Saturday, April 21, 2012

'Saya pasti serang jika ada peluang'



GAMBAR fail (kiri) menunjukkan bangunan berasap selepas serangan bom dilancarkan ke atas kompleks kerajaan dan media di Oslo. Gambar kanan, SEBUAH lubang besar kelihatan selepas bom meletup di depan bangunan kerajaan.
GAMBAR fail (kiri) menunjukkan bangunan berasap selepas serangan bom dilancarkan ke atas kompleks kerajaan dan media di Oslo. Gambar kanan, SEBUAH lubang besar kelihatan selepas bom meletup di depan bangunan kerajaan.
Militan kulit putih Norway bangga bunuh 79 mangsa tahun lalu

OSLO: Militan kulit putih Norway, Anders Behring Breivik (kanan), memberitahu mahkamah bahawa dia pasti melakukan pembunuhan sekali lagi jika berpeluang pada hari kedua perbicaraan mengenai perbuatannya membunuh 77 orang di ibu negara, Oslo dan Pulau Utoeya, tahun lalu.
“Ya, saya pasti serang jika ada peluang lagi,” kata Breivik sambil menyifatkan serangan itu sebagai operasi terbaik pernah dilakukan seorang militan pada abad ini.
Hukuman penjara mahupun hukuman mati adalah 'penghormatan terbesar'. - Anders Behring Breivik, Militan Norway
Malah, Breivik dengan bangga berkata, hukuman penjara terhadapnya mahupun hukuman mati adalah ‘penghormatan terbesar’ untuknya. Bagaimanapun, hukuman mati tidak wujud di Norway.

Dia mendapat izin untuk bercakap di mahkamah menggunakan teks yang disediakan tetapi diingatkan hakim supaya mengelak daripada mengeluarkan retorik politik yang sinis.

Breivik menyifatkan Oslo sebagai satu ‘neraka pelbagai budaya’ dan ‘orang Kristian adalah masyarakat yang diserang’ dengan menyatakan ‘sungai penuh darah mengalir di bandar Eropah kerana serangan Muslim,’ merujuk kepada Madrid, London dan Toulouse.

“Dasar pelbagai budaya adalah ideologi yang hanya menghancurkan diri sendiri,” katanya ketika mengecam dasar imigresen Norway. Televisyen dan radio tidak dibenarkan menyiarkan kata-katanya di mahkamah.
Breivik juga menganggap serangan bom dan senjata api Julai lalu adalah tindakan pencegahan bagi mempertahankan etnik Norway dan mengelak perang budaya dengan orang Islam sebelum meminta mahkamah memutuskan dia tidak bersalah.

Beliau menyamakan belia Parti Buruh seperti unit AUF pimpinan Adolf Hitler dan menyerang di Pulau Utoeya kerana ‘kebanyakan anggota AUF belum matang dan ditanam doktrin pemerintah.’

“Mereka bukan kanak-kanak tidak berdosa tetapi aktivis politik,” kata Breivik. Mangsa yang terselamat dan keluarga hanya menggeleng-gelengkan kepala sukar mempercayai kata-kata Breivik.

Hakim kemudian menyekat kata-katanya selepas 30 minit kerana menghabiskan masa membentangkan pandangannya mengenai Islam dan ideologi anti imigresen.

Pada 22 Julai lalu, Breivik, kini 33, membunuh lapan orang selepas meletupkan bom dalam van yang diletak dekat beberapa bangunan kerajaan di Oslo. Perdana Menteri, Jens Stoltenberg, tidak berada di pejabat ketika itu.

Breivik kemudian ke Pulau Utoeya dengan berpakaian polis, melepaskan tembakan lebih sejam ke arah ratusan orang yang menghadiri kem musim panas Parti Buruh.
Tembakannya menyebabkan 69 terbunuh, kebanyakannya remaja. Ia pembunuhan terburuk pernah dilakukan penyerang. – AFP

berita harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN