“Apa! Ini bukan Dracula”.
Anda mungkin sudah biasa dengan situasi seperti ini jika anda seorang pemain Draw Something. Sama ada ia sebuah lukisan seorang artis terkenal seperti Bon Jovi atau sebuah benda mudah seperti CD, saya pasti ramai telah berdepan dengan banyak tafsiran ganjil perkataan yang diberikan dalam permainan ini.
Sejak ia membuat penampilan pertama kira-kira enam minggu lepas, Draw Something telah mendapat populariti yang luas di antara komuniti permainan mudah alih. Ini dicerminkan oleh 35 juta muat turun Draw Something seluruh dunia. Kejayaan ini telah menarik perhatian pembangun permainan rangkaian sosial Zynga. Minggu lepas, Zynga mengumumkan bahawa mereka telah memperoleh OMGPop, syarikat yang membangunkan permainan Draw Something untuk satu bayaran yang dilaporkan sebanyak US$200 juta.
Flurry, sebuah syarikat yang membantu pemaju-pemaju menghasilkan aplikasi yang lebih baik, memperkembangkan aplikasi mereka dan menghasilkan keuntungan dalam perniagaan mereka, telah juga mengiktiraf usaha-usaha OMGPop dengan Flurry 2012 App Spotlight Awards untuk Draw Something. Flurry menggambarkan Draw Something sebagai “sebuah permainan moden dengan gaya Pictionary klasik, menawarkan permainan kerjasama mengikut giliran. Permainan ini telah menjadi satu pemangkin kepada kreativiti dan komunikasi, menjana apa paling baik boleh digambarkan sebagai satu ‘meme’ sebenar”.
Jadi apa yang membuatkan Draw Something begitu popular?
Nyata sekali, lukisan-lukisan menjadi tarikan utama untuk Draw Something. Jika anda bermain dengan seorang doodler kerap yang dilengkapi dengan sebuah tablet dan stilus, bersedia untuk lukisan-lukisan yang hebat. OMGPops telah memasukkan beberapa lukisan terbaik di antara pusingan permainan. Tetapi kegembiraan sebenar atau sepatutnya saya mengatakan cabaran ialah bukan semua orang merupakan pelukis. Saya terutamanya mempunyai bakat seekor monyet dengan sebatang krayon apabila melukis. Tambahan pula, kebanyakan masa, permainan ini dimainkan di telefon pintar dengan skrin 3.5 inci dan jari gemuk anda sebagai pen. Di sinilah anda mendapat lakaran-lakaran pelik dan lucu Vader dan Lady Gaga.
Fakta yang OMGPop telah membuat permainan ini untuk alat-alat iOS dan Android menyumbang kepada penerimaan luas yang diperolehi setakat ini. Orang ramai bermain permainan ini pada alat-alat mereka, semua bentuk dan saiz, di mana saja mereka berada. Selagi anda memiliki satu sambungan data, anda boleh bermain. Tambahan juga, anda memiliki pilihan untuk bermain dengan sesiapa sahaja termasuk sahabat anda di Facebook, Twitter, e-mel atau orang rawak merentasi dunia. Dan unsur sosial ini menambah kepada pengalaman yang mengasyikkan. Saya tidak boleh lupa masa tidak terhingga saya bertengkar dengan rakan saya untuk mengetahui apa yang mereka telah conteng pada skrin.
Saya terutama sekali suka gameplay ikut giliran. Ini memberi kebebasan kepada pemain untuk bermain pada rentak mereka sendiri. Jadi, sebaik sahaja anda balik ke rumah selepas satu hari yang panjang di pejabat, anda boleh menikmati permainan ini di atas kerusi panjang selesa anda. Untuk membuat anda teruja, permainan memberi ganjaran kepada pemain dengan barang-barang yang boleh dibuka dalam bentuk duit syiling dan pek warna. Duit syiling diberi kepada kedua-dua pemain yang meneka dan melukis apabila teka-teki selesai. Jumlah duit syiling yang dimenangi bergantung kepada kesukaran perkataan yang diberi. Anda boleh gunakan duit syiling yang terkumpul untuk menambah kepada empat warna yang diberi.
OMGPop yang telah ditubuhkan dalam 2006 merancang untuk meningkatkan pengalaman sosial permainan dengan ciri-ciri baru pada masa akan datang. CEO Dan Porter yang akan menyertai Zynga berkata pemain akan mendapat lebih pengalaman sosial dengan ciri-ciri baru seperti berbual (membuatkannya lebih mudah untuk berbalah dengan rakan-rakan anda). Terdapat juga cara lebih baik untuk menympan gambar-gambar yang sekarang memerlukan ‘screen shot’.
No comments:
Post a Comment