Saturday, April 21, 2012

Eropah setuju salur maklumat penumpang kepada AS

STRASBOURG 20 April - Parlimen Eropah semalam meluluskan satu perjanjian kontroversi penyaluran maklumat penumpang pesawat penerbangan kepada Amerika Syarikat.
Perjanjian yang dikatakan menjadi sebahagian usaha dunia memerangi aktiviti keganasan itu diluluskan setelah mendapat 409 sokongan dan 226 tentangan daripada ahli-ahli Parlimen Eropah.
Sebelum ini, perjanjian tersebut telah diperbincangkan selama dua tahun ekoran kebimbangan pelabagai pihak di rantau kerana ia menyentuh hak peribadi penumpang.
Kelulusan itu bermakna Jabatan Keselamatan Dalam Negara AS boleh mendapatkan maklumat penumpang secara sah.
Maklumat yang dikenali sebagai Rekod Nama Penumpang (PNR) berkenaan disediakan oleh penumpang dan dikumpul oleh syarikat-syarikat penerbangan semasa tempahan dan prosedur daftar masuk. - AFP

utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN