Tuesday, May 8, 2012

Bapa rantai simpan anak dalam tandas

BUTTERWORTH – Seorang bapa tergamak memperlakukan dua orang anaknya yang berusia dua dan enam tahun seperti anjing apabila bertindak mengikat kaki kiri mereka dengan rantai besi di dalam tandas rumahnya.


Pasangan adik-beradik itu ditinggal seharian oleh bapa mereka ketika dia keluar bekerja dengan alasan anaknya itu nakal dan tiada orang menjaga mereka ketika dia tiada di rumah.


Perbuatan lelaki berusia 40-an yang tidak berperikemanusiaan itu terbongkar apabila kedua-dua beradik tersebut menjerit dan menangis kelaparan pada pukul 6 petang kelmarin kerana mereka tidak diberikan makanan oleh bapa mereka.


Jeritan kedua-dua beradik itu membongkar perbuatan kejam bapa mereka selepas jiran-jiran yang tinggal di kawasan rumah kedai dua tingkat itu memaklumkan perkara tersebut kepada polis.


Bertindak atas maklumat, sepasukan polis menyerbu rumah tersebut di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini dan menemui seorang budak perempuan berusia enam tahun bersama adik lelakinya berumur dua tahun dalam keadaan menyayat hati.


Ketika ditemui pada pukul 8.45 malam, kedua-dua beradik itu yang diikat dengan rantai dan dikunci dengan mangga besi hanya memakai baju-T serta seluar dalam di dalam tandas.


Ketika diselamatkan, bapa kanak-kanak tersebut yang bekerja sebagai buruh tiada di rumah kerana keluar bekerja sejak pukul 3 petang kelmarin, manakala ibu mereka yang merupakan warga Thailand pula dikatakan telah meninggalkan tiga beranak itu sejak sebulan lalu.


Difahamkan, kedua-dua beradik itu diperlakukan sedemikian oleh bapanya sejak sebulan lalu setiap kali dia keluar bekerja selepas ibu mereka menghilangkan diri.


Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, seorang penduduk yang mendengar jeritan dan tangisan kanak-kanak itu cuba membantu mangsa tetapi malangnya pintu rumah tersebut dikunci dari luar.

Chimpanze yang Pandai Memasak Makanannya

Dengan penuh semangat ia mengumpulkan kayu kering, mematahkan ranting menjadi potongan-potongan kecil dan menumpuknya dengan hati-hati. Kemudian, ia menyalakan mancis api dengan cermat agar tidak membakar dirinya sendiri dan bersiap-siap untuk menggoreng.


Seperti seorang tukang masak Kanzi gemar bermain-main dengan barbeku. Namun, luar biasanya ia bukanlah manusia kerana Kanzi merupakan seekor bonobo, atau chimpanze pigmi.
Meskipun kera dan chimpanze diketahui menggunakan ranting dan daun sebagai alat, namun tidak pernah menunjukkan keterampilan tersebut untuk memasak makanan mereka.
Kanzi yang berusia 31 tahun ini adalah salah satu dari lapan bonobo dalam perawatan Dr Sue Savage-Rumbaugh, salah satu ahli terkemuka di dunia dalam perilaku dan bahasa kera. Dan ia percaya bahawa ketertarikan Kanzi pada api mengungkapkan kecerdasan yang mendalam.


“Kanzi membuat api kerana ia menginginkannya. Ketika masih sangat muda Ia menonton film Quest For Fire yang menunjukkan manusia purba berjuang untuk mengendalikan api. Dia terpesona dengan itu dan menontonnya hingga ratusan kali.” tutur Dr Savage-Rumbaugh, dari Great Ape Trust, di Des Moines, Illinois yang dikutip Mail Online.
Ia juga terpesona oleh api unggun yang dibuat sang penjaganya untuk memasak makanan. Yang mendorong ia untuk berinteraksi dengan manusia dan menyalinnya. Pada usia lima tahun, ia mampu membuat tumpukan kecil dari ranting kering.

Selain itu, Ia dapat menggunakan wajan penggorengan di atas api dan memasak hamburger. Setelah ia selesai menggunakan api tersebut, Dr Savage-Rumbaugh meminta Kanzi untuk memadamkan api dengan menggunakan sebotol air dan ia kemudian menuangkan cairan tersebut di atas api sampai padam.


Sekarang Kanzi juga menurunkan keterampilan bagi kera-kera lain. Dimana Teco anaknya, yang juga tinggal di pusat penelitian yang sama, memperhatikan Kanzi saat ia memecahkan masalah, dan para peneliti percaya mungkin Teco juga akan belajar untuk membuat api.
Chimpanze seberat 75-kg ini adalah kera yang paling cerdas di Great Ape Trust. Bersama dengan dua kera lain ia menggunakan keyboard kertas untuk berkomunikasi dengan Dr Savage-Rumbaugh dan rakannya Liz Pugh.
Dalam percakapan dengan para peneliti ia menunjuk simbol, yang dikenal sebagai lexigrams, pada keyboard yang mewakili kata yang berbeza. Dia telah belajar untuk ‘mengatakan’ sekitar 500 kata melalui keyboard, dan memahami 3.000 kata yang diucapkan.

Wanita telifon 911 kerana terlalu banyak makan


FLORIDA - Berada di bawah pengaruh alkohol terkadang membuat orang kerap melakukan tindakan aneh. Seperti halnya yang terjadi dengan Mary Ellen Lisee.


Wanita asal Florida, Amerika Syarikat (AS) ini tiba-tiba saja menelefon 911 hanya untuk mengatakan dia terlalu banyak makan.


Petugas polis yang menjawab panggilan itu segera mencari keberadaan Lisse dan mendatanginya. Lisse yang tengah berada di Motel Travelers's Inn, Fort Pierce ditemukan bersama dengan kekasihnya dalam keadaan mabuk berat.


Lisse berteriak dan melompat-lompat dibilik 108 yang dihuninya bersama kekasihnya. Petugas polis yang menyaksikan kejadian tersebut segera membawa mereka ke balai polis.


"Dia berulang kali berteriak bahawa dia tidak menggunakan kokain," ujar petugas polis seperti dikutip upi.com, Khamis, (29/12/2011).


Lisse kemudian ditahan atas tuduhan penyalahgunaan panggilan terhadap 911 serta atas sikapnya yang dinilai tidak menyenangkan.(rhs)

Kaki mabuk,pergi balai polis pun mabuk,akhirnya ditahan



BERLIN - Sungguh malang nasib seorang lelaki yang mendatangi sebuah balai polis di Jerman untuk mengambil lesen memandu miliknya. Dirinya ditahan dipenjara oleh polis.

Sebelumnya lesen memandu lelaki itu ditahan kerana dia memandu kereta dalam pengaruh alkohol yang jauh melebihi batas normal yang ditetapkan. Namun lelaki berusia 47 tahun itu tidak menyedari, dia datang ke balai polis dalam keadaan mabuk.

"Dia bertanya, dimana lesen nya yang telah disita sehari sebelumnya," ujar pegawai polis setempat seperti dikutip abs-cbnnews.com, Khamis, (29/12/2011).

Melihat keadaanl elaki itu yang tengah mabuk, petugas polis segera memerintahkan ujian kadar alkohol.

Ujian itu menunjukkan kadar alkohol dalam tubuh lelaki itu mencapai 296 mililiter atau hampir enam kali batas normal, yakni 50 mililiter.

Tanpa ragu polis akan mendakwanya dengan dua tuduhan sekaligus, yakni memandu di bawah pengaruh alkohol serta memandu tanpa lesen.

Gadis Muntah 40 Kali Sehari Akibat Sindrom Pelik


Sering mual dan muntah biasanya dialami oleh ibu hamil diawal kehamilannya. Tapi tidak bagi Alisha Atkinson, selama 6 tahun ia memiliki sindrom langka yang membuatnya boleh muntah 40 kali dalam sehari.


Alisha Atkinson (12 tahun) menderita cyclic vomiting syndrome, iaitu suatu keadaan yang tidak diketahui penyebabnya tapi boleh membuat orang tersebut sakit kerana muntah-muntah selama beberapa hari atau bahkan berminggu-minggu.


Sang ibu, Maggie Atkinson memuji ketabahan puterinya yang tetap boleh menjalani hidupnya meski keadaan yang dimilikinya boleh membuat ia muntah hingga 40 kali dalam sehari.


Bahkan salah satu keadaan terburuk yang pernah dialami Alisha adalah ia muntah hingga 100 kali dalam waktu 24 jam. Keadaan ini boleh diperburuk jika ia mengalami stres atau gugup.


"Saya tidak tahu berapa banyak orang yang menderita penyakit ini, doktor pun pada awalnya tidak boleh mendiagnosa penyakit Alisha selama berbulan-bulan," ujar Maggie (45 tahun) dari Wakefield, seperti dikutip dari Dailymail, Khamis (29/12/2011).


Maggie mengungkapkan saat itu Alisha baru berumur 6 tahun ketika ia mulai mengalami muntah-muntah, namun tak ada satu pun staf medik yang boleh mengetahui penyebabnya.


Para doktor awalnya mengira Alisha memiliki usus buntu kerana rasa sakit di perutnya, kemudian didiagnosis memiliki irritable bowel syndrome. Ia pun harus melakukan berkali-kali ujian darah dan scan hingga akhirnya doktor mendiagnosis Alisha dengan cyclic vomiting syndrome.


"Kami belum pernah mendengar keadaan aneh seperti itu, dan rasanya semakin sulit bagi kami ketika doktor mengatakan untuk saat ini tidak ada obat untuk menyembuhkannya," ujar Maggie.


Ketika sedang sakit (mengalami muntah-muntah) ia tidak boleh makan dan hanya boleh minum. Ketika ia mengalami dehidrasi maka Alisha pun harus segera dibawa ke hospital. Kejadian ini tidak boleh terduga, boleh saja Alisha pergi sekolah dalam keadaan baik lalu tiba-tiba ia harus pulang kerana sakit.


Alisha mungkin akan merasa baik-baik saja selama 3-4 hari setelah kekambuhan, tapi setelahnya ia boleh kambuh kembali. Alisha sudah mencuba berbagai ubat untuk meredakan gejala yang muncul, tapi doktor belum menemukan obat yang pas untuk keadaan tersebut.


Cyclic vomiting syndrome menyebabkan seseorang mual dan muntah yang parah dan bisa berlangsung selama berhari-hari tanpa diketahui penyebabnya. Penyakit ini biasanya dimulai saat berusia 3-7 tahun.


Gejala yang muncul termasuk mual dan muntah berat, hilangnya nafsu makan, kelelahan dan kadang disertai dengan migrain. Umumnya tidak ada ujian diagnostik untuk keadaan ini, tapi doktor akan mendiagnosisnya melalui gejala-gejala yang muncul.


"Orang-orang biasanya melihat Alisha sebagai gadis yang bahagia tanpa ada masalah dalam hidunya, tapi ketika penyakitnya kambuh maka ia boleh menajdi anak yang tidak berdaya," ujar Maggie.

lelaki 99 tahun ceraikan isterinya setelah jumpa surat cinta isterinya dalam peti lama


Sepasang suami-istri dari Itali akan menjadi pasangan bercerai tertua di dunia. Suami yang berusia 99 tahun berniat menceraikan isterinya setelah sang isteri, 96 tahun, mengaku pernah berselingkuh pada tahun 1940-an.


Lelaki Itali yang dikenali sebagai Antonio C membongkar peti tua dan menemukan surat-surat milik isterinya beberapa hari sebelum Natal. Meskipun pengkhianatan itu telah berlangsung lebih dari 50 tahun lalu, ia merasa sangat marah. Tanpa berfikir panjang, lelaki ini langsung mengajukan tuntutan cerai pada isteri yang telah dinikahi selama 77 tahun.


Menurut dokumen pengadilan Roma yang dikutip dari Telegraph, Rosa C yang mengakui kesalahannya di masa lalu berusaha memujuk suaminya untuk mempertimbangkan kembali keputusannya. Dalam surat yang ditemukan, Rosa menulis surat kepada kekasih gelapnya pada tahun 1940-an.


Pasangan ini kini bersiap menghadapi perpisahan setelah hampir selama lapan dekad bersama. Selama menikah kedua memiliki lima anak, sedozen cucu, dan satu orang cicit.


Pasangan ini bertemu pada 1930-an. Ketika itu Antonio adalah seorang perwira Carabinieri muda yang datang ke Napoli, tempat lahir isterinya.


Pasangan bercerai tertua sebelumnya adalah pasangan Bertie dan Jessie Wood, keduanya berusia 98 tahun asal Inggris. Mereka menikah di Elstree, Hertfordshire pada 1972 dan berpisah pada 2009 setelah menikah selama 36 tahun.

Selebriti sesat mengaku rasul


KUALA LUMPUR: Mengaku dirinya rasul, mampu mengampunkan dosa pengikut, tsunami berlaku atas kuasanya dan menafikan kewajiban menunaikan solat serta puasa antara fahaman sesat yang kini didakwa disebarkan seorang selebriti terkenal tanah air.


Selebriti terbabit bukan saja menyebarkan fahaman yang ternyata melanggar hukum syarak, tetapi lebih mengejutkan apabila dia mengakui dirinya mampu memberikan syafaat kepada pengikutnya pada hari akhirat kelak.


Sumber yang juga bekas pengikutnya, hanya mahu dikenali sebagai Fatimah, 30, berkata, penyebaran dakyah menyimpang itu mula dilakukan selebriti terbabit lebih dua tahun lalu selepas mendakwa dirinya mendapat wahyu dan petunjuk daripada Allah.

“Dia juga memberitahu di akhirat kelak, dia bakal ditempatkan di barisan hadapan apabila semua manusia dihimpunkan di Padang Mahsyar,” katanya kepada Harian Metro.

Selebriti lelaki yang terkenal dengan perwatakan warak itu sebelum ini jarang menimbulkan kontroversi sepanjang membabitkan diri dalam industri seni, justeru pendedahan dilakukan beberapa pengikutnya amat mengejutkan.

Nenek ditindih kereta selama tiga hari


SYDNEY: Seorang nenek yang terperangkap dalam keretanya yang terbalik akibat kemalangan pada Hari Krismas lalu, begitu terdesak untuk melepaskan diri hingga terfikir untuk memotong kakinya sendiri.

Menurut polis semalam, bateri telefon bimbitnya mati dan Deborah McKnight tidak dapat membuat panggilan kecemasan apabila keretanya terbalik di benteng di laluan kampung di kawasan terpencil, Ahad lalu.


Kata anak perempuannya, Ebony, Deborah cuba berbuat demikian tetapi tidak dapat memotong tulangnya.

Katanya dia tidak tahu senjata apa yang mahu digunakan untuk memotong kakinya.

“Saya tak mahu memikirkannya,” katanya.



Ebony berkata, ibunya tidak tahu bagaimana dia boleh selamat.

“Katanya, dia hanya fikirkan anak dan cucunya. Dia sangat tabah,” katanya.

Deborah memandu berhampiran Batlow di tenggara Australia apabila keretanya terbabas ketika mengelak seekor kangaroo.

Keretanya kemudian melanggar pagar penghadang dan terus menjunam ke gaung.

Kereta jenis Holden Commodore itu terbalik dekat sebatang pokok menyebabkan separuh tubuh Deborah berada di luar kenderaan itu manakala kaki kirinya terhimpit antara bumbung kereta dan darat.

Dia akhirnya ditemui oleh seorang ramaja yang berjalan menuju ke rumah jirannya petang kelmarin apabila mendengar Deborah mengerang kesakitan. -AFP

Peluru bersarang selama 82 tahun di otak atuk ini

Peluru bersarang di otak lelaki dari Rusia, selama 82, lebih lama dari keberadaan gigi di mulutnya. Meski demikian, tak ada efek buruk yang ia rasakan.


Lelaki yang tak disebutkan namanya itu boleh hidup normal, memenangkan penghargaan terkait profesinya sebagai pegawai, bahkan menerima penghargaraan dari Uni Soviet, atas prestasinya sebagai pengawas pembangunan rudal balistik.


Bagaimana peluru boleh bersarang di otaknya?


Itu berawal dari sebuah insiden yang terjadi saat usianya tiga tahun. Secara tak sengaja dia tertembak pistol yang ditembakkan kakaknya. Peluru masuk melalui bawah hidungnya lalu masuk ke foramen magnum -- bukaan di dasar tengkorak yang dilewati tulang belakang.


Selepas tertembak, ia memang sempat pengsan selama berjam-jam, namun yang luar biasa, ia boleh pulih seperti sedia kala.


Saat itu, doktor tak berani mengambil peluru itu, khutir operasi justru akan menyebabkan kerusakan lebih. Demikian menurut laporan yang dipublikasikan New England Journal of Medicine.


Dr Richard O'Brien, juru cakap American College of Emergency Physicians, kes lelaki tersebut adalah salah satu bukti keajaiban tubuh manusia. "Tubuh memiliki kemampuan luar biasa untuk "membiasakan diri"," kata dia kepada MSNBC.


Terutama anak-anak. "Yang memiliki kemampuan besar mengatasi kesulitan dan mengubati dirinya sendiri."


Disadur dari Daily Mail, lapan puluh dua tahun kemudian pasca kejadian itu, seorang doktor di Pusat Kardiologi Rusia merawat penyakit jantung yang diderita lelaki tersebut. Ia terkejut saat menjumpai hasil pemindaian tubuh yang menunjukkan sebuah peluru yang bersarang di kepala.


Yang lebih menghairankan, doktor tak melihat ada tanda-tanda kerosakan saraf. Memang, bekas tembakan meninggalkan luka di basah hidungnya, tapi tertutup oleh bentuk hidung lelaki itu yang mancung seperti orang Romawi.


Dr David Ross, doktor instalasi kecemasan di Hospital Penrose di Colorado Springs mengatakan kepada New England Journal of Medicine, peluru atau benda dengan kecepatan tinggi biasanya menyebabkan kerosakan besar bila mengenai tubuh manusia.


"Namun, kerana kecepatan tinggi itu juga, ia menghasilkan banyak panas. Itu berarti, peluru itu steril, tak akan menimbulkan infeksi meski bersarang selama beberapa tahun. Jadi, jika tak menimbulkan masalah, seperti yang dialami lelaki itu, tak perlu ada tindakan."


Doktor di pusat kardiologi Rusia pun memutuskan tidak ada gunanya mengambil peluru itu.

Kepala pengacara wanita terkena bola

Seorang pengacara sukan sebuah stesen televisyen di Jerman Jessica Kastrop menjadi sensasi apabila imejnya terkena bola disiarkan di You Tube.Kejadian itu berlaku ketika dia sedang menemuramah seorang pemain sebelum perlawanan.


Pada waktu yang sama bola tendangan bekas pemain Chelsea Khalid Boulahrouz tersasar menyebabkan ia terkena kepala pengacara wanita itu.Khalid kemudiannya meminta maaf.-Agensi

Rakam rumah dipecah guna iPhone



Vince Hunter yang sedang bercuti 2,253 kilometer dari rumahnya menghubungi talian kecemasan 911 setelah dia melihat skrin pada telefon bimbitnya iPhone yang menunjukkan dua perompak memecah masuk kekediamannya.


Dia menggunakan peralatan iCam yang berharga RM8.17 menyebabkan dia boleh memantau penceroboh walaupun di tiada dirumah.Perompak itu melarikan diri tanpa sempat melarikan barang setelah beberapa polis tiba.

Amah dicucuk dengan 24 jarum panas



Seorang amah dari Sri Lanka beransur pulih selepas doktor berjaya mengeluarkan 19 jarum daripada tubuhnya.




L T Ariyawathi 49 tahun didera oleh majikannya di Saudi.Jarum itu dicucuk ketika panas dan ada lima lagi jarum yang belum dikeluarakan.Dia didera kerana gagal memahami arahan majikannya.

kucing pengsan lepas bau kasut tuannya

Pernah tak kita menghidu bau daripada kaki atau stokin kita? Kadang -kadang boleh menyebabkan seseorang merasa mual dan muntah.Bau itu juga boleh membuat sesiapa yang membaunya pengsan.Cuba lihat gambar ini.Kucing tu sampai pengsan selepas membau.......










Guru mengedar ubat perangsang seks



Amat mengejutkan seorang ketua guru disiplin sebuah sekolah bukan saja memiliki laman web menjual ubat perangsang seks malahan dia sanggup mempromosikan produk berbentuk gel terbabit menerusi pengedaran risalah bertajuk 'Abang Best' kepada pelajar.


Dia juga dikatakan berkongsi pengalaman penggunaan produk perangsang seks tersebut bersama pelajar sekolah sebelum kegiatannya terbongkar.Seorang bapa menyedari kegiatan guru tersebut setelah anaknya membawa balik risalah 'Abang Best'.-harian metro

Buah zukini sepanjang 1.67m



Maria Desmone 43 tahun terkejut apabila mendapati sebatang pokok yang mengeluarkan buah zukini dengan panjang lebih 1.6 meter di kebunnya.Dia menanam pokok itu pada bulan Jun dan berbunga pada bulan Julai.Dia mendapati panjang buah yang berbentuk seperti timun itu ialah 1.67m.




Dia berharap panjang buah itu boleh mencecah 1.82m sebelum memetiknya untuk digunakan dalam pembuatan makanan tradisi Itali.Benih asal pokok ini berasal daripada Itali yang dibawa oleh bapanya pada tahun 1982.

"Cucu nenek takut la naik bas 2 tingkat"



Seorang nenek dan cucunya menaiki bas dua tingkat.


Cucu: Marilah nenek kita naik ke tingkat dua. Di atas masih ada tempat duduk.
Nenek: Eh...sudah-sudah. Nenek tidak mahu naik, nenek takut.
Cucu: Mengapa nenek?
Nenek: Di tingkat atas tidak ada pemandu!

Dihentak Guna Batu



Seorang lelaki yang berusia 59 tahun terpaksa menerima 26 jahitan di kepala serta patah tangan kanannya ketika cuba mempertahankan dirinya daripada di samun.Dia yang baru pulang daripada kerja dihampiri oleh seorang lelaki yang berusia dalam lingkunga 20 an dari belakang yang memukul kepalanya.


Akibat hentakkan itu dia mengalami luka yang serius.Suspek terus menyerangnya dengan batu-bata danmeminta menyerahkan barangan berharga.Suspek melarikan diri setelah mangsa menyerahkanRM100.Mangsa dibawa ke hospital oleh polis untuk rawatan kecemasan.-harian metro



Kanak-kanak parah dibaham Rottweiler

http://2.bp.blogspot.com/_BcRulsBPABs/THxk2CnnufI/AAAAAAAAEzg/rs3jPsxK0xw/s1600/article-1307347-0AF8E21F000005DC-847_233x423.jpg

Seorang kanak-kanak Rhianna Kidd sedang bermain basikal berhampiran rumah neneknya ketika diserang beberapa anjing Rottweiller.

Anjing berkenaan mengigit lengan dan kaki kanak-kanak itu berulang kali.Dia mengalami cedera seluruh badan dan patah tulang rahang.Dia dikejarkan ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan plastik.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN