Friday, April 27, 2012

Cuba bunuh diri dengan melompat dari balkoni parlimen untuk nyatakan bantahan



Seorang lelaki bernama Adrian Sobaru cuba membunuh diri dengan melompat daripada balkoni di parlimen semasa wakil-wakil rakyat di Romania sedang bersidang sebagai tanda protes terhadap kerajaan. Bagaimana pun cubaan membunuh dirinya dikatakan gagal apabila dia sekadar memperolehi kecederaan minor yang tidak mengancam nyawanya.

Sebelum melompat untuk membunuh diri pada ketinggian 23 kaki, lelaki berkenaan menjerit kepada wakil-wakil rakyat yang sedang bersidang dengan mengatakan "kamu semua telah membunuh generasi masa hadapan!".

Tindakan lelaki tebabit yang juga merupakan seorang ayah yang memiliki dua orang anak dikatakan kerana membantah langkah penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan berikutan negara berkenaan menghadapi bebanan hutang negara yang besar.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN