Friday, April 27, 2012

Harry Potter dituduh penyebab burung hantu banyak hilang di India

NEW DELHI - Jumlah burung hantu di India terus berkurang dan Pemerintah India tahu siapa penyebabnya. Mereka menyalahkan Harry Potter yang dianggap menghilangkan populasi burung hantu.

Menteri Lingkungan India Jairam Ramesh mengatakan, kegilaan warga India terhadap Harry Potter menyebabkan pembelian burung hantu secara ilegal.

"Kerana Harry Potter, sepertinya banyak warga kelas menengah atas yang memberi hadiah burung hantu kepada anaknya," ungkap Ramesh.

Satu kumpulan pencinta alam Traffic mendesak pemerintah untuk segera mengambil langkah tegas atas trend yang sedang marak ini. Traffic juga meminta Pemerintah India untuk melindungi burung hantu yang akan dikorbankan pada upacara Hindu, Diwali.

Laporan ini ditulis oleh Traffic setelah mengetahui adanya penjualan burung hantu untuk memeriahkan pesta ulang tahun seorang kanak-kanak10 tahun. Pesta ulang tahun tersebut bertemakan filem Harry Potter.

Ayam jantan dipakaikan cermin mata untuk elak mereka bergaduh

CHENGDU - Para petani di China memberikan kacamata bergaya John Lennon (vokalis The Beattles) kepada ayam jantan mereka untuk menjaga keamanan.

Eksperimen yang dilakukan di Chengdu, barat China, agar membuat ayam tidak berkelahi satu sama lain di dalam kandang

"Kerana mereka dibiarkan untuk berkeliaran di siang hari, para ayam jantan akan selalu berkelahi satu sama lain, jadi kami menggunakan kacamata untuk mereka," ujar peternak Jiang Hau

"Ayam jantan kami sangat agresif. Mereka selalu berkelahi satu sama lain hingga menyebabkan cedera dan berdarah. Tapi sejak menggunakan kacamata ini, mereka jadi tidak boleh melihat ayam jantan lainnya sehingga kini mereka tenang dan tidak berisik," lanjutnya.

Kini peternak lain di wilayah tersebut juga sedang mencuba untuk menggunakan kacamata itu, kacamata itu juga memberikan penampilan baru bagi ayam jantan mereka.(rhs)

Rawatan Spa menggunakan ikan boleh menyebarkan Virus Hepatitis dan HIV ?


Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”

Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika Syarikat.

Doktor terkejam dari Jepun yang memperlakukan manusia seperti mainan

Seorang doktor biasanya menolong pesakitnya tetapi berlainan pula dengan doktor yang satu ini, dia sangat terkenal kerana kekejamannya terhadap manusia.

Shiro Ishii adalah seorang ahli mikrobiologi dan ljuga Lefternan Jeneral Unit 731, sebuah unit perang biologis Tentara Jepun . Dia dilahirkan di Desa Shibayama Daerah Sanbu di Chiba, dan belajar kedoktoran di Universiti Kyoto. Pada 1932, dia memulakan eksperimen pendahuluan dalam perang biologi sebagai projek rahsia ketenteraan Jepun. Pada tahun 1936, Unit 731 terbentuk. Ishii membangun 150 gedung-gedung lebih dari enam kilometer persegi di luar kota Harbin, China.

Antara kekejaman yang dilakukan oleh Ishii dan yang lain di bawah Unit 731 ialah pembedahan makhluk hidup hidup orang (termasuk wanita hamil yang dihamili oleh doktor), tahanan dengan kaki diamputasi dan dipasang ke bahagian lain dari tubuh mereka, sejumlah tawanan dibuat beku anggota tubuhnya dan dicairkan untuk mempelajari hasil daripada penyakit yang tidak diubati. Manusia juga digunakan sebagai bahan ujian hidup untuk pelempar granite dan nyala api. Tahanan disuntik dengan inokulasi penyakit, dengan dikatakan sebagai program vaksinasi, untuk mempelajari reaksi mereka. Untuk mempelajari kesan penyakit kelamin yang tidak ada ubat, tawanan laki-laki dan perempuan sengaja diinfeksi dengan sifilis melalui perkosaan, lalu dipelajari. Setelah diberikan kekebalan oleh Otoritas Pendudukan Amerika pada akhir perang, Ishii menghabiskan waktunya dalam penjara untuk kejahatannya dan meninggal pada usia 67 akibat kanser kerongkongan.

Polis Britain buru pembunuh kucing



LONDON - Aktivis dan polis Britain memburu seorang lelaki yang menghantar klip video di laman YouTube yang menunjukkan dia membunuh dua ekor anak kucing, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki tersebut yang dipercayai warga Britain, memasukkan anak-anak kucing ke dalam sebuah beg plastik, menutupnya dan menyedut udara keluar dari beg itu dengan menggunakan penyedut hampagas.

Selepas kucing-kucing itu mati lemas, dia meletakkan bangkainya di atas katil di biliknya.

"Latar belakang bilik itu memiliki gaya hiasan British," kata seorang ahli laman Facebook, Find The Vacuumer, yang diwujudkan bagi mencari pembunuh itu. - Agensi

Bagaimana perasaan anda bila dibayar tambang RM4,785 ?


HAMPSHIRE - Seorang pemandu teksi di Britain, Bob Ransley mendapat 'durian runtuh' apabila dia dibayar sebanyak £1,000 (RM4,785) untuk membawa sebuah keluarga dari rumah mereka di sini menuju ke banjaran Alps, di Perancis sejauh 1,280 kilometer untuk percutian bermain ski, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia dibayar untuk membawa sepasang suami isteri, Peter Lelliott dan pasangannya, Rebecca Butler serta lima anak mereka selepas syarikat British Airways memberitahu bahawa penerbangan mereka terpaksa dibatalkan kerana salji tebal.

"Tiada penerbangan manakala tren rentas Eropah juga penuh dengan penumpang," kata Lelliott, 47.

Berazam untuk meneruskan percutian mereka, Lelliott menelefon syarikat teksi tempat Ransley bekerja di Southampton dan pemandu tersebut bersetuju membawa mereka ke resort Val D'Isere di Pergunungan Alps dengan teksinya.

Perjalanan melalui lebuh raya dan jalan berliku serta bersalji memakan masa 15 jam dengan Lelliott dan Ransley bergilir-gilir memandu teksi pelbagai guna (MPV) itu. - Agensi

Suaminya sebenarnya seorang wanita selepas kahwin 1 tahun

Seorang wanita India yang tinggal bersama suaminya selama satu tahun akhirnya mengetahui rahsia besar suaminya, ternyata dia adalah seorang wanita.

Minati Khatua (26), dari Rourkela, mengatakan bahawa dia dan keluarganya sangat yakin bahwa Sitakant Routray (28), adalah seorang lelaki sejati.

"Dia membuat semua orang terkejut dan membuat keluarga saya bersedia menikahkan saya dengannya," ujar Minati seperti dilaporkan Orange.

Tradisi yang dilakukan di India, Sitakant menerima mas kahwin termasuk sebuah keretal Indica, hiasan emas dan wang tunai lebih dari Rp4,9 juta.

Tapi kecurigaan Minati mulai muncul setelah pernikahan, suaminya Sitakant menghindari untuk melakukan hubungan seks dengan dalih sumpah agama.

"Saya selalu mencuba untuk mencari tahu jenis kelaminnya, tapi selalu gagal dan gagal lagi," ujarnya kepada Calcutta Telegraph.

"Namun, pada suatu hari saya berhasil membuka secara paksa pintu bilik mandi ketika dia sedang mandi. Ketakutan saya ternyata menjadi kenyataan. Dia adalah seorang wanita," tutupnya.

Inspektur Jyotirmaya Hota menginformasikan bahwa polisi kini tengah menyelidiki kes tersebut.-vivanews.com

Polis kena kencing lembu ketika halang tunjuk perasaan

foto-gambar-aneh-pictselcocc14

sampai macam tu sekali bila lembu naik marah bila di halang tunjuk perasaan

Sebulan keluarga ni makan kicap bercampur cicak


KANGAR - Selama sebulan ini, sebuah keluarga terdiri lapan orang di Taman Merpati di sini tidak menyangka keenakan makanan yang mereka nikmati menggunakan kicap soya pekat, rupa-rupanya bercampur bangkai cicak.

Bangkai cicak dalam kicap pekat yang turut mempunyai tanda sijil halal itu hanya disedari ketika keluarga tersebut menggunakannya untuk memasak nasi goreng kira-kira pukul 7 malam kelmarin.

Menurut Norazura Arip, 32, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu tiba-tiba terkeluar dari botol kicap berkenaan ketika dia menuangkannya ke atas senduk untuk memasak nasi goreng.

"Saya menjerit kerana terkejut melihat ada cicak keluar dari botol kicap ini yang telah pun bertukar warna menjadi kehitaman.

"Ekoran itu, kami sekeluarga kini berasa loya-loya dan trauma setelah memikirkan selama sebulan ini kicap tersebut digunakan dalam masakan seharian kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.

Blogger tua bunuh isteri dengan pemutar skru kerana kasihan


TAIPEI: Seorang lelaki tua dituduh membunuh isterinya yang sakit dengan menikam kepalanya dengan pemutar skru.

Menurut laporan media, kejadian berlaku beberapa minggu selepas lelaki itu menulis dalam blognya bahawa dia mungkin akan membunuh isterinya kerana kasihan.Bekas jurutera, Wang Ching-hsi, 83, disyaki memberi pil tidur kepada isterinya awal kelmarin dan kemudian membunuhnya, lapor akhbar United Daily News dan bebeberapa akhbar lain.


“Mengapa saya melakukannya? Ia ada dalam blog saya,” kata Wang kepada wartawan ketika ditahan oleh polis.Tulisan bertarikh 5 Disember dalam blog yang dipercayai milik Wang mendedahkan secara terperinci bagaimana isterinnya, Sun, Yuan-ping, 80, sudah putus asa untuk meneruskan kehidupan.


Menurut tulisan itu, dia mengalami penyakit Parkinson dan baru-baru ini patah kaki kiri.“Dia menderita,” kata Wang dalam blognya.

Pasangan itu dikatakan mencapai persetujuan 10 tahun lalu untuk ‘mati dalam keadaan tenteram.’ Media memetik Wang sebagai berkata dalam blog itu: “Apabila tiba masanya, saya akan membunuh kamu.” Selepas membunuh isterinya, Wang menelefon polis dan menyerah diri di apartmennya.

Membunuh kerana simpati dan hak untuk mati hangat dibincangkan di Taiwan sejak beberapa tahun lalu. - AFP

Wanita marah pemandu teksi kerana permintaannya untuk adakan hubungan seks ditolak

Gambar hiasan

TRIBUNNEWS.COM - Seorang perempuan menyerang pemandu teksi setelah permintaannya untuk mengadakan hubungan seks dengannya di tolak.

Seperti di laporkan Herald Sun, Selasa (28/12/2010), perempuan ini menahan teksi yang pemandunya bernama Dean (41) disebuah jalan di Kota Darwin, Australia. Dia mengajak pemandu teksi agar mengadakan hubungan seks dengannya.

Namun, pemandu teksi yang sudah bertunang dan akan bernikah itu menolaknya. Perempuan itu kemudian menendang kendaraan itu serta membaling tingkap teksi tersebut. "Jika Anda melihat perempuan itu, Anda akan sangat terkejut kerana dia seorang perempuan yang gemuk. Ketika masuk dan keluar dari teksi ini pun susah," katanya, lagi.

"Apabila dia masuk ke dalam teksi tiba-tiba ia bertanya, apakah kamu mahu mengadakan hubungan seks dengan saya," demikian kata Dean, lagi. Perempuan ini kemudian marah dan menendang teksi berulang kali. Tak berapa lama kemudian, dia kemudian ditangkap polisi.-TRIBUNNEWS.COM

Ada lagi orang suka makan kucing


TRIBUNNEWS.COM, NEW YORK --- Seorang lelaki yang berasal dari New York, AS, dihukum kerana ditangkap hendak memakan seekor kucing. Kucing itu kelihatan sudah diletakkan bahan perencah dan ditaburi minyak.

Lelaki ini dihukum dan dihadapkan kemuka pengadilan atas tuduhan kekejaman terhadap haiwan. Juru cakap polis Buffalo, Michael DeGeorge mmeberitahu dia menemukan kucing tersebut di belakang tempat letak barang yang dikendarai oleh Gary Korkuc, di Cheektowaga, New York, ketika itu polis menghentikan keretanya kerana melanggar lampu merah.

Lelaki itu sempat melarikan diri ke Maryland setelah ditangkap, lalu dia diekstradisi kembali ke Buffalo, K Kucing ini ditemukan didalam cairan campuran minyak, ditaburi lada hitam, garam, dan bahan lainnya.

Korkuc sendiri mengatakan kepada polisi, bahawa dia sedang mempersiapkan kucing itu untuk dimakan. Juru bicara Erie County SPCA, Gina Browning, mengatakan kucing tersebut berjaya diselamatkan setelah dibersihkan dan dalam keadaan sihat.

Korkuc (52) hadir di Pengadilan Kota Buffalo, di mana dia dituntut dengan kejahatan kekejaman terhadap binatang dan melanggar lalu lintas.

Lelaki tua 82 tahun ditangkap basah kerana merogol seekor kambing

gambar hiasan

Seorang lelaki tua berusia 82 tahun telah ditangkap basah kerana merogol seekor kambing betina oleh pemilik kambing.

Martin Tigere diberitahu tentang gangguan di kebunnya di Rusape, Zimbabwe ketika kambing itu mula mengembik berkali-kali di tengah malam. Tigere meminta ketiga anaknya untuk menyiasat, kerana bimbang anjing liar mungkin telah menyerang kambing mereka.

Ketika mereka tiba di tempat itu mereka menemui Naison Tunzvi berusia 82 tahun dengan seluar di pergelangan kakinya sedang berhubungan seks dengan kambing betina.

Ketiga anak muda itu menangkap Tunzvi dan mengundang jiran tetangga ke situ agar mereka juga boleh menjadi saksi terhadap apa yang berlaku.

Tunzvi diserahkan kepada ketua desa, Andrew Katehwe yang membuat saman ke mahkamah desa. Tunzvi mengaku merogol kambing dan dikenakan denda US$10, tetapi Katehwe juga melaporkan jenayah kepada polis tempatan yang juga mendakwa orang tua tersebut sebagai menyesatkan.

“Kami telah menangkap Naison Tunzvi dengan kenyataan melakukan bestialiti (seks dengan binatang) sebagaimana ditakrifkan dalam Akta Kodifikasi Undang-Undang Jenayah. Penyiasatan kami menjadi mudah selepas beliau mengakui sendiri melakukan jenayah di sebuah mahkamah desa dan juga, para saksi memberi kami maklumat yang boleh membantu.

Kami mengambil kesempatan ini untuk mendesak warga yang lebih tua untuk menegakkan moral dan bertindak dengan lebih bertanggungjawab,” kata jurucakap polis. ~~Unikversiti

Bayi yang di kubur 3 hari masih hidup

BANDUNG – Kisah ajaib dan kebesaran tuhan ini terjadi di desa Cihanjuang Hilir, Parogong, Kabupaten Bandung, Jawa Barat. Seorang bayi yang sudah meninggal dunia yang telah dikubur selama tiga hari diyatakan masih hidup setelah di gali oleh kedua orang tuanya, namun setelah diperiksa doktor bayi tersebut diyatakan meninggal dunia pada Sabtu (17/7/2010) pagi,yang menghairankan walaupun sudah meninggal tidak tercium bau seperti orang meninggal dunia.
Warga kampung Manglayang, desa Cihanjuang Hilir heboh dengan khabar adanya bayi yang sudah meninggal masih hidup lagi di dalam kubur.


Kejadian ini berlaku ketika bayi dari buah hati pasangan Rulli dan Yayah, yang lahir secara premature, meninggal diperjalanan menuju ke hospital pada 13 Julai 2010.Sebelumnya tidak ada keanehan pada ketika bayi tersebut meninggal dan dikebumikan.


Namun pada malam 16 Julai 2010 pukul 1.00 pagi penduduk dan keluarga mendengar tangisan bayi, ketika disiasat ternyata suara tangisan tersebut berasal dari kubur umum yang letaknya tidak jauh dari kawasan tempat tinggal penduduk.

Suara tersebut berasal dari kubur bayi yang tesebut,lalu warga dan keluarga beramai-ramai menggali kuburan itu dan menemukan bayi yang sudah terkubur selama 4 hari ,dengan keadaan masih ada tanda-tanda hidup dan bayi tersebut dibawa pulang kerumah dan dibersihkan dari kotoran tanah.


Ibu bayi Yayah sempat menyusukan bayi itu dengan susu tambahan,bahkan bayi tersebut sempat menangis, dan buang air kecil.”Saya sempat kasih susu botol , anaknya menangis ,”jelas Ibu Yayah.
Bayi tersebut sempat diperiksa bidan dari pusat kesihatan masyarakat(puskesmas) dan menyarankan agar dibawa ke hospital.

Namun kerana keterbatasan wang akhirnya niat itu di batalkan dan pada pagi sekitar jam 8.00 atas inisiatif ketua kampung dipanggil dan doktor dari puskesmas setempat untuk memeriksa keadaan bayi tersebut dan doktor pun menyatakan bayi tersebut sudah meninggal.

Ibu cekik anak lepas bersalin

DUBAI: Polis Emiriah Arab Bersatu semalam melancarkan gerakan mencari seorang wanita yang mereka percaya melahirkan anak dan kemudian mencekiknya di sebuah tandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, sebelum meninggalkan negara itu dengan menaiki pesawat.

Wanita itu dikenal pasti menerusi rakaman kamera keselamatan selepas mayat bayi itu ditemui dalam tong sampah di Terminal Satu lapangan terbang berkenaan. Dia didakwa memutuskan tali pusat bayi lelakinya dengan tangan dan menjerut anaknya itu dengan kain sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.


Bayi itu ditemui selepas seorang penumpang wanita memaklumkan kepada seorang pekerja lapangan terbang mengenai darah di dalam tandas.


Kesan darah itu membawa pekerja berkenaan ke tong sampah tempat mayat bayi itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah, bersama-sama dengan tali pusatnya yang dibungkus dalam beg plastik.


Bayi itu dikatakan masih bernafas tetapi pasukan perubatan dan sukarelawan gagal menyelamatkannya.


Media tempatan melaporkan, pihak berkuasa berusaha mendapatkan bantuan Interpol untuk mengesan dan mengekstradisi wanita yang disyaki warga Habsyah dan berusia 30-an itu. Beberapa media lain hanya melaporkan wanita itu berketurunan Afrika. Jika ditangkap, dia berdepan tuduhan membunuh dengan niat.



Melahirkan anak tanpa berkahwin adalah kesalahan besar di Emiriah.


Sehingga ini tidak dapat dipastikan sama ada wanita itu penduduk Dubai. Bagaimanapun, polis mengesyaki dia hamil akibat hubungan seks haram hingga mendorongnya untuk membunuh bayi itu. - Agensi

Lelaki cabul budak 7 tahun dikolam renang

Seorang lelaki terpaksa dihadapkan kemuka pengadilan kerana mencabuli seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di kolam renang. Demikian dilaporkan The Straits Times,

Li He Lai mengancam kanak-kanak itu dan memintanya menyentuh bahagian organ kelelakiannya di wilayah Tiong Bahru, Singapura, dua kali, pada Oktober lalu.

Dia kemudian mencabul kembali gadis itu di kolam yang sama pada 20 Disember dengan menyentuh bahagian bawah pakaian renang kanak-kanak itu.

Li juga didakwaa memiliki VCD porno, enam VCD dengan gambar pornografi di depannya, di apartmentnya di Ang Mo Kio di Singapura. Dia tetap di penjara sehingga 7 Januari untuk pengubatan psikis. Jika dia terbukti bersalah maka dia kemungkinan di penjara hingga lima tahun atau mendapat hukuman sebat.-TRIBUNNEWS.COM

Siapa cakap lelaki tua (94 tahun) tak boleh bikin anak?

Seorang lelaki berusia 94 tahun dikatakan menjadi ayah tertua di dunia setelah memiliki bayi laki-laki yang dilahirkan sebulan yang lalu.

Seperti diberitakan Times of India, Rabu (29/12/2010), Ramajit Raghav berusia 94 tahun dan isterinya bernama Shakuntala dan kini berusia 50 tahun. Raghav bekerja sebagai buruh tani di bahagian Haryana, India.

Pemerintahan Haryana menyatakan dari catatan yang mereka punya, Raghav berusia 94 tahun. Shakuntala melahirkan bayi laki-laki sebulan lalu dan doktor senior di hospital Kharkhoda Civil Hospital, Dr Mahender Kumar, mengatakan bayi itu dalam keadaan sihat. Mereka kemudian menamakan bayi laki-laki mereka, Karamjit yang artinya "hadiah Tuhan".-TRIBUNNEWS.COM

Nelayan mati di heret ikan kerana kaki terbelit tali pancing


Sudin, 55, seorang penduduk Dusun Keperan,di Jawa Timur Indonesia, dilaporkan terkorban ketika memancing ikan.

Nelayan tradisional ini meninggal dunia akibat kedua kakinya terlilit tali pancing dan diseret oleh ikan yu ke dalam air laut selama kira-kira satu jam.

Mayat mangsa dilaporkan berjaya diangkat dari dalam laut tetapi dalam keadaan sudah tidak bernyawa. Malah ikan yu hasil tangkapanya seberat kira-kira 200 kg juga berjaya diangkat.

Busyairi 35, menantu mangsa mengatakan, setiap hari dia akan memancing ikan yu bersama mertuanya dengan menggunakan motorbot.

Pada Isnin kelmarin, sebaik sahaja tiba di tengah laut, dia dan mertuanya melepaskan pancing yang sudah dipasang umpan ke laut. Setelah menunggu beberapa minit, umpan pancing mertuanya disambar ikan yu yang cukup besar.

Menurut laporan akhbar Kompas, ikan yu hasil tangkapan mertuanya itu sebenarnya sudah berjaya dinaikkan ke dalam bot. Namun, masih terus meronta untuk melepaskan diri dari mata kail pancing di mulutnya. Tidak lama kemudian, ikan tersebut berjaya melompat kembali ke laut dan Sudin yang sedang memegang tali, diseret bersama ke dalam laut.

“Padahal saya sudah melarang agar bapak tidak berdiri di atas tali pancing,” kata Busyairi. Melihat kejadian itu, Busyairi secara spontan terus terjun ke laut untuk menolong mertuanya, sekaligus menangkap kembali ikan hiu tersebut.

Namun, ikan tersebut terus meronta-ronta. “Ada sekitar satu jam terseret dan tenggelam di laut,” jelas Sudin.

Ikan hiu menjadi kegemaran nelayan di Situbondo lantaran harganya yang disifatkan sebagai mahal oleh penduduk setempat “Daging ikan yu ketikat ini harganya mencapai Rp 4.500 per kilogramnya,” kata Supriyanto (35), jiran kepada mangsa yang terbunuh.

“Beberapa saksi sudah kami minta keterangannya dan mangsa tewas akibat diseret ikan yu hasil pancingannya,” kata seorang pegawai Polis.

Cuba bunuh diri dengan melompat dari balkoni parlimen untuk nyatakan bantahan



Seorang lelaki bernama Adrian Sobaru cuba membunuh diri dengan melompat daripada balkoni di parlimen semasa wakil-wakil rakyat di Romania sedang bersidang sebagai tanda protes terhadap kerajaan. Bagaimana pun cubaan membunuh dirinya dikatakan gagal apabila dia sekadar memperolehi kecederaan minor yang tidak mengancam nyawanya.

Sebelum melompat untuk membunuh diri pada ketinggian 23 kaki, lelaki berkenaan menjerit kepada wakil-wakil rakyat yang sedang bersidang dengan mengatakan "kamu semua telah membunuh generasi masa hadapan!".

Tindakan lelaki tebabit yang juga merupakan seorang ayah yang memiliki dua orang anak dikatakan kerana membantah langkah penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan berikutan negara berkenaan menghadapi bebanan hutang negara yang besar.






Tertembak isteri sendiri semasa melakukan hubungan seks














Seorang lelaki menembak isterinya hingga meninggal dunia hanya untuk memenuhi fantasi seksualnya. Dia menembak isterinya di rumah mereka di Oklahoma City, Oklahoma, Amerika Syarikat (AS). Demikian diberitakan CNN..

Arthur Sedille mengaku di depan polis, jika dia sering meletak pistol di kepala isterinya ketika mengadakan hubungan seks. Namun, dia tidak tahu jika senjata itu berisi peluru dan kemudian menarik picunya ketika melakukan hubungan seks.

Kini Sedille (23) menghadapi hukuman atas kematian isterinya Rebecca Sedille yang berusia 50 tahun. Rebecca meninggal di tempat kejadian.

Polis Oklahoma City mengatakan Sedille mengakui jika insiden tak disengajakan. Dia kemudian menelefon 911 setelah kejadian itu. Sedille di tuduh melakukan pembunuhan tingkat satu.

Ketua polis Oklahoma City, Sarjan Senior Gary Knight menyatakan pihaknya belum memasukkan dakwaan rasmi kerana masih melakukan siasatan.TRIBUNNEWS.COM

Lelaki di arah korban mata serta telinga kerana membakar mata dan telinga orang

TEHERAN: Mahkamah di Iran mengarahkan seorang lelaki mengorbankan mata dan telinganya selepas dia membakar mata dan telinga seorang lelaki lain dalam satu serangan asid, lapor akhbar Kayhan, semalam.

Hakim Aziz Mohammadi mengeluarkan arahan itu kepada tertuduh yang dikenali sebagai Hamid selepas dia didapati bersalah menyimbah asid kepada mangsa, Davoud.


Aziz juga mengerahkan Hamid membayar wang ganti rugi terhadap kecederaan yang dialami Davoud mengikut undang-undang republik Islam itu. Hamid memberitahu mahkamah dia tersilap apabila menyangka Davoud adalah rakan sekelas yang sering membulinya ketika di sekolah tinggi dulu. Bagaimanapun, laporan akhbar tidak menyatakan sama ada pihak berkuasa akan menjalankan hukuman menggunakan asid. Sebilangan serangan menggunakan asid kerap dilaporkan akhbar di Iran sejak beberapa tahun lalu.


Pada November lalu, Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman supaya seorang lelaki disimbah matanya dengan asid yang telah berbuat demikian kepada suami kekasihnya di bandar Qom. Pada Februari tahun lalu pula, Majid Movahedi dihukum supaya kedua-dua belah matanya dibutakan selepas dia menyimbah asid ke muka rakan sekelasnya di universiti, Ameneh Bahrami yang menolak lamarannya. - AFP

Gadis belasah ibu bapa dengan kayu

JEDDAH: Polis semalam menahan seorang gadis belasan tahun kerana memukul ibu bapanya dengan kayu.

Jurucakap polis Jeddah, Nawaf Al-Bouq berkata, pihaknya turut membawa pasangan suami isteri itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


“Memukul dan mendera ibu bapa adalah jenayah besar menurut undang-undang Saudi dan mereka yang didapati bersalah terhadap jenayah itu tidak boleh dibebaskan dengan ikat jamin kecuali dengan kebenaran ibu atau bapanya,” kata Nawaf.


Kes anak memukul ibu bapa jarang berlaku di kalangan penduduk Saudi. Pakar sosiologi berkata, masalah ekonomi dan kurang pendidikan menjadi punca kepada jenayah seumpama itu. - AP

Kebolehan yang luarbiasa










Bukti bau kasut boleh menyebabkan pengsan


5efbc7f0fbe44de41e796b5d059126b1549d8725

Lelaki di arah korban mata serta telinga kerana membakar mata dan telinga orang lain

TEHERAN: Mahkamah di Iran mengarahkan seorang lelaki mengorbankan mata dan telinganya selepas dia membakar mata dan telinga seorang lelaki lain dalam satu serangan asid, lapor akhbar Kayhan, semalam.

Hakim Aziz Mohammadi mengeluarkan arahan itu kepada tertuduh yang dikenali sebagai Hamid selepas dia didapati bersalah menyimbah asid kepada mangsa, Davoud.


Aziz juga mengerahkan Hamid membayar wang ganti rugi terhadap kecederaan yang dialami Davoud mengikut undang-undang republik Islam itu. Hamid memberitahu mahkamah dia tersilap apabila menyangka Davoud adalah rakan sekelas yang sering membulinya ketika di sekolah tinggi dulu. Bagaimanapun, laporan akhbar tidak menyatakan sama ada pihak berkuasa akan menjalankan hukuman menggunakan asid. Sebilangan serangan menggunakan asid kerap dilaporkan akhbar di Iran sejak beberapa tahun lalu.


Pada November lalu, Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman supaya seorang lelaki disimbah matanya dengan asid yang telah berbuat demikian kepada suami kekasihnya di bandar Qom. Pada Februari tahun lalu pula, Majid Movahedi dihukum supaya kedua-dua belah matanya dibutakan selepas dia menyimbah asid ke muka rakan sekelasnya di universiti, Ameneh Bahrami yang menolak lamarannya. - AFP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN