Ini gambar Sumiati sebelum didera...gambar ini ditunjukkan oelh keluarga
Sumiati kepada wartawan....
Ini pula gambar dia selepas didera oleh majikannya di Arab Saudi...
adakah mereka kaya ,mereka boleh berbuat sesuka hati...dan yang terbaru
Keluarga Sumiati, tenaga kerja wanita yang mulutnya digunting majikannya, sudah tiba di Arab Saudi. Keluarga diwakili Pak Cik Sumiati, Zulkarnain. Zulkarnain sempat menunjukkan foto Sumiati sebelum digunting oleh majikan.
satu lagi laporan yang dipaparkan di myMetro ada pekerja di bunuh oleh majikan.Tempatnya
masih di Arab Saudi.....
JAKARTA: Indonesia mendesak kerajaan Arab Saudi menyiasat laporan penemuan mayat seorang pembantu rumah di tempat pembuangan sampah, kes kedua penderaan pekerja negara itu di Arab Saudi minggu ini.
Menteri Buruh, Muhaimin Iskandar berkata, petugas kedutaan negara itu di Riyadh dihantar ke bandar Abha untuk mengumpulkan maklumat mengenai kematian Kikim Komalasari, 36, yang didakwa dibunuh majikannya.
Menurut laporan, leher mangsa dikelar dan terdapat kecederaan di seluruh tubuhnya.
Penemuan mayat itu diumumkan ketika pegawai Indonesia berlepas ke Arab Saudi untuk mendapatkan keadilan bagi seorang lagi warganya, Sumiati binti Salan Mustapa. - Agensi
No comments:
Post a Comment