LONDON - Aktivis dan polis Britain memburu seorang lelaki yang menghantar klip video di laman YouTube yang menunjukkan dia membunuh dua ekor anak kucing, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki tersebut yang dipercayai warga Britain, memasukkan anak-anak kucing ke dalam sebuah beg plastik, menutupnya dan menyedut udara keluar dari beg itu dengan menggunakan penyedut hampagas.
Selepas kucing-kucing itu mati lemas, dia meletakkan bangkainya di atas katil di biliknya.
"Latar belakang bilik itu memiliki gaya hiasan British," kata seorang ahli laman Facebook, Find The Vacuumer, yang diwujudkan bagi mencari pembunuh itu. - Agensi
No comments:
Post a Comment