Kecuaian seorang kakitangan perubatan menyebabkan seorang pesara kerajaan maut apabila tubuhnya kehilangan darah.
Dr John Baines, 76, baru saja menjalani pembedahan pintasan jantung selama enam jam pada 29 Januari lalu dan terpaksa menggunakan mesin mengepam darah di hospital.
Dalam inkues diadakan itu, mahkamah diberitahu bahawa mesin berkenaan sepatutnya bertindak sebagai jantung dan paru-paru sementara ketika menjalani pembedahan.
Bagaimanapun, seorang kakitangan hospital tersilap menyambung peralatan itu menyebabkan darah Baines disedut dan tidak dipam semula ke badannya.
Walaupun masih bernafas ketika kesilapan itu disedari, pesara itu disahkan meninggal dunia beberapa hari kemudian akibat kerosakan otak.-my merto
No comments:
Post a Comment