Jika melihat sekumpulan anjing diiring polis untuk mengesan bom, itu perkara biasa. Namun anjing yang boleh mencium bau sel kanser, itu pastinya sesuatu yang luar biasa.
Daisy, anjing jenis labrador yang tinggal di luar Milton Keynes, Inggeris berjaya menghidu sampel barang yang berasal dari pesakit kanser. Dia merupakan salah satu haiwan pertama di dunia yang boleh melakukan biodeteksi-perubatan.
Awal tahun ini, penyelidikan di Jerman mendapati bahawa anjing boleh menghidu kanser paru-paru dengan mencium sampel nafas pesakit.
Ada empat sampel anjing yang terlibat dalam kajian ini. Mereka dilatih dan boleh ‘meneka’ sehingga 71 peratus tepat dari masa yang telah ditentukan dalam kajian.
Peratusan ini merupakan angka yang terlalu tinggi untuk membuat kesimpulan bahawa ia hanya kebetulan untuk anjing dapat mengesan sel-sel kanser tersebut.
Kisah pesara Inggeris, Maureen Burns barangkali boleh memperkuatkan kesimpulan ini. Anjing yang ia punya pernah terlanggar payudara kanannya. Ternyata, ketika itu ia menderita sakit tumor dan belum dibedah.
Kesimpulan ini tidaklah berlebihan. Ada teori saintifik yang boleh menyokong hasil kajian ini. Diyakini bahawa kanser menghasilkan bahan kimia yang mudah menguap. Anjing boleh dilatih untuk mencium bau bahan kimia itu dan membantu dalam pengesanan awal penyakit berkenaan.
Namun, penemuan ini tidak bererti setiap rumah sakit perlu terus boleh dilengkapi dengan ‘anjing pengesan kanser’. Sampai saat ini penyelidik hanya berharap untuk menyimpulkan jenis-jenis kanser melalui bau yang khusus.
(Sumber: Republika.co.id)“Salah satu salah faham terbesar yang kita hadapi adalah bahawa orang berfikir kita mengatakan bahawa anjing lebih baik daripada mesin, itu tidak benar,” kata doktor yang bertanggungjawab terhadap kajian, Claire Guest.
No comments:
Post a Comment