Monday, January 28, 2013

Ada kambing yang suka makan anak ayam


Kambing aneh milik seorang warga di Sukabumi Indonesia ini kalau dilihat penampilannya nampak biasa-biasa saja. Berbeza dengan kambing pada umumnya yang menyukai rumput dan daun-daun, kambing milik Kang Asep agak pelik keranana memakan semua makanan termasuk makan daging ayam.

Menurut Kang Asep kambingnya yang berumur 9 bulan ini aneh kerana lebih menyukai makanan yang di makan manusia dibandingkan daun-daun. “Rumput dimakan, makanan manusia dimakan seperti pisang apa aja dimakan. Untuk minumannya kadang-kadang minta kopi,” tambahnya.

Yang lebih menjengkelkan dengan  nafsu makan kambing milik Kang Asep, kambing ini mulai menceroboh kandang ayam tetangganya  kerana kambing ini menyukai anak ayam sebagai makanannya. Oleh kerana itu banyak anak ayam yang menjadi korban.

Aminah, tetangga Kang Asep menjelaskan “Anak ayamnya yang berjumlah 7 ekor kini cuma tinggal 3 sahaja, setelah dimakan sama kambing. Kerana dia melihat kambing itu memakannya.”

Meskipun perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk melayan karenah kambing ini, termasuk menggantikan semula anak ayam yang telah dimakan kambingnya, Kang Asep cukup senang setidak-tidaknya kambing itu menjadi pusat perhatian warga sekitarnya.-video.okezone.com

Pencuri tukul besi 25 tahun dulu ,hantar duit untuk bayar


 Inilah agaknya pencuri budiman! Seorang pencuri mengirim sampul surat berisi duit ke satu kedai  milik sekeluarga di Pennsylvania Barat untuk membayar satu tukul besi yang dia curi beberapa dekad lalu, kata seorang pemilik kedai tersebut.

Duit  tersebut tiba di Central Contractors Supply Co. di Johnstown, Pennsylvania, dengan surat tulisan tangan yang mengatakan tukul besi itu dicuri anatara 25hingga 30 tahun lalu, kata Lynne Gramling, yang memiliki kedai tersebut bersama ayahnya.

"Saya tahu itu salah, tapi saya melakukannya juga. Di dalam sampul surat ada wang 45 dolar untuk membayar harga tukul besi tersebut ditambah sedikit bunga," demikian bunyi surat yang tak ditandatangani dan bertarikh 6 Disember itu. "Ma`af saya mencurinya, tapi itu telah mengubah jalan hidup saya."

Meskipun banyak barang yang telah hilang sejak keluarga itu membeli kedai tersebut sekitar 50 tahun lalu, itu adalah untuk pertama ada orang yang telah membayar barang yang dicuri, kata Gramling.

Gramling membawa wang tersebut ke pusat pasukan keselamatan dimana tempat ayahnya menjadi sukarelawan.

"Saya pergi dan mendermakan wang tersebut," kata Gramling. Katanya lagi wang itu "benar-benar jauh lebih banyak daripada harga satu tukul itu"."Dia baik hati sekali," katanya.

Jual Rambut untuk Bayar Hutang

LONDON - Banyak cara untuk membayar hutang yang menumpuk. Tetapi di Inggris perempuan disana dikhabarkan rela memotong rambutnya demi melunasi thutangnya.

Pada awalnya perempuan di Negeri Ratu Elizabeth itu bermimpi untuk memiliki rambut panjanga layaknya selebriti seperti halnya Britney Spears ataupun Amy Winehouse. Tetapi dengan krisis ekonomi yang berlangsung, mereka dihadapkan pada realiti. 

Alhasil, ada peningkatan penjualan rambut manusia di Inggris. Hal itu pun dimanfaatkan oleh para distributor yang menjual wig atau rambut palsu. Demikian diberitakan Emirates247, Rabu (22/2/2012).

Memang sebagian besar rambut palsu ini dibuat dari rambut manusia. Para distributor membayar  150 poundsterling  untuk tiap 20 inchi rambut yang dijual.

Selama ini, wig yang dibuah di Inggris berasal dari rambut yang diimport dari India dan belahan dunia lain. Menyusul penjualan rambut yang meningkat dalam negeri, membuat pasokan rambut cukup untuk industri wig Inggris.

Setidaknya, di tengah ekonomi yang tengah sulit ini, perempuan-perempuan Inggris memiliki sesuatu dari tubuhnya yang dapat diubah menjadi wang. Tentunya wang tersebut boleh digunakan mereka untuk membayar hutang.

Ringtone Telefon Buat Kamu Bodoh


Hasil kajian para ilmuwan ini jelas akan menjadi pemecah masalah Anda saat bekerja, kuliah atau sekolah. Peneliti mengatakan, ringtone tlefon emembuat Anda lebih bodoh.

 Para peneliti mengatakan, mencari solusi dan mengingat suatu hal jauh lebih mudah jika telefon Anda berada dalam mode diam. Hal ini kerana ringtone yang Anda gunakan, terutama lagi yang Anda sukai, akan menguras tenaga otak Anda.

 Ilmuwan di Washington University menemukan, siswa yang terpapar ringtone telefon sebelum ujian mendapat nilai 25% lebih buruk dari yang tidak. Hasil terburuk akan dirasakan jika ringtone itu merupakan lagu yang diketahui atau disukai pemilik telefonl.

 “Banyak orang menganggap dering ringtone di tempat umum merupakan gangguan menyebalkan dan hasil kajian ini memastikan adanya impak nyata pada kehidupan Anda, terutama proses belajar,” kata pemimpin kajian Jill Shelton seperti dikutip DM.

 Hasil kajian yang dilakukan selama tiga tahun ini sendiri diterbitkan di Journal of Environmental Psychology.

Kesian pasukan penyelamat, orang yang terperangkap rupanya patung


Mereka tak sangka orang yang terperangkap di atas ais itu rupanya
GLOSSOP, Derbyshire - Pasukan penyelamat yang terdiri daripada dua jentera bomba dan sebuah helikopter bertungkus-lumus untuk menyelamatkan seorang pemancing lelaki yang berada di dalam sampan yang terperangkap di atas ais di sebuah tasik baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam. 
Namun, pasukan penyelamat itu kemudian mendapati lelaki tersebut sebenarnya patung yang digunakan untuk menakutkan burung-burung. 
Patung itu dipakaikan dengan jaket berwarna cerah yang biasanya dipakai oleh pegawai perikanan untuk menghalau burung daripada mencuri ikan trout. 
Pemilik penyedia perkhidmatan untuk menangkap ikan, Arnfield Fishery di Glossop, Derbyshire, Stephen Cuthbert mengakui bahawa patung itu kelihatan seperti manusia yang sebenar. 
"Pada musim sejuk yang lalu, terdapat anggota-anggota polis yang datang menyelamat kerana menganggap ada mangsa terperangkap," katanya.
Dia menjelaskan bahawa adalah sesuatu menghairankan apabila ramai orang yang memikirkan terdapat seseorang yang kelihatan pucat duduk di dalam sampan pada waktu sejuk. - Agensi

Cicak terperangkap 10 tahun dalam tembok


Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong diantara tembok yang terbuat dari kayu. Ketika tembok mulai rekah, dia menemukan seekor cicak terperangkap diantara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebuah paku. Dia merasa kasihan dan terus memeriksa paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibangunkan.

Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun?

Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikitpun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal. Orang itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!

Orang itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian, tidak tahu darimana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya …. rupanya inilah yang membuat ia bertahan hidup.

Orang itu merasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu menolong cicakyang terperangkap itu selama 10 tahun. Sungguh ini sebuah cinta…cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. apa yang dapat dilakukan oleh cinta? Tentu saja sebuah keajaiban. Bayangkan,cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnian cinta yang begitu menganggumkan

Sunday, January 27, 2013

Bunuh kekasih yang datang melawatnya di penjara


Dalam penjara pun masih boleh bunuh orang,lebih pelik mangsa dibunuh dalam
bilik pertemuan iaitu tempat mangsa melawat sipembunuh....
LIMA: Seorang banduan membunuh teman wanitanya dan menyembunyikan mayat mangsa dalam bilik kurungannya tanpa dikesan selama tiga bulan.

Warga Belanda, Jackson Conquet mengaku mencekik hingga mati Leslie Paredes, 22, apabila dia melawatnya di sebuah penjara di ibu negara Peru iniDia membunuh Leslie apabila kekasihnya itu menyuarakan hasrat untuk menamatkan hubungan mereka.Mayat Leslie kemudian disembunyikan di bawah bangku konkrit yang dibina Conquet di atas kubur mangsa.


Polis hanya menyedari kejadian itu apabila mereka menyiasat bau busuk dari bilik kurungan itu.Conquet, 32, mengaku melakukan pembunuhan itu di Penjara Lurigancho di Lima, tempat lebih 8,000 banduan ditahan, sebahagian besarnya penjenayah berbahaya. Warder penjara sering mengawasi bilik kurungan bagi memastikan setiap pelawat meninggalkan penjara itu selepas mengunjungi banduan.




Bagaimanapun, tidak ada yang menyedari Leslie tidak meninggalkan penjara berkenaan selepas melawat Conquet pada Ogos lalu, kata Ketua Penjara Peru, Wilson Hernandez.Beberapa jam selepas membuat pengakuan, polis menyerbu penjara itu di daerah San Juan de Lurigancho.

Ketika diwawancara sebuah rangkaian radio tempatan, Hernandez berkata, pasangan kekasih itu bergaduh di dalam bilik kurungan dan berakhir dengan Conquet mencekik wanita itu.“Conquet mengaku membina bangku konkrit dalam bilik kurungannya dan dia menanam mayat Leslie di situ,” katanya.Mayat wanita itu digali pegawai penjara dan dibawa ke sebuah rumah mayat.

Conquet ditahan di penjara berkenaan sejak Mei 2009 kerana kesalahan membabitkan dadah. Video yang dibekalkan polis menunjukkan beberapa pegawai bersenjata memeriksa seluruh kawasan penjara berkenaan, termasuk bilik air dan kemudian mempamerkan senjata yang mereka rampas.Dadah dan senjata dikatakan begitu mudah dibawa masuk ke penjara berkenaan.

Ia dibina pada 1960-an untuk menempatkan 2,000 banduan tetapi kini jumlah penjenayah yang ditahan adalah empat kali ganda. - Agensi

Pandu kenderaan guna fikiran


Seorang bekas mekanik yang kehilangan tangannya dalam sebuah kemalangan  industri empat tahun lalu mampu memandu lagi berkat anggota tubuh palsu yang dikendalikan dengan kekuatan fikiran.

Christian Kandlbauer, yang kehilangan kedua lengannya setelah terkena kejutan elektrik 20.000 volt .Dia telah melakukan ujian memandu dan telah lulus.

Menggunakan saraf yang sebelumnya mengendalikan anggota badannya yang sihat, laki-laki Austria yang berusia 22 tahun ini hanya perlu memikirkan apa yang lengannya ingin lakukan dan keinginannya itu akan dituruti.Fikiran dari otaknya menciptakan tekanan elektrik tertentu di ujung saraf di lokasi berkenaan.

Tekanan tersebut diambil oleh sambungan elektrik ke lengan palsu, yang akan memberi tindakbalas tertentu sehingga menyebabkan lengan palsunya bergerak seperti yang diinginkan.

Mr. Kandlbauer, yang menjadi penerima anggota badan palsu  pertama di dunia dua tahun yang lalu, sekarang pergi bekerja dengan memandu kenderaan yang dimodifikasi untuk orang cacat setelah menjalani ujian memandu minggu lalu.

“Memandu adalah sangat penting bagi saya,” katanya. “Tapi sekarang saya juga boleh minum segelas air tanpa memerlukan penyedut minuman. Itu membuat saya terharu.“


Otto Bock perusahaan perawatan kesihatan menciptakan alat pengganti anggota tubuh bekerjasama dengan para cerdik pandai perubatan di Wina.


“Setelah pembedahan pemindahan saraf, signal-signal yang bertanggung jawab mengendalikan lengan digunakan untuk mengerakkan anggota badan palsu baru,” kata pembuatnya.

“Elektrod yang dipasang di soket anggota badan palsu itu akan mennangkap signal dari alat kawalan itu. Ketika pengguna mengirimkan signal gerakan, analisis elektronik yang rumit di dalam anggota badan palsu mengubah signal dan mengenali gerakan yang ingin dilakukan pengguna.”




Friday, January 25, 2013

Kelakuan aneh gelagat masyarakat dunia











Ayam tertua didunia 22 tahun bersamaan 400 tahun usia manusia


Seorang lelaki 77 tahun bernama Yang Shaofu dari desa Sidazhuang  Baoshan DaerahYunnan China ingin  binatang peliharaannya untuk dinobatkan dalam buku rekod dunia Guiness Book.Yang memiliki seekor ayam yang sudah berumur 22 tahun atau bersamaan dengan usia manusia selama 400 tahun.

Ayam tertua berusia 22 tahun

Salah seorang doktor haiwan setempat mengatakan bahawa umumnya ayam memiliki usia 8-9 tahun atau  lebih panjang hingga 12 tahun namun sangat susah menjumpai ayam yang berusia lebih dari itu.

Hingga kini ayam peliharaannya yang dibelinya pada tahun 1988 tersebut sampai saat ini masih sihat, hanya saja nafsu makannya sudah berkurang . Yang memberikannya makan jagung dan makanan ternak lainnya. Dia bertekad untuk merawat binatang peliharaannya ini sehingga mati.

Kenapa bapak ajar aku macam ni?





habis masa depan aku bapak....

Cuba teka ini gambar apa?

opticalillusiond
Nampak gambar apa?Kalau tak nampak lagi cuba jarakkan diri anda dari monitor lam lingkungan 2 meter dan cuba perhatikan….Ok sudah …dah tahu gambar apa?

wanita Nigeria yang dikatakan boleh berubah menjadi kucing


Cerita ini sama ada benar atau tidak kita pun tak tahu.Tetapi di katakan heboh di Nigeria, Wanita Yang Berubah Wujud Menjadi Seekor Kucing. Surat kabar Nigerian Tribune melaporkan bahawa ada tiga ekor kucing yang sedang menyeberang jalan ketika sebuah kereta melanggar mereka.

Kucing pertama berhasil menghindar dan melarikan diri, sedangkan kucing kedua terlanggar dan segera berubah menjadi seorang perempuan. Kejadian aneh ini segera menarik perhatian orang-orang di tempat itu. Ketika mereka menyedari kejadian aneh ini, mereka segera memukuli\ kucing ketiga (masih dalam rupa kucing) hingga mati. Kemudian mereka memukul perempuan itu hingga luka parah.

Menurut saksi yang menyaksikan kejadian itu, perempuan kucing itu yang mengaku bernama Aisha Abdukareem Ibrahim mengatakan bahawa dia dan dua teman mengambil rupa kucing dan sedang mengadakan perjalanan dari Abuja ke Port Harcourt untuk membunuh tiga orang. Perempuan itu mengatakan bahawa mereka telah berhasil membunuh dua orang, namun mereka mendapatkan kesulitan ketika hendak membunuh orang ketiga dan mereka memutuskan untuk kembali ke Abuja.

Saksi lainnya yang bernama James mengatakan bahawa perempuan itu kemudian berpura-pura lupa ketika melihat orang-orang berkerumun di sekitarnya. Dia pura-pura bertanya apa yang telah terjadi. “Aku belum pernah melihat kejadian ini selama hidupku. Aku melihat seorang perempuan yang terluka dan tergeletak di jalan, bukan kucing.” kata James.

Ketika Nigerian Tribune tiba di lokasi kejadian dekat Garrison Junction, Wanita kucing itu sedang duduk di tanah dengan darah di  tubuhnya. Bahagian kanan wajahnya mengalami luka  yang cukup dalam. Orang ramai memukulinya akibat marah kerana mereka melihat bahawa perempuan itu adalah seorang penyihir.

Kemudian perempuan itu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Petugas polis mengawalnya untuk mencegah orang ramai yang marah membunuhnya. Polis mengatakan bahawa perempuan itu sudah dibawa ke hospital dan diawasi selama 24 jam untuk mencegah ia tiba-tiba menghilang.

Di Afrika dilaporkan bahawa penyihir-penyihir di benua itu memiliki kemampuan untuk berubah bentuk menjadi haiwan seperti serangga dan ikan. Walaupun kita sudah selalu mendengar tentang hal ini, tetapi  sulit untuk dipercayai.

kenderaan ini tak mudah dicuri




Pencuri pun fikir 45 kali nak curi..

Heboh! Polis Sebat Seorang Wanita Sambil Tertawa


Berita ini  menjadi heboh di Sudan. Dengan beredarnya rakaman video pelaksanaan hukuman sebat oleh penguatkuasa setempat pada seorang wanita di depan orang ramai,  menjadi bahasan hangat . Bagaimana sikap para penguatkuasa yang melaksanakan hukuman sebat tadi tanpa belas kasihan bahkan mereka tertawa lebar menyaksikan wanita yang disebat menjerit kesakitan.

Pelaksanaan hukuman csebat oleh polis Sudan pada seorang wanita

Seperti terlihat di rakaman video yang telah di upload di You Tube seorang wanita menjerit -jerit minta ampun dengan berteriak ampun-cukup , saya ingin ibuku, namun salah seorang petugas polis malah mentertawakannya. Wanita itu dijatuhinya hukuman sebat kerana yang bersangkutan melanggar  hukum setempat yang melarang para wanita menggunakan seluar, seperti diketahui Sudan menerapkan hukum Syariat dimana wanita diharuskan memakai pakaian jubah (tidak boleh memakai seluar).-ruanghati.com

Lelaki hebat tahan sejuk

Wim Hof tak pernah memerlukan jaket tebal ketika memasuki kawasan bersalji. Lelaki yang berusia 50 tahun berasal daripada Belanda ini tiadak akan merasakan sejuk, walaupun berada di lkawasan bersuhu beku ekstrem.

 Hof menjadi bulan setelah menunjukkan kemampuannya berjalan sejauh 100 km di Kutub Utara hanya mengenakan seluar pendek, pada tahun 1999.

Tiga tahun setelah itu, dia mencatatkan diri di Guinness World Record setelah berhasil melepasi waktu terlama berenang di bawah balok ais di Kutub Utara sejauh 80 meter. Dua kali lebih panjang kolam renang kelas olimpiade.

Hof tidak pernah mengalami serangan dingin atau hipotermia. Selain dua pengalaman 'gila' di atas, dia juga pernah mendaki Mount Everest hanya berseluar pendek. Aksi ini jelas membuat banyak orang ternganga kerana ramai  orang meninggal akibat tak tahan melawan suhu dingin di gunung ais itu.

Doktor tak mampu mendiagnosis keadaan Hof. Normalnya, ketika seseorang terpapar suhu beku, tubuh akan memasuki fasa 'berjuang hidup'. Pengaliran darah ke jari, kaki, telinga, dan hidung biasanya terhenti demi mempertahankan aliran darah ke organ-organ inti.

Keadaan itu umumnya tak boleh dibiarkan terlalu lama. Jika suhu tubuh tak  normal, seseorang jelas akan mengalami hipotermia. Dan ketika itu dia akan meninggal dalam bebrapa minit. Namun nyatanya, Hof mampu melampaui keadaan itu.

Hof tak pernah mengalami gangguan kesihatanketika menjalani berbagai aksi 'gila' itu. Semua organ tubuhnya tetap berfungsi normal. "Semua ini masih menjadi misteri di dunia perubatan. Beberapa doktor masih bekerja keras untuk menjelaskan diagnosisnya," kata Dr Ken Kamler, yang memeriksa kesihatan Hof  ketika beraksi bertahan hidup lebih satu jam di dalam timbunan ais.

Toilet Dengan Pemandangan Bangunan Pencakar Langit




Bangunan pejabat pusat Commerzbank di Frankfurt, Jerman, mempunyai toilet yang unik. dimana para pekerja yang menggunakan bilik kecil dapat melihat pemandangan kota dari ketinggian ratusan meter.


Toilet tersebut terletak di tingkat ke-49 pada bangunan yang memiliki tinggi 260 meter ini, sehingga para pekerja tidak perlu merasa khuatir ada yang mengintip mereka dan dapat sepuasnya menikmati pemandangan kota dari atas gedung pencakar langit itu.


Diketahui, Commerzbank Tower selesai pada tahun 1997 dan menjadi gedung pencakar langit tertinggi di Eropah sampai 2005.

Tak boleh hidup atau mati tanpa komputer











 keranda pun nak dipasang komputer...
kubur nak juga dihias komputer....itulah manusia zaman sekarang
tak boleh hidup dan mati tanpa komputer...

Cara menyeludup manusia yang tak masuk akal







idea yang jarang kta fikirkan dan tak masuk akal...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN