Gara-gara bermain penyepit makanan, nyawa Li Jingchao nyaris melayang. Sebatang penyepit tertusuk masuk ke lubang hidung kanak-kanak yang berusia14 bulan itu. Dari lubang hidung, penyepit itu tembus kedalam tengkorak sehingga menyentuh otaknya.
Ketika kejadian ibunya sedang membasuh pinggan dan mendengar jeritan anaknya dan melihat anaknya terbaring di lantai sambil meraung menahan kesakitan akibat tertusuk batang penyepit.
Ibunya Zhao segera membawa anaknya yang malang itu ke klinik terdekat. Ternyata doktar di sana takut menarik penyepit itu kerana takut pendarahan yang serius yang boleh menyebabkan kematian.
Seorang sauadaranya kemudian membawa mangsa ke hospital yang jauhnya 1,500 km yang mengambil masa 10jam perjalanan untuk sampai.
Doktar telah menjalankan pembedahan dan mengatakan penyepit itu tertusuk beberapa sentimeter sahaja lagi budak itu akan menjadi cacat atau menemui kematian.
No comments:
Post a Comment