Sunday, May 13, 2012

Filem anti Facebook yang popular di Facebook

Sebuah filem dengan tema anti-Facebook ternyata malah popular di Facebook. Seperti apa?

Seperti yang dikutip dari Scotsman, filem berjudul "You Need to Get Off Facebook" itu telah menjadi salah satu sensasi internet terbaru, dengan majoriti orang melihatnya di Facebook.

Filem YouTube tersebut dibuat oleh seorang guru dari Skotland yang tinggal di Korea Selatan. Filem ini bercerita tentang bahaya menggunakan situs jejaring sosial. You Need to Get Off Facebook di YouTube sudah ditonton oleh lebih dari 2,5 juta kali.

You Need to Get Off Facebook yang berdurasi enam minit tersebut berisi pesan-pesan bertuliskan 'Anda tidak memiliki 852 teman, 'Orang-orang ini sedang melihat dan menilai foto anda'.

Ross Gardiner, 24 tahun, dari Ballachulish, yang membuat filem You Need to Get Off Facebook.

Filem You Need to Get Off Facebook ditayangkan dalam sebahagian acara dokumenteri BBC2 mengenai pendiri Facebook, Mark Zuckerberg. Ironisnya, ribuan orang memposting filem tersebut di profil Facebook mereka.

Gardiner mengakui bahawa dulu ia sangat ketagih dengan Facebook. Kini ia tidak lagi menggunakan Facebook.
Selain itu Gardiner juga sangat tersanjung atas besarnya respon dari filem tersebut. "Saya tidak habis fikir, mengapa responnya boleh sebesar itu," ungkapnya.

Berikut Film You Need to Get Off Facebook diambil dari youtube :


Kanak-kanak masih hidup selepas dilanggar kereta

WENZOU, China - Sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang disiarkan semalam di China menunjukkan usaha menyelamat seorang kanak-kanak perempuan yang dilanggar sebuah kereta.

Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak berusia lima tahun itu duduk di tengah sebatang jalan raya di sini.

Ibu kanak-kanak itu cuba untuk memaksanya berjalan ke sebuah tadika tetapi anaknya itu enggan dan duduk di tengah-tengah jalan raya.

Justeru, ibunya berjalan dengan meninggalkan kanak-kanak berkenaan.

Dia menganggap kanak-kanak itu akan mengikutinya.

Namun, sebuah kereta berwarna hitam membelok dan bergerak ke arah kanak-kanak itu.

Kereta tersebut kemudian melanggar kanak-kanak berkenaan.

Ibu kanak-kanak itu dan pemandu kereta berkenaan serta orang ramai bergegas untuk menyelamatkan si mangsa.

Seramai 16 orang membantu untuk mengangkat kereta berkenaan bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut yang terperangkap di bawah kenderaan itu.

Kanak-kanak itu dihantar ke sebuah hospital dan dilaporkan hanya mengalami cedera ringan. - Agensi

Akibat Masalah Dalam Pencernaan, Anjing ini Harus Makan Berdiri

Bella, seekor anjing berusia tujuh bulan mempunyai masalah ketika harus makan, sebab penyakit bawaan yang dideritanya membuat ia kesulitan mencerna makanan dan harus menggunakan sebuah kerusi khas untuk menegakkan dirinya saat menghabiskan makananya.


Ia didiagnosis terkena megaesophagus bawaan sata masih berusia empat bulan. Ini bererti tenggorokan anjing tersebut menjadi besar dan tidak memiliki mengerakkan otot untuk menelan makanan dalam keadaan horisontal, kerana itu dia harus makan dengan berdiri.

Menurut Mail Online, Bella menggunakan kerusi Bailey, sebuah kerusi yang direka oleh pasangan AS iaitu Donna dan Joe Koch setelah anjing mereka Bailey didiagnosis dengan keadaan serupa.

Dengan kerusi ini sang anjing bergantung pada graviti untuk mengisi perutnya, dan tidak kontraksi otot untuk memindahkan makanan ke dalam perut.


Lelaki Sudah Punya 15 Anak walaupun Belum Pernah..

Kacak dan masih bujang kerana belum pernah berhubungan seks, tapi laki-laki ini sudah mempunyai 15 anak. Meski tidak menikah, Trent Arsenault memang rutin mendermakan spermanya.

Lelaki 36 tahun dari Fremont, California ini mengaku hingga saat ini belum pernah berhubungan seks dengan siapapun. Padahal jika dilihat secara fizik, wajahnya cukup rupawan kerana campuran antara ayahnya yang orang Jerman dan ibunya yang keturunan Ireland.

Perawakannya seperti atlit kerana Arsenault adalah dari angkatan laut Amerika Syarikat dengan tinggi badan 185,44 cm. Ia juga tidak meminum alkohol dan ubat terlarang, bebas penyakit kelamin, taat beribadah, rajin olahraga dan pandai main musik khususnya drum dan piano.

Meski tidak menikah dan mengaku masih bujang, jangan teekejut jika Arsenault sebenarnya sudah memiliki 15 anak termasuk di antaranya ada sepasang anak kembar. Ya, meski tidak menikah Arsenault rutin mendermakan spermanya sejak tahun 2006.

Berbeza dengan penderma sperma pada umumnya, Arsenault memilih untuk tidak pernah merahsiakan identitinya. Ia sangat berharap, suatu saat keturunan-keturunannya akan mencarinya untuk boleh menjalin hubungan baik sebagaimana layaknya sebuah keluarga.

“Saya seorang donorseksual dan keinginan untuk menjadi seperti ini sudah saya fikirkan sejak umur 10 tahun. Saya tidak ingin menikah kerana saya berjiwa bebas dan merdeka,” ungkap Arsenault.

Akhirnya pasangan gay penguin dipisahkan dan dikahwinkan

TORONTO -Pihak Zoo Toronto, Kanada memisahkan sepasang penguin jantan yang saling menyayangi satu sama lain. Kedua binatang itu memang dikenal sebagai pasangan penguin yang gay.

Seperti dilaporkan Associated Press, Selasa (13/12/2011) Buddy dan Pedro, dua ekor penguin jantan itu akhirnya ditempatkan secara terpisah setelah disyaki memiliki hubungan sejenis.

Buddy telah dikahwinkan dengan Penguin betina begitu juga dengan Pedro. Namun perkahwinan Pedro tidak berjalan lncar seperti perkahwinan Buddy.

Pemisahan sepasang penguin jantan itu harus dilakukan mengingat penguin adalah spesies yang terancam punah sehingga perlu dikahwinkan dengan pasangan masing-masing.

Kini Buddy sudah menghasilkan keturunan namun pasangannya mati. Sedangkan Pedro, sampai saat ini belum menghasilkan keturunan.

Pengantin Lelaki Pilih Anjing Jadi Pendamping


David Harding, 32 tahun melangsungkan pernikahan dengan isterinya Michelle, 32 tahun di gereja di Northam, Devon.

Sebelum akhirnya pernikahan itu terlaksana, David tadinya kebingungan memilih salah satu teman-temannya sebagai pendamping lelaki di pernikahannya.

Namun bukannya memilih salah satu temannya, David malah memutuskan anjing peliharaanya berjenis Spaniel bernama Frank yang berusia 18 bulan yang menjadi pendampingnya.

Hal itu sebenarnya dilakukan David bukan tanpa alasan.

Seperti yang diberitakan Metro.co.uk, David memilih Frank, kerana dirinya tak mahu menyinggung perasaan teman-temannya jika dia memilih salah seorang dari mereka.

Bagaimana dengan reaksi teman-teman David saat tahu salah satu dari mereka tak ada yang terpilih?

“Teman-temanku cukup terkejut,” ujar David.

Sedang Michelle menjelaskan Frank dipilih kerana dia termasuk salah satu anggota keluarga Frank dan Michelle.

“Frank merupakan salah satu sebahaian besar keluarga kami dan kami ingin memasukkannya ke dalam acara pernikahan kami.

Sebelum acara pernikahan, kami mengajaknya ke gereja untuk memastikan dia baik-baik saja disana dan bertanya kepada pendeta yang menjawab dia tak keberatan sama sekali – aku bahkan memperhatikan dia meletakkan mangkuk anjing diluar.

Frank super tenang hari itu, dia sangat mengagumkan,” ujar Michelle.

Ibu punyai haiwan peliharaan yang ganas

Manusia memang tidak pernah lepas dari suatu kejadian yang aneh, unik, dan mungkin pelik. Apa saja boleh dijadikan suatu bahan untuk memberikan suatu pandangan yang aneh-aneh tersebut. Tinggal bagaimana orang lain menterjemahkan dari kegiatan yang memang aneh tersebut. Menyanyi juga boleh terlihat aneh jika caranya menyanyi juga aneh. Menari juga boleh terlihat aneh jika cara menarinya terlihat aneh.....

Tidak terkecuali tindakan seorang ibu yang satu ini, mempunyai suatu hobi yang sangat aneh. Iaitu mempunyai haiwan peliharaan yang mungkin ramai orang bahawa haiwan peliharaannya ini cenderung menakutkan dan boleh membahayakan nyawanya sendiri atau bahkan nyawa orang lain. Tapi anehnya, ibu tersebut santai-santai saja berjalan di tengah keramaian dengan haiwan peliharaannya itu.

Pemuzik punk kena botak kepala

BANDA ACEH, Indonesia - Polis memulihkan akhlak lebih 60 peminat muzik punk rock yang terdiri daripada golongan belia di wilayah Aceh, Sumatera dengan alasan mereka mencemarkan imej wilayah berkenaan.

Sejak ditangkap pada satu konsert di sini pada malam Sabtu lepas, seramai 59 peminat punk rock lelaki dan lima peminat perempuan dipaksa memotong rambut, menukar pakaian dan bersolat.

"Kami khuatir undang-undang syariah yang dilaksanakan di wilayah ini akan tercemar akibat aktiviti mereka," kata Timbalan Datuk Bandar Banda Aceh, Illiza Sa'aduddin Djamal semalam.

"Kami harap dengan menghantar mereka ke program pemulihan akhlak, mereka akhirnya akan bertaubat," tambahnya.

Beratus-ratus peminat punk rock Indonesia tiba di Aceh untuk menonton konsert itu bagi mengumpul derma anak yatim.

Polis kemudian menyerbu tempat konsert tersebut dan menangkap sejumlah peminat yang menyimpan gaya rambut mohawks dan bertatu, memakai seluar jeans ketat serta rantai.

Mereka dibawa ke sebuah kem berdekatan kelmarin bagi menjalani program pemulihan akhlak selama 10 hari yang dikendalikan oleh pihak polis.

Koresponden agensi berita AFP memberitahu, seorang gadis menangis apabila beberapa wanita bertudung memotong pendek rambutnya manakala beberapa lelaki mengeluh semasa kepala mereka dibotakkan.

"Kenapa mereka menangkap kami? Mereka tidak memberikan sebarang alasan," kata seorang pemuda, Fauzal, 20.

"Kami tidak mencuri, kami tidak mengganggu sesiapa. Kami berhak untuk menonton konsert," tambahnya.

Seorang lelaki berusia 22 tahun dari Medan yang ditahan di kem berkenaan berkata, dia bimbang akan kelilangan pekerjaannya selepas ditahan selama 10 hari.

"Saya baru mula bekerja di sebuah bank di Medan. Saya tidak tahu apa yang perlu dikatakan kepada mereka (polis) kerana saya tidak tahu mengapa kami ditangkap," katanya.

Polis sebaliknya menyatakan, penangkapan tersebut dibuat bagi mengelakkan golongan belia daripada berkelakuan menyimpang agama.

"Mereka tidak pernah mandi, mereka tinggal di jalanan, tidak pernah solat," kata Ketua Polis Aceh, Iskandar Hasan.

"Kami perlu memulihkan mereka supaya mereka berkelakuan baik dan berakhlak. Mereka perlukan layanan keras bagi memulihkan mental mereka," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan seorang aktivis hak asasi manusia Indonesia, Evi Narti Zain berkata, penangkapan anak-anak muda itu melanggar hak asasi manusia. - AFP

Pemandu teksi Britain dapat tugas jemput anjing di Sepanyol


LONDON - Pemandu Teksi asal Britain mendapatkan tugas menarik dari pelanggan teksinya. Ia ditugaskan untuk menjemput seekor anjing Labrador, di Sepanyol.

Si pemandu yang bernama John pada awalnya mengira itu adalah tugas yang biasa. Namun ketika diberitahu bahawa anjing itu berada di Madrid, Sepanyol ia pun terkejut.

John akhirnya menerima tawaran tersebut setelah menyepakati imbalan yang akan diterimanya. Perjalanan dari Madrid kembali ke London akan memakan waktu sekitar 36 jam, itupun bila tidak ada halangan yang merintang.

Seperti dilapor Thai Indian, Rabu (14/12/2011), John berangkat dari London dengan menumpangi feri yang akan membawanya menuju Santander. Kemudian, dirinya melanjutkan perjalanan dari Santander ke Madrid setelah menempuh waktu 4 jam.

Ketika ia sampai, pengurus anjing dan seekor anjing Labrador sudah menunggunya.

Saat kembali ke London, John pun harus menempuh perjalanan selama 16 jam menuju Calais, Perancis. Ini dimaksudkan untuk mendapatkan perpanjangan sijil doktor haiwan yang akan habis dalam waktu enam jam.

Akhirnya John sampai kembali ke London dengan selamat dan ia mengatakan ini adalah pengalaman berharga yang tidak boleh dilupakannya.

Jantung Lelaki Ini Berhenti Berdenyut Kerana Cakaran Kucing

London, Tergores oleh cakaran kucing mungkin jadi hal yang biasa bagi pencinta binatang. Namun seorang lelaki mengalami keadaan darurat seminggu setelah tercakar kucing. Mengapa boleh begitu?

Seminggu setelah dicakar kucing mertuanya, Jon Taylor (44 tahun) harus menjalani operasi darurat kerana bakteria pada cakaran kucing masuk ke dalam aliran darahnya, sehingga memibuat septikemia (keracunan darah). Jantungnya sempat berhenti berdenyut beberapa detik. Beruntung, pembedahan dapat menyelamatkan nyawanya.

"Saya sedang berada di dapur ketika kucing melompat dari oven ke kakiku dan meninggalkan 2 goresan cakar sepanjang 6 cm. Setelah memberikan ubat luka , saya tidak memikirkannya lagi," jelas Jon Taylor, seperti dilapor Dailymail, Selasa (13/12/2011).

Luka di kulit telah memungkinkan strain bakteria streptokokus dari cakar kucing masuk ke dalam aliran darah Jon. Bakteria yang masuk dan berkembang biak akhirnya mempengaruhi katup aorta dalam jantungnya, yang berfungsi untuk mengawal aliran darah ke seluruh tubuh.

Dua hari setelah dicakar keadaan tubuh Jon mulai menurun, tapi ia hanya mengira itu kerana flu. Sehari setelah itu, ia merasa sangat sakit hingga hanya boleh berbaring di tempat tidur.

"Saya biasanya tangguh, tapi saya terkejut melihat betapa flu telah membuat saya lemah selama 6 hari," kata Jon, yang tinggal dengan isterinya Stephanie dan ketiga anak mereka dekat Okehampton, Devon.

Malam berikutnya, Jon terbangun kerana rasa sakit berdenyut di jari manis kirinya, yang keesokan harinya menyebabkan bengkak dan berubah ungu. Tapi ia belum juga memikirkan itu dan menganggap jari bengkak dan ungu hanya kerana tertimpa benda di tempat kerja. Ia tidak tahu bahawa jari bengkak dan ungu adalah gejala khas dari septikemia.

Septikemia terjadi ketika bakteria berkembang biak di dalam darah, menyebabkan peradangan luas yang merusak organ-organ vital. Jika tidak segera diobati, shock septik dapat berkembang, di mana racun bakteria menyebabkan tekanan darah menurun.

Akhirnya organ mulai gagal berfungsi dan menyebabkan kematian pada lebih dari separuh pesakit. Bakteria dapat memasuki aliran darah melalui operasi terbuka dan abses gigi, serta luka bakar dan goresan.

"Saya masih tidak berfikir bahwa gejala itu ada hubungannya dengan luka goresan cakaran, kerana luka itu tampak sudah sembuh. Tapi 6 hari setelah tergores, saya mengalami kuning (jaundice) dan sangat tidak sihat. Saya mengalami demam dan sangat lemah," jelasnya.

Keluarganya yang begitu khutir akhirnya memanggil ambulans dan Jon dilarikan ke hospital. Jon dibawa ke perawatan intensif, di mana ujian menunjukkan jantung, paru-paru, hati dan ginjal telah gagal berfungsi. Pada satu tahap jantungnya juga berhenti berdenyut selama beberapa detik dan harus restart. Doktor juga mengatakan katup aorta jantungnya perlu diganti.

"Doktor mengatakan kepada saya jika saya tidak menjalani operasi, saya akan mati dalam 48 jam. Isteri saya sangat takut dan saya cukup takut," jelasnya.

Meski tidak semua luka gores cakaran kucing berbahaya, namun hal tersebut tidak boleh diperlecehkan seberapa pun ukurannya.

"Luka gores yang terinfeksi biasanya akan mulai terlihat merah dan terinfeksi, kelenjar getah bening akan mulai membengkak di dekat luka setelah sepuluh hari. Ini akan diikuti dengan demam, kelelahan, sakit kepala, dalam beberapa kes kehilangan nafsu makan, pembesaran limpa dan sakit tenggorokan," papar Dr Suranjith Seneviratne, imunolog di Royal Free Hospital, London.

Awalnya luka dapat terlihat seperti mengalami penyembuhan, tetapi bakteria boleh bepergian ke tempat lain. Gejala sering terlihat jauh hari setelah luka terjadi, kerana masa inkubasi biasanya beberapa hari dan bakteria berkembang biak semakin banyak.

Bakteri dapat menetap pada jantung, hati, otak, ginjal dan paru-paru, pada orang-orang dengan sistem kekebalan rendah seperti, bayi atau seseorang dengan penyakit yang sudah ada seperti kanser atau diabetes.

Orang-orang yang sedang memakan ubat-ubatan tertentu juga berisiko, seperti ubat-ubatan yang dapat menekan sistem kekebalan tubuh, termasuk kemoterapi dan steroid (yang digunakan untuk keadaan termasuk rheumatoid arthritis dan multiple sclerosis).

"Pada orang sihat, biasanya sistem kekebalan tubuh mereka akan membunuh bakteria," kata Dr Seneviratne.

Bukan hanya goresan cakar binatang yang dapat menyebaban keracunan darah, tapi juga luka kerana serpihan kaca atau duri.

Perlu diketahui, sebelumnya Jon telah didiagnosa dengan heart murmur pada saat berusia 30-an tahun, yang disebabkan katup jantungnya melemah. Doktor percaya bahawa bakteria dari cakar kucing telah menetap di tempat yang lemah tersebut.

‘Masak’ kucing kerana balas dendam

LONDON: Seorang wanita Britain yang membunuh seekor anak kucing dengan memasukkannya ke dalam gelombang ketuhar kerana membalas dendam, semalam dijatuhi hukuman penjara 168 hari.

Gina Robins, 31, memasukkan haiwan berusia 10 minggu itu ke dalam ketuhar selepas pemiliknya membuat laporan polis terhadap teman lelakinya.


Gina yang berasal dari Tor- quay, barat daya England, didapati bersalah atas tuduhan melakukan kekejaman terhadap haiwan selepas dibicarakan bulan lalu.


Dia melakukan perbuatan itu pada 15 Februari tahun lalu ketika berada di rumah pemilik anak kucing itu, Sarah Knutton, beberapa hari selepas bekas sahabatnya itu membuat laporan polis membabitkan teman lelakinya di luar rumah yang sama.


Selain hukuman penjara, mahkamah juga mengenakan hukuman melarang Gina memelihara binatang untuk tempoh 10 tahun. - Agensi

Bapa campak anak 1 tahun dari tingkat 10

TOKYO: Seorang kanak-kanak berusia setahun terselamat selepas dicampak oleh bapanya dari tingkat 10 sebuah apartmen, semalam.

Kanak-kanak itu jatuh di atas pokok renek di bawah bangunan itu, tempat dia ditemui menangis oleh anggota polis yang berkejar ke tempat kejadian.


Polis menahan bapa kanak-kanak berkenaan yang berusia 37 tahun atas tuduhan cuba melakukan pembunuhan.

Menurut media, lelaki itu, Shingo Hashimoto, berulang kali mengaku melakukan jenayah itu.

“Saya cuba membunuh anak saya. Saya cuba mencekiknya dan mencampakkannya ke bawah menerusi tingkap biliknya,” kata polis, memetik kata-kata lelaki itu.

Polis berkata, kanak-kanak berkenaan hanya mengalami calar sedikit di mukanya dan Hashimoto sendiri menelefon polis selepas kejadian.

Keluarga suspek memberitahu polis, dia baru-baru ini kelihatan tertekan kerana kerja.

Menurut media, Hashimoto berada bersendirian an bersama-sama anaknya ketika kejadian. - AFP

suami potong tangan isteri kerana belajar di kolej


DHAKA: Polis akan mendakwa seorang lelaki yang bekerja di luar negara yang dituduh memotong tangan isterinya selepas wanita itu mula belajar untuk mendapatkan ijazah di sebuah kolej tanpa kebenarannya.

Rafiqul Islam dilapor mengikat isterinya yang berusia 21 tahun dan menutup mulutnya dengan pita sebelum memotong lima jari tangan kanannya, beberapa jam selepas kembali dari Emiriah Arab Bersatu.

“Dia berang kerana tidak suka isterinya belajar di kolej. Dia cemburu kerana dia hanya lulus sekolah menengah sementara isterinya melanjutkan pelajaran di kolej,” kata Ketua Polis, Mohammad Salauddin.

Rafiqul, 30 mengaku melakukan jenayah itu selepas ditangkap di Dhaka, kata Mohammad.

Beliau juga berkata, polis sudah menamatkan siasatan dan akan mendakwa Rafiqul.

Lelaki berkenaan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Isterinya, Hawa Akhter, yang sudah menjalani rawatan, kini berada di rumah ibu bapanya dan masih berminat untuk meneruskan pengajian meskipun selepas kejadian itu menimpanya.

“Tangan kanan saya sudah dipotong tetapi saya masih lagi boleh mengguna tangan kiri,” katanya kepada akhbar berbahasa Inggeris, The Daily Star.

kanak-kanak acu pistol mainan untuk rampas gula-gula daripada rakannya

WASHINGTON - Polis di Michigan, Amerika Serikat (AS) tengah memburu sepasang anak kecil yang merampas gula-gula dan mainan teman mereka dengan mengacukan pistol mainan.

Menurut keterangan pihak polis Michigan, pelaku berjumlah dua orang. Mereka diperkirakan berusia 10 dan 8 tahun. Aksi ini mereka lakukan selepas pulang dari sekolah.

Sejauh ini sudah 5 orang yang menjadi mangsa kedua pelaku. Para korban mengaku mereka diacukan dengan menggunakan pistol yang ternyata palsu.

"Jujur saya tidak pernah melihat pelaku jenayah semuda mereka" ujar juru bicara polis Michigan seperti dikutip News Lite Selasa (13/12/2011).

Atas kejahatan yang dilakukannya, para pelaku akan segera ditahan dengan pasal perompakan bersenjata.

Tikam doktor kerana berang tunggu giliran lama


GEORGETOWN: Berang menunggu giliran pemeriksaan perubatan yang lama, seorang lelaki warga emas secara tiba-tiba mengamuk sebelum menikam rusuk kiri seorang doktor di sebuah klinik swasta dengan pisau di Jalan Magazine di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Dr Lee Kok Seng, 50, sedang merawat pesakit lain dalam bilik rawatan ketika suspek berusia dalam lingkungan 60-an tiba di klinik berkenaan.

Difahamkan, warga emas berkenaan kemudian terus meluru masuk ke bilik rawatan itu tanpa mempedulikan doktor yang sedang merawat pesakit lain.


Berikutan itu, doktor tidak mempedulikan kehadirannya dan membiarkan dia menunggu di bilik rawatan terbabit, sebaliknya terus merawat pesakit lain mengikut giliran.

Kira-kira 20 minit menunggu, lelaki itu naik berang dengan tindakan doktor kerana tidak merawatnya menyebabkan dia bertindak menikam mangsa dengan pisau yang dipercayai dibawanya.

Tukang masak buat jip cuma bermodalkan 400 pound

Kesan pertama kita melihat Jip ini bahawa kendaraan tersebut akan segera hancur kalau berlanggar. Namun jip ini dapat ‘menyelamatkan’ kekayaan pemiliknya Qu Zhibo dalam jangka panjang, jika ia dapat membuat jip tersebut cukup kukuh dan sah untuk dipandu di jalan raya.




Dengan biaya hanya sekitar 400 pound , jip ini dapat bergerak dengan kelajuan tertingginya iaitu 30 kilometer sejam. Dalam pembuatannya, Zhibo yang merupakan seorang tukang masak dari Zigong, di provinsi Sichuan, China, memerlukan waktu tiga tahun untuk membuat dan model dari kendaraan militer ini.

Menurut Mail Online, tukang masak ini membangun setiap bahagian enjin jip ini sendirian, dengan pengecualian mesin, roda kemudi, tayar serta tangki minyak. Jip sepanjang 1,5 meter yang berjalan dengan bantuan enjin dari motorsikal, adalah obsesi Zhibo sejak tahun 2008 lalu. Ia mengakui telah menghabiskan hampir semua waktu luangnya bekerja keras untuk menyelesaikan projek ini

Sanggup Buang Bayi Ke Sungai Kerana Malu Hamil Diluar Nikah


Hari ibu belum lama berlalu, disaat semua orang merenungi betapa besar pengorbanan sang ibu pada anaknya, lain cerita dengan ibu yang satu ini, jauh sekali dari susuk ibu yang digambarkan penuh kasih pada anaknya. Malah ibu yang satu ini sanggup membunuh anak kerana malu . Teka-teki pelaku pembuang bayi di Sungai Desa Pakah, Kecamatan Ngrambe, Kabupaten Ngawi akhirnya terbongkar. Pelaku tidak lain adalah SMR (25), yang tidak lain adalah ibu kandung dari bayi malang tersebut. Kasubag Humas Polres Ngawi, AKP I Wayan Murtika, mengatakan, tersangka ditangkap oleh anggota Reskrim Polres Ngawi yang langsung melakukan penyelidikan selepas ditemukannya mayat bayi penuh luka di sungai Desa Pakah tersebut.




“Anggota reskrim yang ada dilapangan langsung melakukan penyelidikan dan semua petunjuk merujuk pada ibu korban. Dan setelah diperiksa tersangka mengaku kalau memang dia yang membuang bayi tersebut,” ujarnya, Isnin (26/12/2011). Wayan menambahkan, dari pengakuan tersangka, ia nekad membuang bayi tersebut kerana malu dengan tetangga. Kerana ia memiliki anak padahal keadaannya saat itu masih belum menikah. “Kerana malu ia membuang bayinya di sungai,” tutur Wayan.


Ketika ditanya terkait jumlah tersangka yang boleh bertambah, Wayan menjelaskan, ada kemungkinan bertambah, yakni orang tua laki-laki dari bayi tersebut. Namun hal tersebut masih menunggu hasil pemeriksaan. “Boleh saja yang laki-laki menjadi tersangka. Namun saat ini tersangka ibu korban masih diperiksa. Dan tersangka juga baru kita tahan semalam jadi masih belum berani menyatakan adanya tersangka lain,” jelasanya.



Sebagaimana diberitakan sebelumnya, pada Sabtu (24/12/2011) kelmarin warga Ngawi digegarkan dengan penemuan mayat bayi dalam keadaan sedih di Sungai Desa Pakah, Kecamatan Ngrambe, Kabupaten Ngawi. Saat ditemukan hampir diseluruh anggota tubuh bayi dipenuhi dengan luka. Luka tersebut diduga akibat benturan dengan batu dan ranting serta akar pohon yang banyak terdapat di sungai. Bayi malang tersebut ditemukan warga setempat saat sedang memancing di sungai yang berair jernih .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN