Sunday, April 22, 2012

Otak Bayi Dicuri 13 Tahun Lalu Ditemui

UNITED KINGDOM – Julie Middleton, 40, terkejut apabila mendapat berita dari pihak polis bahawa otak bayinya, Regan yang meninggal dunia 13 tahun lepas disimpan di dalam balang di Southampton General Hospital.

Mimpi ngeri ibu itu yang kematian anak kembali lagi apabila memikirkan mayat bayinya yang ditanam dulu adalah tidak ‘lengkap’.

Menurut laporan dari akhbar The Sun, Julie langsung tidak mengetahui tentang otak Regan yang berusia enam minggu ketika itu telah ‘diambil’ oleh seorang doktor dari hospital terbabit ketika proses bedah siasat dijalankan.

“Saya berasa sangat sakit dan dikecewakan apabila orang yang saya percaya mengkhianati saya.

“Sukar untuk saya percaya mayat bayi saya dipulangkan dengan tidak lengkap,” Julie meluahkan kekesalannya.

Julie juga mendakwa kejadian ini benar-benar membuatkan hatinya terusik sementara dia tidak dapat menjaga Regan sejak dari kecil meskipun ia sudah berlaku beberapa tahun lepas.

“Saya rasa dibohongi kerana mereka mencuri ‘sesuatu’ milik bayi saya dan kemudiannya menyorokkan tentang hal itu,” tambah Julie.

Kes jenayah ini dibongkarkan semasa audit negara sedang melakukan siasatan ke atas sampel tisu manusia yang disimpan oleh pihak polis.

Pihak polis juga percaya terdapat banyak lagi kes-kes seumpama ini yang masih lagi tersembunyi.

Seorang jurucakap Hospital Besar berkata, mereka telah diminta untuk menjaga otak berkenaan atas permintaan Pejabat Polis Dalam Negeri Dorset sebagai siasatan kes forensik untuk seorang koroner.

Pun begitu, bayi malang ini dilaporkan tidak pernah didaftarkan sebagai pesakit untuk hospital berkenaan.

Julie bagaimanapun mendakwa, dia dan bekas suaminya, Michael Wilson tidak akan menghadiri proses ‘penanaman’ otak bayi mereka untuk kali yang kedua setelah menghadapi saat pilu sewaktu upacara pengkebumian Regan 13 tahun lepas.

Resit Baki Dalam Akaun Bank $ 100 Juta Tertinggal



Salam semua, heboh sedunia apabila saya terbaca dalam laman web msn.com sebentar tadi, seorang pelanggan bank di New York seperti sengaja meninggalkan resit baki akaun dalam banknya yang hampir mencecah $ 100 juta dollar US. Bukan langkah yang bijak bila anda sengaja menunjuk-nunjuk apa yang anda ada dalam akaun anda. Pelbagai pihak boleh melakukan sesuatu yang tidak di ingini kepada anda seandainya mereka terjumpa dengan resit tersebut.

Bagaimana anda, ada berapa baki wang dalam akaun bank? Kalau ada banyak pun janganlah menunjuk-menunjuk ye? Tak pasal-pasal nanti penyamun siap ikut balik rumah. Salah satu punca kejadian culik adalah kerana penyamun tahu anda ada banyak wang. Keselamatan keluarga perlu di utamakan, menunjuk-nunjuk pun tak ke mana kerana apabila mati semuanya di tinggalkan di dunia juga. Wassalam.

Dipetik dari www.apesal.com

Anjing Mampu Mengesan Sel Kanser

Jika melihat sekumpulan anjing diiring polis untuk mengesan bom, itu perkara biasa. Namun anjing yang boleh mencium bau sel kanser, itu pastinya sesuatu yang luar biasa.

Daisy, anjing jenis labrador yang tinggal di luar Milton Keynes, Inggeris berjaya menghidu sampel barang yang berasal dari pesakit kanser. Dia merupakan salah satu haiwan pertama di dunia yang boleh melakukan biodeteksi-perubatan.

Awal tahun ini, penyelidikan di Jerman mendapati bahawa anjing boleh menghidu kanser paru-paru dengan mencium sampel nafas pesakit.

Ada empat sampel anjing yang terlibat dalam kajian ini. Mereka dilatih dan boleh ‘meneka’ sehingga 71 peratus tepat dari masa yang telah ditentukan dalam kajian.
Peratusan ini merupakan angka yang terlalu tinggi untuk membuat kesimpulan bahawa ia hanya kebetulan untuk anjing dapat mengesan sel-sel kanser tersebut.

Kisah pesara Inggeris, Maureen Burns barangkali boleh memperkuatkan kesimpulan ini. Anjing yang ia punya pernah terlanggar payudara kanannya. Ternyata, ketika itu ia menderita sakit tumor dan belum dibedah.

Kesimpulan ini tidaklah berlebihan. Ada teori saintifik yang boleh menyokong hasil kajian ini. Diyakini bahawa kanser menghasilkan bahan kimia yang mudah menguap. Anjing boleh dilatih untuk mencium bau bahan kimia itu dan membantu dalam pengesanan awal penyakit berkenaan.

Namun, penemuan ini tidak bererti setiap rumah sakit perlu terus boleh dilengkapi dengan ‘anjing pengesan kanser’. Sampai saat ini penyelidik hanya berharap untuk menyimpulkan jenis-jenis kanser melalui bau yang khusus.

“Salah satu salah faham terbesar yang kita hadapi adalah bahawa orang berfikir kita mengatakan bahawa anjing lebih baik daripada mesin, itu tidak benar,” kata doktor yang bertanggungjawab terhadap kajian, Claire Guest.

(Sumber: Republika.co.id)

ALASAN BAGI WANITA ISLAM APABILA DITEGUR TENTANG AURAT MEREKA

1) “Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang..” Jawapan: Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..

2) “Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik…” Jawapan: Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ?

3) “Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?” Jawapan: Ayat Al-Quran “..tiada paksaan dalam Islam” itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada…contohnya hukum hudud….qisas..tak payah putar belit pulak…anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..

4) “Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?” Jawapan: Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna…bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?

5) ” Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..? Jawapan: Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga. So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi (macam bonggol unta) tu…

Rancangan TV Selamatkan Kanak-kanak Dari Lemas

CHINA – Pengaruh menonton rancangan televisyen tentang kaedah menyelamatkan orang lemas telah membantu seorang remaja perempuan menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang hampir mati lemas di sebuah sungai di Guiyang, China.

Xiang Xinyuan, 16, tidak berfikir panjang untuk terjun ke dalam sungai yang sejuk ketika melihatkan kanak-kanak lelaki itu ‘tercungap-cungap’ meminta tolong akibat lemas.

Bedasarkan laporan dari Daily Chilli, Xinyuan agak panik ketika kejadian namun, dia berjaya mengingat semula langkah-langkah menyelamat orang lemas ketika dia menonton sebuah rancangan yang mengajar bagaimana bertindak ketika berhadapan dengan situati seperti itu.

Malah, kerana tindakan beraninya itu, Xinyuan berjaya menyelamatkan budak lelaki yang berusia 11 tahun daripada mati.

“Saya tahu dia perlukan pertolongan, dan kerana itulah saya tolong seperti yang harus saya lakukan.

“Air sungai itu terlalu sejuk, tetapi, ia juga membantu saya untuk bertenang dan cuba mengingat semula beberapa teknik bagaimana menyelamatkan mangsa lemas dari rancangan TV yang saya tonton,” kata Xinyuan.

Ketika kejadian, Xinyuan sedang bersiar-siar bersama teman-temannya di waktu malam di sepanjang laluan sungai Nanming terkejut apabila melihat seorang kanak-kanak lelaki tercungap-cungap meminta pertolongan.

Mengetahui teman-temannya yang lain tidak pandai berenang, Xinyuan terus terjun ke dalam sungai itu ketika kejadian itu berlaku.

Xianxian, kanak-kanak lelaki yang telah diselamatkan itu didakwa telah terjatuh ke dalam sungai terbabit setelah keluar bermain di luar kerana terlalu bosan tinggal berseorangan di rumahnya.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Lelaki Dikhuatiri Jadi Bahan Santapan Puak Asli!

SEORANG pengembara yang berlabuh menaiki kapal layar dengan teman wanitanya di sebuah pulau Pasifik yang terpencil dikhuatiri telah dimakan oleh puak orang Asli di pulau itu semalam.

Jasad yang dipercayai milik seorang warga Jerman Stefan Ramin, 40, dijumpai di dalam sebuah bekas unggunan api di pulau itu.

Stefan dipercayai telah dikerat kepada beberapa bahagian sebelum dipanggang oleh puak tempatan – walaupun mereka mendakwa telah berhenti menjadi kanibal sejak beberapa dekad yang lalu.

Ujian DNA akan dilakukan ke atas tulang, rahang, gigi dan beberapa logam cair – dipercayai adalah tampalan gigi.

Semua itu dijumpai dalam debu sejuk api di sebuah pulau Polinesia Perancis Nuku Hiva , 930 batu Timur Laut Tahiti.

Stefan dan teman wanitanya Heike Dorsch, 37 – yang sedang mengembara mengikuti satu ekspedisi pelayaran sejak 2008 – berhenti di pulau berkenaan pada 16 September.

Stefan dipercayai telah mengikut seorang pemandu tempatan memburu kambing, satu tradisi di pulau itu.

Pemandu itu, yang dinamakan oleh orang tempatan sebagai Henri Haiti, kemudian kembali seorang diri untuk memberitahu Heike: “Satu kemalangan telah berlaku. Dia memerlukan pertolongan.”

Tetapi Henri kemudian didakwa telah merantaikan Heike pada sebatang pokok sebelum menyerangnya.

Beberapa jam kemudian Heike berjaya melepaskan diri dan melaporkan kecemasan. Satu pasukan yang terdiri daripada 22 pegawai polis telah melancarkan gerakan mencari di sekitar pulau berkenaan, di mana jumlah populasi hanya 2,789.

Mereka kemudian menemui apa yang dipercayai adalah jasad lelaki Jerman itu.

Henri Haiti kini masih hilang dan tentera telah dipanggil untuk membantu menjejakinya.

*Ini bukan kisah rekaan, banyak media utama United Kingdom hari ini melaporkan berita ini – Mynewshub.my

Misteri Kehidupan Di Dasar Sungai Congo

Sungai Congo (juga disebut Sungai Zaire) adalah sungai terbesar di Afrika Tengah bahagian Barat. Sungai ini memiliki panjang sekitar 4.700 km, menjadikannya sebagai sungai terbesar kedua di Afrika (setelah sungai Nil). Sungai ini mengalir melalui hutan hujan terbesar di dunia. Nama Kongo berasal dari Kerajaan Kongo. Dari tahun 1971 sampai 1997, pemerintah Zaire menyebutnya Sungai Zaire.

Peta Benua

Sungai Congo merupakan sempadan wilayah antara negara Congo Brazzaville dan Congo Kinshasa (RDC), arusnya mengalir sangat deras dengan kecepatan hingga mencapai sekitar 3 knots.Di sepanjang sungai terutama daerah-daerah terpencil, suasana hijau rimbun oleh pohon-pohon, baik dari jenis pohon bakau mahupun pohon palm.


Namun tersimpan banyak misteri kehidupan didalamnya. Para saintis telah membuat kajian diantara penemuannya ialah Goliath ikan harimau, yang boleh membesar sehingga 150 paun (68 kilogram). Semasa ekspedisi 2008 di Congo, ahli-ahli sains telah mengkaji keupayaan ikan "raksasa" tersebut boleh mengembara.Sampel-sampel DNA telah diambil untuk mengkaji asal usul ikan tersebut dan mengenal pasti adakah spesis ini telah melalui revolusi setelah memasuki Sungai Congo ini.

Ikan Harimau

Menurut saintis yang membuat kajian tersebut,mereka telah menemui lebih 300 spesis pelik dan unik yang tidak pernah direkodkan sebelum ini. Mereka yakin jika kajian terhadap sungai ini diteruskan,mereka yakin jumlah yang bakal ditemui mungkin lebih.

Berikut diantara spesis yang mereka temui..

Ikan Gajah

Ikan Gajah Kecil

Spesis Pelik

Peta Lokasi Sungai Congo
Peta

P/s:Kehidupan pelik disungai telah kita ketahui sedikit demi sedikit tetapi bagaimana pula kehidupan pelik didalam lautan? Sudah habis ke kita teroka dan bongkar? Renung-renungkanlah betapa luas misteri dialam ini yang masih tidak kita ketahui.

Cara Membuang Badi Sial

Di, Guatemala City, Sekumpulan bomoh terlatih telah telah merancang untuk membersihkan tapak suci puak Mayan daripada "badi sial" yang akan dibawa oleh seseorang ke tempat itu tak lama lagi. Seseorang yang saya maksudkan tak lain dan tak bukan ialah Presiden Bush! Seorang jurucakap bomoh-bomoh tu berkata, kehadiran Bush ke tapak suci itu sebagai satu penghinaan pada roh nenek moyang puak Mayan tapi mereka tidak boleh menghalangnya. Apa yang boleh mereka lakukan hanyalah membersihkan tapak tu dari "badi sial" Bush selepas beliau beredar dari situ! Hai pelik jugak saya fikir, Bush ni betul-betul dibenci, bukan hanya oleh kita, tapi juga oleh roh nenek moyang puak Mayan yang dah mati berabad-abad dulu! Mesti menyesal mak Bush lahirkan mamat seekor ni!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN