Gambar sebagai hiasan |
MIRI: Seorang pelajar perempuan tingkatan lima sebuah sekolah menengah, di sini, nyaris hilang penglihatan selepas mata kanannya cedera dipercayai dicucuk objek tajam rakan sekelasnya yang juga seorang kaki buli dalam kejadian pada Isnin lalu.
Sebelum kejadian, Irma Ashikin Adris, 17, sedang berbual dengan rakan sebelum pelajar lelaki terbabit menghampiri dan mencucuk matanya dengan objek tajam pada jam 11.30 pagi.
Katanya, dia tidak sempat mengelak kerana kejadian berlaku terlalu pantas menyebabkan kelopak mata kanannya luka selain hampir mengenakan anak matanya.
“Saya tidak tahu apa salah saya dan mengapa dia bertindak begitu, tetapi saya memang sering dibuli oleh pelajar terbabit bersama dua lagi rakannya hampir setiap hari sejak awal tahun lalu.
“Sebelum ini, mereka pernah menampar dan memukul bahkan meletakkan paku tekan di kerusi saya. Malah, hampir setiap hari pasti ada saja perbuatan buli mereka menyebabkan saya trauma untuk ke sekolah,” katanya ketika ditemui selepas bersama ibu bapanya membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada hari samaa.
Sumber : Hmetro
No comments:
Post a Comment