Wednesday, May 2, 2012

Wanita turun lebih 9kg mati akibat diet


Seorang ibu di Britain pengsan dan mati mengejut di tempat kerja selepas dia melakukan diet untuk kelihatan langsing sebelum pergi bercuti bersama keluarganya.

Ibu itu, Lucy Prince, 36, kehilangan berat badan lebih 9 kg dalam tempoh sebulan dengan cuma mengambil minuman pelangsing dan melakukan senaman ketat.

Namun, jantungnya gagal berfungsi di tempat kerja dan dia rebah di hadapan pengurusnya di sebuah kilang kereta di sini England pada Jun lepas sebelum disahkan meninggal dunia di hospital tidak lama kemudian.

Seorang ahli patologi, Dr. David Green memberitahu satu inkues bahawa selepas diet, Prince mengalami tekanan darah rendah manakala kadar kalium dalam badannya pula sangat rendah dan berisiko menyebabkan kematian.-kosmo online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN