Friday, May 11, 2012

Protes bogel,3 aktivis dibuang ke hutan

MINSK - Polis Ukraine membuang tiga orang aktivis feminis kerana melakukan aksi protes tanpa pakaian. Para aktivis itu melakukan aksinya di Ibu Kota Belarusia, Minsk dan pada saat itulah mereka ditangkap.

Para aktivis mengatakan, mata mereka ditutup ketika ditangkap, mereka pun dibawa ke hutan dan disiram dengan minyak. Polis juga dikhabarkan memotong rambutnya dengan pisau dan mengancam akan membakarnya. Para aktivis itu akhirnya melarikan diri ke sebuah desa kecil.

Aktivis perempuan itu tengah memperingati 1 tahun aksi protes pemilihan umum Belarusia dan mengecam Presiden Alexander Lukashenko. Namun, mereka melakukan aksinya tanpa mengenakan pakaian. Menurut informasi dari beberapa situs internet, para aktivis itu cuba untuk mempersatukan perempuan muda di bawah aspek sosial, intelektual, dan budaya. Demikian seperti diberitakan Daily Mail, Rabu (21/12/2011).

Kedutaan Besar Ukraine di Minsk menolak dakwaan para aktivis itu, namun para diplomat tetap akan melakukan penyelidikan terhadap kes ini.

Juru bicara polis Belarusia juga menolak untuk memberi komen lebih lanjut. Dirinya hanya mengatakan, tindakan dari para aktivis perempuan itu adalah sebuah provokasi. Perempuan-perempuan itu juga menuntut pembebasan dari sejumlah tahanan politik. Sebanyak enam jurnalis juga dikhabarkan ditangkap kerana meliput aksi protes itu.

Pemilihan umum Belarus juga kerap dikecam oleh para oposisi kerana mereka menganggap pemilihan umum itu tidak demokratis. Pada Desember 2010 lalu, protes terhadap pemilihan umum Belarus pecah dan polis dikerahkan untuk mengamankan situasi.

Banyak pengamat yang menganggap, Lukashenko yang mendapatkan 80 peratus suara dalam pemilihan umum melakukan kecurangan. Peristiwa itu juga cukup mendapat kecaman keras dari Organisasi Keamanan dan Kerja Sama Eropah (OSCE).

Pemanggang Roti Multifungsi Boleh Jadi Radio

Wanita akrab dengan multitasking: melakukan sejumlah hal sekaligus. Konsep inilah yang kemudian diaplikasikan untuk perangkat toaster atau pemanggang roti yang direka dengan perangkat radio dan pemutar musik.


Sambil menunggu roti terpanggang sempurna, mereka akan terhibur dengan siaran radio atau muzik yang mengalun dari perangkat multifungsi tersebut.


Melihat peluang menjanjikan dari pelancaran produk semacam ini, sejumlah produsen tak hanya fokus dengan detail fungsi. Mereka juga mengeksplorasi desain produk demi terlihat cantik sebagai hiasan dapur atau ruang makan.


Perangkat dapur yangsedang hot di Inggris ini, menjadi salah satu produk favourite untuk hadiahNatal tahun ini. Sejumlah pengeluar menawarkan produk ini dengan beragam desain memikat, pun variasi harga mulai dari £29,99 hingga £229 .


Inovasi pemanggang roti sebenarnya bukan hal baru. Beberapa tahun lalu, Sasha Tseng Incorporates melancarkan sebuah notepad toaster. Di salah satu sisi pemanggang terdapat bidang untuk menulis, di mana tulisan itu akan tercetak automatik di atas roti yang sedang dipanggang.

Rambut wanita ini tiba-tiba menjadi hijau

STOCKHOLM - Bagi beberapa perempuan eksentrik, rambut berwarna hijau tentunya menjadi kebanggaan. Tetapi apabila warna rambut itu tidak diinginkan, tentunya boleh membuat kesal.

Sekelompok perempuan di Sweden terkejut saat rambut pirang yang mereka jaga selama ini, berubah dalam sekejap menjadi hijau. Perubahan ini terjadi saat mereka sedang mandi. Demikian diberitakan News Lite, Rabu (21/12/2011).

Sedar ketika rambut mereka berubah hijau, perempuan-perempuan ini mengira aliran air ke rumah mereka mengandung tembaga yang cukup tinggi. Tetapi saat diselidiki, kandungan tembaga pada aliran air rumah itu tidak memiliki masalah.

Petugas kebersihan air yang mencari tahu penyebab perubahan warna air ini menemukan, air panas yang digunakan perempuan ini ternyata membuat lapisan tembaga pada paip air mengelupas.

Secara tidak sengaja, air panas dan tembaga itu bereaksi dan membuat air berubah berwarna hijau. Akhirnya, perempuan-perempuan ini terpaksa mandi dengan air dingin agar rambut mereka tidak lagi menjadi hijau. -okezone

Bayi comel berkepala dua lahir di Brazil


BRAZILLIA: Seorang wanita dilapor melahirkan bayi berkepala dua.


Bayi lelaki seberat 4.5 kilogram itu dilahirkan menerusi pembedahan di sebuah hospital di Anajas, negeri Para di utara Brazil.




Keputusan imbasan menunjukkan, walaupun bayi itu mempunyai dua kepala yang sempurna, dia mempunyai satu jantung dan semua organ pentingnya berfungsi secara normal.

Menurut doktor, bayi berkenaan sihat dan kedua-duanya sudah mula berfungsi secara normal.

Wanita berusia 25 tahun itu yang tinggal di kawasan pedalaman Para, tidak menjalani pengimbasan ultra- sound sepanjang kehamilannya dan hanya mengetahui mengenainya beberapa minit sebelum melahirkan kandungannya pada awal pagi Isnin lalu.

Pengarah hospital, Claudionor Assis de Vasconcelos, memberitahu akhbar O Povo, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk ke hospital kerana mengalami sakit perut yang teruk.

“Apabila doktor menjalankan pengimbasan terhadapnya, mereka mendapati bayi dalam kandungan itu mempunyai dua kepala dan kelahiran biasa membahayakan si ibu dan juga anaknya. “Proses pembedahan mengambil masa sejam kerana kepala bayi itu berada di atas.

“Walaupun berdepan dengan masalah kerana hospital kami kecil dan terletak di kawasan pedalaman, kami berjaya menyelamatkan si ibu dan anak. Itu yang menjadi matlamat kami. “Dan bagi kami, ia sesuatu yang mengejutkan untuk mendapati bayi itu sihat,” kata de Vasconcelos.

Menurutnya, wanita itu tidak menunjukkan sebarang keresahan selepas mengetahui anaknya berkepala dua.

“Bayi itu disambut gembira oleh keluarganya. Si ibu menyusukan kedua-dua mulut bayinya yang berada sepanjang masa dengannya di dalam bilik. Dia ingin membawa pulang bayi itu terus ke rumah,” katanya.

Wanita berkenaan dibawa dengan ambulans udara semalam ke sebuah hosptal pakar di Belem, ibu negeri Para, untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Mereka dijangka dibenarkan pulang, minggu ini.

Ini adalah kali kedua bayi berkepala dua dilahirkan di Brazil tahun ini.

Sebelum ini, Sueli Ferreira, 27, melahirkan bayi berkepala dua di negeri Paraiba tetapi ia meninggal dunia beberapa jam kemudian kerana satu daripada kepala itu tidak menerima oksigen secukupnya. - Agensi

Menderita Alergi Parah Terhadap Pisang,Nafasnya Boleh Berhenti

| Kerana alergi aneh yang dideritanya, seorang wanita sudah tak pernah lagi berbelanja di supermarket dan selalu memesan makanan secara online. Ia sangat alergi dengan pisang, bahkan dekat-dekat dengan buah tersebut boleh membuat nafasnya berhenti.


Georgina Dixon-Lane (22 tahun) sudah 5 tahun tidak pernah menginjakkan kaki ke supermarket, kerana keranjang buah biasanya selalu berada di dekat pintu masuk, termasuk buah pisang.


Georgina bahkan jarang meninggalkan rumahnya kerana khuatir bertemu dengan orang yang makan pisang. Berdekatan dengan pisang atau orang yang sedang makan pisang boleh menyebabkan Georgina kejang dan tenggorokannya membengkak, hingga akhirnya nafasnya berhenti.

"Saya selalu belanja makanan secara online, saya tidak boleh menginjakkan kaki di supermarket seperti biasanya kerana buah berada di dekat pintu masuk. Kalau saya dekat dengan seseorang yang makan pisang dan belum menggosok giginya, saya juga boleh kejang," jelas Georgina Dixon-Lane, seperti dilapor Thesun, Senin (12/12/2011).

Menurut Georgina, doktor memberitahunya bahawa ia alergi dengan lateks alam termasuk pisang, tetapi doktor tidak 100 peratus yakin, sehingga ia begitu takut dengan pisang hingga tak mahu meninggalkan rumah.

Saat mengalami masa-masa alergi, Georgina pun hamil dan kini memiliki anak lelakinya berusia 8 bulan bernama Bobby. Keadaan hamil dengan alergi membuat anak Georgina lahir dengan keadaan penyakit idiopathic anaphylaxis.

Bobby juga mengalami alergi terhadap buah-buahan dan sayuran, seperti kacang-kacangan, roti dan sosej. Dia harus berkonsultasi teratur dengan konsultan imunologi untuk mendapat perancangan diet dan kesihatan.


Bahkan saat menikah dengan Christopher (28 tahun), tempat pelaksaan pernikahan pun harus dipesan khusus dengan menyesuaikan keperluan makanan.

"Tempat pernikahan kami tidak dibiarkan menyediakan jamuan pisang apapun selama seminggu sebelum kami menikah. Setiap orang boleh makan mewah, tapi saya hanya harus makan nugget ayam, keripik dan kacang-kacangan," jelas Georgina.

Georgina mengatakan keadaan alerginya tergolong aneh kerana ia boleh makan pisang di satu hari tanpa merasakan gejala apapun, namun keesokan harinya ia akan mengalami reaksi alergi parah.

"Saya harus bertindak cepat dan memberikan suntikan adrenalin EpiPen untuk menghentikan reaksi alergi. Saya harus membawa itu sepanjang waktu," tutup Georgina.


3 bulan tidur kepala ke bawah untuk dapat anak

COVENTRY: Seorang wanita yang menghidap penyakit ganjil sehingga menyebabkan dia berulang kali mengalami keguguran, akhirnya melahirkan anak selepas baring dengan kepala di bawah dan kaki di atas selama tiga bulan.


Ketika hamil lima bulan, Donna Kelly, 29, diberitahu, kandungannya hanya satu inci dari bahagian atas serviksnya dan ia terdedah kepada keguguran.

Doktor menasihatinya baring di atas katil yang kepala direndahkan 45 darjah bagi mengurangkan tekanan.

Donna terpaksa berada di atas katil itu sepanjang hari, dan bangun hanya untuk ke tandas.

Donna yang kemudian melahirkan anak, Amelia, berkata: “Pada mulanya ia membuat saya sakit dan saya mengalami pening kepala yang amat sangat. “Tetapi selepas beberapa hari, tubuh saya sudah boleh menerimanya dan saya sudah biasa dengan keadaan itu.

“Saya menggunakan beberapa bantal dan penghadang sekeliling katil itu menghalang saya daripada jatuh.

“Saya terpaksa mengiring untuk makan dan ini menyebabkan saya selalu mengalami kebas pada sebelah tangan selepas setiap kali makan,” katanya.

Donna yang berasal dari Coventry mengalami masalah kelemahan serviks sejak melahirkan anaknya yang pertama, Joshua, kini berusia empat tahun.

Dia mengalami dua keguguran selepas itu, pertama pada minggu ke 19 dan kemudian pada minggu ke 23. - Agensi

pengacara rancangan makan daging manusia sesama sendiri



ZENO (kiri) makan daging Storm manakala Storm makan daging rakannya itu di depan penonton di studio.


LONDON: Sebuah rancangan televisyen dijangka mencetuskan kemarahan apabila ia memaparkan adegan kanibal yang menyaksikan dua penyampainya memakan daging manusia.

Hos terbabit, Dennis Storm memakan daging rakannya , Valerio Zeno, manakala Zeno pula memakan daging Storm.


Storm dan Zeno dilihat duduk di meja yang disinari cahaya lilin untuk memakan daging terbabit.

Akhbar The Sun memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar pasangan itu memakan daging berkenaan.

Namun, persediaan untuk acara itu disiarkan dalam klip daripada program berkenaan yang dijadual disiarkan menerusi saluran televisyen Belanda, BNN, hari ini.

STORM menjalani pembedahan memotong daging pinggulnya.


Storm yang sebahagian pinggulnya dipotong untuk rancangan itu berkata: “Agak pelik untuk melihat mata rakan kita apabila anda mengunyah daging perutnya.

“Kami ke pemotong daging, ke pakar bedah dan ke studio, kemudian kami merenung satu sama lain dan makan.

“Chef memasaknya dalam kuali dengan minyak matahari. Kami tidak mencampurkannya dengan garam atau lada hitam kerana ingin tahu rasanya.”

Menurut Storm, tujuan program itu yang berjudul Proefkonijnen dalam bahasa Belanda ialah untuk memberi jawapan secara terbuka terhadap persoalan ganjil.

Bercakap dalam wawancara dengan ABC News, dia berkata: “Bahagian melucukan pertunjukan ini ialah untuk mendapatkan jawapan mudah kepada soalan bodoh seperti: ‘Bolehkah anda bercukur dengan sos tomato’ atau ‘Adakah orang buta boleh memandu.’

“Dan kami ingin tahu bagaimana rasa daging manusia. Ia hanya daging yang besar beberapa sentimeter dan kini saya ada cerita menarik mengenai parut pada tubuh saya.” - Agensi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN