Dalam penjara pun masih boleh bunuh orang,lebih pelik mangsa dibunuh dalam
bilik pertemuan iaitu tempat mangsa melawat sipembunuh....
LIMA: Seorang banduan membunuh teman wanitanya dan menyembunyikan mayat
mangsa dalam bilik kurungannya tanpa dikesan selama tiga bulan.
Warga Belanda, Jackson Conquet mengaku mencekik hingga mati Leslie
Paredes, 22, apabila dia melawatnya di sebuah penjara di ibu negara Peru
iniDia membunuh Leslie apabila kekasihnya itu menyuarakan hasrat untuk
menamatkan hubungan mereka.Mayat Leslie kemudian disembunyikan di bawah
bangku konkrit yang dibina Conquet di atas kubur mangsa.
Polis hanya menyedari kejadian itu apabila mereka menyiasat bau busuk
dari bilik kurungan itu.Conquet, 32, mengaku melakukan pembunuhan itu di
Penjara Lurigancho di Lima, tempat lebih 8,000 banduan ditahan,
sebahagian besarnya penjenayah berbahaya. Warder penjara sering
mengawasi bilik kurungan bagi memastikan setiap pelawat meninggalkan
penjara itu selepas mengunjungi banduan.
Bagaimanapun, tidak ada yang menyedari Leslie tidak meninggalkan penjara
berkenaan selepas melawat Conquet pada Ogos lalu, kata Ketua Penjara
Peru, Wilson Hernandez.Beberapa jam selepas membuat pengakuan, polis
menyerbu penjara itu di daerah San Juan de Lurigancho.
Ketika diwawancara sebuah rangkaian radio tempatan, Hernandez berkata,
pasangan kekasih itu bergaduh di dalam bilik kurungan dan berakhir
dengan Conquet mencekik wanita itu.“Conquet mengaku membina bangku
konkrit dalam bilik kurungannya dan dia menanam mayat Leslie di situ,”
katanya.Mayat wanita itu digali pegawai penjara dan dibawa ke sebuah
rumah mayat.
Conquet ditahan di penjara berkenaan sejak Mei 2009 kerana kesalahan
membabitkan dadah. Video yang dibekalkan polis menunjukkan beberapa
pegawai bersenjata memeriksa seluruh kawasan penjara berkenaan, termasuk
bilik air dan kemudian mempamerkan senjata yang mereka rampas.Dadah dan
senjata dikatakan begitu mudah dibawa masuk ke penjara berkenaan.
Ia dibina pada 1960-an untuk menempatkan 2,000 banduan tetapi kini
jumlah penjenayah yang ditahan adalah empat kali ganda. - Agensi