Saturday, April 28, 2012

Gremlin dah pandai rogol budak perempuan


WELLINGTON, New Zealand - Seorang lelaki berusia 47 tahun yang diberi nama jolokan sebagai lelaki Gremlin, Tama Te Kira (gambar) dihukum penjara lapan tahun dan lapan bulan kerana kesalahan merogol dan melakukan penderaan seksual terhadap lima budak perempuan, lapor sebuah akhbar semalam.

Keputusan itu dijatuhkan oleh Hakim Ron Young di Mahkamah Tinggi Wellington selepas dia mengaku bersalah terhadap semua dakwaan ke atasnya yang berlaku pada awal 1990 hingga 2005.

Dia melakukan serangan seks terhadap budak perempuan berusia lapan tahun, 11, 12 dan 15 tahun.

Lelaki itu turut merogol seorang gadis berusia 22 tahun selepas dia cuba melakukan serangan seks ke atasnya semasa berusia 11 tahun.

Dalam semua kes, dia memasuki bilik tidur si mangsa dan mula menyentuh tubuh mereka semasa sedang tidur.

Seorang budak perempuan berumur 13 tahun membunuh diri akibat perbuatannya.

Te Kira diberi jolokan lelaki Gremlin berdasarkan bentuk makhluk asing dalam filem Gremlins.

Dia memiliki wajah itu kerana menghidap penyakit genetik yang menyebabkan tubuhnya menjadi kecil, berdepan masalah jantung dan memiliki wajah yang berbeza dengan manusia. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN