RAWALPINDI: Keluarga Osama bin Laden dilaporkan sudah dibawa keluar dari Pakistan ke Arab Saudi, awal pagi ini, setahun selepas pemimpin Al-Qaeda itu terbunuh dalam satu serbuan tentera Amerika Syarikat (AS).
Tiga isteri dan anak Osama yang menjadi perancang serangan 9 September di AS it ditakan di Pakistan selepas dibunuh oleh anggota komando laut AS dalam satu operasi di Abbottabad, utara Islamabad.
Washington dan Islamabad ketika ini sedang berusaha memperbaiki hubungan dua hala yang teruk terjejas berikutan pemburuan orang paling dikehendaki di dunia itu yang dikatakan tinggal dalam persembunyian di Pakistan.
Pihak berkuasa Pakistan dilaporkan sudah merobohkan rumah yang didiami Osama di Abbottabad.
Selepas 10 bulan dalam tahanan di Pakistan, isteri Osama dan dua anak perempuannya dijatuhi hukuman tahanan dalam rumah selama 45 hari kerana memasuki dan tinggal di negara itu secara haram.
Tengah malam tadi, sebuah bas minit dilaporkan mengambil keluarga Osama berkenaan dari sebuah rumah di Islamabad yang menjadi tempat tinggal mereka sepanjang dalam tahanan 10 hari lalu.
Kesemua keluarga berkenaan terdiri daripada 12 orang iaitu tiga isteri Osama, lapan anak, seorang cucu.
Seorang jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata: “Pesawat yang membawa mereka meninggalkan Pakistan menuju Arab Saudi." - AFP
No comments:
Post a Comment