Bagi kami pihak Bersih 3.0 tidak boleh terus mendabik dada sepenuhnya apabila terus mengatakan Bersih 3.0 telah berjaya. Ya…benar angka yang hadir dalam perhimpunan Bersih 3.0 kali lebih besar & lebih ramai berbanding edisi Bersih 2.0. Dianggarkan lebih 250,000 peserta Bersih yang menghadiri perhimpunan tersebut yang menuntut Pilihanraya Umum ke 13 akan datang yang lebih adil dan telus.
Tetapi, siapa pun tidak boleh memberikan jaminan yang sepenuhnya bahawa tidak akan ada kekacauan langsung sepanjang demontrasi diadakan. Jika jaminan diberi sekalipun kekecohan pasti akan berlaku atas beberapa faktor dek kerana jumlah kehadiran yang ramai.
- Betullah ada pepatah yang mengatakan rambut sama hitam, hati lain-lain
- Baju sama kuning tetapi akhlak dan tingkah laku berbeza-beza. Pelbagai watak dan air muka
Antara pendemo yang mencetuskan kekecohan
“Jika pihak Bersih sendiri kurang mempercayai pihak berkuasa yang ada sekarang ini, mengapa biarkan diri & acara anda begitu mudah serta membuka ruang dan peluang untuk mengeksplotasikannya”
Sebelum Bersih 3.0, pihak BERSIH mengatakan ia akan diadakan dalam konsep duduk dan bantah tetapi akhirnya bertukar kepada dengan mengambil pendekatan mengadakan lebih banyak demonstrasi jalanan.
“Tiada siapa yang boleh mengawal atau kenal dalam ratusan ribu orang itu, yang mana satu hantu provokasi atau yang mana satu bukan”
Dan kami cukup tak bersetuju, ada segelintir kalangan pendemo yang merempuh barricade walaupun telah diarahkan bersurai sehingga akhirnya ada yang bertindak bertempur dengan dengan pihak berkuasa. Kemudian selepas sahaja bersurai dan selesai perhimpunan Bersih 3.0 ini, masing-masing boleh pulang ke kediaman masing-masing dengan “senang hati” sambil di jalanan sampah-sarap ditinggalkan bergelimpangan di atas jalan raya. Ingat….
“matlamat tidak menghalalkan cara”
Jangan disebabkan anda bercakap atas nama perjuangan semata, tetapi perkara-perkara kecil seperti dipandang mudah dan ditinggalkan begitu sahaja. Orang lain pula yang” terpaksa buat “kerja tambahan”.
berita semasa
No comments:
Post a Comment