SEOUL: Abang pengerusi syarikat Samsung Electronics, Lee Kun- Hee, berkata semalam, dia tidak akan menarik diri daripada menuntut harta warisan keluarga dan menuduh adiknya, orang paling kaya di Korea Selatan, tamak.
“Kun Hee mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan adik beradik kami. Dia hanya mementingkan diri,” kata Lee Maeng Hee, 80, dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi peguamnya.
Menurut anak sulong pengasas Samsung, Lee Byung-Chull itu, dia akan meneruskan kes berkenaan.
Februari lalu, Kun-Hee, 70, dituduh oleh abang dan kakaknya bahawa dia mengambil alih sebahagian saham yang ditinggalkan bapa mereka.
Februari lalu, Kun-Hee, 70, dituduh oleh abang dan kakaknya bahawa dia mengambil alih sebahagian saham yang ditinggalkan bapa mereka.
Maeng-Hee berkata, selepas kematian bapanya pada 1987, Kun-Hee mengambil alih saham yang dipegang bapanya atas nama beberapa orang lain.
Dia menuntut adiknya mengembalikan sebahagian saham dalam Samsung bersama-sama wang tunai yang jumlahnya bernilai 710 billion won (RM1.4 juta)
Adik perempuan mereka, Lee Sook-Hee juga memfailkan tuntutan berasingan.
Minggu lalu, Kun-Hee, anak kedua keluarga itu berkata, dia tidak akan menyerahkan walau sesen kepada abang dan adiknya, sebaliknya akan menentang mereka di mahkamah.
Menurutnya, soal pewarisan harta sudah diselesaikan sejak lama dulu, ketika bapa mereka masih hidup dan menuduh abang dan adiknya tamak.
Sook-Hee dalam kenyataan berasingan berkata, dia marah dengan kenyataan Kun-Hee dan menuduhnya cuba menyembunyikan kebenaran.
Lee Byung-Chull, yang mengasaskan syarikat itu pada 1938, mempunyai tiga anak lelaki dan lima perempuan.
Kun-Hee bertanggungjawab menjadikan Samsung Electronics pembuat cip terulung di dunia dan pembuat telefon bimbit kedua terbesar selepas Nokia. - Agensi
No comments:
Post a Comment