Wednesday, April 25, 2012

Penyamaran Keluar Penjara Paling lawak





Ronaldo Silva (39) ialah seorang banduan yang dipenjara di Penedo Prison , Brazil sementara menanti dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan mengedar dadah. Beliau berjaya melarikan diri dari penjara setelah menyamar menjadi seorang wanita. Ronaldo menyuruh isteri beliau untuk menyeludup masuk baju, pakaian dalam, kasut tinggi, pewarna kuku dan rambut palsu untuk digunakan beliau. Yang menariknya taktik beliau berjaya mempedayakan pegawai penjara. Walaubagaimanapun beliau ditahan sejam kemudian oleh seorang Polis yang meragui tindak tanduknya. Menurut laporan media Ronaldo yang tidak biasa berjalan dengan tumit tinggi dan berjalan terhoyong hayang. Melihat keanehan ini si Polis menahan beliau dan terkejut apabila mendapati beliau seorang lelaki

Note to self........ lain kali jangan pakai high heels!






Pengorbanan Seorang Anak Untuk Ayahnya

Cheng Yixing (56) ialah seorang bapa beranak 3. Setelah kematian isteri beliau membesarkan3 orang anaknya dengan bekerja sebagai petani. Hasil usaha kerasnya salah seorang anak beliau Cheng Jilai (24) berjaya memasuki sebuah universiti. Bagi menanggung perbelanjaan pelajaran ananya Chen Yixing bekerja keras. Beliau tidak membenarkan anak beliau bekerja terlalu keras dan lebih suka jika Chen Jilai belajar. Malang bagi Cheng Yixing, beliau disahkan mengidap kanser rektum dan prognosisnya adalah buruk. Beliau mengambil masa terlalu lama untuk berjumpa doktor dan nyawa beliau tidak dapat diselamatkan

Sebagai permitaan terakhir, Yixing mahu anak beliau Jilai menjaga beliau dihari-hari akhir sementara menanti sakaratul maut. Jilai tidak lupa jasa bapanya dan mengangguhkan pelajaran beliau di Xi’an Aeronautical University. Dua orang kakak beliau sudah berkahwin dan tidak mampu menjaga anak mereka. Nasib orang miskin di China memang sadis!

Jilai menggunakan duit yang dikumpul beliau untuk belajar di Universiti untuk ubat tahan sakit, membeli keranda, duit neraka, dan kesemua peralatan pengkebumian. Apa yang dikehendaki bapanya dituruti. Jilai tidak tahu apa akan dilakukannya selepas bapanya meninggal. Hendak sambung belajar duit sudah digunakan untuk "perjalanan akhir" bapanya ke liang lahad.

Cheng Yixing kembali menemui ialah ilahi 27 Mac lepas. Diharapkan Cheng Jilai, seorang anak yang berhati mulia ini dapat meneruskan pelajaran beliau. Agak sadis jika beliau kandas kerana menggunakan wang simpanan untuk menguruskan bapanya yang sakit

Nasib baik di Malaysia ada PTPTN. Tak perlu risau duit pelajaran. Boleh pinjam. Di China tiada PTPTN. Untunglah!







Tanda geng kongsi gelap


Awasi dan perhatikan cara anak remaja anda bersalam dengan rakan, rantai kunci digunakan serta pelekat yang ditampal pada beg sekolah atau motosikal kerana itu semua petanda penting untuk mengesan kemungkinan mereka menjadi ahli kumpulan kongsi gelap.

Itu mesej penting disampaikan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan kepada ibu bapa selepas siasatan polis mendapati beberapa kumpulan kongsi gelap kini aktif merekrut ahli termasuk di kalangan pelajar sekolah.

Menurutnya, biarpun kegiatan itu masih dalam kawalan pihak berkuasa, kesedaran dan kerjasama ibu bapa serta pihak sekolah penting bagi menyekatnya daripada terus berleluasa.

“Pengetahuan ini penting kepada ibu bapa bagi membolehkan mereka mengesan pembabitan anak masing-masing dalam kegiatan kongsi gelap. Kalau ibu bapa tidak tahu, macam mana mereka hendak menghalang dan mengawal pergerakan anak,” katanya ketika ditemui Harian Metro di pejabatnya, di sini.


Menurutnya, antara kumpulan kongsi gelap yang dikesan cuba meluaskan pengaruhnya di kalangan remaja termasuk geng Double Seven (77), 36, 08, 04 dan 108.

Panas! ‘Aksi’ Ibu Bapa Ditiru Anak Sendiri

KANGAR – Neraka dunia. Itu yang terpaksa diharungi seorang penjawat awam wanita berusia 30-an apabila sering dipaksa suaminya yang juga berusia 30-an melakukan aksi seks, termasuk luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka di ruang tamu rumah sejak tujuh tahun lalu.

Lebih menjijikkan suami bernafsu binatang itu juga gemar merakam aksi ‘bersama’ mereka sejak malam pertama perkahwinan sehingga kini.

Sumber berkata, lebih mengaibkan mangsa, anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun sering melakonkan kembali adegan seks itu bersama abang sulungnya berusia 15 tahun.

Katanya, hati ibu mana yang tidak hancur melihat perbuatan jijik suami yang merosakkan ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh hingga 15 tahun itu.

“Mangsa mendakwa dia sudah diperlakukan sedemikian sejak berkahwin dengan suaminya lebih 15 tahun lalu, malah pada malam pertama aksi mereka di dalam bilik dirakam suaminya menggunakan telefon bimbit dan kamera video.

“Namun, selepas mendapat cahaya mata, suaminya bertambah pelik dengan memaksanya melakukan aksi bersama termasuk di luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka,” katanya.

Kata sumber itu, jika si isteri enggan menuruti kemahuan gila suami, dia dibelasah.

Dia berkata, lelaki terbabit baru saja berkahwin lain awal bulan lalu dengan seorang wanita dari negara jiran, namun sikap jijiknya melayan mangsa tidak berubah.

“Suami mangsa juga bukan saja merakamkan aksi seks mereka, malah aksi mangsa yang membuang air kecil di dalam tandas juga dirakam bagi tujuan koleksi.

“Daripada pengakuan mangsa, suaminya sudah mempunyai banyak koleksi rakaman aksi ‘bersama’ mereka dan tidak mengetahui tujuan dia bertindak demikian,” katanya.

Tidak tahan dengan tabiat buruk suaminya, wanita berkenaan memohon fasakh untuk bercerai dan membuat laporan polis awal bulan lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis, Muhamad Hazimin Jamaludin berkata, kes penderaan wanita berlaku berdasarkan pelbagai faktor.

Katanya, kes penderaan seksual kebanyakannya berpunca daripada suami yang terpengaruh dengan bahan video lucah yang ditontonnya.

“Mereka mungkin terdedah dengan bahan lucah ini selepas ia terlalu mudah didapati dan pendedahan itu akan memberi kesan kepada perubahan seksual mereka, termasuk mencubanya ke atas isteri,” katanya.

Menurutnya, sebarang kes yang diterima disiasat dan memberi khidmat prakaunseling dalam usaha memberi maklumat mengenai tindakan yang perlu diambil.

Pihaknya juga sedar mangsa trauma akibat nafsu buas suami yang jika tidak dituruti mengundang kepada penderaan fizikal.

“Kami akan membantu daripada segi kaunseling, termasuk mengemukakan masalah kepada pihak berkuasa seperti Mahkamah Syariah atau jabatan berkaitan.

“Jika orang ramai yang berasakan diri mereka didera, mereka boleh tampil membuat aduan untuk bantuan,” katanya.

Mengulas kes terbabit, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.

Menurutnya, polis sudah menyerahkan laporan kepada Jabatan Agama Islam Perlis bagi tindakan lanjut kerana ia di bawah bidang kuasa mereka.

“Wanita berkenaan membuat laporan polis, tetapi ia lebih menjurus kepada masalah rumah tangga dengan suaminya,” katanya. -hmetro.com

Gambar Hantu Jepun

Korang pernah tengok hantu Jepun? Pernah terjumpa dengan hantu? Kalau belum pernah tengok,jom kita ramai-ramai tengok gambar dekat atas ini. Jangan tengok saja. Tenung dalam-dalam pada matanya tanpa beralih ke mana-mana dalam masa 5 minit.

Semasa korang tenung tu,sebut dan niat dalam hati yang korang nak tengok hantu jepun. Ini bukan kurafat ke apa ke. Just nak test korang punya pancaindera jer.

Aku tak jamin kalau hantu jepun ni kacau atau ikut korang balik. Semuanya tanggungjawab korang sendiri la ek.hehe…hahahahah!!

Mengikut info yang aku dapat, gambar ini di lukis oleh seorang wanita Jepun yang telah mati bunuh diri.

Wajah sebenar HANTU gadis jepun itu dapat dilihat jika namanya “fuk Yu” disebut dalam hati.

Korang tenung je pada matanya. Tenung 5 minit dan ia akan muncul. Korang macam mana? Sudah try? Ok ke?

Kalau berani, cubalah!

Remaja diekori harimau meninggal kerana trauma

KUALA KANGSAR – Peristiwa diekori harimau hampir tiga jam di kawasan Padang Ragut Changkat Jambu, di sini, mengakibatkan kehidupan Mastura Kamaruddin, 16, diselubungi trauma sehingga dia menghembus nafas terakhir pada jam 5 petang kelmarin, di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Kisah Mastura bersama ibunya, Rohani Osman, 50, diekori harimau ketika menoreh getah pada 15 Januari lalu pernah menggemparkan negara apabila tersiar di dada akhbar.
Menurut Rohani, selepas peristiwa itu, kesihatan Mastura sering terganggu termasuk mengalami demam panas dan pernah dimasukkan ke wad Hospital Taiping untuk menerima rawatan lanjut.
Katanya, kesihatan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temenggong Kati itu semakin teruk dari sehari ke sehari sehingga hilang kemampuan berjalan pada 7 April lalu.
“Keadaannya sangat lemah ketika itu sehingga perlu didukung oleh bapanya untuk ke bilik air dan memerlukan jagaan sepanjang masa.
“Mastura dipindahkan ke HRPB pada 13 April lalu kerana keadaannya semakin teruk sehingga tidak mampu bercakap,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di Kampung Chuar Hilir, di sini, semalam.
Laporan hospital mengatakan kematian Mastura berpunca daripada jangkitan kuman dalam darah dan Sinar Harian difahamkan selepas peristiwa diekori harimau, kehidupan remaja itu sering dihantui insiden berkenaan.
Sentiasa ketakutan
ROHANI mengakui Mastura mengalami trauma dan sentiasa berada dalam ketakutan selepas peristiwa itu, sehingga tidurnya sering terganggu.
Katanya, selain mendapatkan rawatan di hospital, keluarganya turut mendapatkan rawatan alternatif daripada pengamal perubatan tradisional dan pernah dibekalkan limau nipis untuk mandi.
“Hanya saya sahaja mandi menggunakan limau nipis itu sedangkan Mastura tidak mahu melalui proses berkenaan,” jelas Rohani.
Rohani juga memaklumkan anaknya itu mengalami luka di bahagian kaki dan pinggang serta sedikit kecederaan semasa melarikan diri daripada harimau berkenaan.
Menurutnya, luka berkenaan semakin teruk sehingga kaki Mastura menjadi lemah menyebabkan remaja itu tidak mampu berjalan dan kini mereka sekeluarga reda dengan pemergiannya walaupun di selubungi kesedihan.
Hilang mata pencarian
DALAM pada itu, Rohani menceritakan, Mastura sempat berpesan agar dia tidak lagi menoreh di kawasan kejadian beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Katanya, anak bongsu daripada dua beradik itu turut memberi pesanan sama kepada ayahnya kerana bimbang mereka akan jatuh sakit sepertinya.
“Kerana menghormati pesanan akhir Mastura, saya dan suami tidak lagi menoreh di kawasan padang ragut itu demi mengelak kejadian sama berulang.
“Sekarang kami tidak tahu di mana mahu mencari rezeki kerana selama ini pendapatan kami sekeluarga hanya bergantung kepada kerja menoreh getah,” katanya.
Dalam keadaan sedih serta muram, Rohani mengakui dia sendiri tidak dapat melupakan kejadian tersebut dan akan berpegang kepada pesanan Mastura sungguhpun tertekan memikirkan cara mencari sumber pendapatan keluarga.
*Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi sendiri keluarga ini di talian 012-5825300.

1 bilion bakal mati kebuluran

CHICAGO: Lebih satu bilion penduduk dunia kebuluran jika India dan Pakistan saling melancarkan senjata nuklear kerana cuaca akan mengalami perubahan besar sekalipun perang atom yang meletus secara terhad, menurut kajian yang disiarkan kelmarin.

Selain awan radiasi yang boleh mencemarkan tanah ladang jauh daripada pusat letupan, kajian mendapati jelaga yang dibebaskan ke atmosfera menyejukkan suhu global dan mengurangkan penurunan hujan di seluruh dunia. sekali gus memusnahkan tanaman.
Kajian itu mendedahkan data untuk menyokong amaran kesan buruk secara global dan tidak disengajakan penggunaan senjata nuklear, kata penulis kajian, Dr Ira Helfand, dari pertubuhan Doktor Antarabangsa bagi Menghalang Perang Nuklear.
“Bukan sekadar senjata Amerika Syarikat dan Russia mengancam dunia. Malah, senjata lebih kecil memberi ancaman kepada tamadun kita. Ia pasti menamatkan kehidupan moden,” kata Helfand.

Kajian berkenaan dijangka disiarkan jurnal Climate Change, dibentangkan di Persidangan Pemenang Nobel Keamanan di Chicago.

Ia menjangka pengeluaran jagung di Amerika akan menurun purata 10 peratus bagi satu dekad dan pengeluaran kacang soya juga menurun 10 peratus dengan pengurangan paling teruk berlaku lima tahun selepas perang nuklear.

Ia menjadikan pengeluaran beras di China menurun purata 21 peratus empat tahun pertama dan 10 peratus bagi enam tahun berikutnya selepas perang nuklear berakhir.
Pengeluaran tanaman negara lain juga menurun, kata Helfand. Kekurangan pengeluaran tanaman akan lebih buruk berbanding jangkaan kerana model konservatif tidak mengira peningkatan cahaya ultra ungu dan penyejukan global hingga membunuh tanaman.

“Kesan terhadap pemakanan dan hidup manusia amat mendalam,” katanya.

Peningkatan harga makanan dan kekurangan produk pertanian akan hampir pasti berlaku hingga mencetuskan panik dan tindakan menyembunyikan barangan pada skala antarabangsa manakala akses kepada makanan mengecil.

Ketika 925 juta penduduk di seluruh dunia sudah pun berdepan masalah kekurangan zat makanan berdasarkan rekod terkini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kematian akibat kebuluran tidak dapat dielakkan.

Keadaan itu memburukkan masalah sosial dan membawa kepada konflik bersenjata dalam dan di antara negara. Masalah kebuluran selalunya disebabkan wabak penyakit berjangkit seperti taun dan cirit-birit berdarah, yang akan meningkatkan kadar kematian. – AFP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN