GOMBAK: Gara-gara sering melayari laman sosial, seorang isteri menerima nasib malang apabila dibelasah suami kerana disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain ketika melayari Internet berkenaan di rumah mereka di Selayang, di sini.
Ketika kejadian kira-kira jam 6 pagi kelmarin, mangsa yang berusia 29 tahun baru terjaga daripada tidur sebelum mendapati suaminya berusia 30-an tiada di bilik.
Mangsa mencarinya di ruang tamu dan terkejut apabila mendapati suaminya itu sedang mengasah parang.
Menurut sumber, mangsa yang pelik dengan sikap suaminya itu cuba menegur namun dimarahi dan dihambur kata-kata kesat, malah dituduh berlaku curang.
“Terkejut dengan sikap suaminya, mangsa cuba menenangkan lelaki itu dan memberitahu dia tidak pernah berlaku curang.
sumber : myMetro
No comments:
Post a Comment