Wednesday, April 25, 2012

Malang lelaki warga emas menjadi mangsa nafsu songsang

Malang lelaki warga emas menjadi mangsa nafsu songsang

KUALA LUMPUR: Dari perkenalan untuk tujuan perniagaan, seorang lelaki warga emas menjadi mangsa nafsu songsang rakan barunya apabila dia bukan saja dipaksa untuk mengurut kemaluan lelaki berkenaan malah dia turut diliwat dalam kejadian di Taman Maluri, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, mangsa berusia 65 tahun sedang minum di sebuah restoran berdekatan Jalan Peel, di sini, sebelum berkenalan dengan seorang lelaki berusia 20-an yang mengajaknya untuk menyertai perniagaan yang dijalankannya.

Mangsa yang tidak mahu dikenali berkata, selepas berbincang lama mengenai perniagaan jualan langsung yang dijalankannya itu, lelaki berkenaan mengajaknya untuk ke rumahnya di Taman Maluri untuk menunjukkan pelan perniagaan.

Katanya, tanpa syak dia menuruti lelaki berkenaan ke rumahnya, namun selepas berbincang seketika di ruang tamu, dia berasa pelik apabila lelaki itu mengajaknya masuk ke dalam bilik.

“Apabila saya enggan menuruti kehendaknya, dia menarik saya masuk ke dalam bilik sebelum menolak saya ke arah katil dan saya yang sudah ketakutan ketika itu, merayu kepadanya agar melepaskan saya, namun tidak diendahkan.

“Dia kemudian membuka seluarnya sebelum meminta saya melayan nafsunya, apabila saya berdegil untuk mengikut kehendaknya, saya ditampar sebelum dipaksa untuk mengurut kemaluannya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurutnya, selepas itu dia menyangka akan dilepaskan, namun sangkaannya meleset apabila dia diminta untuk menonton video seks yang dirakam suspek bersama seorang lagi rakan hubungan songsang sebelum dia dipaksa untuk meniru aksi yang sama.

Katanya, berang dengan tindakannya yang tidak mahu melayan nafsu songsangnya, lelaki itu kemudian menolaknya ke katil semula sebelum meliwatnya dan sebagai balasan, dia diberikan RM50.

“Takut diliwat semula, saya bertindak melarikan diri dari rumah lelaki itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Cheras untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan suspek kes berkenaan sudah diberkas dan direman selama tujuh hari mulai semalam.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Sumber : Hmetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN