Thursday, April 26, 2012

Sekumpulan Wanita Iran Berbogel, Mengapa?

BULAN lepas dilaporkan, terdapat sekumpulan wanita warga Iran yang telah dilucutkan warganegaranya, telah bertindak merakamkan gambar mereka dalam keadaan berbogel sepenuhnya.

Hal ini dilakukan sebagai tanda protes penindasan seksual terhadap wanita, yang kononnya diamalkan di negara asal mereka. Wanita-wanita itu, kini hidup dalam buangan di negara-negara Eropah, memilih untuk berbogel dihadapan kamera dan menyampaikan laungan slogan-slogan kebebasan seksual yang mereka perjuangkan.

Antara slogan yang disampaikan oleh kumpulan wanita Iran itu ialah..
  • ‘Kami percaya kepada kesaksamaan antara lelaki dan wanita’ dan
  • ‘Fikiran saya, tubuh saya, pilihan saya’.
Selain itu, mereka juga berpakat untuk menghasilkan sebuah video bagi meningkatkan jualan kalendar Revolusi Foto Bogel sempena Hari Wanita Antarabangsa dan didedikasikan khas untuk seorang gadis Mesir, Aliaa Magda Elmahdy, yang memuatkan gambar bogel dirinya menerusi blog sebelum ini.

Menurut kumpulan itu lagi, video dan kalender itu juga dihasilkan untuk memberi sokongan kepada Golshifteh Farahani, seorang pelakon Iran yang telah dihalau dari negara Islam itu kerana berbogel di dalam satu majalah Perancis.

Golshifteh, 28, yang pernah membintangi filem bersama pelakon Hollywood terkenal, Leonardo DiCaprio dan Russell Crowe itu dihubungi oleh pihak berkuasa Iran agar tidak pulang ke negara asalnya selepas gambar bogelnya tersebar di dalam majalah Madame Le Figaro.

Gambar tersebut yang mencetus kemarahan umat Islam di Iran menyaksikan Golshifteh beraksi bogel berlatar belakangkan dinding berwarna gelap sambil tangannya menutup buah dadanya yang terdedah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN