Sunday, April 29, 2012

Pelancong diserang 5 ekor singa ketika sedang mandi

Seorang pelancong diserang lima singa ketika sedang mandi di salah satu kem di Taman Nasional Mana Pools, Zimbabwe. Evershed yang sedang bercuti bersama isteri dan keluarganya menjadi mangsa lima singa tersebut.

Menurut Petugas Konservasi Zimbabwe (ZCTF) Johny Rodrigues akhir-akhir ini Mana Pools yang berada di dekat sungai Zambesi sering diserang singa. Wilayah tersebut popular sebagai tempat memancing dan berburu. Namun, kata Rodrigues, beberapa kem di sana memiliki kes atas serangan binatang liar.

Sebelumnya, kata Rodrigues, sebanyak lapan penduduk menjadi mangsa singa dalam tempoh waktu dua bulan. Serangan singa baru berhenti ketika beberapa binatang itu dibunuh.

Menurut penduduk tempatan, singa di daerah itu menjadi lebih berani kerana mereka tergoda ke kem oleh bau aroma daging yang disediakan bagi para pelancong.Kekurang makanan di hutan juga mengakibatkan singa mula mencari makanan ditempat lain.

Kijang, makanan singa juga mulai habis kerana kerap diburu masyarakat tempatan sebagai makanan. Sehingga dia menjadi lebih agresif terhadap manusia. "Jika mereka tidak mendapat makanan , maka mereka akan mencari cara lain untuk mendapatkannya," kata Rodrigues.Tempo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN