Wednesday, May 2, 2012

Menjadi superstar hanya satu hari di China

Di China seseorang boleh menjadi terkenal dalam satu malam kerana cepatnya berita tersebar di Internet. Salah satu "superstar" yang sedang banyak dibicarakan di China adalah "Sister Feng"



Nama aslinya adalah Luo Yuefeng, tingginya 1,46 meter, dengan wajah yang "sederhana" dan pendidikan yang "sedrehana" juga. Akan tetapi dia mulai terkenal di China pada November 2009 kerana dia menyebarkan kertas di jalanan kota Shanghai untuk mencari laki-laki yang mahu berkahwin dengannya tetapi dengan syarat-syarat yang diinginkannya iaitu :

1.Lulusan Universitas Beijing atau Qinghua (Tsinghua) dan minima lulus Master di bidang Ekonomi.
2. Harus memiliki wawasan dan perspektif Internasional.
3. Tinggi 176 cm - 183 cm, KACAK lebih diutamakan.
4. Tinggal di kota di DAERAH Timur
5. Belum pernah menikah
6. Tidak punya BEKAS KEKASIH YANG PERNAH MENGGUGURKAN ANAK
7. Usia antara 25-28 tahun.

Setelah tersebarnya kertas itu, wartawan TV mewawancaranya dan video wawancara itu dengan cepat tersebar di Internet.

Tidak lama setelah itu, Sister Feng kembali muncul di TV dengan teman lelaki barunya yang tampan, seorang siswa sekolah media Zhejiang. Tidak lama setelah itu bekas kekasih Sister Feng muncul ke media dan menyatakan bahawa Sister Feng telah membuangnya kerana teman lelaki barunya itu. Stesen TV Jiangsu telah menyediakan waktu selama 40 minit untuk membahas cinta segitiga ini.




Cerita Sister Feng belum berhenti disini. Sister Feng merancang melakukan pembedahan plastik! Para pengguna internet di China jelas saja terganggu dengan berita ini, dan mereka telah melakarkan muka Sister Feng selepas pembedahan itu.




Dan inilah foto Sister Feng setelah pembedahan plastik (tak jauh beza pun)





Kali terakhir, Sister Feng dilihat di Nanjing pada 18 April 2010 untuk melakukan pembedahan plastik keduanya. Dan dia mengatakan "Dalam 2 atau 3 tahun lagi saya yakin akan menjadi kekasih Obama" dan dia berkata kepada doktor yang akan membedahnya "Buatlah saya mirip seperti Fan Bingbing dan bibir saya mirip dengan bibir Shu Qi!".

3 tahun pisau tertanam di kepala

Pemuda ini mampu bertahan untuk hidup walaupun di kepalanya tertanam pisau sepanjang 10 cm selama tiga tahun. Jika pemuda ini tidak bersemangat agaknya sudah lama dia meninggal dunia dan kenapa pisau itu teranam dikepalanya?


Peristiwa ini berlaku semasa perkelahian di sebuah bar di Sao Paulo, Brasil. Pemuda yang bernama Edeilson Nascimento (29) turut dalam perkelahian itu.

Tapi ketika dia pulang dari bar tersebut, di perjalanan dia diserang orang yang tak dikenalinya. Orang ini dengan kejamnya menusukkan pisau ke kepala Nascimento. Seketika itu pula pisau terpacak sedalam 10 sentimeter tepat di dahinya.

Nascimento terus dilarikan ke hospital. Dan sampai disana dia terus di bedah oleh doktor, tapi doktor tersebut hanya boleh mencabut pemegangnya dan pisaunya tak boleh dicabut kerana berisiko tinggi yang boleh menyebabkan kerosakan otak yang kekal.

Nascimento terus hidup dengan pisau tertanamdi dalam di kepalanya selama tiga tahun. Selama tiga tahun itu dia merasakan sakit yang luar biasa pada kepalanya dan akhirnya dia memutuskan untuk mengambil risiko menjalani pembedahan untuk mencabut pisau tersebut.

Setelah melalui tiga jam pembedahan, akhirnya pisau yang tertanam dikepalanya boleh dikeluarkan dan dengan selamat.



Dan anehnya dia dalam keadaan sihat saja tidak seperti apa yang dikhuatirkan oleh doktor.

Kereta pakai seluar dalam?

Manusia dan kegilaan masing-masing.Kadang-kadang
mereka boleh membuat sesuatu di luar fikiran kita.
Contoh seperti gambar ini...





Bagaimana pelacur Hong Kong beraksi ?


Pihak Polis Hong Kong berjaya menangkap 4 orang pelacur tetapi pada pemeriksaan, mereka menemukan fakta yang mengejutkan mereka iaitu ke empat-empat tersebut ternyata bukan seorang gadis Mereka adalah lelaki yang menyamar sebagai wanita.

Berikut adalah foto-foto penyamaran pelacur tersebut....








Wanita turun lebih 9kg mati akibat diet


Seorang ibu di Britain pengsan dan mati mengejut di tempat kerja selepas dia melakukan diet untuk kelihatan langsing sebelum pergi bercuti bersama keluarganya.

Ibu itu, Lucy Prince, 36, kehilangan berat badan lebih 9 kg dalam tempoh sebulan dengan cuma mengambil minuman pelangsing dan melakukan senaman ketat.

Namun, jantungnya gagal berfungsi di tempat kerja dan dia rebah di hadapan pengurusnya di sebuah kilang kereta di sini England pada Jun lepas sebelum disahkan meninggal dunia di hospital tidak lama kemudian.

Seorang ahli patologi, Dr. David Green memberitahu satu inkues bahawa selepas diet, Prince mengalami tekanan darah rendah manakala kadar kalium dalam badannya pula sangat rendah dan berisiko menyebabkan kematian.-kosmo online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN