Wednesday, May 16, 2012

Babi berbulu tebal

Masyallah..ini macam pun ada… HATI – HATI, INGAT BULU KAMBING, TAPI BULU BABI RUPANYA

Keliru nih.. kalau ada produk bulu babi gini, macamana nak tahu? JAKIM kena keluarkan garis panduan cepat.

Babi Mangalitsa yang aslinya berasal dari Austria dan Hungaria

Berniat Baik, Perempuan Ini Dilanggar Keretanya Sendiri

IRWIN - Polis setempat melaporkan, seorang wanita dari Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) dilanggar keretanya sendiri ketika cuba menolong seorang lelaki tua mengejar anjingnya yang melarikan diri. Anjing terrier milik Jack Russel, mengunyah tali sampai putus sebelum berhasil melarikan diri. Perempuan itu pun langsung menolong Russel yang saat mengejar anjingnya. Demikian diberitakan Associated Press, Jumaat (9/12/2011). Saat menolong Jack, perempuan itu nampaknya lupa menarik brek tangan saat meletakkan keretanya. Kereta itu pun langsung meluncur dengan pintu terbuka dan menghantamnya. Polisi mengatakan perempuan itu telah dilarikan ke Hospital Pittsburgh dengan keadaan ngeri di beberapa bagian tubuhnya, hingga saat ini, perempuan itu pun dikhabarkan menderita luka dalam. Keadaannya pun sudah mulai membaik. Polis di Kota Huntington juga menolak untuk memberitahu identiti perempuan tersebut.(rhs)

Beri Makan Itik, Nenek Ini Diancam 30 Tahun Penjara

MASSACHUSETS - Seorang nenek berusia 80 tahun yang merupakan pecinta binatang didakwa atas tindakan kriminal kerana dirinya memberi makan itik. Kota tempat tinggalnya juga melarang setiap warga memberikan makan kepada haiwan. Menurut pemerintah setempat, datangnya haiwan-haiwan unggas akan menyebabkan masalah besar kerana haiwan itu kerap meninggalkan kotoran. Kotoran haiwan yang menumpuk juga tidak akan baik bagi lingkungan dan kerana itulah kota tempat tinggal Claire Butcher melarang warganya memberikan makanan ke haiwan. Claire yang selalu memberi makan haiwan-haiwan di sekelilingnya, terpaksa didakwa kerana melanggar peaturan kota. Claire sebelumnya juga sempat diperingatkan oleh pemerintah di kotanya pada 2009 lalu agar tidak memberi makan haiwan-haiwan unggas. Meski demikian Claire mengabaikan peringatan itu dan menolak untuk membayar denda. "Haiwan-haiwan ini bukan milik Kota Lynn, mereka milik Tuhan," ujar Claire, seperti dikutip Daily Mail, Khamis (8/12/2011). Pemerintah Kota Lynn nampaknya tidak berubah fikiran ketika mendengar alasan Claire. Mereka tetap jengkel dengan adanya kotoran-kotoran haiwan unggas yang muncul di kolam dan taman-taman di kota. "Kau dapat melihat betapa menjijikannya kota ini dan berapa haiwan yang ada di sini. Ini semua adalah kelakuan dari Claire Butcher," ujar Pengacara Pemerintah Kota Lynn, Vincent Pheland. Claire sendiri diancam 30 tahun penjara atas kelakuannya. Pemerintah setempat juga sudah lelah akan segala bentuk alasan yang diutarakan oleh Claire. Warga juga semakin tidak nyaman melihat lingkungan kota yang dipenuhi oleh kotoran itik dan unggas lainnya.

Lelaki Ini Habiskan 200,000 poundsterling Demi Jadi Barbie girl

















Seorang lelaki habiskan 200,000 pounds dalam 12 tahun mengubah dirinya menjadi seorang wanita dan kemudian menjadi seperti boneka Barbie. Jason Torres, adalah nama lelaki yang kini berubah nama menjadi Nicole Sanders.

Berkat bantuan dari kekasihnya yang kaya raya, ia telah melakukan banyak operasi, mulai dari hidung, payudara, alis, hingga bahagian tubuh lainnya. Ia bahkan menyuntikkan silikon di punggungnya agar terlihat sempurna layaknya sebuah boneka Barbie.

Operasi ini telah ia lakukan sejak berusia 18 tahun. Operasi-operasi tersebut adalah; payudara sebanyak lima kali, hidung empat kali, implan pipi, dagu, kening, implan paha, tambah volume bibir, botoks, hingga pemotongan alat kelamin lelaki.

"Tumbuh besar, aku selalu bermain boneka Barbie dan aku menyukai penampilannya. Aku juga memuja wanita seperti Pamela Anderson dan Carmen Electra. Jauh di lubuk hatiku, aku tahu aku ingin jadi seperti mereka," ujar Nicole yang kini berusia 30 tahun.

Ia juga mengakui meskipun sulit menghitung angka pasti yang ia habiskan untuk semua operasi, tapi ia yakin telah menghabiskan sekitar 200,000 pounds . "Aku tidak ingin terlihat natural, aku ingin tampil glamour dan cantik seperti Barbie," ujarnya menambahkan.

Semasa remaja, ia mengaku sering di-bully di sekolah dan pernah mencuba bunuh diri di usia 16 tahun. Ia menelan100 pil parasetamol namun ibunya berhasil menyelamatkannya, seperti dilansir Daily Mail.

Setelah dibawa ke hospital dan menjalani pengubatan dan terapi psikologis, ia lalu sadar bahawa yang ia inginkan adalah menjadi wanita seutuhnya. Mengetahui hal ini, Jason kemudian diusir oleh keluarganya di usia 17 tahun dan kemudian pindah ke Manhattan, New York dimana ia menemukan teman-teman yang memihak kepada dirinya.

Ia kemudian menjadi penari di kelab gay dan berkenalan dengan banyak drag queen (pondan). Ia begitu memuja betapa cantiknya mereka dan menginspirasi dirinya untuk menjadi seperti mereka.

Remaja 19 Dihukum Kerana Planking Diatas Kereta Polis

Seorang remaja berusia 19 tahun asal Wisconsin, Amerika Serikat (AS), telah dihukum akibat melakukan aksi Planking, termasuk berbaring di atas kereta polis, mesin ATM Bank, dan meja juruwang di Walmart.

Tidak hanya itu, foto-foto planking tersebut kemudian diposting pada halaman facebooknya di awal tahun ini, serta mengupload sebuah video ke YouTube yang digunakan sebagai bukti memberatkannya di pengadilan.

Remaja yang diketahui bernama Alexander Hart ini dinyatakan bersalah kerana berperilaku tidak tertib. Dan Hakim Steven Hart Olson mendendanya dengan 303 dolar, meskipun Hart mengatakan bahawa gambar tersebut telah di photoshop dalam laporan polisnya.

Menurut The Smoking Gun yang dikutip Mail Online, Hart mengatakan kepada polis bahawa foto-foto itu diambil hanya untuk bersenang-senang saja.

Diketahui, Planking telah menjadi trend di seluruh dunia, dimana orang berpose untuk foto atau video dalam keadaan berbaring menghadap ke bawah dan lurus seperti papan, yang dilakukan di tempat-tempat yang tidak biasa. Bahkan aksi planking ini telah memakan korban jiwa.

Boss Perusahaan Pilih Pekerja Berdasarkan Ukuran Payudara















TRIBUNNEWS.COM - Para boss lelaki memutuskan memiliki pekerja perempuan untuk dipekerjakan berdasarkan ukuran dada @ payudara mereka. Demikian pernyataan dalam sidang yang berlangsung di pengadilan Sheffield, Inggris. Demikian dilansir The Sun, Sabtu (10/12/2011).

Para lelaki yang bekerja di perusahaan itu juga menggunakan komputer pejabat untuk melayari di situs penjual boneka seks dan mengejar seorang perempuan di pejabat lalu memukuli punggungnya.

Seorang perempuan yang bekerja sebagai sales, Angelina Ashby (41), terpaksa berhenti bekerja kerana teman-teman kerjanya di perusahaan peralatan kelautan di Cathelco, Chesterfield, Derbys, berhenti bekerja kerana stress. Atas alasan itulah ia kemudian menyaman perusahaan itu dengan tuduhan melakukan diskriminasi seks dan pelecehan di tempat kerja. Ia kemudian memenangkan kes tersebut dan diberi ganti rugi sebanyak 26 ribu poundsterling.

Hakim Robert Little mengatakan jika fakta itu berbicara bahawa para lelaki itu melihat pornografi di pejabat dan menyalahi peraturan di tempat kerja. Ashby mulai bekerja di perusahaan itu sejak tahun 2003 dan kemudian menjadi sales manager di tahun tahun 2006 dan bekerja di perusahaan yang menyelesakan kontrak penjualan pesawat untuk JabatanPertahanan.

Janda selamba hisap syabu depan anak


KUALA LUMPUR: Dia layak digelar janda gengster! Selepas diceraikan suaminya, wanita ini cuba melupakan masalah dihadapi dengan cara songsang apabila terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan kumpulan kongsi gelap.

Lebih memalukan, janda mualaf berusia 28 tahun yang memeluk Islam ketika berkahwin dengan bekas suaminya tiga tahun dulu seakan-akan membelakangi agama dianutinya apabila kini mempunyai dua anak hasil hubungan luar nikah dengan dua lelaki berbeza.


Usaha wartawan Metro Ahad yang cuba menyelongkar kisah janda ganas ini berhasil apabila penyiasatan dilakukan berjaya menembusi tembok ‘kebal’ wanita itu.

Hidup janda dikenali sebagai Zalika atau Ika itu didapati tidak terurus apabila dia tidak lagi bekerja. Disebabkan itu, kehidupannya bersama dua anak yang masih kecil terumbang-ambing dan serba kekurangan, lebih-lebih lagi apabila si ibu menjadi hamba dadah.

Selepas berjaya memasuki rumah wanita itu menerusi penyamaran, wartawan mendapati Ika tanpa segan silu menghisap syabu di depan anak perempuannya berusia dua tahun.

Selain itu, keadaan rumah yang sempit, tidak terurus, berbau serta kotor juga tidak sesuai buat wanita ini membesarkan anaknya, termasuk paling kecil berusia empat bulan.

Menurut Ika yang berasal dari Johor Bahru, pada mulanya dia berhijrah ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan pekerjaan tetapi selepas beberapa bulan di bandar raya ini, dia mengenali seorang lelaki beragama Islam dan kemudian merancang untuk berkahwin.

“Masa itu umur saya baru 23 tahun tetapi sudah berjinak-jinak dengan heroin dan syabu. Pada waktu itu juga saya dan keluarga penganut agama Kristian.

“Tidak lama selepas itu, kami mengikat tali pertunangan dan saya bertekad ingin mempelajari Islam dan memeluk agama itu sebelum kami bernikah serta meninggalkan segala tabiat buruk yang pernah saya lakukan.

“Selepas berkahwin, keluarga mentua menyambut baik kedatangan saya sebagai saudara baru. Mereka mengajar dan membimbing saya mengenai pelbagai ilmu agama seperti bagaimana mahu menunaikan solat, membaca al-Quran dan menutup aurat seperti memakai tudung,” katanya.

Bagaimanapun, Ika menjelaskan, tanggungjawab terbabit yang sepatutnya dipikul bekas suaminya sering diabaikan dan lelaki itu menyerahkan segala-galanya kepada keluarga.

“Pada mulanya saya pelik kenapa bekas suami tidak mengajar saya mengenai perkara itu? Saya saudara baru yang harus dibimbing olehnya, tetapi perkara lain pula berlaku.

“Selepas tiga tahun berkahwin dan dikurniakan dua cahaya mata, tiba-tiba bekas suami benci dan muak melihat saya tanpa sebab. Dia juga secara terang-terangan mengatakan ada teman wanita baru dan ingin menceraikan saya.

“Hati wanita mana tidak hancur mendengar kenyataan itu, lebih-lebih lagi saya sanggup meninggalkan keluarga kerana cinta dan sayang kepadanya,” katanya.

Selepas diceraikan, kedua-dua anak wanita ini diambil bekas suaminya. Patah hati dengan tindakan itu dan bergelar janda pada usia 26 tahun, Ika mengambil keputusan tidak lagi menjalin ikatan dengan keluarga bekas suami dan mencari hala hidup baru.

Bagaimanapun, sinar dicari tidak ditemui apabila wanita ini mula berkawan dengan rakan lamanya. Sejak itu, Ika kembali mengambil dadah untuk melupakan masalahnya serta mengamalkan seks bebas sehingga terlanjur dengan teman lelaki.

“Selepas bercerai, saya seakan-akan hilang arah dan tidak tahu ke mana ingin dituju. Walaupun keluarga masih menerima saya, saya tidak mahu menyusahkan mereka kerana mereka juga bukan orang senang.

“Saya mengambil keputusan untuk hidup sendirian dan bergaul semula dengan teman lama. Lama-kelamaan, saya kembali mengambil dadah, melakukan seks bebas dan menyertai kumpulan kongsi gelap untuk melepaskan tekanan hidup,” katanya.

Selepas dua tahun menjanda, Ika tidak mempunyai kerja tetap dan kadangkala hanya menjadi pelayan separuh masa di sebuah restoran berdekatan rumahnya bagi menyara kehidupannya dan dua anak tidak sah taraf terbabit.

Menurut anak kedua daripada tujuh beradik ini, dia tidak mempunyai kelayakan untuk mendapatkan kerja yang baik, malah akibat pengambilan dadah, tingkah laku yang berbeza membataskan pergaulannya dengan orang ramai.

“Saya tidak ada keyakinan untuk mencari pekerjaan. Yang boleh saya lakukan ialah mencari kerja separuh masa saja. Walaupun tidak cukup untuk menampung belanja saya dan anak, sedikit sebanyak ia membantu. Paling tidak, saya menjadi ‘pusher’ menjual dadah secara kecil-kecilan.

“Kadangkala, kawan terdekat dan keluarga turut memberi bantuan untuk saya menyediakan keperluan dua anak. Walaupun tidak mewah, ia memadai bagi kami meneruskan kehidupan,” katanya.

Meskipun sudah lama terjebak dengan pelbagai gejala sosial sehingga membinasakan dirinya, Ika masih mengharapkan peluang kedua untuk kembali ke jalan asal.

Namun, sehingga kini apa saja dilakukannya menjadi serba tidak kena dan sering tersalah arah. Malah, Ika juga sedar tabiatnya menghisap dadah boleh mempengaruhi anaknya dan membinasakan hidup mereka.

“Saya seakan-akan berputus asa untuk meneruskan kehidupan, lebih-lebih lagi hidup saya tidak terurus dan sering berdepan masalah.

“Sebenarnya, saya pernah terfikir untuk menyerahkan dua anak ini kepada rumah kebajikan tetapi tidak sanggup berpisah dengan mereka.

“Saya sedar perangai buruk saya akan turut memakan diri mereka. Namun begitu, saya hanya ada mereka sebagai penguat semangat,” katanya.

Wanita 60 Tahun Diserang 25 Ekor Anjing Rottweiler

Seorang wanita di Republik Chezko diserang hingga tewas oleh 25 ekor anjing Rottweiler, menurut pihak polis setempat.

Menurut BBC, petugas dipanggil ke rumah seorang wanita yang mengatakan dirinya sedang diserang oleh anjing-anjing keluarganya.

Ketika mereka tiba di rumahnya, di sebuah desa barat laut Praha, polis mengatakan mereka menemukan anjing dan tubuh seorang wanita berusia 60 tahun.

Ke-25 anjing yang terdiri dari lapan ekor anjing dewasa saat telah ditempatkan di penampungan sambil menunggu penyelidikan lebih lanjut dari polis.

“Beberapa anjing menyerang pemiliknya. Dia meninggal di tempat kejadian setelah menderita luka-luka serius,” kata juru cakap polis Daniel Vitek.

Sementara itu, menurut para tetangga anjing-anjing tersebut milik anak perempuan wanita tersebut, dan kelihatannya tidak diurus dan diberi makan secara teratur.

Salah satu tetangga mengatakan dia mengabaikan jeritan wanita itu, kerana keluarga tersebut sering berteriak pada anjing-anjing mereka kerana menyalak terlalu keras.

Hotel Ekstrim di Pinggir Jurang Setinggi 2,8 Kilometer

Hotel yang satu ini amat jelas bukan dibuat untuk orang yang lemah jantung. Kerana pondok yang berbentuk silinder ini berada di ketinggian 9.300 kaki (2,8 km) dengan menggantung pada tepi sebuah tebing di gunung Mont Blanc di Itali.


Pondok ini diletakkan di ketinggian 9.300 kaki tersebut dengan menggunakan sebuah helikopter, dengan sebahagian menggantung keluar dari tebing berbatu.

Menurut sang pencipta hotel ini, pendaki gunung dapat beristirahat di silinder ber-Air Cond tersebut dan merupakan cara baru untuk hidup di pegunungan ‘.

Akomodasi ramah lingkungan ini berisi 12 tempat tidur, ruang tamu, dapur dan toilet serta disokong oleh panel suria yang terletak di bahagian atap. Selain itu, sebuah jendela di hujung tabung ini memperlihatkan panorama yang menakjubkan dari pegunungan yang tertutup salju.

Hotel yang didanai oleh Alpine Club Itali ini menelan belanja sebesar 214.000 pound dan sekarang terbuka untuk para pendaki.



Manurut Mail Online, bahagian dalamnya terisolasi secara termal, dan perabotanya dirancang agar terlihat seperti sebuah pondok pegunungan tradisional.

Seluruh struktur yang lebih dulu dirangkai sebelum diterbangkan ke tempatnya, dirancang untuk melawan tekanan ekstrim dari ketinggian. Ini juga dirancang agar tidak berimpak pada lingkungan sekitarnya dan dapat diangkat kembali dengan helikopter setelah tidak digunakan lagi.

Parking Kereta Paling Ekstrim


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pemandu yang menunjukkan kecekapannya meletak kereta di ruang sempit menjadi sensasi di laman perkongsian video YouTube, lapor akhbar MailOnline.

Lelaki tidak dikenali itu meletak kereta sedan miliknya di ruang sempit yang cuma muat untuk sebuah kereta bersaiz kompak.

Malah, dia berjaya keluar dari ruang parkir sama tanpa mencalarkan bampar kenderaan di hadapan dan belakangnya.

Dia mengambil masa sekitar lima minit untuk meletakkan keretanya di ruang parkir berkenaan di sini baru-baru ini. - Agensi


Demi wang sanggup sembunyikan seorang keluarganya yang lain dalam keranda


Sebuah keluarga di India menyembunyikan seorang anggota keluarga mereka bernama Rajan Killaker yang berusia 41 tahun ke dalam sebuah keranda sejak Disember 2007, setelah sebelumnya Hitesh Karavadra memukulnya dengan tongkat baseball di kepala dan mencuri kunci rumahnya.

Untungnya, tindakan mereka itu berhasil diketahui pihak polis di Porbunder , India Barat, setelah petugas mendapatkan surat tanpa nama dimana dalam surat itu menyatakan Hitesh Karavadra membunuh Killaker untuk mengklaim property miliknya.

Seperti yang dijelaskan petugas penyelidik, Jaydeepsinh Sarviya, polis berhasil menemukan Rajan Killaker di rumah milik Hitesh, seorang dealer property, di dalam keranda berukuran 6 kaki x 3 kaki (sekitar 183 m x 91,44 cm).

Rajan Killaker, yang seorang ilmuwan bioteknologi, hanya diperbolehkan keluar 1 kali sehari untuk makan.

“Bpk Killaker, yang tidak menikah, jarang berhubungan dengan keluarganya, yang mana terdiri dari seorang saudara, dan 3 saudari yang sudah menikah. Kami telah mempelajari bahawa dia jarang berbicara dengan mereka, satu atau dua kali dalam satu tahun,“ ujar Jaydeepsinh Sarviya.

Atas peristiwa yang menimpanya itu, Rajan Killaker kemudian mengajukan saman atas kes penculikan dan tuntutan-tuntutan lainnya melawan Karavadra, isterinya Jyoti, ibunya Haraben dan kaki tangan mereka Deepak Rathod, Lalit, Alpesh Prakash dan Vijay.

Makan 32 biji ubat sakit kepala satu hari

berita2.com (Ponorogo, Jawa Timur): Aneh tapi nyata, apa yang telah dilakukan Boimin alias Riwuk (65), yang dalam sehari mampu meminum ubat yang berupa pil atau tablet ini sebanyak 8 kaplet. Jika satu kaplet berisi 4 pil, bererti sehari Boimin telah menelan 32 butir pil yang berupa jenis ubat sakit kepala.

Dia telah meminum berbagai jenis ubat hampir selama 10 tahun. Jenis ubat yang diminum adalah Bodrex, Paramex, Oskadon dan Procold.

Kebiasaan yang membuatnya berjulukan Manusia Ubat itu, berawal saat Sulastri (18) anak bungsunya mengalami sakit demam ketika masih berusia 8 tahun. Ketika itu, Boimin hendak membelikan ubat anaknya. Ditengah perjalanan, buruh tani itu mengalami sakit kepala yang cukup parah.

Kerana tidak kuat, ia pun juga ikut membeli ubat. Semenjak itulah, Boimin meminum ubat sakit kepala setiap sakit kepalanya pening. “Saya tidak kuat menahan sakit kepala yang luar biasa ini, hingga harus minum ubat. Minum ubatnya juga harus banyak kerana sering pening,” kata Boimin, Jumaat (9/12/2011).

Boimin juga mengaku jika dirinya sudah 10 tahun menderita sakit kepala. Tak hanya puskesmas berubat ke doktor spesialis pun pernah dilakukannya. Namun, kerana keterbatasan biaya, hingga akhirnya memilih meminum ubat sakit kepala yang boleh didapatkan dikedai terdekat dengan jumlah diluar batas. Mungkin, lanjutnya, jika selama 10 tahun bungkusnya dikumpulkan semua, boleh mencapai satu gudang besar. “Dalam 6 bulan saja sudah dua karung bungkus ubat,” tandasnya.

Yahmun (51), Kepala Dusun setempat mengatakan, awalnya warga sekitar sempat ketakutan melihat kebiasaan Boimin yang tak wajar. Bahkan, warga pernah melarang Boimin meneruskan kebiasaan yang dinilai buruk itu. Sebab, dikhuatirkan akan membuat Boimin mengalami sakit yang jauh lebih parah.

Namun, lambat laun warga membiarkannya, kerana melihat Boimin masih tetap sihat, walau telah memakan ubat diluar aturan hampir sepuluh tahun lamanya. “Warga berharap agar ada perawatan khusus bagi Boimin. Selain menyembuhkan sakit kepalanya, juga menyembuhkan kebiasaan meminum ubat sehari 32 butir,” terangnya.

Sanggup palsukan kematian ibunya di surat khabar semata-mata untuk bercuti













"Orang tua sakit." Saya yakin tak cuma 1-2 pekerja yang menggunakan alasan ini untuk meminta cuti. Tapi bagi seorang lelaki dari Pennsylvania, alasan seperti itu nampak belum cukup meyakinkan. Solusinya? Pasang berita kematian di surat khabar.

Dan tak perlu waktu lama bagi Scott Bennett, 45, untuk menyedari bahwa solusi tersebut bukanlah yang terbaik. Bahkan mungkin yang terburuk.

Setelah dipublikasikan di surat khabar, seorang keluarga Bennett menelefon editor surat khabar The Jeffersonian Democrat untuk memberitahu bahawa wanita dalam berita kematian yang mereka muat masih hidup. Wanita itu tak lain adalah ibu dari Bennett sendiri.

Lelaki ini mungkin lupa bahawa tidak seperti surat cinta, surat khabar diciptakan untuk dibaca oleh publik, termasuk didalamnya kerabat, keluarga, dan juga ibunya, yang ternyata merupakan salah seorang pelanggan akhbar tersebut.

Ketika diwawancara oleh surat khabar lainnya, Bennet mengaku melakukan hal itu kerana takut dipecat jika ia meminta cuti kerja. Kini tak hanya terancam dipecat, lelaki tersebut juga harus berurusan dengan polis. Ya, paling tidak, menurut polis ibunya dapat mengerti dengan tindakan anaknya itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN