Adnan mengibarkan bendera kebangsaan semasa dia tiba di kampungnya di Arraba, Tebing Barat, kelmarin

RAMALLAH - Khader Adnan yang nekad mogok lapar selama 66 hari, berakhir Februari lalu, akhirnya dibebaskan oleh Israel, menurut sumber pegawai Palestin, kelmarin.

Menteri Hal Ehwal Penjara, Eissa Qaraqe berkata, kepulangan Adnan lewat malam itu disambut gembira puluhan penduduk di Jenin, Tebing Barat.
Ketabahan Adnan untuk meneruskan mogok lapar sebagai membantah penahanannya tanpa didakwa telah memberi inspirasi kepada tahanan Palestin dan kebanyakan daripada mereka mula mengikut jejak langkahnya.
Ketua gerakan Jihad Islam tersebut bersetuju untuk menamatkan mogok laparnya selepas Israel berjanji untuk membebaskannya selepas tempoh hukumannya berakhir pada hujung bulan ini.
Namun, dia dibebaskan lebih awal sempena dengan sambutan Hari Tahanan sebagai memperingati pembebasan­ tahanan Palestin dalam perjanjian pertukaran pertama dengan Israel pada 1974.

dipetik dari sinar harian