Thursday, May 10, 2012

Jururawat Dipecat Kerana Tampal Mulut Pesakit

Dua jururawat di unit perawatan intensif sebuah hospital di Utah dipecat minggu ini kerana menampal mulut pesakit Penny Artalejo dengan pita pelekat dan mengelakan pesakit itu, menurut para pegawai hospital tersebut pada Jumaat (23/12).

Penny Artalejo

Putri Artalejo, Brittany Bilson, mengatakan kepada stesen televisyen bahawa gigi ibunya bergemeletuk serta ia merintih dan gementar. Bilson mengatakan bahawa jururawat menyuruh ibunya diam, menampalkan pelekat untuk menutup mulutnya dan bercanda bahawa mereka akan dipecat jika tertangkap melakukan hal itu.
Dikutip dari Huffingtonpost, Penny Artalejo dirawat Utah Valley Regional Medical Center di Provo pada 17 Disember akibat mual dan kecemasan akibat meminum ubat untuk nyeri leher kronis.

“Ini tidak benar dan sangat tidak manusiawi. Kami menyerahkan hidup orang yang kami cintai ‘di tangan mereka, dimana saya meninggalkan hospital kerana berfikir dia baik-baik saja kerana percaya ia berada di tangan yang baik, namun hal yang lebih buruk terjadi,” tutur Bilson.


Artalejo mengatakan bahawa para jururawat tahu apa yang mereka lakukan adalah salah. Meskipun sakit, dia berkata bahawa ia sepenuhnya sadar sepanjang waktu dan memberitahukan kejadian itu kepada putrinya pada hari berikutnya.

Janet Frank, juru cakap hospital mengatakan bahawa mereka sedang melakukan penyelidikan penuh pada insiden ini, serta kedua jururawat (satu laki-laki dan satu perempuan) telah dipecat pada Rabu (21/12).
Frank mengatakan bahawa insiden tersebut telah dilaporkan ke Divisi Pekerjaan dan Perizinan Profesional Utah. Namun hospital tersebut menolak untuk memberitahu kedua nama perawat kerana menyebutnya sebagai masalah dalaman.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN