INILAH.COM, Kingman – Begitu emosinya lelaki ini kerana enjin keretanya tak mahu hidup, ia menembak keretanya.
Si lelaki itu, seperti
diberitakan Straits Times, menembak keretanya dan menolak keluar dari
rumah setelah membuat beberapa orang tidak senang dengan tindakannya.
Suratkhabar Kingman
Daily Miner melaporkan, lelaki bernama Lauriano Lawrence Lovato hendak
keluar dengan Camaro-nya pada 13 April lalu.
Kereta itu mogok dan tak
mahu hidup. Lovato yang emosi, keluar kereta dan berdiri di depannya.
Kemudian ia menembak dua kali ke kereta itu, memecahkan kaca depan dan
menembus dasboard.
Tetangga yang ketakutan
menelefon polis dan setelah sembunyi di dalam rumah selama beberapa
lama, akhirnya ia menyerah dan diseret ke penjara.
Lovato mengaku bersalah
kerana menembakkan senjatanya tanpa izin di dalam kota. Ia dihukum masa
percubaan tiga tahun dan 90 hari kurungan.
No comments:
Post a Comment