Tuesday, January 22, 2013

Demi kekasih pemuda ini berjalan sejauh 160,000 km


Dua orang pemuda dari Beijing China melakukan perjalanan sejauh160.000 km melewati 13 negara untuk menemui kekasih dari salah seorang pemuda tersebut di Berlin, Jerman. Kedua pemuda itu adalah Liu Chang dan Gu Yue, perjalanan mereka tempuh dengan cara berjalan kaki dan menumpang kenderaan-kenderaan. Jumlah kereta yang mereka tumpang sebanyak 88 kali selama perjalanan. Perjalanan mereka disebut-sebut sebagai "Perjalanan penuh rintangan paling romantis dalam sejarah"

Liu Chang and Gu Yue dalam perjalanannya membawa barang yang sangat banyak dan berat, mereka meyakinkan petugas visa dari 12 negara dengan mengatakan bahawa mereka adalah backpacker. Setelah urusan visa selesai, mereka memulai perjalanan dengan membawa wang cash, kad kredit, laptop, kamera dan beberapa baju.

Inilah gambar -gambar kenangan yang mereka ambil ketika menempuh perjalanan itu.


Gu Yue Di Turki


Gu Yue menumpang motor roda tiga di Aksu, Xinjing
Salah satu wanita cantik berhati mulia yang memberinya tumpangan
Menunggu tumpangan di pinggir jalan sudah biasa bagi mereka, bahkan mereka pernah menunggu hingga 2 hari
Menumpang trak penghantar coca cola di Uzbekistan
Menumpang traktor di Iraq
Menumpang Kereta kuda di Bulgaria
Akhirnya Gu Yue berhasil menemui kekasihnya setelah menempuh perjalanan 160.000 km selama 31/2 bulan

Naik motor tapi kenapa bogel?


INILAH KEBODOHAN MANUSIA YANG DIBERIKAN AKAL...
sanggup berbogel naik motor....pakai topi keledar tu memang bagus...
yang berbogel tu kenapa?




manusia oh manusia....

Apakah tindakan anda jika pemandu bas bersikap begini?


Bas satu pengangkutan yang sering di naiki untuk ketempat kerja,balik kampung
atau kemana-mana sahaja.Tapi apakah tindakan anda jika pemandu
bas bersikap begini..membaca suratkhabar,makan ketika memandu....





Sanggup tinggalkan anaknya macam ni...


Entah kemana mak bapaknya pergi...
SANGGUP TINGGALKAN ANAKNYA BEGINI....

HUJAN PULAK TU.....

Koleksi Harta Sultan Brunei



Halaman istana

Bangunan

Jenis Istana

Lokasi : Bendera Brunei Brunei Darussalam

Pelanggan : DYMM Sultan Hassanal Bolkiah

Pemilik : DYMM Sultan Hassanal Bolkiah

Koordinat : 4°52′19.31″U 114°55′14.72″TKoordinat: 4°52′19.31″U 114°55′14.72″T

Pembinaan Diselesaikan : 1984

Kawasan tingkat : 200,000 m²

Kos : AS$1.4 billion

Pasukan reka bentuk

Arkitek Leandro V. Locsin

Firma seni bina Ayala International

Istana Nurul Iman ialah tempat kediaman rasmi bagi Sultan Brunei, DYMM Sultan Hassanal Bolkiah dan kerusi kerajaan negara Brunei Darussalam. 

Istana ini terletak berdekatan dengan tebing Sungai Brunei. Istana ini juga merupakan tempat kediaman paling besar di dunia.[1]

Istana ini mempunyai 1,788 bilik, 257 bilik mandi serta sebuah dewan jamuan yang boleh menampung seramai 5,000 orang dan masjidnya sendiri yang boleh memuatkan seramai 1,500 jemaah pada satu-satu masa.

Di istana ini juga terdapat 110 buah garaj kereta, kandang kuda berhawa dingin yang menempatkan 200 ekor anak kuda polo milik Sultan serta 5 buah kolam renang. 

Secara keseluruhan, Istana Nurul Iman mempunyai ruang lantai sebesar 2,152,782 kaki persegi (200,000 m²).

Disebabkan saiz istana ini yang sangat besar, maka terdapat 564 lampu candelier, 51,000 mentol lampu, 44 tangga dan 18 lif di situ.















Gambar fail menunjukkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah diiringi isteri-isteri baginda, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (depan kiri) dan Pengiran Isteri 
Azrinaz Mazhar Hakim (kanan) bersama kerabat diraja yang lain di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, Brunei. 

Baginda hari ini secara rasmi menceraikan Azrinaz yang 
diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Abu Bakar.

Jet Peribadi Sultan Brunei












Koleksi Kereta Sultan Brunei

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai model.
Tu baru sebahagian lambang kekayaan dan kemewahan Sultan Brunei. Sultan Brunei dikatakan Sultan terkaya di dunia selepas Raja Arab Saudi, Raja Abdullah b. Abdul Aziz. 


Harga kesemua kereta kereta mewah tu dalam anggaran RM15.9 Billion. Fuhh mak datukk!!

Koleksi kereta milik Sultan Hassanal terdiri daripada :

Porsche 959, Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Lamborghini Murcielago LP640, Bugatti EB110, dua buah Bugatti Veyron (edisi biasa dan Pur Sang) , Maybach 62, 
Jaguar XJR-15 dan enam Dauer 962s




























Hingga 30 Jun 2010, baginda ada 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.

Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah hangar pesawat yang lokasinya dirahsiakan.

Mewarnakan rambut boleh membuat anda kelihatan seperti 'monster'


Maksud hati ingin tampil lebih bergaya dan menawan, apa daya bukan semakin cantik yang didapat melainkan kesakitan dan keburukkan. Mungkin inilah ungkapan yang lebih tepat bagi gadis bernama Abigail Coulbourne yang berusia 15 tahun, yang bermaksud mewarnakan rambutnya yang berwarna kecoklatan dengan pewarna rambut yang lebih gelap.

Ada satu hal yang tidak diperhatikan gadis  ini sebelum melakukan proses mewarnakan dia tidak terlebih dahulu melakukan ujian kesan terhadap kulitnya seperti yang disyorkan oleh pengeluar produk.

Seringkali kita menganggap ringan dan remeh dari cara pemakaian yang baik. Namun inilah jadinya bila tidak mengikut arah pemakaian produk. Zat Clairol dalam pewarna yang tidak sesuai dengan kondisi kulit boleh mengakibatkan bengkak pada wajah dan kulit kepala lainnya.

Jadi berhati-hatilah jika memakai pewarna rambut dan baca segala peraturan pemakaian yang ditunjukkan di kotak bungkusan.

Budak tak makan selama 4 tahun


Seorang budak lelaki di Britain, Daniel Harrison, berusia empat tahun trauma untuk mengambil makanan pejal sehingga menyebabkan dia tidak makan selama empat tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Budak lelaki itu yang menghidap autisme, takut untuk makan atau minum selepas dia diserang sakit gastrik yang teruk semasa masih bayi.

Fobia yang dihidapi oleh Daniel menyebabkan dia terpaksa diberi makanan melalui tiub yang dimasukkan ke dalam perutnya.

Bagi mendapatkan makanan dan rawatan, Catherine dan Kevin Harrison iaitu ibu bapa kanak-kanak itu terpaksa berulang alik dari sebuah hospital di London yang terletak agak jauh dari kediaman mereka di sini, England. Kos bagi rawatan tersebut juga mahal.

"Berdasarkan sudut perubatan, anak kami boleh mengambil makanan seperti manusia normal, tetapi dia amat takut untuk makan atau minum," kata bapanya.

Setakat ini, pakar-pakar di Britain gagal mengubati ketakutan Daniel untuk makan tetapi ibu bapanya tidak berputus asa dan merancang untuk membawanya ke sebuah klinik pakar di Austria sebagai jalan terakhir untuk merawat anak mereka.

Keluarga tersebut kini gigih untuk mengumpul dana berjumlah £20,000 (RM99,437) bagi tujuan itu.-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN