Ramai wanita menyangka bahawa lelaki sentiasa bersedia atau berkemampuan untuk melakukan seks. Sangkaan ini berpunca dari sikap lelaki yang mudah bangkit nafsu syahwatnya dan lelakilah yang biasanya mengajak untuk memulakan seks. Sebenarnya tidak ada lelaki yang cukup responsif dan menegang zakarnya dengan cukup melainkan keadaan dirinya bersedia atau syarat untuk meningkatnya ghairah dapat dipenuhi dengan munasabah.
Tindakbalas seksual bagi lelaki nampaknya menurun apabila meningkatnya umur lelaki. Semasa remaja, sistem saraf seksual lelaki amat mudah terangsang, hal-hal yang kecil bisa menyebabkan zakar tegang. Bila lelaki bertambah dewasa mekanisma ketegangan kurang terangsang, ini bersebab dari berbagai perkara.
Tindakbalas seksual bagi lelaki nampaknya menurun apabila meningkatnya umur lelaki. Semasa remaja, sistem saraf seksual lelaki amat mudah terangsang, hal-hal yang kecil bisa menyebabkan zakar tegang. Bila lelaki bertambah dewasa mekanisma ketegangan kurang terangsang, ini bersebab dari berbagai perkara.
Untuk membolehkan lelaki bertindakbalas kepada seks dengan baik, syarat-syaratnya adalah sebagaimana berikut:
- Tidak terlalu letih.
- Tidak ujud ketidak selesaan fizikal yang berat seperti sakit kepala, ataupun sakit pinggang.
- Emosi tidak terganggu seperti rasa bersalah, kecewa, marah, risau atau fikiran kacau atau rasa rendah diri.
- Ujudnya dorongan atau minat untuk melakukan seks. Sepatutnya lelaki bergantung kepada perasaan sendiri, bukan kepada situasi. Jika isteri mahu jima' dan suami tidak breezed, suami boleh membantu isteri untuk inzal dengan cara selain jima'.
- Berminat dan tertarik kepada pasangan.
- Tidak ujud perasaan risau mengenai betapa baguskah dirinya dalam jima' dan apakah perasaan isteri mengenai dirinya dalam jima'.
- Tidak ujud tekanan dalam perhubungan (contohnya perselisihan).
- Ujudnya ransangan mental dan fizikan yang cukup. Semasa tua, lelaki perlu lebih banyak ransangan fizikal terhadap zakar.
- Ujud sekitaran fizikal yang cukup iaitu tiada gangguan, tidak diketahui atau didengari oleh orang yang berhampiran, tiada gangguan telefon, atau cuaca tidak terlalu panas atau sejuk.
- Tidak meminum arak atau mengambil dadah. Lelaki yang mempunyai masalah zakar tidak tegang perlu menjauhi arak dan dadah.
- Jenis pekerjaan yang bayak memeras otak dianggap cepat meletihkan mental, begitu juga pejabat yang berhawa dingin cepat meletihkan fizik. Tidak hairanlah pada zaman ini ramai lelaki yang pulang ke rumah dalam keadaan yang terlalu letih dan mungkin tertidur sebelum menyedari bahawa pada ketika itu isteri memerlukannya. Sebagai isteri patutlah difahami duduk perkara dan sebab musababnya.
No comments:
Post a Comment