Wednesday, May 2, 2012

Akibat makan aiskrim tak boleh berjalan dan bercakap

Begitu malang nasib yang menimpa gadis ini, hanya gara-gara makan ais krim dia harus menjalani kehidupannya di atas kerusi roda dan tidak boleh bercakap. Apa sebenarnya kandungan aiskrim yang dimakannya sehingga dia tidak boleh berjalan dan bercakap?


Rupanya gadis ini alergik terhadap susu kambing. Dan ternyata aiskrim tersebut mengandungi susu kambing.

Rachel Devine, berasal dari Ireland yang berumur 25 tahun. Ketika itu dia pergi bersama dengan pasangannya bernama Chris Mee (27) pergi ke Turki.

Di Turki Rachel membeli aiskrim untuk dia dan pasangannya di sebuah kedai aiskrim. Rahchel tidak tahu jika aiskrim itu terdapat susu kambing padahal sejak kecil dia mengetahui dia alergik susu kambing.

Baru satu suapan tiba-tiba Rachel merasakan ada yang tidak kena pada tubuhnya. Mulutnya mulai membengkak dan menjadi susah bernafas. Inhaler untuk asma yang selalu dibawanya juga tidak membuatnya menjadi lebih baik.

Segala hal dilakukan oleh Rachel termasuk menyuntikan adrenalin Epipen tapi semuanya tidak membawa hasil dan akhirnya dia pengsan ditempat kejadian.

Dia di bawa ke hospital dan doktor yang memeriksanya mengatakan dia terkena serangan jantung dan otaknya sudah kekurangan oksigen.

Di Izmir, Rachel mendapat perawatan intensif dan ternyata ditemukan adanya pembengkakan otak.Setelah selama 8 hari di Turki, ia diterbangkan ke Royal Victoria Hospital di Belfast. untung saja semua kos rawatan di tanggung oleh syarikat insurans perjalanan tersebut.

Di Belfast, doktor yang memeriksanya mengatakan kepada keluarganya bersiap menghadapi kemungkinan kerana kebanyakkan pesakit yang koma begini tidak ada harapan.

Tetapi tiba-tiba keajaiban muncul, setelah empat minggu koma Rahcel akhirnya tersedar. Ketika sedar Rachel mengingatkan dia mengalami kecelakaan pesawat dalam perjalan ke Turki.

Meskipun dia selamat ternyata Rachel tidak dapat berjalan dan bercakap. Tapi dia bersemangat menjalani ujian terapi untuk melawan penyakitnya. Atas usahanya yang gigih Rahcel sudah boleh mengucapkan 5-6 kata dan mulai berlatih berdiri sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN