MIAMI - Polis di Georgia, selatan Amerika Syarikat, kelmarin mempertahankan tindakan mereka menggari seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun selepas dia didakwa mengamuk di sekolahnya dengan alasan kononnya untuk langkah keselamatan.
Dalam kejadian pada Jumaat lalu, polis di bandar Milledgeville bergegas ke Creekside Elementary School selepas menerima laporan seorang murid telah mencederakan guru besar dan merosakkan harta benda sekolah serta rakannya.
Ketua polis sementara, Dray Swicord berkata, mereka terpaksa menggari Salecia Johnson kerana dia berada dalam keadaan tidak terkawal dan mungkin akan membahayakan murid lain.
“Dia dibawa ke balai polis dengan tangan masih bergari selepas polis ibu bapanya gagal dihubungi. Dia tidak ditahan di lokap sebaliknya ditempatkan di bilik taklimat sementara menunggu kedatangan ibu saudaranya,” menurutnya.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan stesen televisyen tempatan 13WMAZ, ibu saudaranya menyelar tindakan polis yang menggari kanak-kanak itu seperti seorang penjenayah.
“Anginnya mungkin tidak baik pada masa tersebut. Gara-gara insiden itu, pihak sekolah telah menggantung persekolahannya sehingga Ogos depan,” menurut ibunya pula.
dipetik dari sinar harian
dipetik dari sinar harian
No comments:
Post a Comment