Thursday, January 10, 2013

Pusat Membeli belah Berbentuk Kapal Di Hong Kong

Whampoa Mall ialah sebuah pusat membeli belah yang terletak di Whampoa Garden, Hong Kong. Ianya unik kerana ianya dibina untuk kelihatan seperti sebuah kapal laut. Didalam Whampoa Mall terdapat pusat beli belah, wayang gambar dan gym. Amazing how much stuff they can cram into this ship. Whampoa Mall bukanlah kapal yang diubah suai untuk dijadikan pusat beli belah. Ianya diperbuat daripada konkrit. Jadi kalau 2012 benar-benar berlaku Whampoa Mall tak boleh jadi "Bahtera Nabi Noh" kepada penduduk Whampoa Garden. Jadi mengapakah Whampoa Mall dibina untuk kelihatan seperti sebuah bot? Whampoa dahulunya sebuah limbungan kapal. Setelah tanah limbungan ini ditambak pihak pemaju meletakkan Whampoa Mall di tapak belak limbungan bersejarah ini. Nice eh?





Perpustakaan Mushashino Art University di Tokyo - 8 Photo






Orang kampung Tak Pandai Guna Eskeletor - Video

Hospital Mewah Di China - 10 Photo

China ialah negara yang kini terletak di tangga kedua didalam senarai negara ekonomi terbesar. Mereka memintas Jepun dan dalam masa 10 tahun (0r maybe less) akan memintas Amerika Syarikat pula. Akibatnya kini China mempunyai letusan jumlah jutawan yang ada banyak duit but got nothing better to do with their YUANS. CareBay ialah sebuah hospital yang dibuka khas untuk wanita besalin di Shanghai. Mereka menawarkan khidmat penjagaan mewah kepada ibu dan bayi. Dalam tradisi masyarakat China amalan "Zuo Yue Zi" . "Zuo Yue Zi samalah macam amalan pantang dalam masyarakat Melayu. Ketika "Zuo Yue Zi seorang ibu tidak boleh keluar rumah selama sebulan selepas bersalin. Setiap kehendak si ibu dan bayi akan dilakukan oleh ibu mertua.

Since these days ibu mertua pun sibuk, CareBay menyediakan perkhidmatan Zuo Yue Zi kepada yang mampu. Kos penginapan dan penjagaan di Carebay selama sebulan ialah diantara 79,800 Yuan (RM 40 000) hingga 380,000 yuan (RM 190 000). Sepanjang tempoh penginapan si ibu akan diberi layanan mewah seperti makanan gourmet, penjagaan bayi 24 jam, pengawal keselamatan, kelas aerobik dan kelas Yoga. Anda mampu?

p/s : Just in case corang wondering last picture tu. Orang China percaya tayang bontot baby kepada matahari dapat elakkan Demam Kuning




Sungai Berdarah Di China - 5 Photo

Adakah ini tanda kiamat? No lah. Ini ialah Sungai Jian yang terelatk di daerah Luoyang China. Baru-baru ini warna sungai ini bertukar menjadi merah darah setelah sebuah kilang membuang sisa toksik mereka secara membabi tonyok. Akibat daripada itu penduduk setempat gempar. Sumber air "berdarah" ini berjaya dikesan dari sebuah kilang yang secara serta merta didtutup oleh pihak berwajib. Warna Sungai Jian kini sudah kembali ke normal tetapi penduduk setempat masih merungut kerana pencemaran kedalam sungai ini masih betul berhenti. Setakat tutup satu kilang shaja tak merubah apa-apa langsung.



Pergaduhan Antara Paderi-Paderi -12 photo

Masih ingatkah anda Church Of Nativity di Baitul Laham tempohari? Well selepas upacara sambutan Xmas gereja dibersihkan oleh paderi-paderi dari mazhab Greek Ortodoks dan Armenian Apostolic. Ketika pembersihan berlaku pergaduhan besar dan penyapu lantai dijadikan senjata.

Here is some info I didn't put the last time around. Church of Nativity dikongsi diantara 3 mazhab Kristian. Ketiga-tiga Mazhand ini merasakan merekalah yang paling JESUS dan paling layak untuk menjaga gereja suci kelahiran Jesus ini. Untuk elakkan butthurt paderi-paderi berlainan mazhab diberi KAWASAN tersendiri. Paderi Armenian tak boleh masuk kawasan paderi Greek dan vice versa. Dalam kejadian semalam seorang paderi Armenia menuduh PENYAPU paderi Greek memasuki kawasan mereka. Ini dilihat sebagai melanggar kawasan kawalan Armenian Apostolic. Maka berlakulah gaduh besor macam KL Gangster. Bodoh? Yes it is!









Keindahan Muzium Seni Islam Di Qatar- 15 photo

Dibawah ialah Muzium Seni Islam di Doha Qatar. Ianya mula beroperasi semenjak 2008 dan kini menempatkan lebih 800 artifak seni islam dari pelbagai benua. Ianya direka oleh jurubina terkenal I M Pei dan rekabentuknya diinspirasikan oleh sebuah pancuran wudu kurun ke 13 yang dipanggil "Sabil". Muzium ini sebesar hampir 400 000 kaki persegi dan dibuka 7 hari seminggui. Kalau anda ke Qatar silalah melawat Muzium Seni Islam ini.







Suasana Di Penjara California - 10 photo






Perbezaan Rakyat India Yang Kaya Dan Miskin




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN