Wednesday, May 23, 2012

Awek yang terlebih mengada-ngada





Diraba-raba Lelaki Saat Tertidur di Kereta Api


TRIBUNNEWS.COM - Seorang perempuan, yang menggunakan kereta api mengaku telah diraba-raba oleh seorang lelaki saat tertidur.
Kepada polis, wanita berusia 29 tahun itu menceritakan insiden itu terjadi pada 15 Februari 2012 yang lalu, saat ia menumpang kereta api dari London Euston menuju Birmingham, Inggris.
Sewaktu ia tertidur di kerusi penumpang, tiba-tiba ia merasa ada yang menusuk tulang rusuk dan dadanya. "Ia segera menyedari benda yang menusuk itu adalah tangan seorang lelaki," ujar petugas Polis Transportasi Inggris, Nicola Salisbury, seperti dikutip dari Dailymail, Rabu (23/5/2012).
Setelah menyadari sepenuhnya ia telah dilecehkam, wanita itu beber Nicola segera bangkit dari tempat duduknya, dan mencari kursi lainnya.
Walau mengalami shock, wanita itu, memberanikan diri mengambil gambar tersebut, saat lelaki itu terlelap. Ia pun memberikan foto itu kepada pihak polis
"Walau ia tidak terluka, namun ia shock berat, dan sangat marah atas perilaku lelaki itu," tutur Nicola.

Google beli Motorola Mobility


SAN FRANCISCO - Syarikat enjin carian Internet, Google Inc. menyempurnakan proses pembelian pembuat peranti, Motorola Mobility pada harga AS$12.5 bilion (RM39.2 bilion) kelmarin.
Pembelian itu diselesaikan selepas sembilan bulan Google Inc. membuat pengumuman mengejutkan bahawa ia mahu mengembangkan portfolionya kepada perniagaan perkakasan yang disifatkan sebagai berisiko tinggi dan mahal.
Langkah itu membuatkan Google kian aktif dalam perniagaan telefon bimbit yang diceburinya sejak empat tahun lalu menerusi pengenalan perisian Android keluarannya.
Seperti yang dijangka, Ketua Pegawai Eksekutif Google, Larry Page menamakan orang kanannya, Dennis Woodside sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Motorola.
Woodside, 43, yang merupakan Presiden Google untuk rantau Amerika terkenal kerana berjaya membawa perolehan sebanyak AS$17.5 bilion (RM55 bilion) kepada Google melalui pengiklanan secara talian dalam tempoh tiga tahun.
Pengambilalihan itu direalisasikan selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) berpuas hati bahawa ia tidak akan membantutkan persaingan dalam pasaran telefon pintar.
Google dikatakan mahu memiliki Motorola kerana 17,000 paten telefon bimbit yang telah dihasilkannya. Selain itu, Google juga dilihat berminat untuk menghasilkan komputer tablet bagi menyaingi Apple iPad dan Kindle Fire keluaran Amazon.com. Tablet itu bakal dikuasakan oleh perisian Android. - AGENSI
sumber : kosmo online

Bayi perempuan jadi habuan anjing doktor


MUMBAI: Sekumpulan doktor memberi anjing peliharaan mereka makan janin bagi melindungi kegiatan pengguguran haram di bandar Beed, Maharashtra.
Media semalam melaporkan, kegiatan itu berlaku akibat kecenderungan pasangan tempatan yang mahukan anak lelaki berbanding perempuan.

Digelar sebagai penghapusan jantina, amalan itu dikaitkan dengan keputusan bancian yang menunjukkan hanya 801 bayi perempuan dilahirkan bagi setiap 1,000 bayi lelaki.


Maharashtra adalah negeri kedua paling padat penduduk di India.

Menurut media, dengan memelihara anjing, doktor terbabit boleh menghapuskan janin berkenaan tanpa perlu membuangnya melalui saluran rasmi.


“Maksudnya, amalan pengguguran haram yang didorong kecenderungan pasangan memilih jantina anak mereka di India kini disembunyikan,” lapor media.



Pendedahan itu dibuat pegawai pertubuhan kebajikan yang menentang amalan itu, Lek Ladki Abhiyan, Varsha Deshpande.

Menurut Varsha, pertubuhan berkenaan menjalankan siasatan sulit selepas seorang doktor, Dr Sudam Munde, mengaku secara terbuka pada 2010, dia terbabit menggugurkan janin perempuan dan memberinya kepada lima anjing peliharaannya.




Sejurus selepas pengakuan itu dibuat, Dr Sudam ditahan polis, tetapi dibebaskan tidak lama kemudian dan dia meneruskan aktiviti haram itu.

Kata Varsha, ada saksi mengaku melihat satu janin dijadikan makanan anjing.


“Amalan ini memang diketahui ramai di Beed, tetapi polis tidak bertindak kerana pengaruh Dr Sudam,” katanya.


Menteri Kesihatan Awam Maharashtra, Suresh Shetty, berkata dia mendengar dakwaan janin dijadikan makanan anjing di Beed.


“Namun, tiada sebarang bukti menunjukkan ia berlaku,” katanya.


Kata Suresh, disebabkan polis tempatan berada di bawah “tekanan” yang banyak, dia meminta cawangan jenayah untuk menyiasat kes terbaru.


Mengenai dakwaan Varsha, Suresh berkata, kakitangan kesihatan setempat memang berdepan dengan kesukaran ketika cuba menyiasat aktiviti Dr Sudam.


“Seorang kakitangan kami yang mengunjungi hospital Dr Sudam dikunci dalam sebuah bilik sebelum didera dan dihalau,” katanya.


Pakar bedah itu juga berdepan dengan ancaman selama lebih setahun gara-gara tindakannya cuba menyiasat aktiviti berkenaan.


“Kami meminta pihak berkuasa memberikan perlindungan kepada kakitangan kami,” katanya. - DM



sumber : myMetro

Dadah pecah dalam perut


MELAKA: Tindakan berani mati seorang keldai dadah warga Nigeria menelan puluhan kapsul dadah disyaki heroin yang dibalut di dalam kondom untuk diseludup ke negara ini, nyaris meragut nyawanya apabila bahan haram itu dipercayai pecah di dalam perutnya hingga menyebabkan dia meracau teruk di tepi jalan di Melaka Perdana, dekat sini, awal pagi semalam.
Menurut sumber, kelicikan lelaki berusia 33 tahun itu berjaya melepasi pemeriksaan kastam dan kawalan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak bertahan lama apabila diberkas polis di negeri ini.
Sumber berkata, sebelum itu suspek bersendirian menaiki teksi dari KLIA dan tiba di Melaka Sentral kira-kira jam 10 malam.

Katanya, ketika hendak membayar tambang, suspek memberitahu pemandu teksi dia tidak mempunyai wang dalam Ringgit Malaysia (RM) dan mahu menukar mata wang asing di Melaka Sentral.



“Bagaimanapun, pengurup wang enggan menerima tukaran mata wang asing sebelum suspek bertindak melarikan diri menyebabkan pemandu teksi membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Keroh untuk tindakan lanjut,” kata sumber.


sumber : myMetro

Cemburu muka buku


GOMBAK: Gara-gara sering melayari laman sosial, seorang isteri menerima nasib malang apabila dibelasah suami kerana disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain ketika melayari Internet berkenaan di rumah mereka di Selayang, di sini.
Ketika kejadian kira-kira jam 6 pagi kelmarin, mangsa yang berusia 29 tahun baru terjaga daripada tidur sebelum mendapati suaminya berusia 30-an tiada di bilik.
Mangsa mencarinya di ruang tamu dan terkejut apabila mendapati suaminya itu sedang mengasah parang.

Menurut sumber, mangsa yang pelik dengan sikap suaminya itu cuba menegur namun dimarahi dan dihambur kata-kata kesat, malah dituduh berlaku curang.



“Terkejut dengan sikap suaminya, mangsa cuba menenangkan lelaki itu dan memberitahu dia tidak pernah berlaku curang.



sumber : myMetro

Nenek angau dengan 'jeneral' Amerika


KUALA LUMPUR: “Tak sanggup lihat ibu ditipu lagi,” kata seorang lelaki mengenai ibunya yang terjebak dengan sindiket penipuan Afrika sehingga kerugian lebih RM5 juta dan kehilangan pelbagai harta benda.
Lelaki dikenali sebagai Zam, 30, berkata, dia membuat laporan polis mengenai perkara itu pada September tahun lalu dan sangat bersyukur selepas mendapat tahu kejayaan polis menahan 16 individu dipercayai anggota sindiket Afrika yang terbabit menipu ibunya, tiga hari lalu.
“Saya mula mengesyaki sikap ibu yang berubah sejak dua tahun lalu selepas berkenalan dengan seorang lelaki kononnya pegawai tentera berpangkat ‘jeneral’ dari Amerika Syarikat yang pernah bertugas di Iraq melalui laman sembang di Internet.

“Ibu sering mengeluarkan wang simpanannya dalam jumlah yang banyak dengan alasan mahu melabur dalam perniagaan dijalankan pegawai tentera terbabit.



“Menyedari kewujudan sindiket penipuan warga Afrika yang berleluasa di Malaysia ketika itu, saya cuba menasihati ibu berkali-kali, namun dia tetap mempercayai lelaki terbabit,” katanya, semalam.



sumber : myMetro

sengaja rapat dengan penumpang perempuan walaupun penumpang tak penuh


STOMPer Coffee warns women of this 'pervert uncle', who stood very close to female passengers even though the train was not crowded.

The STOMPer wrote:

"Ladies!! Beware of this pervert uncle.

"The train is not crowded yet this uncle will purposely stand real close to them."



sumber : stomp.com.sg

Hukuman REJAM Versi CHINA

Inilah padahnya bila kantoi mencuri. Bukan setakat kena tibai, apa yang sadisnya jari tangan mereka hancur kena hentak dengan batu oleh orang ramai yang menjadi hakim menghukum sipencuri dan rasanya hukuman ini memungkinkan mereka serik nak mencopet lagi. Rasakan…

Jantan bodoh Rakam Celah Kangkang Awek

Apa hal pulak mamat sekor ni, tak ada hobi lain ke yang lebih bermoral nak dibuat? Ada baiknya lu pergi saja ke zoo, rakamlah puas-puas celah kangkang monyet, siamang, berok yang ada kat sana tu… lagi clear dan gerenti tak ada siapa nak marah. Bodoh punya jantan…

Peguam Tersukses di Dunia Yang Memenangkan 245 Kes Pembunuhan Berturut-turut


Seperti dicatat dalam guinnessworldrecords.com, prestasi peguam keturunan suku Indian ini dicipta antara tahun 1940 hingga 1985.

“Berkonsentrasilah dan tatap mata pelanggan anda. Seolah-oleh hidup pelanggan anda ada di tangan anda. Dan yakinkanlah hakim bahwa pelanggan anda tidak bersalah dan layak dibebas,” kata Luckhoo seperti ditulis oleh wikipedia.org.

Luckhoo lahir di New Amsterdam, Guyana, Amerika Selatan pada 2 March 1914. Luckhoo terlahir dari keluarga peguam kenamaan. Luckhoo mengenyam pendidikan di Queen College, Georgetown, Guyana. Lantas dia mengambil pendidikan kedoktoran di Hospital St. Thomas, Guyana.

Namun, dia merasa jijik dengan pekerjaan membedah-bedah pesakit. Lantas dia beralih belajar di bidang hukum dan akhirnya bergabung di asosiasi peguam the Middle Temple Inggris pada 1940.

Pada Perang Dunia II dia hijrah ke negeri uncle Sam. Di Amerika Syarikat tersebut, dia bergabung dengan saudara-saudaranya yang terlebih dahulu bkerja sebagai peguam yang telah mendirikan pejabat hukum Luckhoo and Luckhoo Lawfirm.

Pada waktu tersebut, dia mencatat fenomena iaitu membebaskan 245 kes pembunuhan secara berturut-turut. Dia memenangkan secara bervariasi, boleh di pengadilan tingkat pertama atau di tingkat rayuan.

Atas prestasinya, dia mendapat julukan peguam paling sukses di dunia. Pada waktu tersebut, dia juga membuka pejabat guaman s di Inggris. Tak hanya itu. dia juga menjawat sebagai hakim pada Mahkamah Agung Guyana. Luckhoo akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya pada 12 Disember 1997.

55.000 dolar setahun Hanya Dengan Menjual Gula-gula

Jika berpikir bahwa seorang penjual gula-gula keliling tidak mampu menghasilkan wang yang banyak, maka anda harus melihat bagaimana lelaki asal New York ini meraup ribuan dollar, hanya dengan berkeliling menjual gula-gula di kereta api bawah tanah.

Alex ‘Tracks’ McFarland dapat mengaslkan wang tunai sebanyak 55.000 dolar setahun, dengan berdagang dula-gula. Dan biasanya dia mampu membawa pulang sekitar 150 dolar sehari.


Menurut Tracks, Ia mulai melakukan pekerjaan ini sejak berusia 11 tahun, bukan kerana keharusan namun semata-mata ia ingin mendapatkan wang sendiri.

Menurut Mail Online, Dengan 13 tahun pengalamannya ini, Tracks sekarang menjadi salah satu raja gula-gula pada sistem transport publik di New York, dengan berbagai jenis gula-gula yang dijualnya.

“Dengan berjualan gula-gula aku dapat mengurus keluarga,” katanya sambil tersenyum.


Dilarang Senyum Saat Foto Membuat Lesen Memandu


Senyum dilarang di empat negara bahagian Amerika Syarikat. Tentu saja ini senyum bukan sembarang senyum, tapi saat anda difoto untuk Lesen Memandu (SIM), kita tidak boleh tersenyum. Peraturan ini diberlakukan untuk menghentikan penipuan SIM.


Setidaknya sudah ada empat negara yang memberlakukan pelarangan senyum atau menunjukkan deretan giginya saat difoto. “Ekspresi wajah harus neutral” yang diperlukan di jabatan kendaraan bermotor (DMVs) di Arkansas, Indiana, Nevada dan Virginia. Itu bererti Anda tidak boleh tersenyum, atau tersenyum lebar.

Pada Bulan Mei, beberapa negara bahagian lain akan mengikuti peraturan ini. Pose wajah serius yang diberlakukan kepada pemohon SIM utuk mengurangi pemalsuan. Dengan pose wajah serius kemudian akan diinstal dengan teknologi tinggi dan perangkat lunak yang baru akan boleh membezakan dengan foto orang lain yang telah dibidik.

Bila foto baru nampaknya sesuai dengan yang sudah ada, perangkat lunak mengirimkan alarm bahawa seseorang dapat cuba lagi untuk menggunakan identiti lainnya.

Menurut Profesor Robotik Carnegie Mellon University Takeo Kanade, pengenalan wajah seseorang oleh perangkat lunak dapat gagal untuk mensesuaikan dua foto dari orang yang sama jika ekspresinya berbeza di setiap fotonya. Mimik muka yang datar tanpa ekspresi, “membuat proses perbandingan lebih akurat,” ujar Karen Chappell, wakil komisaris dari Virginia, yang mengambil kebijakan tidak boleh tersenyum pada bulan March.

Sementara Arkansas, Indiana dan Nevada membolehkan sedikit tersenyum. “Anda hanya tidak dapat tersenyum lebar,” ujar kepala layanan utama surat ijin di Arkansas Tonie Shields.

Asosiasi Administrator kendaraan Bermotor Amerika mengatakan total 31 negara bahagian melakukan pensesuaian komputerisasi SIM foto dan tiga menggunakan pertimbangan lainnya. Kebanyakan mereka berkata perangkat lunak yang digunakan tanpa memperhatikan ekspresi wajah. “Orang yang boleh tersenyum di Pennsylvania,” ujar juru bicara Jabatan Transportasi Craig Yetter.

Di Illinois, penggunakan foto yang disesuaikan telah menghentikan 6.000 orang dari penipuan lesen sejak teknologi ini pada tahun 1999, kata kepala bahagian pelayanan pengendara Beth Langen.

Nenek 67 tahun cuba gunting kemaluan suaminya

CALIFORNIA: Seorang wanita ditahan kerana cuba memotong kemaluan suaminya menggunakan gunting.

Virginia Valdez, 67, ditahan atas tuduhan menyerang menggunakan senjata berbahaya, penderaan pasangan dan penganiayaan.

Polis di Palm Spring bagaimana pun membebaskan wanita itu setelah dia embayar ikat jamin 64,000 pound (RM314,110).

Sarjan Melissa Desmarais berkata, “Mangsa berusia 62 tahun menelefon dan membuat laporan isterinya cuba memotong kemaluannya dengan gunting menyebabkan dia cedera.”



“Mangsa menerima rawatan dan sudah dibenarkan keluar dari hospital,” katanya. - Agensi

sumber : myMetro

Ada parti disko semasa waktu rehat kerja

STOCKHOLM, Sweden - Parti disko semasa waktu rehat pekerja makan tengah hari yang dikenali sebagai Lunch Beat semakin popular di sini sekali gus mencetuskan fenomena di Sweden.

Idea untuk mengadakan parti disko itu dicetuskan oleh seorang pemaju projek berusia 28 tahun, Molly Raenge pada 2010.

"Saya gemar bekerja dan saya suka keluar menari tetapi saya kecewa kerana sukar mencari waktu untuk melakukan kedua-dua aktiviti tersebut," kata Raenge.

"Justeru, saya terfikir, apa akan jadi jika saya menggabungkan kedua-duanya?"soalnya.

Menurut wanita berkenaan, parti disko Lunch Beat diadakan buat kali pertama pada Mei tahun lalu di sebuah garaj di sini yang dihadiri cuma 14 orang.

Namun, menurutnya, populariti parti disko berkenaan semakin meningkat.

Kini, lebih 300 orang menghadirinya setiap kali ia diadakan di Rumah Kebudayaan.

Selain bandar raya ini, Lunch Beat turut diadakan di sekitar 10 bandar lain di Sweden selain di Belgrade dengan acara serupa turut dirancang diadakan di ibu negara Colombia, Bogota.

Sesiapa sahaja boleh menganjurkan parti disko Lunch Beat asalkan mereka mematuhi manifesto di laman web penganjurnya, lunchbeat.org yang menyatakan setiap tetamu perlu menari.

Penganjur juga tidak dibenarkan mengaut keuntungan daripada parti tersebut dan ia mesti diadakan selama sejam semasa waktu makan tengah hari pada masa rehat pekerja.

Penganjur juga perlu menyediakan makanan buat tetamu mereka.

Di Rumah Kebudayaan di sini, sebaik sahaja pintu dibuka sejumlah tetamu daripada pelbagai bidang pekerjaan membanjiri premis berkenaan untuk membeli tiket masuk berharga 100 kronor (RM47) sebelum beratur di kaunter makanan yang turut menyediakan pisang dan minuman.

Pisang dan air diberi percuma tetapi tetamu perlu menukar tiket mereka untuk mendapatkan bungkusan makanan tengah hari.

Sebaik sahaja memperoleh makanan, mereka akan mula ke ruang tarian untuk menari sambil mengunyah makan tengah hari mereka.

"Parti ini sungguh menyeronokkan," kata seorang penduduk tempatan Eva Bjoerkman.

"Seronok dapat melupakan kerja buat sementara dan menari pada waktu tengah hari," katanya. - AFP

Penat Layani Nafsu Ayah, Pelajar Laporkan Ke Polis

Bandung - WD (39) terancam penjara selama 15 tahun lantaran sanggup meniduri anaknya, HD (16), pelajar SMP Cimahi.

”Tersangka melampiaskan hawa nafsunya selama setahun dari Julai 2010 hingga 17 November 2011,” kata Kasat Reskrim Polres Cimahi AKP Agah Sanjaya seperti diberitakan poskota mobile.
Mangsa bersama ibu kandungnya (isteri tersangka) yang didampingi guru mangsa di SMP di Cimahi. Setelah korban membuat laporan, pasukan kemudian melakukan penangkapan.

”Tersangka tak melawan saat ditangkap. Dia kini malah menyedari akan kesalahannya yang sudah menodai anaknya sendiri. Meski begitu tersangka ditahan kerana sudah dijerat pasal 81 dan 82 UU RI nombor 23 tahun 2002. Ancaman hukuman 3 tahuin penjara atau maksima 15 tahun,” ujar Kasat.

Kasat Reskrim Agah menurutkan, perbuatan tergolong edan yang dilakukan tersangka bukan hanya sekali, melainkan setahun dia memperdaya anaknya sendiri.

Mangsa selama ini tak berani melaporkan perbuatan ayahnya ke ibunya. Kerana sudah merasa kelelahan atas perbuatan sang ayah, korban pun akhirnya menceritakan peristiwa pahit itu ke guru SMP.

Guru yang statusnya sebagai guru kelas akhirnya memanggil ibu kandung korban kemudian menghantarnya melapor ke polis. ” Satu jam setelah menerima laporan kami langsung menangkap tersangka,” ujar Agah.

Pasukan bolasepak menang pertama kali sejak 18 tahun mengikuti pertandingan


American Samoa, pasukan bolasepak antarabangsa ini memenangkan pertandingan pertama mereka dalam waktu 18 tahun.

Dalam 30 kekalahan berturut-turut yang mereka alami, baru tahun ini mereka boleh mengalahkan lawan mereka, Tonga dengan jaringan 2 -1.

American Samoa ini pernah mendapatkan gelaran pasukan bolasepak Internasional terburuk sedunia kerana nyaris tak pernah sama sekali menang selama mereka mengikuti pertandingan bola sepak.

Bahkan menurut khabar, ketika mereka memenangkan pertandingan itu, seluruh pemain dan juga pelatih merayakan kemenangan itu seolah-olah mereka memenangkan piala utama atau major championship.

American Samoa ini bahkan berada dalam urutan terakhir dalam daftar pasukan internasional dari Fifa.

Di 2001, American Samoa kalah sangat teruk dengan Australia dengan skor 31-0, sebuah kekalahan yang sangat memalukan dalam sejarah bolesepak antarabangsa.

Thomas Rongen, pelatih pasukan tersebut mengatakan kemenangan itu sekarang ini bakal menjadi sebahagian dari sejarah bolasepak mereka.

“Mungkin kami punya kesempatan untuk melakukan sesuatu yang special di sini diatas pertandingan satu ini, tapi marilah menikmati (kemenangan) yang satu ini saat ini,” ujar si pelatih.

Ditahan polis kerana pesan dadah dan ganja di Restooran Burger King

DELTONA – Seorang lelaki di Florida, Amerika Syarikat (AS) terpaksa ditahan akibat ulahnya sendiri, kerana sengaja memesan dadah dan ganja di restoran cepat saji.
Petugas polis melaporkan Shawn Porter dan seorang temannya memesan dadah dan ganja, di restoran cepat saji Burger King di Deltona. Meski melakukannya hanya untuk bergurau, kelakuan mereka mengundang kecurigaan dari pegawai restoran. Demikian seperti diberitakan The Huffington Post, (5/12/2011).
Petugas cashier mencium bau ganja yang berasal dari kereta mereka dan menulis nombor plat kereta mereka dan melaporkannya kepada pihak polis.
Tak disangka, seorang petugas polis sudah menunggu di kediaman porter dan langsung menahannya. Petugas melaporkan, sebanyak 28 gram ganja ditemukan di dalam kereta.
Porter pun langsung dibawa ke penjara dan didakwa atas kes pemilikan dadah.Dirinya boleh bebas bila memberikan wang jaminan sebanyak USD1.000.

'Pogromly’, Monopoli baru dari Neo Nazi

Sebuah kelompok teroris Jerman menjual permainan Monopoli versi Neo-Nazi yang dinamai ‘Pogromly’ untuk mendanai kegiatan terlarang mereka, menurut informasi dari pihak berkuasa.

Pogromly tidak ubahnya dengan permainan monopoli yang sering kita mainkan, namun yang membezakannya adalah beberapa fitur dalam papan permainan ini. Dimana pada titik awal start terdapat gambar Swastika, dan blok yang biasanya ditempati rel kereta api diganti dengan kamp-kamp konsentrasi, lengkap dengan gambar bendera Israel yang terbakar.

Menurut Telegraph yang dikutip Huffingtonpost, Hasil dari penjualan mainan ini untuk membiayai kegiatan ilegal dari National Socialist Underground. Kelompok ini dituduh bertanggung jawab atas kematian sembilan lelaki dan seorang polis diantara tahun 2000 dan 2007 serta kes 14 perampokan bank.

Menurut The Local, papan permainan monopoli ini dijual sekitar 78 dolar .

Menurut laporan The Herald, pihak berkuasa Jerman mengatakan bahawa mereka telah menyita beberapa set permainan ini sehubungan dengan penggeledahan terhadap operasi pembuatan bom kelompok tersebut pada bulan November lalu.

Bagaimana Seorang Seniman Membuat Lukisan Dari 3,2 Juta Titik [Video]


Ingin melihat bagaimana seorang seniman melukis hanya dengan menggunakan titik (Stippling/Pointillism)?Lihat video berikut dari seniman dan desainer Miguel Endara.




Gaun Bertabur 152 Ribu Kristal Swarovski Berharga £230.000

Dengan dijahit tangan, satu per satu kristal Swarovski ditampalkan pada gaun panjang. Jumlahnya mencapai 152 ribu buah. Gaun mewah ini merupakan koleksi spesial dari Ralph & Russo.

Saat ini gaun dipamerkan di Harrods, pusat perbelanjaan mewah di Inggris, sebagai bahagian dari acara Crystal Christmas. Model gaun ini cukup klasik, kerana sang perancang terinspirasi dari gaya busana 1920an.

"Saat aku diminta untuk menciptakan gaun Swarovski, aku langsung mendapat inspirasi dari gaya 1920an. Saya ingin membuat busana yang rumit dan berkesan glamour," kata Tamara Ralph, pengarah kreatif Ralph & Russo, dikutip dari vogue.co.uk.

Dengan bertabur ribuan kristal Swarovski dan dengan proses pembuatannya yang rumit, tentu harga gaun ini sangat tinggi. Harganya mencapai £230.000.


"Ini kali pertamanya kami menggunakan sangat banyak kristal dalam sebuah gaun, totalnya mencapai 152 ribu buah! Diperlukan waktu ratusan jam untuk menyelesaikannya dan 25 pekerja untuk membuatnya. Kami sangat puas dengan hasilnya, terlihat sangat indah dalam almari kaca," kata Ralph.

Wanita menyamar lelaki untuk nikah dipenjara 2 tahun

JAKARTA: Seorang wanita yang menyamar sebagai lelaki dan memperdaya seorang wanita lain dengan berjanji untuk berkahwin dengannya, semalam dijatuhi hukuman penjara dua tahun.

Joni Nunas Lestari, 31, dikenakan hukuman itu oleh Mahkamah Daerah Sungginasa, Gowa, Sulawesi Selatan selepas didapati bersalah menipu Nur Aslim Velayati, 22.


Mahkamah berkenaan juga menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap rakan Joni, Waode Nirmalasari, 30, kerana bersubahat untuk memperdaya mangsa.

“Tertuduh dikenakan hukuman ringan kerana mereka berjanji untuk tidak lagi merahsiakan identiti mereka sebagai wanita,” kata Ketua Panel Hakim, Abdul Rahman Hakim ketika menjatuhkan hukuman itu.

Nur sebelum itu memberitahu mahkamah, dia hanya mengetahui Joni adalah wanita selepas ‘kekasihnya itu’ menetap di rumah ibu bapanya selama sebulan, sebelum mereka dijadual melangsungkan perkahwinan pada pertengahan Oktober lalu.

“Saya mengenali Joni menerusi telefon. Kami berpacaran selama dua minggu,” kata Nur.

Bagaimanapun, keluarganya mengesyaki sesuatu tidak kena pada Joni. “Dia tidak pernah menanggalkan bajunya selepas mandi. Tingkah laku dan wajahnya juga mencetuskan keraguan,” kata mangsa.


Nur berkata, keluarganya terpaksa menanggung kerugian kerana sudah berbelanja untuk kenduri kahwin itu. - Agensi

Model cedera parah kerana terkena kipas kapal terbang

AUSTIN (Texas): Seorang model cedera parah kerana terkena kipas kapal terbang 2011 Aviat Husky selepas dia merempuh alat itu kerana teruja mahu melihat lampu Krismas.

Akibat kemalangan itu, Lauren Scruggs, 23, hampir putus tangan kirinya, selain luka di muka serta bahagian atas tubuh.


Dia kini dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan, tetapi doktor terpaksa memotong tangan kirinya.

Lauren - banyak menulis mengenai fesyen dalam blog dan mengedit majalah dalam talian di Texas - terkena kipas berkenaan sejurus selepas keluar dari pesawat.

Dia tiba di Lapangan Terbang Aero di McKinney untuk melihat sambutan Krismas di situ.

Menurut rakannya, sebaik saja dia keluar dari pesawat berkenaan, Lauren terus berjalan ke aras kipas.



Jurucakap keluarga mangsa berkata, satu blog dibuka khas sebagai penghormatan terhadapnya.


“Sebaik saja Lauren sedar, dia tahu bagaimana keadaannya,” katanya.


Menurut jurucakap itu, adik Lauren, Brittany, menjelaskan kepadanya bahawa dia terbabit dalam kemalangan dan cedera parah.


“Nampaknya Lauren memahami apa dikatakan Brittany,” katanya.

Walaupun mata kirinya berbalut, kata jurucakap itu, Lauren masih mampu membuka mata kanannya.

“Tolong berdoa supaya penglihatan mata kirinya selamat,” katanya.

Lauren - terbabit dalam siri televisyen Gossip Girls di bahagian pakaian - dikejarkan ke hospital di Dallas sebaik saja kejadian berlaku. Setakat ini juruterbang itu belum dikenal pasti, tetapi dipercayai rakan Lauren yang baru membeli pesawat ringan berkenaan baru-baru ini. - DM

Sumber : myMetro

Pondan Kena Tembakan di Bahagian Kelamin Setelah Mengaku Seorang Lelaki

Seorang pondan bernama Brooke Fantelli, 43, dari Romano, San Diego, Amerika Syarikat (AS), terkena tembakan taser di bagian organ kelamin setelah mengaku seorang lelaki. Polis melihat lesen memandu dan menanyakan jika dirinya seorang lelaki dan dijawab," benar". Polis kemudian menembak di bahagian organ genitalnya dan membuatnya jatuh terduduk kesakitan. Kejam juga polis


Mayat Hidup Kembali Setelah Dikubur (video)

Kajadian yang menggemparkan,orang yang sudah dikubur ternyata masih hidup. Kejadian ini nyata dan terjadi di Kalimantan Selatan.tidak satupun manusia yang dapat menentukan mati hidup seseorang.
Banjarmasin: Kuburan seorang lelaki digali kembali oleh pihak keluarga kerana diyakni mayat dalam kubur tersebut masih hidup. Lelaki yang sudah dikubur lapan jam itu diketahui bernama Yadi, warga Kelurahan Kelayan Selatan, Banjarmasin Selatan, Kalimantan Selatan.

Setelah diambil dari kuburnya, jasad Yadi yang terbungkus kain kafan dibawa ke Hospital Banjarbaru. Pasukan medik setempat menyatakan kalau lelaki yang berselimut kain kafan sudah meninggal. Kerana tidak yakin, pihak keluarga lalu membawa korban pulang ke rumah.

Warga setempat berduyun-duyun datang untuk melihat Yadi. Suatu keanehan terjadi pada korban. Sekalipun tak bergerak dan bernafas, tubuhnya masih hangat bahkan mengeluarkan keringat. Sejumlah ahli agama yang datang menyatakan ada tanda-tanda kehidupan pada Yadi.

Yadi dinyatakan meninggal setelah tenggelam di sebuah sungai. Keluarga menemukan Yadi dalam keadaan sekarat kerana sudah 10 minit tenggelam. Saat dibawa ke RS Umum Ulin, pihak doktor mengatakan Yadi sudah meninggal. Selanjutnya keluarga menguburkan Yadi.

Pada malam harinya, isteri Yadi kesurupan dan meminta agar kuburan suaminya dibongkar. Sebab suaminya belum meninggal. Pihak keluarga yang mendengar itu sepakat menggali kuburan Yadi. Kini, rumah korban terus didatangi warga yang penasaran. Jasad Yadi terletak di pembaringan.




Pencuri Tersangkut di Langit-langit Lift

Jika kamu ingin mencuri, ada baiknya untuk melakukan sedikit fitness. Tubuh penuh lemak tidak baik bagi kariermu. Dan yang lebih baik lagi, jangan pernah mencuri.

Seorang lelaki China bernama Xi memiliki dendam kesumat terhadap perusahaan teknologi yang telah memecatnya. Merasa tak rela dipecat ditambah keperluan untuk mencari sumber wang baru, muncul ide jahatnya untuk mencuri kamera pengintai milik perusahaan.

Sabtu petang kelmarin, dengan sabar ia menunggu hingga seluruh pegawai pulang ke rumah. Setelah pejabat yang berada di Shenzhen itu kosong, ia bergerak menuju bangunan di ltingkat bawah.

Namun usahanya memasuki tak berhasil, akhirnya ia memutuskan untuk menggunakan ventilasi lift barang.

Di saat ia mengangkat tubuhnya untuk menaiki lubang venitlasi tersebut, lubang itu ternyata terlalu sempit bagi perut besarnya, membuat ia tak dapat bergerak ke atas mahupun ke bawah. Tubuhnya terjebak diatas langit-langit lift.


Perlu bantuan, Xi segera memanggil kekasihnya. Kekasihnya pun datang dan berusaha membantu melepaskan Xi dari langit-langit. Tapi meskipun sang kekasih telah melakukan berbagai upaya selama 2 jam, termasuk melepaskan seluar milik Xi, perut gemuk lelaki itu tetap tak boleh lepas dari lubang ventilasi.

Ketika minggu pagi petugas keamanan datang, mereka menemuka Xi yang tanpa seluar, dan kekasihnya yang keletihan.

Akhirnya polis datang dan membebaskan Xi dari lubang ventilasi, hanya untuk membawa ia dan kekasihnya ke bilik baru mereka di penjara.

sumber: telegraph

Anjing dengan 15 ekor anak

Seekor anjing bernama Romy berhasil melahirkan bayinya hingga mencapai 15 ekor. Pemiliknya bernama Natasha White dan Alicia Copping,dari Inggris
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN