereka juga telah menggesa agar sebuah kuil di kawasan itu dipindahkan.
Pertikaian mereka ialah masjid itu dibina di kawasan suci, yang telah pun diisytiharkan sebagai tapak warisan oleh Unesco.
Perdana Menteri DM Jayaratne berkata, masjid terbabit telah diarah dipindahkan ke kawasan lain yang lebih sesuai.
Bagaimanapun langkah itu mencetuskan kemarahan di kalangan ahli politik Muslim kanan di Sri Lanka.
Laporan media BBC dan Reuters berkata, kenyataan Perdana Menteri itu dikeluarkan secara tergesa-gesa sehari sebelum pelbagai pihak dijadual mengadakan perbincangan mengenai pertikaian tersebut.
Ketua agama Buddha di tengah Sri Lanka mengugut akan merobohkan masjid itu minggu ini jika pihak berkuasa tidak bertindak.
Satu pertemuan khas untuk membincangkan isu dilaporkan telah diadakan semalam.
Pertemuan itu, yang dikatakan dihadiri empat pemimpin Islam dan telah mencapai persetujuan untuk memindahkan masjid tersebut.
Bagaimanapun tiga daripada pemimpin yang disebutkan dalam kenyataan itu menafikan mereka hadir mesyuarat itu.

Menteri Kabinet AHM Fowzie dipetik BBC berkata, beliau tidak menghadiri mesyuarat sedemikian.
Katanya, permintan memindahkan masjid terbabit boleh diterima tetapi bukannya sebagai satu arahan.
Seorang lagi pemimpin politik parti yang memerintah, Azath Sally berkata, meskipun pembinaan masjid itu tidak sah, mereka tidak harus bertindak sebagai "samseng."
"Apakah orang Tamil dan Muslim tiada hak di negara sendiri?" katanya dipetik BBC.
Jayaratne, yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Buddha berkata, beliau mengarahkan pemindahan masjid terbabit dari kawasan suci di Dambulla dan boleh dipindahkan ke kawasan berdekatan yang lebih sesuai."
Katanya, masjid itu sedang dalam proses pembinaan dan penganut Buddha setempat mendakwa ia strukturnya sedang dibesar dan diluaskan secara tidak sah.
Bagaimanapun menurut ketua masjid, yang dipetik BBC berkata, pembinaan itu adalah sah.
Muslim yang tinggal di kawasan itu memberitahu Reuters bahawa masjid tersebut telah wujud sejak tahun 1962 dan solat diadakan sejak tiga dekad lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN