Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun, Fei Lam berjaya memperoleh sebanyak AS$130,000 (RM405,599) dengan hanya menjual bingkai telefon pintar iPhone 4 berwarna putih yang dibelinya daripada pembekal di China.
Sejak Apple mengumumkan ia akan memperkenalkan iPhone 4 berwarna putih, bingkai itu kini menjadi rebutan di seluruh dunia. Ramai pengguna mahu membeli bingkai itu bagi menukar telefon iPhone 4 yang berwarna hitam kepada yang berwarna putih.
Remaja dari New York itu menjual bingkai telefon tersebut pada harga AS$279 (RM870) sebuah di laman webnya, whiteiphonefournow.com. Lam yang fasih berbahasa Cina dikatakan berjaya berhubung dengan pembekal Apple di China, Foxconn, untuk mendapatkan bingkai itu.
Melalui rakan-rakannya di China, Lam membeli bingkai iPhone berwarna putih itu secara terus dari kilang sebelum menjualnya kepada pengguna iPhone yang mahu menaik taraf telefon masing-masing.
Dengan itu dia dapat menggunakan wang yang diperolehi untuk membiayai yuran sekolahnya.Publisiti daripada beberapa laman web teknologi terkenal seperti TechCrunch dan CNET membuatkan jualannya meningkat mendadak.
Namun, Lam berkata, seorang penyiasat persendirian telah menghubunginya bagi meminta dia tidak menjual bingkai telefon pintar itu.Dia percaya, penyiasat itu bekerja untuk syarikat Apple yang akan mengeluarkan iPhone 4 berwarna putih.-kosmo online
Pada bulan lalu, pengeluar iPhone 4, Apple Inc. mengumumkan ia sekali lagi akan menangguhkan pengeluaran iPhone 4 berwarna putih sehingga tahun depan.
Sehingga kini, Apple tidak pernah menyatakan punca sebenar kenapa iPhone 4 berwarna putih begitu sukar untuk dihasilkan.

No comments:
Post a Comment