Sunday, April 29, 2012

Buat bangunan hotel 15 tingkat dalam masa 6 hari


China seperti mahu berlumba dengan Amerika Syarikat mengenai keunggulan di bidang apa pun, termasuk bidang pembinaan.

Ini termasuk dalam membina sebuah hotel di Changsha yang memiliki 15 tingkat dan hanya memerlukan waktu selama enam hari untuk menyiapkannya. Ini tentu saja mengejutkan, dan melambangkan keupayaan China yang memperlihatkan bahawa perkembangan ekonomi mereka terus meroket.

Hotel itu, sebagaimana dilaporkan, didirikan dengan menggunakan sejumlah teknologi tertentu, misalnya mampu tahan goncangan gempa hingga 9 skala Richter (SR), anti-suara, dan dibuat dari bahan yang semuanya dibuat di kilang. Ini merupakan salah satu projek yang disebut Ark project.

Meski bekerja 24 jam serta kesibukan , tetapi dikhabarkan tidak ada pekerja yang mengalami luka atau cedera. Bahkan, proses pembuatan hotel ini juga mesra alam sehingga hanya membuang sedikit sisa bahan bangunan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN