Monday, April 23, 2012

Awas Jangan Termakan Burger Ular. Jom Tengok!


JOM KREATIF

Sebuah restoran di Jakarta melayani burger ular yang terbuat dari ular-ular tempatan.
Kreatifkah restoran ini?

Jom kita lihat.

Area dapur menyerupai lantai kilang, dengan ular di mana-mana. Pertama-tama ular-ular itu dipenggal, kemudian dikupas untuk menghilangkan kulit dan bersisiknya. Selanjutnya, ular dibersihkan, dagingnya cincang hingga halus dan dicampur dengan bumbu dan ramuan. Daging ular yang sudah diberi bumbu tersebut kemudian digoreng dan siap disajikan dengan roti burger.

Menurut pengunjung restoran ini, burger ular rasanya mirip dengan rasa burger ayam..






500,000 hartawan Britain mahu hijrah

LONDON: Lebih setengah juta hartawan Britain dijangka berpindah ke negara lain dalam tempoh dua tahun akan datang akibat masalah jalan raya dan kereta api, selain peningkatan kadar jenayah serta cukai.
Kaji selidik disiarkan semalam menunjukkan, kira-kira 19 peratus warga Britain yang memiliki simpanan dan pelaburan bernilai lebih �250,000 (RM1.2 juta) mempertimbangkan cadangan memulakan hidup baru di luar negara.

Kadar itu menunjukkan peningkatan berbanding 17 peratus enam bulan lalu, atau 14 peratus tahun lalu.
Angka itu menunjukkan, sekurang-kurangnya 500,000 penduduk Britain yang memiliki harta sebanyak itu mungkin meninggalkan negara berkenaan dalam dua tahun akan datang.

Pelaburan untuk meningkatkan infrastruktur seperti jalan, kereta api dan rangkaian komunikasi dilihat faktor penting untuk menjadikan Britain tempat menarik untuk didiami.

Kira-kira 61 peratus penduduk berharta Britain tertarik kepada pilihan itu.
Namun, mengatasi kerenah birokrasi untuk perniagaan, menurunkan cukai dan meningkatkan keberkesanan perkhidmatan awam seperti kesihatan, pendidikan dan polis menjadi keutamaan warga Britain. Pengarah Lloyds TSB International Wealth, Nicholas Boys-Smith, berkata walaupun penghijrahan beramai-ramai mungkin tidak berlaku, keputusan kaji selidik itu jelas menunjukkan golongan minoriti yang melihat hidup di luar negara lebih baik kini meningkat. Aspek jenayah dan antisosial menjadi alasan paling utama mendorong warga Britain meninggalkan negara berkenaan apabila 56 peratus responden memberikan alasan itu. - TS

Ramai golongan kaya Iran beli kereta mewah

SEBUAH kereta Mercedes-Benz melalui sebatang jalan raya di Teheran semalam.



TEHERAN - Golongan kaya di Iran masih mampu membeli kereta mewah walaupun terdapat sekatan yang menjejaskan ekonomi negara ini.
Menurut beberapa laporan semalam, golongan kaya itu sanggup untuk membeli kereta mewah sehingga AS$360,000 (RM1.104 juta).
"Para pembeli membeli kereta-kereta itu yang pada kebiasaannya berharga dua hingga tiga kali lebih tinggi berbanding di negara asing," kata seorang jurujual di sini.
Sebuah akhbar yang memetik satu perangkaan rasmi kastam menyatakan, sebanyak 563 buah kereta Porsche pelbagai model telah dijual di Iran sehingga Mac 2012.
Sasaran Porsche adalah untuk menjual 800 kereta di negara ini.
Sebelum ini pasaran kereta mewah negara itu dikuasai BMW dan Mercedes-Benz.
Maserati yang merupakan pengeluar kereta mewah dan dimilik Fiat turut meminati pasaran di Iran.
Ia akan membuka bilik pamerannya dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Kereta Porsche dijual di negara ini pada harga antara AS$110,000 (RM337,369) hingga AS$360,000.
Buat masa ini, terdapat kira-kira 14 juta kenderaan di jalan-jalan raya di Iran lebih dua kali ganda daripada tahun 2005.
Iran mengalami pelbagai sekatan ekonomi oleh Barat ekoran ia melaksanakan program nuklear.
Negara-negara Barat bimbang negara ini akan mengeluarkan senjata nuklear.
Namun, Iran menegaskan bahawa ia menggunakan nuklear untuk tujuan keamanan dan bukan ketenteraan. - Agensi

Bola milik remaja Jepun dibawa tsunami ditemui di Alaska




Bola sepak milik seorang remaja Jepun yang ditemui di Middleton Island, Alaska. – Foto Ihsan Reuters
Misaki Murakami
TOKYO - Sebiji bola sepak dibawa tsunami, yang melanda Jepun Mac tahun lalu, sehingga ke perairan Alaska, akan dipulangkan kepada pemiliknya - seorang remaja berusia 16 tahun.
Nama remaja itu, Misaki Murakami terdapat pada bola tersebut, yang dihadiahkan kepadanya tujuh tahun lalu.
Kawasan timur Jepun dilanda malapetaka berganda - gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac.
Bola itu ditemui oleh David Baxter lebih setahun selepas tsunami di Middleton Island, Alaksa.
Pulau itu terletak kira-kira 112 kilometer dari tanah besar.
Murakami dipetik media Jepun berkata, dia gembira kerana memang bola itu adalah miliknya.
"Saya sangat gembira memandangkan saya tidak menemui apa-apa barang milik saya sehingga sekarang," katanya kepada stesen TBS semalam.
Murakami tinggal di bandar Rikuzen-takata, yang teruk dilansa tsunami.
Laporan BBC dan AP menyebut, pada hari kejadian, dia jatuh sakit dan hanya berada di rumah. Bagaimanapun dia berjaya melarikan diri ke kawasan tinggi apabila gemba bumi melanda, katanya dipetik Kyodo.
Rumahnya turut dilarikan arus tsunami.
Bola itu dihadiahkan oleh rakan sekelasnya pada 2005 apabila dia berpindah sekolah. Ia ditemui oleh warga Amerika Syarikat, David Baxter di kawasan pantai di Middleton Island.
Menurut agensi NOAA, isteri Baxter, seorang rakyat Jepun, telah menterjemahkan tulisan pada bola itu termasuk nama sebuah sekolah dan mesej "semoga berjaya".
Katanya, "kemungkinan ini peluang pertama sejak tsunami Mac 2011, sisa yang dibawa dari Jepun telah dikenal pasti dan boleh dipulangkan kepada pemiliknya."
Pasangan itu dikatakan membuat perancangan untuk menyerahkan bola itu kepada Murakami. Mereka juga ada menemui bola tampar tetapi tidak dapat dikesan pemiliknya.
NOAA memantau sisa-sisa yang bergerak dari Jepun sejak tahun lalu.
Bot Ryou-Un Maru, dari pulau Hokkaido, Jepun, juga dibawa tsunami sehingga Alaska.

Lelaki subur pupus 2062


MUMBAI: Dunia berdepan masalah ketiadaan lelaki subur dalam tempoh 50 tahun lagi berikutan bilangan sperma mikroskopik yang semakin berkurangan kerana peningkatan tahap tekanan, obesiti dan pencemaran udara.

Akhbar Times of India melaporkan, lebih membimbangkan apabila anggaran menunjukkan kekurangan itu mencecah 50 peratus sejak 50 tahun lalu.
Pegawai yang bertanggungjawab mengusahakan garis panduan India untuk membantu teknik reproduktif, Dr P M Bhargava, berkata aliran pengurangan sperma dikesan sejak pertengahan tahun 1990-an di Barat.“Beberapa doktor di India percaya keadaan itu juga berlaku di negara ini. Kajian di Barat menunjukkan bilangan itu menurun dua peratus setiap tahun.
“Pada kadar ini, tiada lagi lelaki subur antara 40 hingga 50 tahun lagi,” kata Bhargava yang dianggap antara saintis terkemuka India.

Beberapa tahun lalu, kajian di Scotland terhadap 7,500 lelaki yang mengunjungi Pusat Kesuburan Aberdeen antara 1989 hingga 2002 menunjukkan purata sperma berkurangan hampir 30 peratus.

Kajian lain dari Copenhagen pula mendapati mendapati punca utama masalah itu ialah penyalahgunaan alkohol, merokok dan obesiti.
“Banyak bahan yang digunakan setiap hari seperti plastik atau botol susu membebaskan kimia yang sama dengan estrogen, hormon wanita,” kata Bhargava.
Kata saintis, pendedahan kepada kimia seperti hormon wanita boleh mengurangkan sperma pada lelaki.

Penggunaan racun serangga seperti DDT dan dioksin juga antara punca masalah itu.

Namun, sebahagian saintis tidak bersetuju. Pakar kesuburan, Dr Aniruddha Malpani, berkata gangguan yang disebutkan cuma satu daripada teori tidak dibuktikan untuk menjelaskan mengenai pengurangan sperma.

“Ia teori paling terkenal tetapi belum terbukti lagi. Kadar ketidaksuburan ialah masalah lelaki dan wanita disebabkan mereka lewat berkahwin serta bertangguh untuk melahirkan anak,” katanya.

Seorang lagi pakar, Dr Anjali Malpani, memberikan statistik bagaimana sperma menurun sejak berdekad lalu.

“Ketika menubuhkan bank sperma pertama di Mumbai dua dekad lalu, kami mudah mendapat 40 hingga 60 juta sperma setiap satu mililiter,” katanya.

Namun pada akhir tahun 2009, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyemak semula definisi bilangan sperma normal kepada 20 juta setiap mililiter.

Jadi, bank sperma cuma menolak penderma yang bilangan sperma tidak sampai 15 juta setiap mililiter.

“Pada 1950-an, WHO sendiri mengikat bilangan normal pada 113 juta setiap mililiter,” katanya.

“Dua dekad lalu, apabila kami menubuhkan bank sperma pertama, kami ditanya bagaimana mahu menggunakan perkataan itu secara terbuka.

“Sukar mendapatkan sumbangan kerana lelaki tidak mahu seseorang yang kelihatan seperti mereka berjalan-jalan di bandar 20 tahun akan datang,” kata Malpani. – Agensi

Tentera Amerika di Afghanistan terbabit dadah


KABUL: Tentera Afghanistan yang dilatih oleh tentera Amerika Syarikat untuk mengambil alih misi menjelang tahun 2014 didakwa menjadi pengedar dadah kepada askar Amerika, lapor dokumen baru yang diperoleh Judicial Watch, sebuah yayasan mempromosikan ketelusan dalam kerajaan, secara rahsia.

“Keadaan ini menyukarkan kerana tentera kita diletakkan dalam keadaan itu sedangkan mereka sudah pun berdepan pelbagai tekanan. Malangnya askar mereka yang juga sekutu kita menjadi pengedar dadah,” kata presiden Judicial Watch, Tom Fitton, kepada Fox News.
Fitton bersama penyiasat mendapati antara Januari 2010 dan Disember 2011, tentera Amerika menyiasat 56 askarnya di Afghanistan atas dakwaan memiliki, menggunakan atau mengedarkan candu. Heroin pula disebut sebanyak 26 kali.Laporan Pemerintah Siasatan Jenayah Tentera pada Disember 2011, menunjukkan sebuah pangkalan operasi memiliki dadah yang dibeli daripada beberapa kakitangan Tentera Kebangsaan Afghanistan dan Polis Kebangsaan Afghanistan.

Dalam satu kes, penterjemah Afghanistan menjual pelbagai jenis candu kepada askar. Laporan Jabatan Siasatan Jenayah bertarikh Ogos 2010 menyebut seorang askar mengaku membeli ubat penahan sakit ketika cuba membeli steroid.

Dalam laporan berasingan daripada Februari 2011, seorang pakar membeli heroin dan xanax (ubat antikemurungan) daripada tahanan juvana di pelbagai lokasi di Kem Phoenix, Afghanistan.

Fitton berkata, Judicial Watch memutuskan memfailkan permohonan mendapatkan dokumen itu 14 bulan lalu kerana usaha tentera mengatasi penggunaan dadah di Vietnam. Tidak jelas sama ada kes di Afghanistan adalah kejadian terpencil atau gejala masalah dadah yang lebih meluas.
Laporan siasatan tentera menunjukkan sekurang-kurangnya lapan kematian akibat berlebihan dos membabitkan dadah oxycodone, heroin dan morfin. Satu kematian yang diumumkan, Judicial Watch mendapati Jabatan Pertahanan menyiarkan gambaran kematian itu sebagai tidak berkaitan dengan perang. – Agensi

Budak 4 tahun tembak mati bapa kerana PlayStation

RIYADH: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun menembak mati bapanya yang enggan membelikan PlayStation.
Akhbar Asharq memetik jurucakap polis di bandar Jizan, selatan Arab Saudi, sebagai berkata, kanak-kanak itu mengambil pistol bapanya dan menembak kepala lelaki berkenaan.
Menurut laporan akhbar itu, kanak-kanak terbabit meminta bapanya membeli sebuah PlayStation dan kejadian berlaku selepas lelaki itu pulang tanpa membawa mainan yang dihajati.
Ketika menanggalkan pakaian, lelaki berkenaan meletakkan senjata di bawah. Anaknya mengambil pistol itu lalu menembaknya dari jarak dekat. – AFP
sumber: hmetro.com.my

Google Search Ada Zip Gideon Sunback?

Google Search Ada Zip Gideon Sunback?

Google Search ada Zip?
Pagi-pagi nak google search persoalan bermain diminda. Apalah benda yang ada kat paparan google search ni, siap ada zip bagai. Memang unik dan serta merta aku cuba cari apalah yang dimaksudkan zip panjang ni. Rupa-rupanya ia bersempena memperingati Hari Jadi ke 132 Pencipta Zip iaitu Gideon Sunback Macam-macam..haduu hayy.
Sedikit maklumat mengenai Gideon Sunback. ...
Beliau dilahirkan pada 24hb April 1880 di Smaland, Sweden. Beliau berpindah ke German untuk melanjutkan pelajaran dan pada tahun 1905 beliau telah mendapat kerakyatan di USA dimana beliau telah mula bekerja di Westinghouse Electric and Manufacturing Company di Pittsburgh, Pennsylvania.

PATEN ASAL ZIP
Sebenarnya asal Zip ini dicipta adalah untuk digunakan pada Kasut "Boot" wanita dan ia menjadi popular sekitar tahun 30an bila ia mula digunakan untuk dipasang pada Seluar dan pakaian wanita. Sunback telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada tahun 1954 dan dikebumikan di Greendale cemetery diMeadville, Pennsylvania.

Kereta tergantung jadi daya tarikan




MORITZBURG, Jerman - Sebuah kereta kecil digantung dengan menggunakan kabel di sebuah taman di sini.

Kereta itu digunakan dalam kursus memanjat di dalam hutan. Kursus itu ditawarkan kepada orang ramai di taman tersebut.

Dalam kursus itu, kereta Trabant itu menjadi pilihan untuk digantung kerana badan kenderaan tersebut diperbuat daripada plastik.

Kereta itu akan menjadi daya tarikan terbaharu di taman tersebut. - Agensi

Sumber : Kosmo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN