Wednesday, January 16, 2013

10 Benda Paling Mahal Didunia


Kebanyakan orang berfikir bahawa benda termahal di dunia adalah emas dan permata. Tapi tahukah anda bahwa ada bebebrapa benda selain emas dan permata yang harganya boleh membuat anda sakit kepala? Berikut adalah 10 benda termahal di dunia :


1. BegTangan termahal di dunia seharga 3,8 Juta Dollar


Beg tangan ini diproduksi oleh House of Mouawad dan dijual dengan harga 3,8 juta dollar. Beg ini dirancang oleh Robert Mouawad dan dikerjakan oleh 10 pekerja selama 8.800 jam. Beg dengan bentuk hati ini terbuat dari emas 18 karat dan 4.517 berlian (105 berlian kuning, 56 berlian pink dan 4.356 berlian tanpa warna. Berat total berlian pada beg ini mencapai 381,92 karat.

2. Vas China Termahal di Dunia Seharga 85 Juta Dollar

Vas China yang dibuat pada abad ke-18 ini ditemukan di London dan dalam sebuah lelong vas ini terjual seharga 53 juta Pundsterling atau 85 juta dollar. Vas dengan ukuran 16 inchi ini dibeli oleh seorang pembeli dari China. Sang pemilik vas yang mewarisi vas ini dari orang tuanya langsung menjadi jutawan setelah menjual vas tersebut.

3. Botol Tequila Termahal di Dunia Seharga 3,5 juta Dollar

Seorang pengeluar tequila Mexico mempamerkan botol tequila berkapasiti 1,3 liter. Botol ini terbuat sari 2,3 kg platinum dan 4.000 butir berlian dengan berat total 328 karat. Botol ini dirancang oleh Fernando Altamirano dan dijual dengan harga 3,5 juta dollar.

4. Pisau Cukur Termahal di Dunia Seharga 100.000 Dollar

Sebuah pisau cukur termahal diluncurkan oleh Zafirro. Gagang pisau cukur ini terbuat dari iridium dan pisaunya terbuat dari safir.

5. iPad Termahal di Dunia Seharga 1,2 juta Dollar

iPad ini menjadi tablet termahal di dunia dengan harga 1,2 juta dollar. iPad edisi spesial ini dibuat oleh Camael Diamonds dari emas 18 karat seberat 1 kg dan berlian tanpa cela seberat 300 karat. Tombol home dan lambang Apple terbuat dari berlian hitam.

6. Ikan Tuna Termahal di Dunia Seharga 396.000 dollar

Rekor ikan tuna termahal di Jepun adalah senilai 396.000 dollar. Ikan ini dijual dalam sebuah lelong dini hari di sebuah pasar ikan terbesar di dunia yang terletak di kota Tokyo, Jepun. Ikan tuna raksasa ini memiliki berat 342 kg ditangkap oleh nelayan di perairan pulau Hokkaido.

7. Iklan di acara Oprah Winfrey Show seharga 1 juta dollar

Acara Oprah Winfrey show merupakan salah satu acara TV paling popular dan untuk edisi terakhir acara ini, iaitu pada  25 Mei 2010, acara ini akan menawarkan sesi iklan senilai 1 juta dollar per 30 saat iklan. Wow! Ini merupakan rekod baru untuk spot iklan termahal, setelah sebelumnya dipegang oleh edisi terakhir acara 'Lost' di stasiun TV ABC seharga 900.000 dollar dan edisi terakhir acara '24' di stasiun TV Fox seharga 650.000 dollar.

8. Anjing Termahal di Dunia Seharga 1,5 juta dollar

Anjing berjenis Tibetan Mastiff dengan usia 11 bulan ini menjadi anjing termahal di dunia setelah terjuan dengan harga 10 juta Yuan atau 1,5 juta dollar. Anjing bernama Big Splash atau Hong Dong dalam bahasa China dibeli oleh seorang juragan batubara dari Utara negeri China. Anjing ras Tibetan Mastiff sendiri terkenal sebagai ras anjing yang dulu dimiliki oleh Gengis Khan dan Sang Buddha. Ras ini juga terkenal sebagai ras 'Anjing China Asli'.

9. Pohon Natal Termahal di Dunia Seharga 11 juta Dollar di Abu Dhabi

Hotel Emirates Palace di Abu Dhabi membuat pohon natal senilai 11 Juta Dollar dan digadang-gadang sebagai pohon natal termahal yang pernah ada di dunia. Demikian dinyatakan oleh General Manager Hotel Emirates Palace, Hans Olberts. Hotel ini sendiri merupakan lokasi ATM emas pertama di dunia. Pohon natal ini disekorasi dengan ornamen yang terbuad dari emas dan perak dan lampu-lampu kecil berwarna putih.

10. Berlian Pink Termahal di Dunia Seharga 46 Juta Dollar

Berlian berwarna pink merupakan salah satu jenis berlian terlangka di dunia. Kerana itu, jenis berlian ini menjadi berlian yang sangat didambakan oleh para pecinta berlian di dunia. Rekod berlian pink termahal di dunia dipegang oleg sebutir berlian yang dijual seharga 46,16 juta Dollar di rumah lelong Sotheby's.

10 tahun dikurung dalam bilik mandi oleh bapa


RAMALLAH: Seorang wanita Palestin berusia 21 tahun memberitahu, dia dikurung bapanya dalam bilik mandi sejak sedekad lalu dan hanya dibebaskan pada awal pagi untuk membersih rumah.
Menurut Baraa Melhem, bapanya sentiasa mengajarnya supaya menganggap orang lain sebagai penjahat.

Menurut pekerja sosial yang menguruskan kes itu, Hala Shreim, Baraa diselamatkan polis Palestin dari bilik mandi sempit itu di Qalqilya, Tebing Barat, kelmarin “Polis bertindak selepas menerima maklumat daripada seseorang yang tidak dikenali,” katanya.


Sementara itu, polis berkata, bapa Baraa - yang memiliki kewarganegaraan Israel - ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa negara itu.

Jurucakap polis Israel berkata, lelaki terbabit dijadual dihadapkan ke mahkamah hari ini.


Ketika diwawancara stesen radio Voice of Palestine, Baraa berkata, dia berusia 11 tahun apabila mula dikurung bapanya di dalam tandas.


Baraa juga dilarang ke sekolah atau bertemu ibunya yang diceraikan bapanya sebelum itu.

“Bapa mencukur kepala dan bulu kening saya.


“Dia hanya membenarkan saya mandi sekali sebulan,” katanya.

Hala berkata, Baraa sering dipukul dengan belantan dan wayar, selain hanya diberi satu selimut untuk memanaskan badan.


“Bilik mandi itu hanya seluas satu setengah meter dan ia kelihatan seperti bilik kurungan,” katanya.


Menurut Hala, Baraa hanya dibenarkan keluar dari bilik mandi itu pada jam 1 pagi hingga 4 pagi untuk mencuci rumah.


Dia juga, kata Hala, selalu menggalakkan Baraa membunuh diri.


“Satu-satunya hubungan Baraa dengan dunia luar adalah radio,” katanya.


Kenyataan polis Palestin berkata, bapa Baraa mengaku mengurung anaknya atas alasan “masalah keluarga.” Dia juga mengaku memberi Baraa hanya roti sebagai makanan utama. - Reuters


sumber : myMetro

Anak di China Memiliki Mata Biru yang Dapat Melihat dalam Kegelapan [Video]

Kalangan medik telah dikejutkan dengan sepasang mata biru milik seorang anak bernama Nong Youhui. Mata biru anak ini mampu melihat dalam gelap dan memancarkan cahaya biru kehijauan seperti layaknya mata kucing.


Ketika anak itu berumur 2 bulan, Ayahnya, Ling, baru menyedari bahawa sang anak memiliki mata yang berbeza. Ketika Ling membawa putranya ke doktor, dokter mengatakan tidak ada yang perlu dikhuatirkan, mereka berkata mata Youhui akan kembali tidak bercahaya serta berubah menjadi hitam seiring anak itu beranjak dewasa. Tapi hingga sekarang belum terlihat adanya perubahan.
Ketika diuji secara medik, terbukti mata Youhui juga mampu melihat secara sempurna di tempat yang gelap. Tapi hal ini sekaligus memberinya penglihatan yang sangat sensitif ketika hari terang.

Suami Dijual Isteri Di Web Jual Beli


Seorang wanita asal Utah, Amerika Syarikat (AS), menjual suaminya di situs Craiglist. Hal ini ia lakukan kerana sang suami terlalu lama bermain game.

Alyse Baddley dari Logan, Utah, AS, ini mengatakan, kerana suaminya, Kyle, menghabiskan banyak waktunya untuk bermain game ‘Call of Duty: Modern Warfare,’ ia pun memutuskan menjual suaminya di situs tersebut.

“Saya jarang melihatnya. Jadi suatu hari saya berkata pada suami saya akan menjualnya di Craiglist dan ibu mertua saya menyuruh saya melakukannya,” papar Alyse.

Alyse mengaku menerima beberapa respon dalam beberapa jam setelah memposting ‘Satu suami untuk penawar tertinggi’ di Craiglist.

“Kami tak mengira akan mendapat respon begitu banyak. Seseorang bahkan mengajak barter dengan beg biru Skittles,” katanya seperti dikutip sltib.

Kyle yang mengaku telah menamatkan game itu dalam beberapa hari mengatakan menikmati membaca respon-respon yang muncul.

“Saya mencintai isteri saya. Ia mendukung saya saat mendapat game. Kami bergaduh untuk mendapat game baru. Ini benar-benar lucu,” katanya.

Lelaki cipta limousin terpanjang dan terlaju diancam Ferrari


Dan Cawley berhasil menciptakan limousin tercepat sedunia setelah memodifikasi 360 Modena dan membuatnya menjadi lebih panjang dengan menambahkan hand-built carbon fibre sepanjang 9.5 kaki sehingga menjadikan kereta ciptaannya itu menjadi limosin dengan panjang 20 kaki dan boleh ditempati 8 orang.

Untuk membuat limousin 400 bhp itu dirinya bekerja sama dengan bekas ahli carbon fibre McLaren, Chris Wright, dan menghabiskan wang sekitar 200 ribu Poundsterling.
Namun kini pihak Ferrari mengancam bakal membawa Dan ke  hukum kerana menggunakan bahan-bahan dari Ferrari dan nama Ferrari itu sendiri – meski sebelum dirinya membuat limousin yang memiliki berat 160 kg itu dirinya sudah meminta izin kepada pabrikan kereta super itu dimana Ferrari menyetujui rencana Dan tersebut.

Adapun dalam ancamannya itu,  pihak Ferrari memerintahkan Dan untuk menyingkirkan segala yang berbau Ferrari dari limousin itu sejak para pengacara Ferrari menyatakan Dan telah melanggar trademark mereka.
Seperti yang dilansir dari situs Metro, Dan baru-baru ini mengungkapkan rencananya menciptakanlimousine Audi R8 yang pertama di dunia.

Jikalau aku sebatang paku

Lihatlah paku juga punya perasaan....








Bersemangat walaupun hidup dengan separuh badan

Peng Shuilin  yang setengah badannya dibuang kerana hancur dilanggar trak,tetapi masih hidup. Walaupun menjalani proses penyembuhan yang panjang, namun pemuda dari China berusia 37 tahun ini tidak pernah menyerah dan tetap semangat sehingga dia mampu pulih serta cuba untuk hidup seperti biasa.


Menurut jurucakap hospital yang merawatnya, Peng Shuilin memiliki daya tahan tubuh yang sangat mengagumkan dan mungkin ialah satu-satunya orang di dunia yang hidup dengan setengah badan.





















2 tahun kena belasah dengan teman wanita


LONDON: Seorang ahli perniagaan yang dibelasah teruk oleh teman wanitanya dan hampir kehilangan tangan akan menjalani pembedahan kosmetik bagi menghilangkan kesan penderaan itu.
Ian McNicholl, 49, dari Hull, menderita selama dua tahun akibat didera Michelle Williamson, termasuk satu daripadanya disembur dengan cecair peluntur pada mata.

McNicholl juga menderita retak tengkorak, rahang, hidung dan tiga rusuknya patah, selain kesan melecur pada tangan akibat ditekap dengan seterika panas oleh teman wanitanya yang hanya mempunyai ketinggian 1.5 meter.


Tidak cukup dengan itu, McNicholl juga diseksa dengan puntung rokok pada hidungnya kerana disyaki bercinta dengan wanita lain.

Michelle kini menjalani hukuman penjara tujuh tahun kerana menyebabkan kecederaan ke atas McNicholl.


Dalam satu kejadian, Michelle, 34, mencurah dua cerek air mendidih ke atas McNicholl dan pernah menyerang teman lelakinya itu dengan pencuci hampa gas.


Bersedia menjalani pembedahan kosmetik, McNicholl berkata dia mula disyaki berlaku curang di antara sambutan Krismas dan tahun baru pada 2006.

“Ketika itu Michelle mencederakan saya kali pertama dengan menumbuk muka sehingga menyebabkan mata saya lebam,” katanya.


Menurut McNicholl, Michelle kemudian meminta maaf dan berjanji insiden itu tidak berulang lagi.

Percaya dengan janji itu, McNicholl membenarkan Michelle berpindah ke rumahnya di Grimsby.


Bagaimanapun, beberapa minggu kemudian Michelle sekali lagi menyerangnya dengan pencuci hampa gas.


Kata McNicholl, Michelle mula merungut dan mengungkit hubungannya dengan pasangan sebelum ini.


Pengalaman paling perit dialami McNicholl berlaku apabila Michelle mencurahkan secerek air mendidih ke ribaannya.


“Ketika saya menjerit kesakitan, Michelle mengisi semula cerek berkenaan, memanaskan air dan mencurahnya untuk kali kedua,” katanya.


McNicholl berkata, Michelle juga suka menunjuk-nunjuk kesan kecederaan dialami kepada rakannya.


Ditanya mengapa dia tidak cuba melarikan diri, McNicholl berkata, dia takut kerana Michelle pernah mendakwa keluarganya terbabit dalam kegiatan jenayah dan tidak teragak-agak membunuhnya.


Sejurus sebelum ditahan polis, Michelle sempat menyerang McNicholl dengan batang besi dan tukul besi dalam kejadian selama hampir tujuh jam.


Michelle ditahan selepas polis menerima maklumat daripada pihak tidak dikenali. - DM


sumber : myMetro

Tembak kereta sendiri kerana enjin tak boleh hidup



INILAH.COM, Kingman – Begitu emosinya lelaki ini kerana enjin keretanya tak mahu hidup, ia menembak keretanya.

Si lelaki itu, seperti diberitakan Straits Times, menembak keretanya dan menolak keluar dari rumah setelah membuat beberapa orang tidak senang dengan tindakannya.

Suratkhabar Kingman Daily Miner melaporkan, lelaki bernama Lauriano Lawrence Lovato hendak keluar dengan Camaro-nya pada 13 April lalu.

Kereta itu mogok dan tak mahu hidup. Lovato yang emosi, keluar kereta dan berdiri di depannya. Kemudian ia menembak dua kali ke kereta itu, memecahkan kaca depan dan menembus dasboard.

Tetangga yang ketakutan menelefon polis dan setelah sembunyi di dalam rumah selama beberapa lama, akhirnya ia menyerah dan diseret ke penjara.

Lovato mengaku bersalah kerana menembakkan senjatanya tanpa izin di dalam kota. Ia dihukum masa percubaan tiga tahun dan 90 hari kurungan.

Sedih...Tak Percaya Sudah Meninggal, Masih Diberi Susu

Kecelakaan maut yang terjadi di daerah Tugu Tani menyisakan duka yang mendalam bagi para keluarga mangsa dan seluruh warga Indonesia juga bersimpati dengan kejadian yang memilukan ini.







 Ketika melihat video amatur yang beredar di internet, ada salah salah satu peristiwa yang membuat hati penonton sangat tersentuh. Dalam salah satu cuplikan video tersebut terlihat seorang ayah membawa anaknya yang bernama Yusuf (2,5 tahun) telah terbujur kaku dalam gendongannya, ayah Yusuf berusaha memberikan botol berisi air susu kepadanya.

 Saya tidak habis fikir melihat cuplikan video tersebut, "Lha orang adeknya udah meninggal kok masih mau dikasih minum susu?".

 Ayah Yusuf seakan tidak percaya bahwa putranya yang baru berusia 2,5 tahun ini telah meninggal.

 Dari beberapa informasi, saat tertabrak, Yusuf bahkan berada dalam pelukan dan gendongan orang tuanya yang akhirnya terpelanting kemudian mengalami gegar otak berat.

 Mengenai pelaku, Afriani Susanti, pengemudi yang menggunakan dadah dan telah merempuh 9 orang tersebut seolah tidak menyesal atas perbuatan berbahaya yang dilakukannya sehingga menewaskan pengguna jalan lainnya.




 Apriani Susanti ( pemandu cuai )

 Terlihat dari ekspresi wajahnya, Afriani Susanti seolah acuh dan tak peduli meski telah menghabisi nyawa 9 orang. Bagai pembunuh berdarah dingin, sikapnya pun sampai saat ini tetap tertutup dan dingin.

 Para keluarga mangsa menuntut agar Apriani Susanti untuk segera dihukum yang seberat - beratnya sesuai dengan tindakan yang telah dilakukannya. Apriani Susanti melanggar rombongan pejalan kaki yang ada di tepi jalan (trotoar) dengan menggunakan kereta xenia, dia bahkan sama sekali tidak menginjak pedal brek kerana saat itu Apriani Susanti masih kabur dalam pengaruh sabu - sabu dan ekstasi, hasilnya, belasan orang terlempar bagai permainan bowling dilanggar bolanya.


 Keluarga mangsa mengancam, jika Apriani Susanti hanya dihukum ringan, mereka akan berdemo. Menurut mereka, minimal hukuman penjara seumur hidup untuk Apriani Susanti.
sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN