Tuesday, May 1, 2012

Angkara BERSIH 3.0 Rally : 36000 Pemandu Teksi Bakal Rugi RM5.4 Juta Sehari?

LIVE Bersih 3.0 Angkara BERSIH 3.0 Rally : 36000 Pemandu Teksi Bakal Rugi RM5.4 Juta Sehari?

Nampaknya besar juga kesan yang bakal dihadapi oleh kalangan pemandu teksi di Kuala Lumpur dek kerana Bersih 3.0 rally yang bakal diadakan hari Sabtu ini jikalau dirujuk semua kenyataan Timbalan Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi, Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma), Mohd. Syahrir Abdul Aziz yang membuat aduan dan laporan polis mengenai Bersih semalam.

Bersih 3.0 Rally1 Angkara BERSIH 3.0 Rally : 36000 Pemandu Teksi Bakal Rugi RM5.4 Juta Sehari?

(sumber : Utusan Malaysia)

Dalam pada masa yang sama, Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein) sekali lagi menegaskan yang kerajaan samada sekali tiadak akan menghalang Bersih 3.0 rally ini untuk diadakan. Tiada masalah bagi kerajaan. Tetapi…….kerajaan ada masalah dengan faktor lokasi :

  1. Dataran Merdeka tidak boleh digunakan untuk tujuan Bersih 3.0 rally kerana perhimpunan itu tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat manakala polis menolak lokasi itu kerana konteks keselamatan
  2. DBKL menawarkan Stadium Titiwangsa, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif manakala Perbadanan Stadium Malaysia menawarkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai lokasi perhimpunan. Ada 4 lokasi alternatif untuk pihak BERSIH mengadakan Bersih 3.0 rally

Patutkah Bersih 3.0 rally kali diadakan Di Satdium Nasional Bukit Jalil seperti yang disarankan oleh DBKL, ataupun anda tidak mahu langsung Bersih 3.0 rally 2012 ini diadakan? Ataupun juga anda memikirkan yang Bersih 3.0 Rally kali ini perlu diadakan di Dataran Merdeka. Mengapa?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN