Saturday, April 21, 2012

Aktres diculik maut dipenggal


PASUKAN penyiasat memeriksa mayat Meenakshi yang ditemui di sebuah rumah di Allahabad, India, semalam. Gambar kecil, Meenakshi, sekadar diberi watak kecil.
PASUKAN penyiasat memeriksa mayat Meenakshi yang ditemui di sebuah rumah di Allahabad, India, semalam. Gambar kecil, Meenakshi, sekadar diberi watak kecil.
ALLAHABAD: Seorang aktres Bollywood mati dibunuh dua rakan pelakon yang baru dikenalinya di lokasi penggambaran filem terbaru mereka, lapor media semalam.
Meenakshi Thapa, 26, dilaporkan diculik dan dipancung Amit Jaiswal dan kekasihnya, Preeti Surin, bulan lalu.

Menurut polis, motif di sebalik insiden itu adalah mahu mendapatkan wang tebusan.
Sumber polis berkata, Meenakshi bertemu pasangan terbabit di set penggambaran filem terbaru arahan Madhur Bhandarkar berjudul Heroine.

Dalam filem itu, Meenakshi diberi peranan kecil. Ibu Meenakshi dipercayai membayar 60,000 rupee (RM3,534) untuk membebaskannya tetapi wang berkenaan gagal mengembalikan aktres terbabit kepada keluarganya.

Polis berkata, Meenakshi dicekik di hotel penginapan mereka dan mayatnya - kecuali bahagian kepala - dibuang dalam tangki air.
Kepala Meenakshi pula dicampak dari sebuah bas yang dalam perjalanan dari Allahabad ke Mumbai.

Penyiasat daripada Bahagian Jenayah Polis Mumbai menemui mayat Meenakshi di rumah disewa Preeti di Allahabad, Rabu lalu.
Sumber berkata, Amit dan Preeti mengaku membunuh Meenakshi kerana yakin dengan cerita mangsa yang mendakwa dia kononnya dibesarkan dalam keluarga berada.

“Suspek percaya Meenakshi adalah anak orang kaya kerana gaya hidupnya yang mewah walaupun tidak mendapat peranan utama dalam sesebuah filem.

“Meenakshi pula berjaya menyembunyikan hakikat bahawa dia sebenarnya datang dari keluarga sederhana,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek menculik Meenakshi dan menuntut tebusan bernilai 1.5 juta rupee (RM88,372).

Bagaimanapun, katanya, suspek memang tidak bercadang membebaskan Meenakshi kerana mangsa sepatutnya dibunuh sebaik saja bayaran dibuat.

Setakat ini, Meenakshi belum pernah diberi kepercayaan membawa watak besar dalam filem.

Dia diberi peranan kecil dalam filem seram, 404, tahun lalu, selain muncul beberapa kali sebagai model iklan.

Polis berkata, ketika menuntut tebusan daripada ibu Meenakshi, Amit dan Preeti mengugut untuk menghasilkan filem lucah aktres berkenaan, selain mengambil kad bank mangsa. “Selepas ibu Meenakshi memasukkan sebahagian wang ke akaun Meenakshi, mereka membunuhnya.

Pasangan itu menyangka mereka berjaya melupuskan semua bukti pembunuhan.

Bagaimanapun, mereka melakukan kesilapan apabila Amit menyimpan kad SIM telefon bimbit Meenakshi.

Polis berjaya mengesan mereka melalui kad berkenaan. - DM

Haram Kunjung Al-Quds Kecuali Jihad Lwn Israel

KL 21 Apr 12: Ketua Persatuan Ulama Internasional, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi dengan tegas menolak kunjungan Mufti Mesir Syeikh Ali Jum'ah ke Al-Quds dan Masjid Al-Aqsha. Qaradhawi kembali mempertegas fatwanya yang dikeluarkan sepuluh tahun lalu.

Fatwa tersebut mengharamkan kunjungan ke Al-Quds untuk umat Muslim selain orang Palestin, sebagai bentuk boikot terhadap penjajah Zionis Israel di bidang ekonomi, sosial dan budaya.

Dalam wawancaranya dengan Aljazeera, Qaradhawi mengatakan, kunjungan seperti itu akan memperkuat perekonomian penjajah Israel dan memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan penjajahan di Palestin.

"Ini adalah salah satu warna dari kerja sama dengan mereka, dan ini kerja sama yang diyakini haram kerana kerja sama dalam hal dosa dan permusuhan," tegas Qaradhawi.

"Bekerja sama dengan musuh adalah bentuk penerimaan terhadap mereka di wilayah kita, memecahkan pembatas antara kita dengan mereka," tambahnya lagi.

Qaradhawi menilai bahawa melakukan kunjungan atau melancong ke negara yang dijajah Zionis tersebut hukumnya haram secara syar'i, meski kunjungan tersebut dinamakan dengan kunjungan keagamaan atau ziarah ke Masjid Al-Aqsha.

Di samping itu, seperti yang diberitakan oleh surat khabar Mesir Al-Yaoum (19/042012), Dr. Abdul Mu'thi Bayumi, anggota Lembaga Kajian Al-Azhar juga menilai hal yang sama dengan Yusuf Qaradhawi. Bayumi juga melarang kunjungan ke negara Palestin yang sedang dijajah Zionis Israel.

"Saya menolak kunjungan ke Al-Quds di tengah penjajahan Israel, seperti yang saya ketahui bahawa Al-Quds berada di bawah Israel. Tidak dibolehkan umat Islam masuk ke Al-Quds, kecuali untuk berjihad dan melakukan perlawanan terhadap penjajah Israel," tutur Bayumi.

Sebelumnya, Syeikh Ali Jum’ah menyampaikan bahawa kunjungannya ke Al-Aqsha sepenuhnya atas bantuan pemerintah Jordan tanpa menggunakan visa dan cop di pihak penjajah Zionis, seperti yang dihebohkan media.. (IH)

Presiden Afrika Selatan kahwin empat

Bongi Ngema menari dalam upacara tradisi dikenali sebagai Umgcagco di kediaman Jacob Zuma di Nkandla, dalam wilayah KwaZulu Natal kelmarin.

CAPE TOWN - Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma (gambar) mengahwini isteri keempat kelmarin yang menyaksikan pemimpin berusia 70 tahun itu mendirikan rumah tangga sebanyak enam kali sepanjang hidupnya.

"Presiden Jacob Zuma pada hari ini, 20 April 2012, berkahwin dengan Bongi Ngema dalam satu upacara tradisi dikenali sebagai umgcagco di kediaman beliau di Nkandla, KwaZulu-Natal selepas sekian lama bertunang," kata pejabat Presiden berkenaan dalam satu kenyataan.

Zuma yang telah memiliki 21 orang anak dikurniakan seorang seorang anak lelaki berusia tujuh tahun hasil hubungannya dengan Ngema. Menurut kenyataan sama, tiga lagi isteri Zuma turut serta dalam majlis perkahwinan suami mereka.

Perkahwinan tersebut adalah yang ketiga buat Zuma dalam tempoh empat tahun dan kedua selepas memegang kuasa pada 2009. Beliau merupakan Presiden Afrika Selatan pertama yang berpoligami ekoran undang-undang negara berkenaan yang membenarkan lelaki memiliki ramai isteri. - AFP

570,000 Komputer Anda Hilang Internet? -FBI

Ratusan ribu komputer berisiko hilang akses Internet Julai depan

WASHINGTON, Amerika Syarikat - Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran lebih 570,000 ribu komputer di seluruh dunia akan kehilangan akses Internet pada Julai depan.

Menurut satu kenyataan FBI, masalah itu bermula apabila penggodam antarabangsa menjalankan aktiviti penipuan pengiklanan di Internet untuk mengawal komputer yang dijangkiti virus.

Bagi menghalang gangguan Internet berlaku ke atas komputer yang digodam atau sakit, FBI telah mewujudkan satu jaringan keselamatan atas talian beberapa bulan lalu melalui komputer pihak berkuasa AS.

Namun, sistem keselamatan berkenaan akan ditutup tidak lama lagi.

Buat masa ini, pihak FBI menggalakkan pengguna supaya melayari sebuah laman web yang dikendalikan oleh sebuah badan keselamatan AS, www.dcwg.org.

Laman web berkenaan akan memaklumkan sama ada komputer mereka telah dijangkiti virus dan menerangkan cara-cara bagi menyelesaikan masalah itu.

Selepas 9 Julai depan, komputer yang dijangkiti virus tidak dapat digunakan bagi mengakses Internet. - Agensi

Ibubapa Perlu Sedar Gerakan Liberal Mahasiswa



"SECARA ringkas, liberalisme adalah seruan yang menuntut kebebasan manusia dan memperjuangkan kefahaman egalitarian atau dalam bahasa yang lebih mudah; seruan kesamarataan. Seseorang yang liberal juga mendokong hak kebebasan beragama serta mengamalkan apa yang dipercayai selaras dengan prinsip rasional seseorang."

Demikian tulis Luqman Abd Hamid, AJK Kajian dan Informasi PEMBINA, dalam Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, salah satu platform atau gerakan yang semakin menapak di kalangan mahasiswa adalah‘OccupyDataran’.. Berakar-umbikan ideologi liberal, kini telah mencetuskan satu ‘pandemic’ baru dalam kalangan mahasiswa.

Secara ringkas, Occupy Dataran adalah satu kesinambungan Occupy Movement yang terinspirasi dari protest di Tahrir Square.Terkenal dengan cara pemakaian topeng Guy Fawkes, mereka adalah generasi yang mengimpikan demokrasi dalam konteks lebih luas. Seruan dilaungkan gerakan ini supaya mencetuskan satu budaya politik melebihi bangsa, ideologi, kepercayaan, jantina serta afiliasi politik.

Menurut sumber, Occupy Dataran bukanlah satu bentuk organisasi tetapi sebuah platform yang tidak punyai pemimpin dan ahli. Tiada siapa punya autoriti kepada yang lain. Kesemuanya sama rata, duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Masing-masing bebas meluahkan rasa dan bebas membuat keputusan ketika sesi persidangan berlangsung.

Menurut Luqman lagi...

"Apa yang parahnya adalah apabila terdapat unsur liberalisasi dalam banyak hal. Kata mereka sebagai contoh, keputusan yang diputuskan pada sesi persidangan adalah hasil perbincangan yang punya hujah yang konkrit. Namun begitu, keputusan yang dibuat melalui hujah konkrit tetapi tanpa dasar ilmu yang kuat bukanlah suatu keputusan yang benar dan haq.

"Selama persidangan, keputusan yang dibuat hanya berdasarkan logik akal semata, emosi dan perasaan, pembacaan yang tiada kesahihan sumber, dan hanya berasaskan suara majoriti. Semakin bahaya apabila keputusan yang dibuat tanpa mereka perlu bertanggungjawab ke atasnya kerana ahli “syura” boleh daripada sesiapa sahaja yang hadir serta boleh keluar dan berlepas tangan daripada menjadi ahli “syura” tanpa ada apa-apa kebertanggungjawaban daripada dirinya.

"Kesemua ini adalah LIBERAL!! Bahkan ia tidak terlepas daripada kecelaruan yang sangat serius, iaitu ia merupakan satu platform yang tiada kejelasan agenda. Masing-masing boleh mengisi agenda tanpa ada saringan fikrah dan kredibiliti. Andai yang menetapkan agenda adalah mereka yang ingin memusnahkan Islam, yang ingin menghancurkan ummat, membawa fikiran dan aqidah yang salah malahan sesat, adakah ummat Islam akan membiarkan sahaja perkara begini?

"Analogi mudah, seperti membiarkan “butang” melancarkan bom nukleur yang diletakkan di dataran merdeka yang bebas untuk ditekan oleh sesiapa sahaja. Pada penglihatan saya adalah sesuatu yang membahayakan jika arus ini dibiarkan begitu sahaja.

"Setelah umum mengetahui terdapat gerakan mahasiswa yang diketuai oleh individu yang berkefahaman syiah, mampukah gerakan mahasiswa arus liberal yang dibawa oleh ‘Occupy Dataran’ ditangani oleh mahasiswa Islam? Adakah mahasiswa Islam kini mahu menoleh kebelakang dengan mendokong kefahaman sekular yang dibawanya dengan menjemputnya dipelbagai demostrasi dan forum mahasiswa? " Jelas beliau lagi.

Bahkan menurutnya, penglibatan Fahmi Reza (pendokong kuat gerakkan ‘Occupy Dataran’) dalam ‘Punk Forum :Apakah Peranan Punk Dalam Masyarakat’ dan tayangan filem ‘Taqwa Core: The Birth of Punk Islam’, menimbulkan lagi persoalan, adakah Fahmi mahu mendidik masyarakat mengikut acuan barat? Fahmi merupakan seorang designer yang dahulunya menuntut di USA..

Akhirnya, tulis Lukman, jika ditanya apakah jalan penyelesian kepada kemelut ini, maka tiada jawapan lain yang dapat beliau unjurkan melainkan dengan memahami ungkapan ‘Al-Islam huwa al-hal’ (Islamlah satu-satunya penyelesaian).

Mesir: Puak Liberal Ingin Hilangkan Pengaruh Islam

Allah matlamat kami, Rasul pemimpin kami, Al-Qur'an perundangan kami, Jihad jalan kami, Syahid cita-cita kami. Antara slogan Ikhwan Muslimin.

KL 21 Apr 12: Pimpinan Dakwah Salafy Mesir, Yassir Burhamy mengatakan hari Jumaat kelmarin (20/04/2012) bahawa kelompok liberal adalah penyebab krisis yang terjadi dalam Majlis Konstitusi.

“Kelompok liberal, dengan segala cara, ingin mencegah partai-partai Islam memiliki suara tertinggi saat merancang konstitusi, khususnya berhubungan dengan Pasal 2 yang terkait dengan identiti Islam [dalam negara] dan hukum syariat,” kata Burhamy dalam kenyataannya yang dikutip Al Mishry Al Yaum.

“(Mereka) memaksakan kehendak dengan cara-cara yang tidak demokratik guna mengacaukan formasi Majlis, dengan menggunakan tekanan media untuk membuat orang takut terhadap Islam,” imbuhnya.

Burhamy menegaskan, “Salafy akan menyeru rakyat untuk menolak konstitusi jika tidak menyebutkan dengan tegas bahawa syariat Islam akan ditegakkan.”

Menurutnya, rakyat memiliki kekuasaan tertinggi dalam merancang konstitusi. Meskipun Salafy hanya memiliki perwakilan minoriti dalam parlemen, namun mereka mewakili kebanyakan rakyat yang tunjuk perasaan di jalan-jalan. Rakyat yang memiliki kekuatan besar untuk menggerakkan massa, walaupun mayoritinya diam.

Majlis Konstitusi yang dibentuk pada bulan Mac lalu, pasa 10 April ditangguhkan oleh keputusan Mahkamah sebab dianggap kurang mewakili keberagaman rakyat Mesir.

Hussein Tantawi, pimpinan Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata yang menguasai pemerintahan pasca rejim Mubarak, melakukan pertemuan dengan perwakilan sekitar 20 parti untuk membentuk formasi Majlis Konstitusi yang baru pada Ahad lalu.

Partai bentukan Al Ikhwan dan Salafy menjadi pemenang pertama dan kedua dalam pemilihan umum Mesir belum lama ini, mengalahkan parti-parti liberal dan para pendukung Husni Mubarak. (IH)

Jumlah penguin di Antartika berganda

pingu

LONDON - Bancian pertama terhadap bilangan penguin di Antartika mencecah 600,000 ekor iaitu dua kali ganda jumlah yang dianggarkan sebelum ini.

Namun begitu, dengan menggunakan imejan satelit terkini, pakar-pakar sains menemukan sebanyak 44 koloni penguin jenis maharaja di situ, yang antaranya sebanyak tujuh lagi koloni yang tidak dikenal pasti selain beberapa koloni yang sedia ada semakin membesar daripada jangkaan.

Saintis mengakui amat sukar untuk menganggarkan jumlah spesies burung akuatik itu tanpa satelit kerana mereka hidup pada suhu -50 darjah Celsius dan berkoloni di kawasan lautan ais yang terpencil.

Jabatan Tinjauan Antartik Britain mengharapkan dengan jumlah tepat bilangan penguin iaitu sebanyak 595,000 ekor berbanding dengan anggaran sebelumnya iaitu sebanyak 270,000 ekor dan 350,000 ekor akan membantu menguruskan pemuliharaan dan mengesan perubahan iklim.

Penguin maharaja merupakan spesies terbesar di antara penguin, dan hidup di kawasan paling dingin di pedalaman dan merupakan satu-satunya baka yang mampu melalui musim sejuk terlampau di Antartika. - sinar harian

Cek hak cipta Superman dilelong RM490,400


GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan sekeping cek bernilai AS$130 (RM398) yang dikeluarkan oleh DC Comics untuk membeli hak cipta adiwira Superman pada 1 Mac 1938.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa dekad selepas dua kartunis muda dari Cleveland menjual hak cipta ke atas adiwira Superman pada harga cuma AS$130 (RM398), cek bertarikh tahun 1938 yang dibayar kepada mereka kini berharga AS$160,000 (RM490,400) dalam satu lelongan di Internet.
Bidaan tersebut berjaya memperoleh cek yang dikeluarkan oleh syarikat Detective Comics, kini dikenali sebagai DC Comics, kepada Jerome Siegel dan Joe Shuster untuk hak cipta ke atas karakter wira yang memiliki huruf S pada dadanya (Superman).
"Konsep adiwira lahir bersama Superman," kata pemilik bersama syarikat ComicConnect, Vincent Zurzolo yang mengadakan lelongan berkenaan.
"Cek AS$130 ini menghasilkan industri yang kini bernilai berbilion-bilion dolar," tambahnya.
Menurutnya, cek berkenaan dijual bagi pihak pewaris seorang pekerja firma DC Comics yang menyimpan kertas tersebut selama beberapa dekad di dalam laci sebuah almari di bilik tidur kediamannya.
Zurzolo bagaimanapun, enggan mendedahkan identiti pembeli cek tersebut.
Cek berkenaan dilelong beberapa bulan selepas komik edisi pertama Superman dilelong pada harga AS$2.16 juta (RM6.62 juta) pada Disember tahun lalu.
Kos untuk menerbitkan komik itu pada 1938 cuma AS$0.10 (RM0.30). - REUTERS

Adnan dibebaskan selepas 66 hari berlapar

Adnan mengibarkan bendera kebangsaan semasa dia tiba di kampungnya di Arraba, Tebing Barat, kelmarin

RAMALLAH - Khader Adnan yang nekad mogok lapar selama 66 hari, berakhir Februari lalu, akhirnya dibebaskan oleh Israel, menurut sumber pegawai Palestin, kelmarin.

Menteri Hal Ehwal Penjara, Eissa Qaraqe berkata, kepulangan Adnan lewat malam itu disambut gembira puluhan penduduk di Jenin, Tebing Barat.
Ketabahan Adnan untuk meneruskan mogok lapar sebagai membantah penahanannya tanpa didakwa telah memberi inspirasi kepada tahanan Palestin dan kebanyakan daripada mereka mula mengikut jejak langkahnya.
Ketua gerakan Jihad Islam tersebut bersetuju untuk menamatkan mogok laparnya selepas Israel berjanji untuk membebaskannya selepas tempoh hukumannya berakhir pada hujung bulan ini.
Namun, dia dibebaskan lebih awal sempena dengan sambutan Hari Tahanan sebagai memperingati pembebasan­ tahanan Palestin dalam perjanjian pertukaran pertama dengan Israel pada 1974.

dipetik dari sinar harian

150 pelajar perempuan diracun

Semasa pemerintahan Taliban pada 1996 hingga 2001, golongan perempuan di Afganistan

KABUL - Sekurang-kurangnya 150 pelajar perempuan dan guru mereka dimasukkan ke hospital di wilayah Takhar, timur laut Afghanistan, kelmarin selepas dipercayai terminum air yang sengaja dibubuh diracun.

Pengarah Jabatan Kesihatan, Hafizullah Safi berkata, kesemua mangsa adalah perempuan berumur dari 14 hingga 30 tahun.
“Tiada laporan kematian setakat ini tetapi hampir separuh daripada mangsa masih tidak sedar manakala selebihnya mengalami sakit kepala dan muntah berterusan. Ia jelas menunjukkan mereka sememangnya diracun,” menurutnya.
Dalam satu kenyataan lain, pentadbir daerah, Malem Hussain mendakwa ia adalah perbuatan khianat ekstremis yang membantah golongan perempuan mendapat pendidikan di negara itu.
Pada 2010, lebih 100 pelajar perempuan dan guru mereka dilaporkan jatuh sakit dalam insiden sama.

73 jam terperangkap di bawah runtuhan


NITESH dibawa keluar oleh tiga anggota penyelamat selepas dia terperangkap selama 73 jam di bawah runtuhan bangunan kilang di Jalandhar semalam.



JALANDHAR, India - Seorang remaja berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Nitesh berjaya diselamatkan semalam selepas 73 jam dia terperangkap di bawah runtuhan bangunan kilang di sini.
Dia bekerja di kilang karpet tersebut selepas berhenti sekolah bagi menyara kehidupan keluarganya.
Sekeping gambar menunjukkan dia dibawa keluar oleh beberapa anggota penyelamat dari sebuah lubang.
Menurut Majistret Priyank Bharti, seramai 62 orang telah berjaya diselamatkan termasuk Nitesh manakala 10 mayat telah dikeluarkan.
"Keutamaan kami ialah untuk menyelamatkan mangsa yang masih hidup," katanya.
Kilang tiga tingkat itu runtuh pada Ahad lalu.
Pemilik kilang itu telah ditangkap pada Isnin lalu berhubung kejadian tersebut.
Lebih 100 orang dipercayai terperangkap selepas kilang tersebut runtuh. - kosmo

'Saya pasti serang jika ada peluang'



GAMBAR fail (kiri) menunjukkan bangunan berasap selepas serangan bom dilancarkan ke atas kompleks kerajaan dan media di Oslo. Gambar kanan, SEBUAH lubang besar kelihatan selepas bom meletup di depan bangunan kerajaan.
GAMBAR fail (kiri) menunjukkan bangunan berasap selepas serangan bom dilancarkan ke atas kompleks kerajaan dan media di Oslo. Gambar kanan, SEBUAH lubang besar kelihatan selepas bom meletup di depan bangunan kerajaan.
Militan kulit putih Norway bangga bunuh 79 mangsa tahun lalu

OSLO: Militan kulit putih Norway, Anders Behring Breivik (kanan), memberitahu mahkamah bahawa dia pasti melakukan pembunuhan sekali lagi jika berpeluang pada hari kedua perbicaraan mengenai perbuatannya membunuh 77 orang di ibu negara, Oslo dan Pulau Utoeya, tahun lalu.
“Ya, saya pasti serang jika ada peluang lagi,” kata Breivik sambil menyifatkan serangan itu sebagai operasi terbaik pernah dilakukan seorang militan pada abad ini.
Hukuman penjara mahupun hukuman mati adalah 'penghormatan terbesar'. - Anders Behring Breivik, Militan Norway
Malah, Breivik dengan bangga berkata, hukuman penjara terhadapnya mahupun hukuman mati adalah ‘penghormatan terbesar’ untuknya. Bagaimanapun, hukuman mati tidak wujud di Norway.

Dia mendapat izin untuk bercakap di mahkamah menggunakan teks yang disediakan tetapi diingatkan hakim supaya mengelak daripada mengeluarkan retorik politik yang sinis.

Breivik menyifatkan Oslo sebagai satu ‘neraka pelbagai budaya’ dan ‘orang Kristian adalah masyarakat yang diserang’ dengan menyatakan ‘sungai penuh darah mengalir di bandar Eropah kerana serangan Muslim,’ merujuk kepada Madrid, London dan Toulouse.

“Dasar pelbagai budaya adalah ideologi yang hanya menghancurkan diri sendiri,” katanya ketika mengecam dasar imigresen Norway. Televisyen dan radio tidak dibenarkan menyiarkan kata-katanya di mahkamah.
Breivik juga menganggap serangan bom dan senjata api Julai lalu adalah tindakan pencegahan bagi mempertahankan etnik Norway dan mengelak perang budaya dengan orang Islam sebelum meminta mahkamah memutuskan dia tidak bersalah.

Beliau menyamakan belia Parti Buruh seperti unit AUF pimpinan Adolf Hitler dan menyerang di Pulau Utoeya kerana ‘kebanyakan anggota AUF belum matang dan ditanam doktrin pemerintah.’

“Mereka bukan kanak-kanak tidak berdosa tetapi aktivis politik,” kata Breivik. Mangsa yang terselamat dan keluarga hanya menggeleng-gelengkan kepala sukar mempercayai kata-kata Breivik.

Hakim kemudian menyekat kata-katanya selepas 30 minit kerana menghabiskan masa membentangkan pandangannya mengenai Islam dan ideologi anti imigresen.

Pada 22 Julai lalu, Breivik, kini 33, membunuh lapan orang selepas meletupkan bom dalam van yang diletak dekat beberapa bangunan kerajaan di Oslo. Perdana Menteri, Jens Stoltenberg, tidak berada di pejabat ketika itu.

Breivik kemudian ke Pulau Utoeya dengan berpakaian polis, melepaskan tembakan lebih sejam ke arah ratusan orang yang menghadiri kem musim panas Parti Buruh.
Tembakannya menyebabkan 69 terbunuh, kebanyakannya remaja. Ia pembunuhan terburuk pernah dilakukan penyerang. – AFP

berita harian

Facebook mampu undang ketagihan

Laman sosial dijadikan sebagai hidangan harian mereka.

STOCKHOLM - Laman sosial Fecebook dipercayai mendatangkan ketagihan dan pengguna yang menghabiskan masa dengannya bakal mengalami kurang keyakinan dalam kehidupan.

Pakar di Universiti Gothenburg, Sweden, memberitahu, kebanyakan pengguna log masuk sebaik sahaja mereka menghidupkan komputer, sekali gus bertukar kepada ketagihan.

Kumpulan individu berpendapatan rendah dan kurang pendidikan adalah golongan berisiko tinggi dengan situasi ini.

Sehingga kini, kajian mendapati, 85 peratus individu melayari laman sosial itu setiap hari dan separuh daripadanya membuka Facebook sebaik sahaja melayari laman pengguna.

Sebanyak 25 peratus pengguna mengakui berasa kurang selesa jika meninggalkan laman itu walaupun sehari. - sinar harian

Minum air bikarbonat berlebihan bawa maut

Natasha Harris
Natasha Harris

Wanita diserang sakit jantung ambil lapan liter minuman ringan setiap hari

WELLINGTON: Minum lapan liter minuman ringan setiap hari membawa padah kepada seorang wanita New Zealand kerana tabiat itu menjadi punca kematiannya disebabkan pengambilan air minuman berkenaan pada kadar itu adalah keterlaluan dan berlebihan.
Suri rumah dan ibu kepada lapan cahaya mata, Natasha Harris, 30, dari Invercargill, mati akibat serangan jantung pada Februari 2010.
Tahap toksid terlalu tinggi dalam kafein, unsur rangsangan yang ditemui dalam Coke, mungkin menyumbang kepada kematiannya.
Fairfax Media melaporkan pakar patologi, Dr Dan Mornin, memberi keterangan dalam siasatan rasmi kelmarin bahawa wanita itu mungkin mengalami hipokalemia atau kadar potassium rendah disebabkan pengambilan berlebihan Coca Cola dan tabiat pemakanan tidak sihat.

Tanda hipokalemia termasuk degupan jantung tidak normal, menurut Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat.

Mornin berkata, tahap toksid terlalu tinggi dalam kafein, unsur rangsangan yang ditemui dalam Coke, mungkin menyumbang kepada kematiannya.

Pasangan Natasha, Chris Hodgkinson, memberi keterangan bahawa wanita itu minum antara lapan dan 10 liter Coke sehari.
“Perkara pertama yang akan dilakukannya di waktu pagi ialah minum Coke yang diletak di tepi katilnya dan perkara terakhir sebelum tidur ialah minum Coke. Dia ketagih Coke,” katanya.

Hodgkinson turut berkata, Natasha hanya makan sedikit dan merokok 30 batang rokok sehari. Beberapa bulan sebelum kematiannya, Natasha turut mengalami masalah tekanan darah dan kurang tenaga.

Beliau berkata, pada pagi hari kematiannya, Natasha membantu anaknya bersiap ke sekolah apabila rebah. Beliau menghubungi perkhidmatan kecemasan dan cuba melakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut tetapi gagal menyedarkannya.

Seorang lagi pakar, Dr Martin Sage, dalam keterangan itu berkata ‘jelas pengambilan jangka panjang atau singkat minuman ringan cola boleh menyebabkan simptom yang dramatik dan ada andaian kukuh bahawa ia boleh membawa kematian dalam kes tertentu.

Siasatan rasmi kes Harris diadakan kerana kematiannya yang luar biasa atau tidak boleh dijelaskan dengan mudah selain boleh membantu membentuk dasar kesihatan masa depan di New Zealand.

Disebabkan bukti kes sudah lengkap, pejabat koroner akan mengumpul dan mengeluarkan laporan akhir kematian itu.

Dalam satu temuramah dengan Associated Press, pakar pemakanan di Universiti Otago, Lisa Te Morenga, berkata sebarang pengambilan berlebihan apa juga bentuk cecair dalam cuaca sejuk berkemungkinan merosakkan sistem keseimbangan dan semula jadi badan.

Jurucakap Coca Cola Oceania, Karen Thompson, berkata produknya selamat.

“Kami bersetuju dengan maklumat yang dikongsi oleh pejabat koroner yang mengambil secara berlebihan sebarang jenis produk makanan termasuk air, dalam tempoh singkat dengan kekurangan bahan berkhasiat dan gagal mendapatkan bantuan perubatan, boleh membawa petanda dramatik,” katanya. - AP.

Tipu diculik untuk jumpa kekasih

"AVONDALE (Arizona): Polis berkata, seorang wanita dari bandar Phoenix mengaku dia menipu diculik supaya dapat bertemu dengan teman lelakinya di Mexico.

Polis Avondale berkata, keluarga Jessica Rodriguez memberitahu polis pada 30 Mac lalu Jessica menelefon daripada nombor yang tidak dapat dikesan menyatakan dia ditahan tanpa kerelaannya.


Keluarga Jessica percaya teman lelakinya, Jesus Antonio Araque Mondragon yang berusia 19 tahun merancang penculikan itu selepas melarikan diri ke Mexico. Mondragon adalah orang buruan yang dikaitkan dengan satu kes bunuh Januari lalu.

Jabatan polis Nogales Sabtu lalu memberitahu polis Avondale bahawa Jessica berada di stesen sempadan.


Polis Avondale berkata, Jessica kelmarin memberitahu pihak berkuasa dia menipu keluarganya mengenai penculikan dirinya kerana dia tahu ibunya tidak akan membenarkan dia bertemu Mondragon. - AP"

metro

Budak 6 tahun digari

Salecia Johnson

MIAMI - Polis di Georgia, selatan Amerika Syarikat, kelmarin mempertahankan tindakan­ mereka menggari seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun selepas dia didakwa mengamuk di sekolahnya dengan alasan­ kononnya untuk langkah keselamatan.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, polis di bandar Milledgeville bergegas ke Creekside Elementary School selepas menerima laporan seorang murid telah mencederakan guru besar dan merosakkan harta benda sekolah serta rakannya.

Ketua polis sementara, Dray Swicord berkata, mereka terpaksa menggari Salecia Johnson kerana dia berada dalam keadaan tidak terkawal dan mungkin akan membahayakan murid lain.
“Dia dibawa ke balai polis dengan tangan masih bergari selepas polis ibu bapanya gagal dihubungi. Dia tidak ditahan di lokap sebaliknya ditempatkan di bilik taklimat sementara menunggu kedatangan ibu saudaranya,” menurutnya.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan stesen televisyen tempatan 13WMAZ, ibu saudaranya menyelar tindakan polis yang menggari kanak-kanak itu seperti seorang penjenayah.
“Anginnya mungkin tidak baik pada masa tersebut. Gara-gara insiden itu, pihak sekolah telah menggantung persekolahannya sehingga Ogos depan,” menurut ibunya pula.

dipetik dari sinar harian

Lelaki pertama hamil di dunia kini becerai

HONOLULU: “Lelaki” pertama di dunia yang berjaya melahirkan zuriat sendiri semalam mengumumkan dia kini berpisah daripada isterinya.
Thomas Beatie mengambil keputusan meninggalkan pasangannya, Nancy, selepas sembilan tahun hidup bersama.

Pengakuan Beatie, 38, dibuat ketika dia diwawancara sebuah program bual bicara perubatan, The Doctors, yang akan ditayangkan di Amerika Syarikat.
Kata Beatie, seperti perkahwinan lain, mereka melalui detik suka dan duka sepanjang sembilan tahun bergelar suami isteri.

“Ketika ini kami melalui detik sukar dan kami tinggal berasingan,” katanya.

Beatie - lahir sebagai bayi perempuan dan diberi mana Tracy Lagindino - menjadi perhatian apabila menjalani pembedahan menukar jantina menjadi lelaki.
Namun, dia tidak membuang rahimnya dan setakat ini melahirkan tiga anak.

Selepas bertemu Nancy, dia jatuh cinta dan menukar jantina kerana undang-undang Hawaii tidak membenarkan pasangan sejenis berkahwin.
Nancy, 49, mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu, tetapi tidak lagi boleh hamil selepas menjalani pembedahan. Justeru, Beatie mengekalkan organ peranakannya dan berhenti mengambil ubat hormon lelaki bagi membolehkan dia hamil.

Baru-baru ini, dia menyempurnakan proses penukaran jantinanya dan menjalani pembedahan terakhir menjadi lelaki. - metro

Lelaki bogel di lapangan terbang

Brennan berbogel semasa berada di ruang pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Portland pada Selasa lalu.


PORTLAND, Amerika Syarikat (AS) - Seorang penumpang, John E. Brennan berkata, dia hanya berbogel dan tidak berkelakuan lucah di Lapangan Terbang Antarabangsa Portland di sini pada Selasa lalu.
Brennan, 49, menanggalkan semua pakaiannya semasa dia diperiksa oleh anggota-anggota keselamatan lapangan terbang.
Menurutnya, dia berbogel kerana membantah kaedah pemeriksaan keselamatan yang menggunakan alat pengimbas badan.
"Cara paling baik untuk memberitahu mereka (anggota-anggota keselamatan itu) bahawa saya tidak membawa bom adalah dengan menanggalkan pakaian saya," katanya semasa diwawancara pemberita agensi berita AP.
Ketika kejadian, dia mahu menaiki pesawat ke San Jose, California.
Namun, Brennan ditangkap oleh pihak berkuasa selepas dia enggan memakai semula pakaian selepas diarahkan.
Dia kemudian ditahan di sebuah penjara tetapi dibebaskan pada Selasa lalu.
Lelaki itu didakwa kerana melakukan perbuatan tidak senonoh dan menunjukkan kelakuan lucah. - kosmo

Tubuh Ping dihinggap 331,000 ekor lebah


SEORANG pembantu membantu mengusir lebah supaya ia menghinggap tubuh Ping.


BEIJING, China - Seorang lelaki yang menjadi penternak lebah, She Ping memecahkan rekod dunia apabila tubuhnya dihinggap sebanyak 331,000 ekor lebah di Chongqing kelmarin.
Berat semua serangga itu ialah 33.1 kilogram (kg).
Ping, 32, mencipta rekod baharu itu di Chongqing kelmarin.
Lelaki itu memecahkan rekod yang dibuat oleh seorang penternak lebah dari wilayah Jiangxi, Ruan Liangming pada tahun 2008.
Tubuh Liangming ketika itu dihinggap sejumlah lebah dengan berat keseluruhan serangga tersebut ialah 26.8kg. - Reuters

Wanita rebah 20 kali sehari


KELLY bersama anak lelakinya, Ronnie. Gambar kanan, Kelly terlelap secara tiba-tiba ketika duduk di sofa.
KELLY bersama anak lelakinya, Ronnie. Gambar kanan, Kelly terlelap secara tiba-tiba ketika duduk di sofa.
ASHFORD (Kent): Seorang wanita yang menghidap penyakit ganjil iaitu dia rebah setiap kali ketawa bimbang dia mungkin menurunkan sakit aneh itu kepada anak lelakinya.
Kelly Timson, 25, tidak boleh menyaksikan pertunjukan jenaka atau malah pergi ke pub bersama temannya kerana setiap kali dia ketawa, dia akan rebah. Kelly mengalami keadaan neurologi yang jarang berlaku dipanggil Cataplexy bermaksud tubuhnya mencapai tahap lumpuh sepenuhnya akibat tindak balas emosi seperti geli hati, terkejut, marah dan malah, sayang.

Hanya merenung dengan penuh kasih sayang kepada dua anaknya, Charlie, lima dan Ronnie, dua tahun menyebabkan Kelly tidak dapat bergerak atau bercakap. Dia sering rebah di lantai dan mencederakan dirinya. Pada satu ketika dia hampir lemas selepas jatuh dengan muka tersembam di sofa. Kelly mengalami hingga 20 serangan cataplexy dalam sehari dan memerlukan ibu atau adik lelaki di sampingnya setiap masa seandainya dia rebah. Kelly juga mengalami keadaan berkaitan dengan penyakitnya narcolepsy yang bermakna dia akan terlelap sepanjang hari, tanpa mengira apa yang sedang dilakukannya.
Kelly yang berasal dari Ashford, Kent berkata: “Saya tidak dapat menghitung berapa kali saya terlelap ketika makan malam. Malah, saya tidak boleh berkunjung ke restoran dengan teman lelaki kerana bimbang saya akan tersengguk di meja makan. Ia pasti memalukan.

“Pernah sekali, saya mendapat serangan cataplexy di pasar raya dan kemudian beberapa kali lagi. Saya mungkin mendapat serangan 20 kali dan saya rasa mungkin orang ramai memikirkan saya mengambil dadah atau mabuk. Setiap kali saya berdiri, saya rebah lagi.

“Ketika saya mendapat serangan saya boleh melihat dan mendengar tetapi saya tidak dapat bergerak atau bertutur langsung. Ia boleh hilang beberapa saat atau ia mungkin berakhir selama sejam,” katanya. - DM

metro

Doktor selamat bayi berkaki 6




BAYI berkaki enam ditempatkan di unit rawatan rapi Institut Kesihatan Kanak-kanak Kebangsaan, di Karachi, Pakistan.
BAYI berkaki enam ditempatkan di unit rawatan rapi Institut Kesihatan Kanak-kanak Kebangsaan, di Karachi, Pakistan.
Doktor di Pakistan bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa bayi lelaki yang dilahirkan dengan enam kaki berikutan masalah genetik luar biasa, kata pihak berkuasa hospital.

“Bayi itu dilahirkan isteri juruteknik X-ray seminggu lalu,” kata pengarah Institut Kesihatan Kanak-kanak Kebangsaan, Jamal Raza.
“Sebenarnya ada dua bayi bergabung dalam satu tubuh, namun seorang daripadanya tidak matang,” katanya.
Doktor yang enggan dikenali berkata tambahan anggota kanak-kanak itu akibat penyakit genetik yang hanya menjejaskan seorang daripada sejuta bayi. – Agensi

berita harian

Bunuh isteri enggan adakan seks

JAKARTA - Polis Jakarta menahan seorang lelaki berumur 73 tahun selepas dituduh membunuh isterinya yang dipercayai enggan mengadakan hubungan seks.

Ketua detektif polis Jakarta Selatan, Budi Irawan berkata, suspek yang dikenali sebagai SL ditahan pada Sabtu lalu, selepas dituduh memukul isterinya, 50-an, dengan penukul sehingga mati.
“Suspek memukul mangsa berkali-kali dan menghentak kepala mangsa pada dinding selepas enggan bersama. Jika didapati bersalah atas dakwaan membunuh dia boleh dipenjara sehingga 15 tahun,” katanya.

dipetik dari sinar harian

Belajar ilmu hitam sembelih anak sendiri

JAKARTA - Seorang lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai sedang belajar ilmu hitam, telah menyembelih anaknya sendiri yang berusia lima tahun di sebuah kampung di daerah Karawang, Jawa Barat pada Ahad.

Polis bagaimanapun belum dapat memastikan sama ada pembunuhan kanak-kanak perempuan di Desa Pasirkamuning itu ada kaitan dengan ilmu hitam yang dikatakan sedang beliau pelajari itu atau kerana gangguan psikologi.

Mayat kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan mengerikan dalam sebuah bilik di rumahnya, pada Ahad dan bapaknya dipercayai menyembelihnya dengan sebilah pisau pemotong daging ketika ia sedang tidur.

Laporan menyebutkan bahawa sebelum membunuh anak perempuannya, lelaki itu telah pergi ke salah satu daerah di Sukabumi untuk berguru ilmu hitam, namun selepas pulang rumah beliau kelihatan seperti mengalami tekanan mental.

Setelah menghabiskan nyawa anak kandungnya, lelaki itu telah memanggil sejumlah jiran tetangganya dan meminta wang untuk membeli kain kafan.

Pada masa itu, jiran-jiran yang menyahut panggilan lelaki itu telah juga diancam akan dibunuh.

Lelaki itu kemudian menyuruh salah seorang jiran membeli kain kafan di pasar, tetapi jiran itu terus membuat laporan mengenai kejadian itu ke balai polis sehingga beliau ditangkap. - Bernama

Tanam anak hidup-hidup ikut ‘nasihat’ tukang tilik

Tanam anak hidup-hidup ikut ‘nasihat’ tukang tilik

UTTAR PRADESH - Sepasang suami isteri sanggup menanam anak mereka berumur sembilan hari hidup-hidup, gara-gara terlalu percaya dengan ramalan diberikan oleh seorang tukang tilik di Hapur, utara India.

Akhbar tempatan melaporkan, tukang tilik dikenali sebagai Nizaam itu, menyuruh pasangan Kiran Pal, 37, dan isterinya menanam bayi kelima mereka yang ditempatkan di dalam periuk tanah sedalam 0.9 meter di belakang rumah pada Khamis lalu.

Menurut tukang tilik tersebut, tindakan menanam bayi itu kononnya dapat memanjangkan umur memandangkan keempat-empat anak mereka sebelum ini, meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi dan masalah kesihatan.

Hasil daripada maklumat beberapa jiran, bayi malang tersebut ditemui masih hidup oleh pihak berkuasa pada Jumaat lalu, sungguhpun telah tertanam hampir 24 jam. - sinar harian

Ibu tunggal bunuh 2 anak kandung

JAKARTA: Seorang ibu tunggal ditahan di Tulung Agung, Jawa Timur, semalam kerana disyaki membunuh dua anaknya.

Sumber polis berkata, Yahmi, 31, membunuh anaknya dengan sebilah pisau.


Katanya, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui sama ada Yahmi mengalami gangguan mental.

“Dia pernah bekerja sebagai pembantu rumah di Singapura dan melakukan pembunuhan itu tengah hari Isnin lalu di rumah ibunya,” katanya.


Menurut sumber, anak Yahmi, Arina, 5, dan Ayin, 3, mati di tempat kejadian.


Ibu Yahmi, Sumini, berkata ketika kejadian dia tiada di rumah kerana keluar mengumpul kayu api, manakala suaminya ke bandar menguruskan kad pengenalan.

“Yahmi berkelakuan aneh sejak bertemu bekas suaminya minggu lalu,” katanya.


Sementara itu, media lain melaporkan, Yahmi nekad membunuh Arina dan Ayin kerana kecewa gagal memberi wang kepada mereka untuk membeli kudap-kudapan. Bagaimanapun, laporan itu juga percaya Yahmi mengalami gangguan jiwa. - JP"

metro

HIJABISTA, majalah pertama dunia fesyen berhijab di Malaysia

Muka kulit edisi pengenalan majalah HIJABISTA.
Nursuziana Zulkifli berkata HIJABISTA sebenarnya merupakan ungkapan slanga

SHAH ALAM - HIJABISTA, produk terbaru dalam siri terbitan Kumpulan Media Karangkraf - kini berada di pasaran - majalah pertama di negara ini khusus bagi memenuhi cita rasa dan bertindak sebagai peneraju arah dan inspirasi kepada dunia fesyen berhijab.

Kemunculan majalah bulanan ini akan membantu generasi muda, berusia antara 21 hingga 35 tahun, untuk menyambut revolusi hijab yang hangat diperkatakan dalam dunia fesyen tempatan dan antarabangsa masa kini, kata Editornya, Nursuziana Zulkifli.
"Pastinya kita yang peka terhadap trend terkini tidak mampu sekadar menjadi pemerhati," kata beliau sambil menyeru mereka yang berminat, "jadi, ayuh, wanita dan gadis di luar sana mulakan langkah kita untuk menghayati kemeriahan fesyen sopan lagi stailo, rajin-rajinkan diri merujuk HIJABISTA."
Edisi pengenalan keluaran April 2012, akan berada di pasaran selama dua bulan sebelum kemunculan isu pertama iaitu pada bulan Julai 2012.
Di ruangan pemula kata edisi pengenalan yang kini berada di pasaran, Nursuziana berkata, bercakap tentang bicara santun berhijab pula, baik yang sedia berkerudung mahupun yang baru berjinak-jinak dengannya, pasti mendambakan untuk menjadi sebahagian komuniti ini selepas menatap HIJABISTA kerana ia menjentik ilham-ilham baru busana dan pemakaian berhijab yang selama ini tidak dipersembahkan dengan cara yang diingini.
"Bukan begitu?" sambung beliau ketika menceritakan konsep majalah yang ke-29 keluaran Kumpulan Media Karangkraf.
Mengulas lanjut mengenai erti HIJABISTA, kata beliau, ia sebenarnya merupakan ungkapan slanga yang menggabungkan dua perkataan iaitu hijab dan fashionista.
"Maka wujudlah terma HIJABISTA," kata Nursuziana.
Dalam konteks lain, tambah beliau, HIJABISTA merujuk kepada stail dan fesyen berhijab dari hujung rambut ke hujung kaki.
"Tidak salah bagi si gadis untuk bebas mengekspresikan gaya 'trendy' acuannya tersendiri, asalkan berbusana santun dan tidak memperkotak-katikkan soal syariat," katanya lagi.
Selari dengan konsep, HIJABISTA mempertaruhkan 'tagline' yang berbunyi STAILO & SOPAN.
Menyentuh elemen stailo dan sopan, Nursuziana menekankan bahawa tidak kira apa sahaja yang dilakukan, harus mempamerkan "imej stailo tapi dalam nada kesantunan."
Katanya, gaya hijab kini telah beralih angin dari ‘tudung langsung pakai’ ke lilitan selendang atau skarf di kalangan generasi muda.
Dalam erti kata lain, fesyen berhijab itu sendiri telah banyak melalui era modifikasi. Sama ada gaya funki atau elegan yang ingin ditonjolkan, seelok-eloknya tampil sopan, ya para hijabista!
"Saya percaya setakat ini, HIJABISTA merupakan satu-satunya majalah fesyen berhijab sulung yang mengangkat imej si gadis sopan.
"Jika sebelum ini, hanya timbunan fesyen untuk si fashionista dipaparkan menghiasi majalah-majalah di pasaran, namun kehadiran HIJABISTA bakal merubah segalanya.
Nursuziana menambah, dengan menekankan aspek lebih fokus dan selektif, sajian trend fesyen untuk si gadis berhijab pasti memukau semua pembaca.
"Saya yakin bahawa dengan kehadiran HIJABISTA di pasaran, akan menjadi pemula dan pencetus trend berhijab di negara kita.
"Kami di HIJABISTA, seratus peratus yakin akan dapat mengepalai fenomena hijab di Malaysia atau maksud lain, menjadi ‘trendsetter’," katanya lagi.
Menyentuh tentang pengisian HIJABISTA pula, katanya, 70 peratus terdiri daripada fesyen semata-mata dan "yang pasti, ia padat, berinformasi dan paling afdal, rujukan utama bagi si manis berkarakter berani yang ingin berkarya daripada segi penampilan."

sinar harian

Belanja RM500,000 untuk nampak muda

TAIPEI - Seorang wanita berumur 62 tahun di Taiwan, sanggup menghabiskan NT$4.8 juta (RM500,000) semata-mata untuk menjalani rawatan pembedahan kosmetik selepas dimalukan di sebuah pusat hiburan tiga tahun lalu.
Semasa kejadian, seorang pekerja kelab malam yang dikunjungi Lin Ling Zhu bertindak mempersendakannya dengan bertanya, adakah dia ke kelab itu untuk mencari cucunya.
Susulan daripada insiden tersebut, Ling Zhu membuat keputusan untuk menjalani beberapa pembedahan dan kini, dia kelihatan 10 tahun lebih muda hanya dalam tempoh dua tahun.

dipetik dari sinar harian

'Black Widow' Jepun bunuh 3 lelaki dihukum mati

'Black Widow' Jepun bunuh 3 lelaki dihukum mati

TOKYO - Seorang wanita Jepun, yang popular dengan panggilan 'Black Widow' kerana membunuh tiga lelaki, dipercayai bekas kekasihnya pada 2009 kerana duit, dikenakan hukuman mati.

Mahkamah memutuskan Kanae Kijima, 37, bersalah membunuh Yoshiyuki Oide, 41; Takao Terada, 53; dan Kenzo Ando, 80, yang dikenali menerusi internet.

Hakim yang mendengar kes itu menegaskan tiada ruang bagi hukuman ringan kerana dia terus-menerus melakukan perbuatan jenayah yang kejam.

"Defendan telah berulang kali melakukan perbuatan jenayah yang meragut nyawa tiga orang," kata Hakim Mahkamah Daerah Saitama, Kazuyuki Okuma.

Hakim berkata, Kijima, yang didakwa seorang wanita simpanan berbayar, melakukan perbuatan itu untuk hidup mewah tanpa bekerja.

Laporan media memetik pendakwa raya berkata, wanita itu membunuh mereka dengan harapan tidak perlu membayar balik wang yang diberikan oleh lelaki-lelaki berkenaan.

Peguam bela pula berhujah ketiga-tiga lelaki berkenaan mati kerana membunuh diri selepas berpisah dengan Kijima atau mati secara kebetulan.

Dua daripada mangsa ditemui mati di rumah mereka di wilayah Chiba manakala yang ketiga, Oide, ditemui mati dalam kereta yang disewa di Saitama.

Dia membunuh ketiga-tiga lelaki itu dengan meracuni mereka, dengan membakar briket bagi menghasilkan karbon monoksida selepas memberi pil tidur.

Bagaimanapun wanita itu menegaskan, dia tidak bersalah dan mahu mengemukakan rayuan berhubung hukuman yang dijatuhkan.

Kes itu menarik perhatian di Jepun dengan lebih 1,000 orang berbaris panjang untuk masuk ke mahkamah yang hanya menyediakan 50 kerusi. - sinar harian

Treler hantar bot 85 tan



BEBERAPA orang menyaksikan treler yang mengangkut bot itu.


HELLMONSOEDT, Austria - Sebuah bot seberat 85 tan diangkut sebuah treler panjang melalui sebuah selekoh tajam dan jalan yang sempit di sini kelmarin.
Treler itu membawa bot tersebut dari bandar Linz, Austria ke Empangan Lipno di Republik Czech.
Beberapa papan tanda turut rosak selepas ia bergeser dengan treler tersebut. - Reuters

Pemuda Nepal cuba cipta rekod dunia



KATHMANDU, Nepal - Sebiji bola berpusing selama 22.5 saat pada sebatang berus gigi yang dibuat oleh seorang pemuda, Thaneswar Guragai di sini semalam.
Guragai akan menghantar rakaman video yang menunjukkan dia melakukan perbuatan itu kepada pihak pengurusan Guinness World Records untuk mendapatkan pengesahan.
Bola tersebut berpusing semasa mulut Guragai mengenggam berus gigi itu.
Rekod sebelum ini dibuat oleh Thomas Connors apabila bola itu hanya berpusing selama 13.5 saat. - kosmo

Perpustakaan beli sebuah buku RM44 juta

BUKU Gospel St. Cuthbert yang sebesar tapak tangan masih berada dalam keadaan sempurna walaupun berusia lebih 1,000 tahun.


LONDON - Buku tertua di Eropah yang masih berada dalam keadaan sempurna, Gospel St. Cuthbert akan kekal di Britain selepas Perpustakaan British mengumpul dana £9 juta (RM44 juta) untuk membeli kitab berkenaan.
Separuh daripada RM44 juta yang diperlukan bagi membeli buku agama Kristian dari kurun ke-7 berkenaan datang dari Dana Memorial Warisan Kebangsaan dengan bakinya dibayar oleh beberapa yayasan amal, tabung amanah dan sumbangan orang awam.
"Kesemua muka surat, ikatan benang buku ini masih sempurna, sekali gus menghubungkan kita dengan nenek moyang kita 1,300 tahun dahulu," kata Ketua Eksekutif, Perpustakaan British, Lynne Brindley.
Ia ditanam bersama mayat seorang pemimpin awal Kristian di Lindisfarne, timur laut England sekitar tahun 687.
Buku berkenaan ditemui semula di Gereja Durham pada 1104 apabila keranda tersebut terpaksa dipindahkan ekoran serangan bangsa Viking.
Buku yang dipinjamkan kepada perpustakaan itu sejak tahun 1979, dijual oleh sebuah persatuan Kristian untuk mengumpul dana bagi tujuan pendidikan dan pemuliharaan gereja. - AFP

kosmo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN