Monday, May 7, 2012

Warga emas penyamun

Seorang lelaki yang berusia 60-an yang layak di panggil datuk telah menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat tergamak menyamun seorang warga yang berusia 83 tahun yang tinggal bersendirian dirumahnya.


Suspek telah menyamun seutas rantai,tiga bentuk cincin dan wang tunai berjumlah RM1,100.Mangsa didatangi oleh dua orang lelaki meminta kad kebajikan warga emas terbabit yang kononnya ingin membantu mangsa mengeluarkan wang kebajikan miliknya tanpa pergi kebank berhampiran.


Suspek telah menyelongkar bilik mangsa ketika mangsa disuruh mengambil air sembahyang untuk sujud syukur.Suspek telah melarikan diri bersama rakannya menaiki kereta.-harian metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN