Tuesday, May 1, 2012

Kerana farmville di facebook,ibu sanggup bunuh anak

Seorang ibu adalah sandaran kasih sayang seorang anak , tapi yang terjadi sekarang bukanlah demikian,seorang ibu sanggup menghilangkan nyawa buah hatinya hanya kerana asyik bermain game di Facebook.

Ibu yang bernama Alexandra V Tobias dari Jacksonville, Florida, Amerika Syarikat ini rupanya sudah tak punya belas kasihan pada bayinya yang masih berusia 3 bulan. Bayi bernama Dylan Lee Edmonson itu, harus kehilangan nyawa, setelah ibunya, Alexandra V Tobias, kerana permainan game Farmvillenya terganggu tangisan Dylan.Tobias dikataka menggoncang-goncang tubuh Dylan, sampai bayi itu tak boleh bergerak lagi selamanya.

Atas perbuatan kejinya wanita berumur 22 tahun ini berkemugkinan dihukum maksima penjara seumur hidup, dengan tuduhan melakukan pembunuhan tak dirancang tetapi Jaksa Wilayah Richard Mantei mengatakan, hukumannya mungkin lebih ringan kerana berdasarkan hukuman di negara bahagian Florida, untuk jenis kejahatan yang dilakukan Tobias, hukumannya adalah antara 25-50 tahun.

Tobias mengaku dua kali mengoncang-goncang tubuh Dylan. Selepas mengoncang Dylan pertama kali, Tobias sempat menenangkan diri dengan cara merokok. Tapi ternyata tangisan Dylan kembali terdengar, hingga membangkitkan kembali marah wanita itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN